Sunday, July 18, 2010

DOME.TIPU.

14/07/2010(Wednaeday)-Dome.itu cafe.tempat minum.boleh makan juga.Dating pun best.Meeting lagi masyuk...Kalau nak cerita pasal DOME, baik buka ni je...http://www.domecafe.com.my
Lihat dengan tajam pix atas ni, sebagai penceramah bebas, eh? pencerita bebas la, hangat topik Fath bentangkan kat Dome cafe , The Curve...hihi, bukan Dome tipu & bukan aku nak bohong ,jangan mudah didusta dengan apa sahaja.Let's Talk about it.

Bohong, Tipu, Dusta, Dalam membenci kita melafazkan, bila tengah suka semua betul je.Kiranya dalam melarang kita juga yang merancakanya.Inilah sikap memarakkan sensual juga melindungi kekurangan dari dijelang.*class gitu ayat aku.

"Saya tidak mencemburui kejayaan/kecantikan /ketampanannya sebab saya yakin dengan kelebihan yang saya ada"

-ye ke cakap dari hati tu?..sebetulnya, kau tercabar dengan dengan kelebihan orang lain tetapi menggunakan subjek 'kelebihan diri' bagi melindungi rasa tercabar yang yang datang menggugat. Ia terungkap secara spontan pabila tahap kayakinan diri yang kau miliki jatuh merundum lantaran mendengar lebatnya pujian @ tingginya sanjungan kepada orang lain, tak pun dekat aku.ops!

"Biarlah usaha itu dinilai sendiri, Tidak perlulah sesiapa pun tahu"

-haha!ayat cover nampak. Ia menunjukkan potensi kecanggungan kau menyerlah usaha diri sendiri. Kau pasti pukul canang,itu pun kalau kau sangat pasti jika tiada suara2 sumbang yang akan memberi sebarang komen mahupun kritikan hebat.

"Semua akan jadi baik jika saya turun berat badan ,mendapat teman yang baru/ pindah rumah dan sebagainya"

-Itu apa yang kau baget. Tapi hakikatnya tidak, sebab segalanya sama seperti seadanya melainkan segala angan tercapai dan sudah tentu timbul pula rungutan yang baru.*hati tak pernah tipu.

lidah & tekak pun tak boleh tipu kata biskut ni sedap

"Dia memang mencintai saya, cuma dia takut dengan komitmen"

-Mengapa tegar memilih seseorang yang tidak pernah @ mungkin memilih kau? Jika si dia takut akan soal cinta dan komitmennya , ia sudah tentu alasan yang kukuh buat kau turut mendekati @ meneruskan hubungan dengannya.

"Sudah tentu saya akan mengharinya?pergi"

-Jika kau benar2 mahu akan hadir, ia sikap sangat bagus tetapi sebaliknya kau kerap memberikan jawapan yang sama pada setiap undangan dan memungkirinya, kau hanya sekadar ingin menyenangkan hati mereka yang mengundang.*nak jaga hati tapi menyakitkan hati.

"Mereka tidak akan tahu saya berbohong"

-Walaupun kau terlepas ataupun tidak tertangkap angkara penipuan, ia bukanlah perkara yang sama. Ia melucukan pabila pembohongan membuatkan kau beranggapan bahawa orang lain juga adalah sama.* Kau silap kalau aku tak tahu.

Kata 'YA' pada air ini!

"Saya tidak boleh berkata tidak"

-Sebenarnya kau boleh berkata demikian tetapi yang agak sukar untuk melafazkan kepada jawapan yang dinantikan oleh orang lain. Kenal pasti bahawa kenapa kau harus berkata tidak bagi membantu kau mencari kekuatan untuk melafazkannya.*berlajar la buat keputusan sendiri.

"Dia mencuranginya tetapi dia tidak dapat menncurangi @ menipu saya"
-Dan kau pula mempercayainya kerana si dia yang mencurangi bekas pasangannya, menjanjikan pula kesetian pada kau?, *open your mind!

"Sesetengah orang memang bertuah (Saya bukan salah seorang daripadanya)"
-Pembohongan ini akan menggali kuasa dalam usaha mengawal takdir kau, dan memuja tuah pabila perkara baik berlaku kepada kau. Sebabnya semakin kau mempercayai tuah, semakin kurang kepercayaan kepada diri sendiri.*Malas & berserah je memang tak kemana.

"Tiada siapa yang menghargai kebijaksanaan saya"

-Mungkin kebijaksanaan kau tidak diketahui. Kau sebenarnya sangat berbakat besar, Jadi cari lah jalan untuk berkongsi idea bernas dan tentunya kelebihan kau akan disedari orang lain.*Duduk dalam tempurung,katak pun tak nampak.


Berbicara & berbincang lah bersama orang yang boleh dipercayai & berkongsi sama, Tak rugi pun, jika untuk kebaikan bersama.

p/s:Topik ni untuk kita berkongsi sama bukan 'sound' sesuka hati, bunyinya macam memaki tapi bagi menyedarkan supaya 'alert' dengan situasi yang mungkin nampak biasa tetapi hakikatnya tersembunyi sesuatu.

No comments: