Tuesday, September 30, 2008

Kelab Gamelan Emas IKN 2005-2007


Ini adalah kenangan paling berharga Fath semasa menuntut di Nasional Craft Institute 2004-2007,
Walaupun tidak mengetahui sejarah gamelan ini pada mulanya,bukan tu je memang tak penah tengok dan tak pernah terlintas untuk mempelajarinya secara serius.

Fath amat tertarik dengan bunyi gamelan terutamanya pada peralatan 'Bonang'.Lalu Fath tak memikir panjang untuk meyertainya untuk ko-korikulum.Fath bersungguh tau untuk menjadi pemain terbaik dalam kumpulan ni.
Sehingga Fath mendapat markah penuh untuk 2 semester dalam ko-korikulum, bangga tak bangga sangat la kerana tu semua usaha Fath sendiri walaupun ada yang mempertikaikanya pada mulanya. Sehingga la menjadi ketua Kelab Gamelan Emas Ikn pada tahun 2006-2007.Secara tak langsung sebenarnya...sebab Fath ketua dalam kumpulan dan Fath rapat dengan 'staff' HEP.

















Kenangan gamelan banyak mengajar erti persahabatan, ilmu seni muzik, kerjasama, respect. Kami bergurukan guru dari Istana Budaya, En.sulong dan En.Othman. Memang baik dan senang difahami.










METRO-27 Septermber 2008

Ibu , anak sama bergaya......

Friday, September 26, 2008

Berbuka puasa di rumah abah


Cantik gambar ni sebab tu letak...haha!!!! Pendek @mas Zaquan ni giler,haha!!Keluarga angkat Fath...Setiap Ramadhan menjelma tak sah kalau tak berbuka puasa dekat rumah Pendek,rumah abah la senang citer...Meriah....

Tuesday, September 23, 2008

Photoshoot-Emas Sri Pinang


Pelan 'photoshoot'




Pada 03rd September 2008, Tepat pada pukul 9.30 am Fath sampai di destinasi di mana 'photoshoot' di jalankan di Cat photo House,Dataran Prima Petaling Jaya.


Fath agak hairan apabila menerima panggilan talifon dari seorang 'agent modelling',Krist. Beliau memberitahu bahawa Fath di tawarkan untuk menjadi model billboard commercial Emas Sri Pinang, bukan apa dalam waktu terdekat Fath tak pergi mana-mana 'casting',tetiba dapat tawaran agak pelik...
Apabila diterangkan baru Fath faham tetapi masih menjadi tanda tanya dari mana beliau mendapat profile Fath.Pada hari 'photoshoot' tu la semua pertanyaan terjawab. Krist menemui profile Fath di Dmo Production (dimana Fath pernah 'casting' dan buat tvc commercial -garnier) . Yang membuatkan Fath agak terkejut apabila salah seorang 'designer'(Nik) Emas Sri Pinang memberitahu dia pernah menemui Fath sebelum ini di majlis kenduri kahwin kakak kawan kami,Ory.Thanks Ory.Thanks juga kepada Haziq yang sudi datang menemani Fath sejurus beliau habis kelas di LimKokWing,Cyberjaya.Walaupun Sekejap selama 2 jam,Fath sangat hargainya.Ini lah dinamakan kawan tolong kawan.



Segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada kekurangan apabila pihak Emas Sri Pinang tidak menyediakan baju untuk Fath, Fath hanya membawa baju yang tersedia ada seperti mana yang disuruh oleh Krist.Ini kerana photoshoot pertama buat Emas Sri Pinang dengan menggunakan model.Alhamdulillah semua orang memberi komitmen yang bagus sekali. 'Photoshoot' yang bermula pada pukul 12 tgh dan berakhir pada pukul 6.45 ptg. Ini adalah' photoshoot' paling lama yang pernah Fath dapat. Mungkin ada lagi selepas ini. Tetapi tidak mengapa kerana pada hari itu Fath tidak boleh berpuasa, maka tenaga tu ada. Fath juga suka kan pengalaman biarlah bayaran tidak mahal dan tidak lumayan tetapi pengalaman yang bermula dari bawah adalah penentu segalanya.

Sunday, September 21, 2008

majlis berbuka puasa di Mydin,Subang


Ini adalah aktiviti yang ketiga pada 18/09/2008 iaitu majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim anjuran Mydin,Subang.Di majlis ni Fath hanya tetamu dan teman Haziq. bukan Fath seorang yang ikut Haziq ni,Asri dan Liya pun turut serta.Haziq kene perform. Ini bukan la pertama kali Fath duduk sebaris dengan artis tetapi kali ni agak meriah, bukan majlis yang meriah sangat,bosan ada lah sebab pihak penganjur asyik buat lelongan dan kutipan derma je.. tetapi para artis @ kawan2 Haziq ni, boleh buat borak. Thanks Haziq ajak Fath turut serta.

Gambar ni diambil oleh boyfriend Karen,John. Gila2 otak John ni..layan...dari kiri Akma,Fath,Karen,Haziq,Liya dan Asri..

Mari pergi Fishspa....


Oleh kerana photoshoot 18/09/2008-selesai awal iaitu pukul 2pm, Kami pergi ke Mid Valley, tiada dalam rencana untuk hari tu pun bagi mencuba 'Fish Spa'.

Ini merupakan kali ke-2 Fath mencubanya. Pertama kali di Genting.Apa yang menarik di 'Fish Spa' ini ia mempunyai 3 saiz ikan yang berbeza iaitu kecil,sederhana dan besar.

Geli tak geli sangat la sampai keluar air mata dan menjerit,haha!!!Haziq pun sama.

Fath tak mencuba ikan kecil malah ikan sederhana sahaja, ikan besar? wooo..belum berani lagi sebab belum sempat masukkan kaki dalam air, ikan tu dah melompat..haha!!!

Seronok dan relaks sebab kemudahan yang disediakan adalah yang terkini dan selesa.Mari mencuba.

photoshoot baju raya-akhbar METRO

Photoshoot diadakan pada 18/09/2008.(11.00am) dijalan di rumah empunya butik baju (Zaiton Alias Collection) di Damansara Height. Ditemani oleh Deng. Siapa sangka ye..kak Zaiton(kak Ton) adalah customer Fath di 'showroom',Bangsar. Pada suatu hari Fath terserempak dengan nya di bazar ramadhan Bangsar, tanpa was2 Fath menegur kak ton ,dalam rancak berborak..kak ton terus mempelawa Fath untuk menjadi model bagi peraga kan koleksi baju butik kak ton. Tanpa memikir panjang Fath menerima pelawaan kak ton. Tidak sangka ia adalah salah satu permulaan untuk membuka langkah yang besar dalam bidang modelling ini.. kerana ini pertama kali Fath mempergakan pakaian, dan Fath telah pun menjumpai kabel yang aktif dan elok. Tidak lupa juga Fath sangat berterima kasih kepada Kak ton kerana memberi peluang ini. Kepada Deng kerana menemani,memberi 'support 'dan sentiasa berada disisi Fath. Fath akan teruskan bidang ini dengan baik,cekal n hardworking demi minat,anugerah dan bakat yang Fath ada.



Ni la model cilik, Diana..Kami sepasang mak dan anak.thanks Diana bagi akak gelang tanda kenangan.












'shoot' kt luar rumah..

Saturday, September 6, 2008

Wheelchair Tennis Malaysia (13 June 2008)


Terkejut Fath dijemput untuk menyertai perlawanan persahabatan antara artis dan pemain pra limpik tennis Malaysia. Fath datang untuk digolongkan bersama-sama kumpulan artis. Tetapi Fath tidak menganggap diri Fath ditempat mereka cuma Fath salah seorang model dijemput bagi menjayakan lagi perlawanan tersebut. Tepat pada pukul 8.00 pagi Fath dan PA a.k.a cousin,(Enya) tiba di stadium tennis jalan Duta. Fath datang dengan serba serbi pink perlu ditukar dengan baju yang disediakan oleh pihak penganjur. Tiada rasa kekok bagi Fath apabila berjumpa dan menegur semua artis yang hadir kerana mungkin Fath menggangap semua sama sahaja. Apabila latihan dan regangan badan dimulakan Fath tidak merasa kekok langsung, kerana tenis sudah menjadi aktiviti sukan kegemaran Fath sejak dari umur 15 tahun lagi. Sehingga Fath dapat dikesan oleh coach disitu bahawa Fath mempunyai beberapa skills sebagai pemain tenis. Tidak hairan lah apabila Fath diumumkan sebagai pemain wanita harapan untuk golongan artis. Tetapi kami semua kalah ditangan pemain profesional. Bagaimanapun ini adalah pengalaman dan titik permulaan bagi Fath memperluaskan dunia seni Fath sebagai model. Pada hari tersebutlah Fath bertemu dengan Ainul Aishah,baik dan kami keep in touch sampai sekarang,seorang lagi Haziq,walaupun kami tak berborak @ menukar no. phone tetapi ia telah bermula dengan perkenalan beliau dengan PA Fath secara tidak langsung. Lebih kurang pukul 5.00ptg tamat la perlawanan tersebut.Hari tersebut adalah hari yang manis bagi Fath.

Antara artis yang hadir dari kiri Farhan,Bella, Bienda,Fath dan Fifie.

















dengan fifi














Ainul aishah@ain..ni la rakan sepasukan Fath. Walaupun dia tak pandai main langsung tapi dia memang 'sporting' giler.











dengan ebi














*segala dikemas kini kembali kerana terdapat masalah teknikal yang berlaku.




Friday, September 5, 2008

Jadi M.C di majlis persandingan Adook .


Pada 17 August 2008,ahad. Majlis persandingan Mas Aduka @Adook berlangsung di rumah keluaga nya di taman sri Jelok,Kajang..

Yang istimewa nya di majlis ni, Fath selaku M.C utama tau..hehe.. ni kali kedua Fath menjadi MC bagi majlis utama.Ditemani 2 MC lagi.Nasib Baik Abah@bapa angkat@abah Adook sudah siap menyediakan skrip untuk kami.

Pada hari tersebut Fath tak buat sebarang persiapan pun kerana sehari sebelum Fath agak sibuk di tempat kerja dan berkejaran pergi ke majlis pertunangan sepupu saya Fira di bt.caves. Walaupun tak dapat bergambar dan merasai majlis tersebut tetapi Fath puas hati sempat juga Fath datang bertandang.

Ini juga salah satu pengalaman bagi Fath bagi mengendalikan majlis orang dan untuk membiasakan diri serta mengurangkan rasa gementara apabila bercakap di depan orang ramai@tetamu.






Audition 'pencarian gadis melayu' tv9.


Pada 03 august 2008,ahad. Fath pergi ke audition di Sri Pentas,Bandar Utama. Ditemani oleh Enya(PA n cousin),maton (cousin) n Engku(PA 2 a.k.a jiran n kawan) .Sebenarnya tak rancang pun untuk pergi ke audition tu..apatah lagi untuk membuat persiapan, sebab Fath tak tengok pun iklan audition tu kat tv. Enya@PA Fath paling bersemangat suruh Fath masuk. Kebetulan Fath dapat cuti hari tu maklum la kerja Fath cuti tak menentu.

Sampai disana pun agak lewat dalam tengah hari, ini adalah satu pengalaman bagi Fath apabila pertama kali menyertai audition untuk program realiti tv. Memang memenatkan n bosan apabila menunggu berjam2 lamanya...nombor giliran Fath pulak no.83,pukul 5.30 ptg baru 'turn' Fath.Syukur alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar sepanjang Fath audition, walaupun agak gementar di depan pengkritik tetapi Fath masih boleh lagi tersenyum dan bercakap dengan baik didepan mereka dan juga kamera. Mungkin Fath sudah biasa bercakap depan kamera.

Sama seperti yang Fath rancangkan pukul 6 adalah waktu Fath,enya,maton dan Haziq bermain tenis di stadium tenis,jalan Duta. Sebab Fath dah 'booking'.Sesudah habis Fath audition kami terus gerak ke stadium dan jumpe Haziq disana.


Pada 20/08/2008 adalah hari paling gembira pabila pihak tv9 menalifon Fath bagi memaklumkan bahawa Fath berjaya melepasi pusingan pertama bagi permilihan top 50.Apa kan daya memang bukan rezeki Fath untuk program tu nanti., Fath tak melepasi pusingan berikutnya..walau bagaimanapun Fath memang tidak boleh mengikuti syarat program tersebut yang menempatkan peserta disuatu tempat selama 3 bulan tanpa bekerja. Oooo...Fath banyak kerja. Fath akan saksi kan bagaimana program tu nanti di tv9.


Datang register je terus kena interview dengan krew2 'pencarian gadis melayu'