Sunday, November 29, 2009

Media Hiburan Magazine

Eh? apa cerita pula kali ini? tidak ada apa pun..cuma mengenai aktiviti Fath dan kawan-kawan awal bulan hari itu. Bikin surprise birthday Mr.Khai di Genting Highland. Seperti mana yang Fizie (PA Khai dan Rosma) katakan gambar pada majlis tersebut akan di masukkan dalam keluaran majalah media.

Ini adalah keratan nya.Disini ingin berkongsi cerita.Selamat membaca.

Friday, November 27, 2009

southwestern eggrolls at chili's

26/11/2009(Thursday)-hari khamis...kerja. kerja pula dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam, gila lah kerja 12 jam. gila cari duit ke apa?motif? staff lain sudah mula cuti raya. Layan kan sahaja.Kali ini Fath berkorban demi raya korban. Kerja semasa raya.waaa.......

Memang bosan kerja seorang diri ini. Sehingga lah tertimbulnya satu idea. apakah ia? nantikan post pada 12/12/2009.hihi...surprise! Tidak sangka Deng datang temani Fath seketika. best!kemudian kami dinner sama-sama di Chili's , Mid valley, yummy...Fath sudah kenyang sebenarnya tetapi hendak mengunyah juga. Kali ini Fath pesan southwestern eggrolls, sedap!

Mengantok teramat sebenarnya ditambah pula kenyang sangat. Fath terus ke gym lari dalam 20 minit, stim 10 minit dan mandi, kemudian balik, memang segar.

Disini Ftah ingin Mengucapkan SELAMAT hARI RAYA aIDILADHA!!!

Spent time with.......


25/11/2009(Wednesday)-Kerja seperti biasa, hari ini hari rabu...hihi...Fath hendak padatkan dengan pelbagai akitiviti sehingga lah tiba waktu tidur...macam mana tu?motif? just wanna be happy!! Balik kerja terus ke Gym di Bangsar kemudian terus dinner dengan Abg Halem dan kawannya. di Nando's , Bangsar, sepapatutnya di Delish, nando's lagi sodap!



Deng ada show di Putrajaya, dia pulang sahaja, terus kami berjumpa untuk meluangkan masa sedikit bersama. Fath menjemput deng di rumahnya dan pergi ke downtown, cheras untuk...berurut!Sian deng tangan terseliuh semasa workout seminggu lepas. Alang-alang disuruh Fath untuk mengurut...urut lah kaki...memang kantoi la kalau urut kaki. tidak percaya cuba lah.
ini kerana semua urat terdapat dikaki, maka si tukang urut dapat tahu apa yang tidak betul mengenai tubuh anda..memang tepat!


Seronok dapat meluangkan masa bersama deng walaupun sekejap, kemudian hantar terus ke rumah nya, kebetulan abang ipar dan kakak deng sampai untuk meluangkan masa bersama keluarga. Fath terus pulang dan terus bagi mesej pada deng , tidak sangka handphone deng tertinggal dalam kereta Fath!!hahhahah!!! patah balik untuk pulangkannya, mereka di restoran berhampiran..singgah dan minum-minum bersama...lebih kurang jam 2 pagi sampai dirumah...


memang padat jadual.puas hati walaupun tidak cukup tidur.

Sunday, November 22, 2009

Everything will be ok..


21/11/2009(saturday)- Nasib hari ini adalah hari cuti, tidak payah ambil M.C lagi. Demam mengejut boleh dikatakan.Selepas balik dari hospital kelmarin,iaitu 20/11/2009(jumaat) bangkit pagi sahaja terasa tidak sedap badan, tetapi tetap terus bersiap untuk ke kantor. Setiba sahaja dikantor, badan terus tidak boleh tahan lagi, demam ini telah menguasai. Tiada pilihan lain, Fath terus menalifon Andrew, meminta tolongnya untuk mengantikan kerja Fath, padahal dia cuti, maaf ya...Fath benar-benar tidak sihat.Andrew datang secepat mungkin, terus Fath dapat pulang dan berehat. Terima kasih andrew.

Berbalik pada cerita hari ini...Fath masih lagi belum sembuh dari demam.Tetapi masih boleh bergerak melakukan aktiviti biasa. Seperti yang kakak rancangkan, kami adik beradik beriadah bermain bowling di Alamanda, Putrajaya.

Disebalik itu Fath selitkan juga pertemuan kawan-kawan sekolah walaupun seketika. Hajar..mahu memberikan kad jemputan kahwin dia pada 5hb, december ini...


Eh??kenapa Asiyah pula yang bagi kad kahwin ni...hahahha!!

Sebelum pulang Fath dan adik beradik , kami membeli donut dari 'big apple'!! yummy!!!!Demam pun demam la..janji happy!!

Friday, November 20, 2009

Gastric + germ's infection + fever + flu = so....sick

20/11/2009(Friday)- Pagi-pagi buta sudah pergi ke hospital. Buat apa disana? Oleh kerana tidak tahan lagi sakit gastric ini, Fath membuat keputusan ke hospital berhampiran, Lebih kurang jam 12.30 a.m Fath memandu seorang diri kerana Pada masa itu semua ahli keluarga Fath sudah tidur, oleh kerana tidak mahu mengganggu tidur mereka Fath menghubungi adik angkat Fath yang baharu sahaja pulang dari kerja, untuk menemani Fath sepanjang disana nanti.

Nasib baik tidak ramai orang di hospital terbabit. Mungkin tidak ada apa-apa dengan gastric ini tetapi jikalau ia tidak pulih dari sepatutnya bagaimana pula?. Dengan pantas kakitangan hospital terbabit menjalankan kerja, mengambil darah dan ujian air kencing. Pertama kali tangan dicucuk di atas tangan. agak sakit. Kalau nak baik cepat sakit pun tidak kisah, mereka memberi Fath makan ubat gastric atau lebih dikenali 'ubat kapur' pesakit gastric tahu lah, kemudian mereka memasukkan sejenis ubat gastric juga kedalam tiub ditangan tadi. ubat yang bewarna putih jernih ini adalah ubat paling kuat untuk gastric dan pantas. Tunggu pula 2 jam lagi untuk mengetahui keputusan sakit sebenar. Dalam masa itu sempat juga kami minum dikedai mamak berhampiran. Kesian amat lapar. Lebih kurang jam 3 pagi doktor mengesahkan perut Fath dijangkiti kuman. patutlah badan belakang Fath sakit memanjang.

Pulang memandu seorang diri selepas menghantar amat di motornya. Terima kasih teramat kepada amat, adik angkat kesayangan Fath yang baik hati menemani Fath.Sayang kamu.Terima kasih juga pada Deng yang sentiasa di sisi dan sentiasa mengambil berat dan menyanyangi Fath.Love u always. Tidak lupa Izzat dan Engku yang juga 'caring' dan tidak jemu bertanyakan khabar berita sepanjang Fath disana. Sayang mereka juga.

Thursday, November 19, 2009

seriously, i don't care.


19/11/2009(Thursday)- Hari ini memang di luangkan lebih kepada diri sendiri.Kawan sekerja pula sakit selepas Fath cuti sakit semalam. Sudah biasa dengan keadaan ini, yang pasti jadual makan perlu dijaga dengan betul.

Sebenarnya bukan hendak bercerita mengenai perihal kerja tetapi, perihal masih ramai lagi yang masih tidak 'open minded' dalam sesetengah isu, walaupun ia adalah pendapat individu, tetapi ia memang memperlihatkan identiti dan permikiran seseorang itu.

Lebih dikenali 'jaga tepi kain orang' keatas individu sebegini. Bukan lah 'caring' tetapi menyibuk lebih-lebih. Bukan hendak mengata kaum sendiri tetapi separuh daripada nya memang begitu. Lebih memperlekehkan orang kepada negatif daripada positif. Menegur tidak mengapa tetapi kalau mengata atau menuduh, ditambah lagi menyebarkan maklumat kurang tepat adalah fitnah. Lebih baik diam dan urus perihal sendiri.

Selalunya perihal begini dianggap iri hati mahupun busuk hati. Memang dosa dan pahala adalah sendiri-sendiri.Jikalau tidak tegur atas perihal yang salah pun dianggap bersubahat dan ganjaran nya adalah dosa , tetapi ia tidak bermakna boleh sesuka hati menyuarakan ia dengan mengaib kan atau sebagainya. Adalah lebih afdal tegur diri sendiri dahulu , baharulah orang yang terdekat dan yang sepatutnya.

Tidak bermakna apa yang kita nampak yang baik itu adalah baik, dan nampak yang jahat itu adalah jahat, ini semua melibatkan perihal dalaman. Biasalah orang menilai seseorang itu dari luaraan, memang benar luaran itu sedikit sebanyak mencerminkan seseorang itu tetapi ia bukan lah jawapan kepada 100%.Lebih baik mengkaji dan mentafsir terlebih dahulu..

Seriously, Fath memang tidak peduli perihal orang lain kecuali orang yang rapat dengan Fath sahaja, orang sekeliling mahupun orang yang tidak dikenali memang Fath tidak akan masuk campur, suka hati mereka nak pakai apa pun, makan apa pun, kata apa pun, dari mana pun, Fath tidak ambil peduli dan Fath tidak akan ada kaitan dengan orang. Sounds like selfish but ia adalah lebih baik dari menyibuk tidak tentu pasal.

Biar mereka hendak mengata atau sebagainya tentang Fath , yang pasti...i know myself.

Gastric!!!


18/11/2009(Wednesday)-Sakit ini tidak dapat dikawal lagi dan teramat sakit. Sehingga tidak dapat tidur.Pada awal nya memang tidak dapat agak penyakit sebenar. Tetapi ia datang secara tiba-tiba selepas makan semalam. Mungkin kerana lewat makan. Oleh kerana tidak mahu memanjakan badan sendiri maka biarkan sahaja.

Sakit yang teramat menyebabkan segalanya serba serbi salah. Menunggu pagi cerah. Lebih kurang jam 7.30 pagi Fath mandi dan bersiap keluar terus ke klinik berhampiran dengan rumah Kak Ton. Sah! memang Fath diserang gastric lagi. dan ini merupakan kali ke-2 diserang , Bukan sengaja membiarkan perut diserang gastric tetapi memang tidak sengaja atas kerana masa untuk makan tidak menentu. pertama kali ia menyerang adalah 2 tahun lalu. Dimana masa itu Fath langsung tidak tahu ia adalah gastric, bukan kata perut sahaja sakit tetapi nak telan air pun pedih teramat di bahagian ulu hati.

Mungkin ada yang anggap gastric ini adalah sakit perut sahaja. Padahal ia amat merbahaya jika ia ditahap kronik dan amat menyeksakan. Oleh kerana tidak tahan diserang gastric ini, doktor memberi injection untuk mengurangkan rasa sakit serta ubat untuk memulihkan keadaan perut, secara tidak langsung Fath tidak dapt makan dengan sesuka hati iatu hanya boleh minum sup, 100 plus(tidak sejuk), kemudian makan makanan yang lembut sahaja. Ini kerana perut mungkin terluka dihakis asid.

Oleh itu doktor memberi Fath cuti sakit untuk berehat. Berehat Fath dirumah family. Tetapi kali ini keadaan perut amat sukar untuk pulih.

Pengajaran juga kepada semua, jangan melewatkan makan dan jangan membiarkan perut kosong dalam tempoh yang lama, apabila sudah diserang amat susah dan perit untuk dipulihkan serta memakan hari untuk menjadi sedia kala.

Saturday, November 14, 2009

Farah Darlina@ Ayang bertunang!!



14/11/2009(saturday)- 14 nombor kegemaran Fath dan ia secara tidak sengaja menjadi tarikh pilihan ayang , iaitu sepupu Fath sebelah mama. Walaupun kami sama datuk dan berlainan nenek , tiada wujud sebarang jurang apa-apa pun. Ayang ataupun nama sebenarnya Farah Darlina adalah anak ke-3 dalam adik beradiknya, secara tidak langsung pertunangan ini adalah dikira langkah bendul kerana kakaknya , Farah Dayana masih lagi status bujang. Kami semua daripada saudara mara sebelah ayah Ayang sangat gembira atas perihal baik ini. Umur tidak menjadi persoalan walaupun masih berumur 21 tahun.



Majlis berlangsung dirumah keluarga Ayang di Ampang diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran para hadirin. Merah jambu pilihannya membuatkan ceria dan comel sesuai dengan bakal pengantin ini. Ayang memang comel. lagi-lagi dikenakan dengan sepasang baju putih melengkapkan majlis pertunangan nya.


Fath tiba bersama Nisah iaitu adik Fath tepat jam 2.30 petang setelah mengharungi keadaan jalan yang sesak telah melambatkan ketibaan ramai tetamu yang menggunakan jalan MRR2. Lebih kurang jam 3.30 petang acara bermula diselitkan juga pantun dari sebelah pihak kami. memang memeriahkan suasana. Selesai segala perbincanagan jam 4 petang dan para hadirin mula menjamu selera, hujan mula turun tanda rahmat. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Lebih kurang jam 5 petang Fath gerak ke kantor. Kerja tidak boleh dilengah-lengahkan. Segalanya baik.


Disini Fath ingin mengucapkan tahniah buat Ayang dan sekeluarga atas pertunangan Ayang dan pasangan nya. Semoga jalinan ini menuju ke arah sebenar iaitu di ijab kabul kan sebagai suami isteri. insyaAllah jika tiada sebarang halangan mereka akan di ijab kabulkan pada julai, 2010. Amin.

06/11/2009-happy birthz kak anil.

05/11/2009(Thursday)-HAPPY BIRTHDAY Kak Anil!! sweet 26, maaf ye lambat cerita dan lambat upload gambar ini, baru dapat gambar ini dan memang tidak sempat untuk bercerita disini, maklumlah terlalu sibuk dengan pelbagai akitiviti selama 2 minggu , adanya Ashraff di Malaysia ini.

Hari cuti yang teramat padat aktivitinya. tidur lambat bangun pun lambat la, mana tidaknya celebrated Birthday Khai semalamnya..pergi car wash dan terus ke putrajaya untuk ambil kek hantaran. bukan hantaran untuk Fath ya. tapi untuk kawan kak anil. terus pula ke rumah Deng ambil Ashraff untuk dibawa jalan-jalan. Dating!!hahha...demi kawan jauh ini...


Bawa dia pergi makan malam di Naili's Sentul, ternyata benar Ashraff menyukainya.Kemudian terus gerak ke downtown , Danau Kota. Ashraff nak shopping baju. Kemudian minum sebentar bersama di Oldtown berhampiran , adanya Enya, Maton dan Tapok. Kemudian terus ke downtown , Cheras sebab baru Fath tahu birthday Kak Anil la...Deng bagi tahu lewat benar. Tolong belikan Teddy bear paling besar sebagai hadiah dari Deng buat kakaknya.Nasib baik sempat tiba dirumah tepat jam 12 a.m.

Tidak sangka juga Fath diajak sekali, segan sebenarnya kerana semalam nya terbangkit beberapa cerita kurang enak yang ada kena mengena. Fath tolak rasa itu sejauh boleh dan menjalani seperti biasa.

Apa pun Fath ingin berterima kasih kepada keluarga Deng yang melayani Fath dengan baik.Semoga mereka bahagia dan dicurahkan rezeki selamanya.amin.

Friday, November 13, 2009

12/11/2009-Rock it out!!!



12/11/2009(Thursday)-HAPPY MONTHLY ANNIVERSARY!!!! for me and Deng.Hampir terlupa sebenarnya,hihi...Aktiviti hari ini memamg padat dari jam 10 pagi hingga lah jam 2 pagi keesokkannya. Penat memang tidak terkata tapi itu tidak menjadi masalah pun. Selepas balik kerja jam 6 petang, harungi pula keadaan jem dijalan raya dan tiba seperti waktu yang dijanjikan jam 7 petang di bawah rumah Deng untuk menjemput Ashraff ke beberapa destinasi tertentu sebelum melengkapkan agenda utama dia iaitu photoshoot!!


Destinasi pertama iaitu mengambil baju di dobi , tidak jauh pun dari kawasan rumah kemudian membeli contact lens dan saloon. Ashraff memang penting kan gaya rambutnya dan dia mempunyai citarasa tersendiri untuk menjadikan segalanya sebaik mungkin.

Seperti yang Fath aturkan , iaitu tiba sebelum masa photoshoot, tepat jam 8.40 malam kami selamat tiba di destinasi iaitu Bukit Bintang!! sementara menunggu Tapok , Enya dan Maton tiba kami menikmati some snack at Secret Recipes -Oreo milkshake!!Ashraff pula green apple kasturi juices.yummy!!

Photoshoot bermula jam 10 malam di depan maybank terlebih dahulu. Memang hasilnya adalah terbaik. Memamng senang bekerja dengan photograher iaitu Tapok ini. Dia tahu apa yang terbaik untuk model dan dia tahu apa yang dia inginkan .

Fath sebagai selaku manager, PA, make-up artist dan second photographer(personal camera and V.camera) memang berbaloi-baloi..hihi...ini antara gambar yang diambil dengan menggunakan camera digital sebagai kenangan.


Tanggungjawab Fath menjaga segalanya berjalan dengan lancar.Alhamdulillah semuanya bagus. Ini pertama kali Fath menjaga seseorang , untuk photoshoot, tengoklah Fath touch up muka Ashraff, first time make-up kan lelaki.huhu...alat solek ada, semuanya beres.

Antara yang paling happy di tempat shooting adalah Maton!!she's is my cousin too...dia memang baik, lurus fikirannya, jujur dan cute juga. Memang kelakar apabila merekodkan tingkah lakunya disitu...



Lihat lah mereka memang sibuk menguruskan segalanya untuk terbaik buat Ashraff.Tapok memang profesional, Maton memang membantu, Enya memang buat terbaik dari sebelum, semasa dan selepas ,walaupun dia amat letih sekali semasa photoshoot dijalankan. Sayang sekali Deng tidak ada sepanjang photoshoot berlangsung atas urusan belajar dia. Good luck for exam and everything ya!

Terima kasih kepada semua yang menjayakan segalanya!!Memang puas hati.Love you all guys!!

Thursday, November 12, 2009

11/11/2009-hang out !!


11/11/2009(Wednesday)- Cuti, Happy birthday adikku,Bihah sweet 12,dan hang out!!!Memang tidak dinafikan Fath teramat sibuk dengan aktiviti luar dari perihal kerja. Mungkin hanya tempoh sehingga hujung minggu ini sahaja. Kehadiran Ashraff ke sini amat memeriahkan suasana. Hampir hari-hari juga kami (Deng, Enya, Maton, Fath dan Ashraff) hang out bersama.

Sehari suntuk menghabis kan masa bersama Ashraff dengan mengelilingi KL.haha...menemani dan membawa dia kemana sahaja termampu termasuk bertemu dengan Dato Aziz Satar dan sekeluarga di rumah beliau dan dinner di Sakura Cyrstal, Taman Melawati.


Dipetang hari kami menghabiskan masa bersama Izzat, iaitu kenalan Ashraff dalam facebook.Akhirnya berjumpa juga mereka.Dimulakan dengan menjemput Izzt di stesen LRT Ampang Park kemudian terus ke Setapak untuk menikmati cendaol tersedap di Kawasan tersebut iaitu di restaurant Pak Wahab.

Kemudian menonton wayang!!!di Mid Valley.best....then baru lah dinner...gambar diatas sekali itu ya...nantikan post yang berikutnya iaitu aktiviti pada 12/11/2009(Thursday).

Sunday, November 8, 2009

i'm in the mirror


07/11/2009(saturday)-Hari yang dipenuhi pelbagai aktiviti dari pagi hingga la lewat malam. Semuanya adalah penting. Kerja dan kerja demi hidup yang sekali ini.Rehatkan minda seketika dengan beriadah menonton wayang di GSC signature, Garden. bersama yang terapat.Kemudian business and business. Minggu ini yang amat bermakna buat Fath dalam semua perkara termaksuk lah yang berlaku disekeliling. Kehadiran orang jauh yang memeriahkan, lunch bersama rakan sekerja, Kemmy selama seminggu amat menyenangkan. Isu-isu yang berbangkit amat memeranjatkan, Masa di isi dengan baik, tawaran business di luar jangkaan, Hati ini di uji dan fikiran berkerja selama 24 jam sehari.

Apa yang ingin dikongsikan disini adalah sesuatu realiti dan selalu terlepas pandang oleh semua orang.

-Tahukah anda perilaku anda sebenarnya tidak diterima orang? kemudian apa yang anda rasa akan perkara tersebut?
-Tahukah anda bahawasanya, orang berkata tentang anda dibelakang anda? Terima kah anda?
-Tahukah anda orang tidak akan menegur ataupun memberitahu anda perihal sebenar tentang anda?Apa yang anda tahu sebenarnya?
-Tahukah anda bagaimana untuk menghadapi situasi ini dengan baik?Terima atau tidak?

Pernah atau tidak anda mengalami situasi ini, bunyi nya seperti biasa sahaja tetapi apabila terkena pada batang hidung sendiri , tersentap juga la. Tidak lah remeh mana pun tetapi kalau melibatkan banyak pihak, berpusing juga kepala. Memang benar Jadi diri sendiri adalah lebih baik. Memang betul perlu ada identiti sendiri. Memang benar perlu sentiasa dalam permikiran positif. Memang betul perlu terima teguran dan kritikan yang membina untuk kearah yang lebih baik. Tapi bagaimana pula sebaliknya yang terjadi? Mahu mengikut kehendak sendiri ataupun kehendak orang lain? Mana yang lebih utama?

Senang cerita , lain orang lain cara. Lain yang diberi , lain pula yang dapat. Serba serbi bertentangan. Sama juga lah Fath. Jika tidak kenal mahukan tahu Fath ini macam mana. Lumrah pula apabila orang menilai seseorang dari luaran sahaja, ataupun yang mereka nampak secara kasarnya. pekak kan telinga ke apabila ada yang mengata? ye la...kalau cakap belakang itu mengumpat dan mengata lah. Manusia macam itu lah. Hendak tutup mulut mereka memang mimpi lah. Hendak ikut kehendak mereka , sakit hati lah. Mengapa perlu ketepikan perihal sendiri? ala...sikit-sikit itu boleh lah...tapi kalau sudah melibatkan perihal utama , bagaimana pula?


Ada perkara harus diterima dan ada perkara perlu dipertimbangkan. Hidup ini sekali sahaja. Hidup ini untuk apa pula? untuk diri sendiri atau untuk orang lain? Letakkan diri ditangga ke berapa sebenarnya?memang hidup ini berkait dengan orang lain tetapi tidak bermakna perlu memenuhi kehendak itu? kita boleh berfikir secara terbuka tetapi bukan bagi mereka. Kita boleh jaga kain sendiri tetapi bukan bagi mereka. Kita boleh mengambil berat akan perihal orang lain tetapi bukan membeban orang lain pula ye...

Kesimpulannya , apabila kepercayaan itu terusik secara automatik nya peratusan kepercayaan itu menurun sedikit demi sedikit ataupun secara mendadak. Masa diperlukan untuk membaiki keadaan tetapi tidak bermakna terima secara bulat-bulat. Manusia biasakan. Tidak suka cara ini, tidak mengapa , tidak salah pun. Tetapi jangan impikan kehendak mereka itu dituruti , hanya boleh dipertimbangkan dan perbaiki sahaja yang mana boleh memberi impak yang baik kepada semua pihak, kalau satu pihak sahaja, minta maaf banyak-banyak la ye...Kehendak sendiri yang paling utama sebenarnya.Bukan hendak menyalah kan orang lain kerana mengata mahupun tidak bersuara dengan baik cuma fikirlah sendiri apabila terkena pada diri sendiri pula. tak kisah ke?Layan je hidup ini....ujian hidup nama nya....

Friday, November 6, 2009

Surprise? or Surprise!!!!! at Genting.



04/11/2009(Wednesday)-The best day like another before, i think.Dimulakan dengan aktiviti harian iaitu kerja seperti biasa di sebelah pagi dan pulang jam 6 p.m. Dalam tempoh waktu tersebut harus fokus dengan kerja dan perlu cari jacket atau seumpamanya.Penting bagi Fath untuk memenuhi perihal penting sebegini dengan baik dengan sebolehnya. Bangun pagi sahaja dapat sms dari Fizie dan Deng supaya memakai pakaian bertemakan merah. what's???? merah????oh no...i'm really no idea for 1st think but i must to. because i haven't got red outfit. so...servey and shopping-faster and faster. only at mid valley mega mall- no time. My own Style Yang dicari dan ia adalah up-to-dated so memang la mahal sehingga mencecah 500++, out for budget. Don't spent a lot money, Fath. so.. I'm keep search and finally got it !!still nice and comfortable in me.yeay!!more chiper than 500++ jacket.Tepat jam 6 p.m pulang terus ke Bangsar berjumpa dengan Abang Halem untuk mengucapkan selamat jalan dan selamat pulang nanti. Bandung destinasinya. Best!!dan Thanks to Abg Halem, pasal 4 tiket wayang-Michael Jackson's movie at GSC signature at Garden. Yeay!!!i'm happy!

Dalam hujan renyai lebih kurang Jam 7 p.m Deng datang bersama Cherap!!jemput Fath di Bangsar dan kami terus ke Station Petronas Taman Melati, Gombak untuk menjemput Enya dan Maton di situ. Terus gerak menuju ke GENTING!!! So happening in car, ketawa memanjang tetapi awas, ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya. Apakah ia??ermmmm.....

Kabus agak tebal sehingga menyukarkan penglihatan kami semua, musim hujan membuatkan kami rasa amat sejuk membeku. Sebelum memulakan perjalanan lagi tadi Fath sudah mula rasa pening mungkin kerana lewat makan tengah hari , angin naik ke kepala. Rasa seperti mahu muntah, kawal sahaja migrain ini. Tetapi ada yang tidak dapat dikawal di dalam hati dan di dalam kepala ini.

Ashraff,Maton, Enya, Fath, Aliff, Ekin, Haziq dan Saari.

Ye Fath akui ada buat salah secara berdepan tetapi tidak tahu pula di belakang. Apa pun Fath minta maaf banyak jika ada yang sakit hati dengan perilaku Fath ini. Kalau tidak ditegur manakan tahu. Fath terima segala teguran secara profesional dan privasi. Berubah untuk kebaikan adalah harus tetapi berubah untuk seseorang adalah pengorbanan. Selagi ia tidak salah dan memberi keuntungan kedua-dua pihak.Pertimbangkan sebelum kata putus.Terima kasih atas keperihatinan orang sekeliling yang masih menyanyangi Fath yang serba serbi sederhana ini.

Secara tidak sengaja Fath melakukan sesuatu diluar jangkaan semua dengan terus bertindak menyuarakan yang kurang enak melanda di hati pada masa itu dan menganggu permikiran otak yang makin serabut. Tidak pernah Fath bertindak sebegitu di depan khayalak ramai tanpa menghiraukan keadaan sekeliling dan yang pasti perasaan menguasai segalanya. Bagus juga sebenarnya kerana dapat menyelesaikan sesuatu itu dengan pantas walaupun panas secara mendadak dan sejuk dengan baik. Rupanya banyak yang Fath tidak tahu selama ini berlaku di belakang Fath. dan Fath akui ia amat mengecewakan tetapi Fath terima secara hati terbuka dan ikhlas kerana menyuarakan ia dengan baik dan jujur demi hati Fath.Fath sangat hargai.

Selesai perbincanagan selama hampir sejam, kami semua makan dan bergurau senda seperti sebelum. tepat jam 11 p.m kami semua gerak ke Theme Park Hotel. Fizie amat terkejut adanya Ashraff Rannil @ Cherap , datang dari brunei ni. Lupa pula nak ucapkan selamat datang kembali Cherap!!!! Dia yang tiba pada hari isnin lepas sangat mengujakan kami semua.

Fizie yang merancang semua ini bagi mengujakan Khai!! Surprise birthday party!! HAPPY BIRTHDAY MR.KHAI!! SWEET 30!! Terima kasih Fizie dan semua yang bagi komitment dan mengajak Fath sekali untuk menjayakan majlis ini.Fath happy seperti biasa. Tapi harus berhati-hati dan ada perkara yang harus dipertimbangkan.

Meriah! dan berbaloi, lebih kurang jam 2 a.m kami pulang ke arah Kuala Lumpur. Allah s.w.t sahaja yang tahu bertapa sakitnya kepala ini. migrain datang balik sekian lama ia menyepi. Ubat pula tiada dan tiada pilihan Fath harus memandu ke rumah juga. Berhenti pula di hentian kawasan rehat Serdang selama 45 minit. Tepat jam 5.30 a.m Fath tiba dirumah dengan selamat. Tidur dengan lena jam 8 a.m setelah ubat tahan sakit dan pain killer ditelan dan bangkit jam 2 p.m. Apakah aktiviti Fath keesokkanya?Nantikan Post berikut nanti.

Sunday, November 1, 2009

Launching- ID Perempuan's Boutique

30/10/20096(Friday)-Seperti biasa jikalau ada event ataupun kerja-kerja yang melibatkan modelling , Fath akan ambil cuti supaya segala jadual dapat diurus dengan baik dan tidak bertindih dan bertembung dengan aktiviti lain. Kali ini Fath selaku model tetap ID PREMPUAN wajib hadir di majlis launching boutique ID PEREMPUAN yang diadakan di jalan Kenanga, Kuala Lumpur.Congratulation!!diucapkan. Tepat jam 1.00p.m Fath tiba bersama Kak Teh iaitu adik kepada salah seorang owner boutique iaitu Kak Ton(Zaiton Alias). Fath disambut dengan meriah sekali oleh semua orang yang berada disitu. Sesi bergambar tanpa henti sehingga jam 4.00 p.m, Segalanya berbaloi-baloi...haha. Letih itu adalah biasa dan kepuasan itu adalah nikmat dalam bidang ini.

Dengan kehadiran finalis gadis melayu season 2 juga meriahkan lagi majlis walaupun Fath tidak mengenali mereka.Juara gadis melayu season 1 pun hadir iaitu Aida dan salah seorang lagi Husna. Kehadiran Haziq menghangat kan majlis.haha. Yang pasti Kak Shafnie selaku model utama dan tetap ID PEREMPUAN menjadi partner Fath sepanjang majlis. dan kami hang out together bersama Deng di Pavillion,sekejap dan best.

Terima kasih tidak terhingga kepada Kak Ton yang banyak memberi peluang kepada Fath dalam bidang peragaan baju-baju busana ini.Tidak lupa juga kepada semua kaki tangan ID PEREMPUAN yang baik dan juga banyak membantu terutama Jenny, business partner Kak Ton. Terima Kasih semua yang hadir dan memberi sokongan.Semoga ID PEREMPUAN success selalu.Amin.


Terima kasih Enya sebab sudi datang.

Maton sepupu Fath juga.

Kak Shafnie , Enya dan Fath

Kak Shafnie, Kak Teh, Zaiton Alias, Fath

Keadaan majlis