Wednesday, September 30, 2009

30/09/2009

30/09/2009 of me

30/09/2009(Wednesday)-Cuti! Hari ini sengaja merehatkan diri dari segala aktiviti. Rancangan sebelumnya telah bertukar maka tidur dan meluangkan masa bersama keluarga adalah terbaik. Sengaja juga tidak menetapkan masa untuk bangun dari tidur pagi tadi. Biarlah badan dan otak ini berehat agak lama sikit kali ini.Memandangkan sepanjang seminggu yang lepas tidak dapat tidur yang lena. Jam 11.25 a.m baru bangkit dan mula mengemas rumah dan membeli barang-barang dapur. Maklumlah kawan-kawan adik mahu datang beraya rumah hari ini. Masak!! dari pukul 2 p.m hinggalah jam 10 p.m tetamu tidak putus datang rumah. Dari makan tengah hari hinggalah makan malam, Seronok berborak dengan tetamu ini. Ini belum lagi kawan-kawan Fath yang datang serbu, rasanya tahun ini tidak buat open house , memandangkan hari-hari orang datang rumah sampai tidak kemana tuan rumahnya.

Semalam dengan jayanya Fath berjaya selesaikan puasa ganti dan hari pertama bagi puasa 6. Hari ini tidak berpuasa , maka untuk esok Fath berniat untuk puasa 6 bagi hari ke-2. InsyaAllah hari jumaat Fath akan berpuasa juga jika tiada apa yang membebankan. Awal-awal lagi Fath bagi tahu aktiviti terpenting dalam minggu ini. Hari jumaat merupakan hari yang cukup sibuk dimana disebelah pagi hingga petang masa bekerja, terus pula untuk aktiviti tolong menolong di rumah Deng untuk open house, akan berterusan sehingga malam.InsyaAllah pada hari Ahad , Fath akan hadirkan diri di kenduri Kahwin kakak Shaim (ex-student IKN) di Bandar Tun Razak.dan jemputan open house disebelah malamnya. Mungkin aktiviti akan bertambah lagi, ikut mana termampu.

Fath sudah mula senyum dengan hati senang seperti kebiasaanya sebelum ini. Alhamdulillah. Tetapi ini tidak bermakna lega selamanya , Dugaan dan cabaran pasti akan datang menguji mungkin dalam bentuk lain, cuma Fath perlu bersedia dan bijak mengawal situasi dan emosi apabila yang tidak diigini tiba-tiba muncul. Minta jauh lah. Tetapi itu bukan ditangan Fath bagi mengatur selok belok perilaku hidup yang penuh mencabar psikologi dan fikiran. Hati paling sukar untuk ditafsir sebenarnya.Minta yang baik-baik sahaja untuk semua perkara.amin.

Monday, September 28, 2009

Derma Darah lagi

28/09/2009(Monday)-Hujan lebat tiba-tiba , jam sudah pun menunjukkan tepat 11.00 a.m, Tidak sedar masa cepat berlalu, bersiap seperti yang telah diniatkan sejak 2 hari lepas. Packing baju kerana bermalam di rumah Kak Ton walaupun tuan rumah tiada di rumah. Masa untuk bersendirian. Terima Kasih Kak Ton kerana mempercayai Fath. Redahkan juga cuaca kali ini, singgah di pejabat 'customer service' di tol sungai Besi, atas tugasan yang diberi oleh Enya. Tugasan akan bersambung dilain hari pula. Hujan masih lebat sehingga la Fath selamat tiba tepat jam 12.55 p.m di Pusat Darah Negara. Alhamdulillah.

Setiba sahaja, baharu Fath teringat buku penderma tinggal entah dimana. Biarlah..yang pasti akan teruskan juga niat Fath ini. Paling ditakuti apabila tekanan darah rendah kerana Fath tidak sarapan pagi tadi apatah lagi lunch. Betul tekaan Fath tekanan rendah, ditambah pula tidur malam tadi kurang lena. Selepas pemeriksaan ke-2 Baharu lah Fath dibenarkan menderma darah.Alhamdulillah. Kali ini datang seorang , sebelum ini berdua. Tidak sangka pula ada staff yang mengambil maklumat peribadi Fath dari borang penderma iaitu no.talifon. Baca sahaja sms tersebut tanpa dibalas. Biasa buat macam itu lah.

Puas hati bila niat terlaksana dengan baik. Selapas menderma , laparnya macam tidak makan langsung. InsyaAllah Fath akan menderma lagi pada hujung disember 2009.3 bulan sekali sahaja dibenarkan menderma.

Selalunya Fath datang menderma , jarang sama sekali lihat penderma lingkungan umur 20-an menderma darah., yang hadir menderma kebanyakkan nya lingkungan umur hujung 20-an , 30-an dan 40-an.Derma lah darah untuk menolong orang yang memerlukan.Terutama yang sihat tanpa sebarang penyakit.sekian.

Saturday, September 26, 2009

Renungkan Bersama...


Membaca amat berguna tidak kira lah apa perkara yang dibacanya. Secara tidak langsung dapat ilmu yang pelbagai paling yang diminati sudah tentu mengenai motivasi diri yang ada kekurangannya. Manusia kan.Disini Fath ingin berkongsi sedikit perihal masalah hubungan yang dialami segelintir masyarakat.Fath juga tidak dapat lari dari masalah sebegini.Manusia kan.

Perkara yang kecil pun boleh jadi besar dan remeh kalau tidak dapat mengawal,mentafsir dan memperbaiki dengan baik. Setiap hubungan manusia berbeza walaupun ia seakan sama, manusia kan.Contohnya:-

kita semua meletakkan harapan tinggi ke atas pasangan. Lantas mengharapkan si dia(pasangan anda) dapat menjadi sumber simpati, bersifat terbuka kepada kita dan macam-macam lagi harapan lain. Si dia pun seperti kita juga. Ada menaruh harapan. Tetapi apabila kita mengharapkan terlalu banyak, kita rasa si dia menjadi beban yang menyesakkan, yang tidak henti-henti di tanggung oleh kita. Kini, si dia bukan lagi orang yang meringankan beban, sebaliknya menjadi beban kepada kita daripada segi emosi, psikologi dan fikiran.


Dalam hubungan tidak semestinya diatas jalan yang sama, bukan lurus semata, ada selekohnya. Berubahnya hubungan juga boleh berlaku apabila kita semua berubah mengikut waktu. Ada antara perubahan-perubahan yang berlaku kepada kita atau si dia menyebabkan terjadinya bertentangan sikap, nilai dan minat yang boleh mengancam cinta. Misalnya, mungkin ilmu dan tahap pendidikan kita sudah jauh bertambah tinggi, keupayaan intelektual sudah banyak berkembang, jenis kerjaya sudah bertukar bidang, matlamat hidup sudah lain, minat tidak serupa dahulu, akibatnya keperluan jiwa kita kini berbeza. Tetapi si dia mungkin masih seperti 10 tahun lalu atau sabagainya. Atau pun si dia pun berubah juga, tetapi ke arah lain sama sekali. Keadaan ini mendorong kepada lunturnya rasa cinta di antara pasanagan ini.

Bercakap salah, tidak cakap pun salah, kenapa jadi bergitu pula?Hendak ke si dia dengar apa yang ingin di perkatakan?, Interaksi seharian ialah nyawa kepada cinta, hubungan mesra dan kasih sayang. Oleh itu , tanda-tanda awal berlakunya kerenggangan dan keretakan sesebuah hubungan itu dapat dikesan pada komunikasi antara pasangan.. Tanda yang paling mudah ialah kurangnya akitiviti berbual. Kesannya pasangan semakin terasing., meskipun secara fizikal mereka masih bertemu tetapi kalau komunikasi hambar, bagaimana pula? Aktiviti bersembang amat penting kerana kita dapat berkongsi cerita suka duka sehari-hari dan ini menjadi saat istimewa kita berdua. Melalui perbualan, kita saling memberitahu satu sama lain perkara-perkara terbaru yang kita alami atau rasakan. Tanpa perbualan, kita tidak lagi mendapat 'berita terkini' mengenai pasangan, lantas membuat hubungan semakin hambar.Ini tidak bermakna kena bergayut di talifon mahupun berceloteh takala berjumpa.berborak lah..

Dalam hubungan memang kita tidak boleh mengelak kan diri dari timbulnya konflik. Konflik menghapuskan harapan untuk masa depan bersama. Tanpa rancangan masa depan, terhakislah komitmen kita terhadap satu sama lain. Kita tidak lagi didorong untuk memenuhi janji-janji yang pernah di padu satu masa dulu. Konflik berlaku dalam semua keadaan. Walaupun dalam situasi baik, konflik tetap boleh berlaku.Ini yang Fath alami.Jika hubungan sudah renggang, konflik yang terjadi lebih banyak dan lebih serius. Sekiranya pasangan masih berkasih-kasihan, konflik ini boleh diimbangi dengan komunikasi yang mesra agar kesannya tidak dirasai. Bagaimana pula jika hubungan hambar?

Renungkan lah..fikiran kita mempengaruhi perasaan kita. Begitu juga dengan si dia. Salah satu jenis fikiran yang kita lakukan ialah cara kita menerangkan apa yang dilakukan oleh pasangan. Misalnya, kita cuba terangkan mengapa si dia melakukan sesuatu perbuatan itu atau mengapa si dia tidak perlu melakukan.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh diperkatakan dan dibincangkan. Tetapi cukup lah untuk hari ini .Cukup ini yang dibentangkan.Cukup la ye...

Mari Membaca!

cover october 2009

Sebenarnya semalam Fath beli majalah Intrend ini, Fath antara pengikut setia dan pernah menjadi model make over issue january 2009.

make over issue january 2009

Kenapa pula Fath upload cover majalah ini kali ini?muka terpapang keluar lagi ke?kalau upload ye la tu kan.Tapi tidak kali ini, apa yang menarik nya issue kali ini adalah mengenai ijab kabul.sesuai sangat la untuk sepupu Fath, Fira yang akan di ijab kabul kan pada 23/10/2009 dan Fath adalah pengapitnya. So..Fath kena lah cari ilham untuk baju pada hari resepsi nanti.Fira antara sepupu sebaya fath,insyaAllah january 2010 sepupu sebaya seorang lagi akan di ijab kabulkan, 'Ada' namanya.Jawabnya tinggal Fath seorang sahaja yang seumur mereka yang masih bujang di sebelah keluarga mama. Jodoh di tangan tuhan. Ia akan datang sendiri.

Fath dan Fira

Apa yang lagi menarik dalam Intrend kali ini adalah topik-topik hangat bagi Fath. Antara nya ialah:-

"Bahana bersuamikan Budak-budak/benarkah lelaki muda dan nakal"(menarik ceritanya daripada si Matsuzaka dan si Sin chan putus tunang dan kahwin juga akhirnya dengan kata kunci 'semuanya akan okey dihujung')

"Lara Jiwa pabila cinta kian Luntur"(10 sebab kenapa ia terjadi)

kedua-dua topik ini kena dengan Fath sekarang ini.Untuk mengetahui cerita penuh, boleh lah dapatkan majalah ini di pasaran.Selamat membaca!.

Friday, September 25, 2009

Stopping time


Walau hati ini terus menangis Menahan kesakitan,ia lumrah kehidupan.Segalanya telah diberikan Juga semua kekurangan, jalani sahaja selagi masih diberi kesempatan di dunia ini.Masa tetap berjalan, hidup pun mesti diteruskan , jika dapat menghentikan masa boleh hentikan banyak perkara. Mustahil kan? tapi orang lain pun kepingin juga. Hentikan masa hentikan nadi juga...mahu ke kalau begitu? mati jawabnya itu. mati jasad kah?mati hati? mati kutu? mati katak? mana-mana pun boleh.

Hari ini diletakkan pada diri sendiri, keluarga pergi beraya, kerja tetap kerja diteruskan pula bersenam di gym kemudian pulang menonton tv menantikan cerita Nur kasih tetapi 'pirate' yang keluar..best cerita itu adanya si Jonny Depp, memandangkan sudah layan sebelum ini , jadi tidak hairan sangat la.kali ini layan kucing pula la..Si Kitty ni nak makan..sayang dia.Dia yang mewarisi raut wajah D'Leh.anak bapak la katakan. Alamak.mata mula memberi respon untuk berehat , jam pula baru menunjukkan tepat 10 p.m .Maka layan pula twitter dan facebook.
Pelbagai topik yang dibicarakan sehingga menimbulkan pelbagai rasa. Lebih baik tutup sahaja computer.jika memang itu yang terbaik .

Oleh kerana mata tidak boleh bertahan lagi , Masuk tidur adalah lebih baik walaupun keluarga belum balik lagi.sambung cerita esok pula ya...

di Tag oleh Enya

1. Apakah brand jam tangan yang anda sedang pakai sekarang ni? Upload la gambar jam tangan anda tu?

Ini lah jam yang Fath pakai,espirit, jam ini kawan a.k.a 'admire' yang bagi sempena hari kawan sedunia tahun lepas,haha.. maaf ya kualiti gambar tidak berapa bagus, dalam nya bewarna coklat.


2. Antara kampung mak & kampung ayah, kampung yang mana 1 yg kowang paling suke balik bile nak raya?

mesti lah kampung ayah di kuala pilah, betul-betul suasana kampung. Dari kecil hingga la sekarang ke situ la tujunya.Oleh kerana atok n nenek sebelah mama sudah lama tidak ada , sejak Fath kecil lagi.kampung tersebut di Batu Caves, kan Enya kan...huhu...

3. Kowang sedang pakai ringtone apa dalam h/phone kowang skrg nih?
Ringtone lagu: "adrenaline by melastik bintang" since last year.

4. Korang sahur aper jer pagi tadi???
alamak ...maaf ya tag lambat pula topik ni...dah raya dah pun..makan lomang...

5. Baper banyak mesej dalam INBOX h/phone kowang skrg nih?
101 mesej.malas main sms.Enya tahu la...kan..kan..

6. adakah korang pandai masak? - soalan cepu mas...hahaha...
hahaha...banyak tolong orang masak dari masak sendiri..

7. Kowang sayang x kat kawan kowang ni? sape?? aku la... hehe...
kawan ke?sepupu la...haha...sayang..tengah happy kah ..tengah gaduh kah..tetap sayang ...haha!

8. Bila kowang bz, kowang rasa seronok ker atau pun benci?
happy sebab memang suka diri dalam keadaan bz daripada bosan.benci pun ada bila ada yang mengganggu.

9. Kalau jalan jem, apa yg kowang buat??
melalak sekuat hati ,saja nak panaskan pemandu lain yang Fath ni sentiasa happy.padahal dalam panas nak mampus.pantang
betul bab tunggu menunggu ni.tak pun tenung je pemandu sebelah tu..haha.

10. Mangsa seterusnya UTK DI tag:
kepada siapa yang rajin la...Fath tahu korang semua malas ..haha!!!

Thursday, September 24, 2009

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfItRi- Kerja



24/09/2009(Thursday)-Kena pergi kerja la...orang lain masih lagi beraya...Semangat raya sudah hancur sebelum raya lagi buat apa mahu raya lama-lama.Cukup untuk memadai. Sekarang jalani hari-hari seperti biasa...kerja dan kerja...komitmen lain juga masih terjaga. Cuma buat masa ini terpaksa rehatkan diri daripada satu komitmen yang dikatakan wajib. Fikiran terganggu dan hati ini terusik. Biarkan ia reda sendiri.Emosi Masih dalam keadaan tidak stabil.Bukan sengaja tidak mahu membalas mesej itu cuma kejutan yang diberi tempoh hari masih dirasai sehingga takut akan sesuatu.

Dari pagi tadi kerja memang banyak sehingga terlupa untuk makan tengah hari. Hari ini dapat client baru, she's so nice. memuji product syarikat dan stafff nya sekali...terima kasih. Dibawa pula anak-anak beliau kemudiannya untuk dikenalkan sekali. Malu pula dibuatnya.Pujian itu terpuji sangat pula. Nasib baik berbangsa cina ,kalau tidak masakan lain pula niat si ibunya nanti.

Malam ini tidur dirumah Kak Ton, sebab esok pagi kena hantar beliau ke KL Central. Kak Ton baru nak beraya di Kelantan. Nantikan aktiviti selanjutnya nanti. Beraya lagi atau apa?

Wednesday, September 23, 2009

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfItRI-Kepulangan

Sebelum Fath menceritakan hari kepulangan ini adalah lebih baik dimulakan dari sehari sebelum hari pemergian pada 18/09/2009(friday). Dimana hari terakhir kerja dalam bulan puasa. Semangat raya yang makin membuak-buak tidak terkata. Sebelum pulang ,jalan -jalan terlebih dahulu mencari sepatu baru untuk diri sendiri ,eh...terjumpa pula kenalan business terus dia mengajak Fath berbuka puasa bersama rakan media beliau. Pada mulanya Fath menolak akan tetapi susah benar untuk berjumpa kenalan seorang ini Maka berbuka puasa la kami di restaurant korean di Plaza Pantai, Bangsar. Ramainya...Best juga makan sambil masak ni..Tiba masa pulang ke rumah tiba-tiba dapat duit raya. yeah!!dapat duit raya!! Setiba dirumah terus mandi dan tidur sebentar , letihnya..lebih kurang jam 11 p.m bangkit la dari tidur terus capai beg, lipat baju-baju untuk balik kampung! tidak lama kemudian Fath menerima sms yang tidak berapa sedap dibaca..teruskan bermesej sehingga membuatkan Fath terus capai kunci kereta dan hand beg.

19/09/2009(saturday)-Lebih kurang jam 12.30 a.m tiba di Danau Kota. Jumpa Enya di sana untuk pemberian hadia raya, aziz, shaquaini dan syira pun ada disitu.lebih kurang jam 4 a.m kami lepak makan sahur di restaurant berdekatan.Tepat jam 5 a.m Fath selamat sampai di rumah mama dan ayah tengah bersiap untuk sahur.Fath pula sambung packing yang tergendala tadi.Untuk mengelakkan dari mengantuk Fath meneguk se-tin air kacip fatimah. Tunggu pula kedatangan kakak dan abang ipar. Setiba sahaja,fath dan adik Fath , Nisah bergegas ke kereta dan terus gerak bersama-sama mereka menuju ke destinasi.Macam tidak percaya Fath drive kereta dalam keadaan puasa, mengantuk dan emo. hilang sudah semangat raya sebenarnya. Jangan tanya kenapa.Alhamdulillah selamat sampai walaupun lewat , maklumlah semua orang berpusu-pusu pulang ke kampung.Terus tidur sampai jam 5 p.m , gila lama.Aaaaarggghhh!!!tidak....lagi 2 jam sahaja lagi nak berbuka...bulan mengambang pula.adeh...kena la ganti puasa satu hari. Bawa sepupu dan adik pergi bazar ramadhan dan berbuka di rumah. Tiba aktiviti yang dinantikan...masak kuah kacang. nasi impit, rendang ayam, rendang daging dan lemang! best!!budak-budak bakar mercun...fath pula separuh happy.kenapa?senggugut!rasa macam nak sepak orang je.hati pula sedih yang amat.oleh itu jangan dekat dan jangan tanya kenapa.
20/09/2009(sunday)-Tidak sedar tertidur atas sofa, terjaga pula jam 4.40 a.m terdengar ada orang masih berborak..rupanya abang ipar dan pak su yang masih membakar lemang. Raya!raya!raya!! best nya mereka pergi sembahyang raya.Fath pula mencantikkan diri.Pulangnya mereka dari masjid tiba saat yang dinantikan untuk bersalaman dan bermaafan. Eh...talifon sengaja dibiarkan begitu sahaja kerna tidak berhenti berbunyi dari mesej dan panggilan raya. Maaf ya Fath sibuk dan tidak ada mood. Beraya ke rumah Mak teh pula sebab wan ada di sana. Wah...ramai kemudiannya kedatangan sepupu yang lain..selepas makan lunch pulang ke rumah mak su rehat la...satu badan sakit ni...Aktiviti malam pula adalah makan..haha..berborak ...tengok tv dan layan album gambar..hahhaa...memang kelakar tengok gambar masa kecil...kami sepupu memang comel dan berhingus....mak su simpan dengan baik.terima kasih mak su.

21/09/2009(monday)
- Fath dikejutkan oleh kakak, dia dan suami nya mahu pulang ke Sungai Buloh. Raya rumah keluarga mertua. Dapat duit raya dari Kakak!!yeah!!tidur balik sampai jam 12.30 pm bangkit dan terus mandi. tidak ada mood la..nak beraya..baring dan tengok tv sahaja. satu hari tidak kemana sebab ramai pula yang datang beraya.

22/09/2009(Tuesday)
- Bangkit seawal jam 7 a.m terus bersiap , sarapan dan gerak ke senawang untuk beraya dirumah pak long pula tetapi hanya berdua bersama Nisah, maklumlah semua ada transport sendiri balik pun sendiri-sendiri. Selepas makan tengah hari terus menuju jalan highway ke Kajang.Jalan yang agak slow oleh kerana ramai juga ingin pulang ke kota. Kepulangan ini dinantikan oleh beberapa insan. Setiba dirumah jm 2.30 p.m kucing-kucing kesayangan menanti. selesai diberi makan, adik keluar dating dan beraya . Fath? pecut ke Kuala Lumpur buat kejutan pada kawan-kawan. Datang bukan nak beraya pun , nak borak je...S.H.A !! selamat pengantin baru nanti ya..Nahar , thanks teman Fath basuh kereta dan borak,lepak sampai jam 10 p.m terus pulang,tidak lama kemudian mama dan ayah pun sampai dari kampung.Jam 2 a.m tidur.

23/09/2009(Wednesday)-Lewatnya bangkit jam 1 p.m, bersiap dan mengemas. keluarga Enya mahu datang raya.Sebelum itu Fath akan beraya terlebih dahulu. Rumah abah! Semua ada dirumah, termasuk lah anuar zain celup.hahah..jangan marah ye eddie..selesai raya, Fath dan geng-geng Pendek ni lepak minum di restaurant Aiza fav diorang. Sebelum itu Fath bawa Amat, adik angkat kesayangan Fath makan di KFC.Setahun lebih sudah rasanya tidak lepak dengan mereka seramai berbelas-belas orang ni..jadi kekok pula. Macam biasa fath akan dijadikan bahan gurauan diorang, Maklumlah Metro Point sebelah restaurant tu sahaja, kenapa? Outlet Emas Sri Pinang ada didalam tu..gambar Fath banyak dekat dalam tu..kelakar la...dapat tangkap tak?buat-buat paham je la..Keluarga Enya datang, meriah rumah..Enya..mu tinggal camera la..mak ngah simpan kan dah pun.Tidur...esok mahu kerja...zzzzzzzz...

Friday, September 18, 2009

SeLaMaT hARI rAYa AidiLfItRi -Balik kampung

Bulan ramadhan kini sampai penghujungnya dimana sebulan umat islam menjalani ibadah puasa yang wajib dilaksanakan. Kini bulan Syawal menjelma lagi, alhamdulillah penantian yang dinantikan tiba. Raya kali ini amat bermakna bagi Fath dimana buat pertama kalinya Fath sekeluarga pulang ke kampung bersama abang ipar dan kakak secara konvoi 3 kereta.Semangat untuk pagi subuh esok dimana Kami akan gerak dari rumah kajang terus ke Kampung Juasseh Tengah, Juasseh, Kuala Pilah ,Negeri Sembilan. Hajat dihati untuk memeriahkan lagi aktiviti membakar lemang dan pelbagai lagi...Bukan bermakna raya sebelum ini tidak bermakna ,cuma sejak arwah atuk pergi ke ramatullah 6 tahun lepas...kemeriahan raya tidak setanding sebelumnya. Raya yang hanya sekadar untuk memenuhi syarat dimana wan@nenek masih ada lagi dikampung. Tetapi tidak kali ini kerana tahun ini adalah yang paling meriah berbanding 6 tahun lepas. Ini kerana tahun ini 3 orang sepupu sudah pun berkahwin dan kesemuanya beraya di kampung membawa keluarga baru dan buat pertama kalinya kakak dan abang ipar beraya bersama dipagi raya. Sebab itulah hati Fath sangat berkobar-kobar kali ini. Hati Fath tergerak untuk menghadiahkan sesuatu kepada orang-orang tersayang sekadar mampu, Secara tidak langsung ia mengambarkan keadaan hati Fath sebenarnya. Wang ringgit itu boleh dicari ,tetapi ia tidak boleh dibeli dengan wang itu.,ternyata kasih sayang itu lebih bernilai dari nilai wang ringgit itu sendiri. Jangan berkira berapa nilai wang itu yang telah dibelanjakan untuk hadiah dimaksudkan. Biar habis wang itu,janji hati ini senang dan bahagia. Mari lah kita menyambut Adilfitri bersama.SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.Maaf zahir dan batin.

Sambil menaip ni Fath layan lagu ini, drama ber episod paling hangat sekarang ini di TV3,- Nur Kasih. Mari dengar sama-sama.

Thursday, September 17, 2009

JANGAN KETAWA iklan susu lembu (1991)

Worst Day

Hari yang dinantikan adalah hari ini untuk pelbagai perkara. Bermacam ragam pula yang berlaku disiang hari ini. Mood ceria tidak pernah pudar pun cuma pekerjaan yang Fath pilih ini memerlukan kesabaran yang tinggi dimana pelbagai ragam manusia yang Fath temui hari-hari. Hari ini menguji kesabaran , tengah puasa lagi. Datang ke kantor agak kelam kabut sikit kerana cuci rambut pagi ini mengambil masa sejam. Belum masuk persiapan yang lain. Setiba di kantor semua berjalan dengan lancar. Senang hati membuka dua email akaun dimana membuka yahoo terlebih dahulu kemudian squirrelmail. Terkejut dapat satu email dari salah seorang staff admind yang selalu cari pasal dengan semua staff's showroom. Email tersebut dihantar kepada semua staff's showroom yang amat tidak masuk akal bila kategorikan dalam isu kerja. Ternyata apa yang dia nyatakan itu adalah kerjanya bukan staff lain. Pedas juga ayat-ayatnya. Terus dibalas oleh senior. haa...ambik! Kami di back-up dengan baik. hahaha!! Tapi sedih juga sampai bila nak habis perang dingin ini...Satu lagi ragam orang yang tidak masuk akal. Customer arab yang paling sial pernah Fath jumpa. Tahu lah kaya tapi silap ye jangan ingat duit banyak, Fath tabik. for me, customer is 1/2 right, not always right. Bos pun terkejut Fath garang dengan customer kali ini, memang melampau mintak bukan-bukan. Nak beli bayar, Kalau nak lebih murah la apa la...boleh jalan...bukan tidak tolak ansur, cuma mereka ini keras kepala dan buat kepala sendiri pula, siapa yang jual barang sebenarnya? Baru tahu Fath punya garang dengan customer yang merepek tidak tentu pasal. so...jangan cari pasal. Lega sikit bila tengok video-video komidi 'jangan ketawa'.hahahha!!!jom layan...

Wednesday, September 16, 2009

Hadiah buat Mereka

Kebiasaannya menghadiahkan sesuatu pada diri sendiri itu adalah lazim. Tetapi menghadiahkan sesuatu sebagai tanda penghargaan kepada yang tersayang itu , adalah tanda ingatan tulus ikhlas serta kasih sayang. Beberapa bulan sebelum ini adalah bulan penjimatan untuk menghargai mereka yang dikasihi, dan diberikan pada bulan ini. Hadiah raya yang sederhana dibeli dan diberi mengikut kemampuan ,amat berbaloi. Berdasarkan cita rasa sendiri mencetuskan idea yang bernas dan sesuai dengan erti yang dimaksudkan. Memberi lebih baik dari menerima itu ada maksudnya , tidak bermakna yang memberi itu baik belaka dan yang menerima itu kurang baik , tetapi ia bergantung pada keikhlasan seseorang itu. 'Penghargaan' yang diberi atas tanda sayang itu sangat disenangi oleh semua orang. Secara tidak langsung mengeratkan lagi kasih sayang yang terjalin, sama ada bersama keluarga, kekasih, rakan-rakan mahupun haiwan kesayangan.Pasti ramai yang setuju akan itu, bukan? Raya kali ini adalah raya untuk mereka yang dikasihi. Ia boleh di pakai semasa raya dan bila-bila. Harap mereka suka akan hadiah itu. Kepada yang tidak dapat, harap memaafkan yee...Tidak dapat pula memberi kepada semua yang tersayang. Mungkin lain kali bila ada rezeki lebih..Harap esok dapat berikan lagi dua hadiah kepada Deng dan ibundanya. Ikhlas daripada ku.

Tuesday, September 15, 2009

Gotcha! (part 2)


La...kesiannya ...tinggal satu sahaja belon nya. Mana yang selebihnya?Terlepas dari genggaman? Bagaimana? Usah sedih bersendirian disitu...Kalau tiada yang mahu meneman , tidak mengapa terima sahaja keputusan itu. Mungkin berdiam diri seharian adalah lebih baik untuk menenangkan diri dari segala rasa yang tidak enak dalam hati. Peneman yang dikata kan sebelum ini mana pergi nya? sibuk ke? Ikut jalan lain mungkin sampai tidak dapat berjalan bersama...Tunggu apa lagi..bangun lah..tidak payah tunggu sesiapa lagi, jalan itu lurus, jalan sahaja...Kalau hendak toleh ke belakang , toleh la tapi jangan mengharap sangat akan keajaiban. Bukan ada pun selalunya, kebetulan sahaja sebenarnya. Tinggal lagi beberapa hari sahaja hari yang dinantikan akan tiba, tapi masih ada sesuatu yang belum lengkap untuk memenuhi hasrat dihati. Aarrghhhh!!! pening bila difikirkan berulang-ulang kali. Salah siapa sebenarnya? Tidak salah mungkin. Sakit apa pula yang dapat beberapa minggu yang lalu ini? sakitnya sebelum tidur..Stress sampai tidak lalu makan, tidak lena tidur dan mood tidak berapa. Cengkung sudah raut wajah kini..Makin kurus dan kurang bermaya. Sekali pandang memang seperti sihat belaka tetapi hanya tuan badan sahaja dapat merasakan segalanya. Tiada siapa yang tahu akan itu. Tidak tahu bagaimana untuk menceritakan sebenarnya. Tanggung la seorang diri. Menitis air mata kadang-kadang pabila sebelum tidur menahan sakit itu...Aaarrghhhhh!!! sakit nya. walaupun sekejap tapi acap kali dirasai setiap hari. Sakit apakah ini?? Lepaskan sahaja belon yang satu itu. Lepaskan? Haruskah?

Saturday, September 12, 2009

HAPPY ANNIVERSARRY!!!


12/09/2009(saturday)-Gembira nya!!setahun kini tempoh hubungan bersama Deng. Alhamdulillah...dan harap hubungan berkekalan sehingga akhir hayat hendaknya . Jodoh ditangan Allah s.w.t. Bukan sekadar kekasih tetapi juga sebagai kawan rapat. Hubungan sebagai kawan ini kekal sampai bila-bila.Tempoh setahun banyak mengajar kami untuk menjadi lebih matang dalam semua aspek. Keakraban kami seperti kawan dimata masyarakat menjadi antara kekuatan bagi mengukuhkan lagi hubungan yang terjalin. Walaupun tiada rintangan yang dilalui setakat ini tetapi sedikit sebanyak timbulnya masalah-masalah kecil yang melibatkan persefahaman. Syukur kami dapat hadapi dan memperbaiki kekurangan tersebut secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi.Setiap apa yang berlaku dijadikan pengajaran yang amat berguna dan sebagai peringatan dimasa akan datang.Bertolak ansur, saling memahami, menghormati, jujur dan ikhlas adalah kata kunci hubungan kami. Di awal perkenalan sehingga kini tetap sama dimana menjadi diri sendiri adalah yang sewajarnya. Terima seadanya sebagai kekasih dan kawan menyenangkan semua pihak terutamanya keluarga. Sama-sama mengetahui kebenaran yang ternyata diminta direstui hubungan awal ini. Positif dari kedua-dua belah pihak ini amat dihargai.Bulan puasa sebagai saksi hubungan ini bermula. Ternyata menguji dalam semua perkara. Banyak lagi yang harus kami pelajari dan tempuhi dimasa akan datang. Mengkaji mengenai percintaan orang lain adalah sememangnya untuk dijadikan pedoman dan renungan bersama. Tidak lah mengatakan hubungan kami terbaik tetapi ia terbaik dari yang lepas.doakan kebahagiaan kita bersama.amin.

Friday, September 11, 2009

Gotcha!

Kemana 'dia' mahu pergi tu..Entah kemana 'angin' ingin membawanya. Jangan bagi ia terlepas dari gengaman tangan itu, Tangan tidak la besar mana pun ..comel sahaja, padan la dengan tuan empunya badan.Susah payah kejar, penat pula rasanya..Kejar punya kejar akhirnya dapat kembali walaupun pada hujungnya. Tetapi masih tidak gembira seperti biasa barangkali kepenatan. Alahai...terduduk seketika.Disekeliling tidak kelihatan sesiapa pun. Hanya terdapat rumput dan pokok-pokok liar sahaja. Batu ini keras la..baik bangun dari kematu punggung ini, Jalan perlahan-lahan tapi ke mana pula. Buntu pula dalam fikiran. Tidak nampak apa-apa pun.Eh..'angin' datang dengan kencang nya..'dia' hendak terbang lagi..Kali ini jangan biarkan terlepas lagi nanti susah untuk mengejarnya lagi. Diri ini tidak boleh tanpa 'dia'. 'Dia' sahaja yang selalu dan dapat menemani kemana sahaja. Makin kuat 'angin' ini..bertahan dan kekal bertenaga demi itu.Masa berlalu dalam beberapa minit..akhirnya dapat juga melawan 'angin' tadi dan dapat tempuhi dangan baik sekali walaupun teramat penat. Badan ini harus berehat untuk sekian kalinya.Keadaan sekililing pun makin kelam dan makin malap. Berjalan mengikut kata hati sehingga sampai ditempat yang selamat. Selamat dari segala perkara.

Thursday, September 10, 2009

Believing...


I believe of me.Believe that i 'm human, woman, talented, etc... Percaya pada apa yang ada disekeliling, setiap perkara yang berlaku juga begitu.Dari mula dilahirkan didunia sehingga sekarang percaya akan kepercayaan itu memang penting dalam sesuatu aspek. Percaya akan diri datang dari sebuah keluarga yang sederhana. Syukur kehadrat Illahi akan kewujudan ini dianggap stabil dan biasa. Kasih sayang paling utama dan pertama dalam hidup yang penuh bermakna ini. Sayang pada semua yang berkait baik dengan diri.Percaya akan berkait juga. percaya akan keturunan tanpa campuran dari mana-mana negara barat. Percaya pula akan kepercayaan itu. Letakkan ia ditangga yang teratas. Percaya pada kejujuran semua. Percaya tanpa ragu. Jangan timbulkan keraguan sehingga mencetuskan kemusnahan. Percaya sekali tidak bermakna dimaafi lebih dari sekali. Tetapi dalam positif belaka kebiasaanya.Think positive.

moody,loopy,yoody...


photo from poop art's

I'm so moody on this week.don't know why, because the hormone maybe..red flag will be come soon hihi....all matters make me to be angry..even small thing.less my laughing , only treating my own self.Not many things happen on this week..only follow the work's schedule and breaking fast invitation.Now i'm miss DENG so much.Really wanna meet him and i will try for it, also hug.i'm so excited to meet my high school's classmate gang this night. Miss them so much!Hopefully everything gonna be fine and lively.No expression to on words here..so gotta go...let's loopy and yoody..xoxo.


Monday, September 7, 2009

Rasa itu rasa ini juga

07/09/2009(Monday)-Beratnya mata untuk dicelikkan pagi-pagi ini.Akan tetapi ada sesuatu yang harus dilaksanakan.Appointment yang dijanjikan itu membuatkan segalanya boleh. Mandi dan bersiap, tepat jam 8.45 am kereta itu dipandu dengan cermat kearah tuju. Mendung pula sepanjang pagi. Oleh kerana ayah keluar entah kemana maka perjalanan itu tidak ditemani diteruskan juga matlamat itu. Boleh pula tersalah jalan salah masuk susur keluar. Tempat membesar pun boleh silap akan tetapi ada cara pembetulannya mencari arah singkat .Setiba didestinasi laporkan diri bagi giliran disusun dengan teratur.Produa Service Center yang dimaksudkan itu terletak didalam sebuah taman perumahan. 1 jam menunggu giliran talifon pula berbunyi , dipanggil oleh jiran sendiri. Ajak pula datang untuk menemani walaupun seketika. Datang juga dijadikan teman borak. Mengambil keputusan untuk jalan siar-siar disekitar Kawasan dan akan kembali setelah selesai misi itu. Tidak sampai 10 minit Deng talifon bertanyakan kedudukan dimasa itu. Tersilap hari bagi Deng ke kelas hari ini. Cadangnya pula bersiar di Alamanda bersama. Jumpa dirumah ya untuk bertemu, boleh berjumpa mama dan ayah setelah sekian lama tidak singgah. Bertemu dan pergi bersama sekereta ke destinasi yang dinyatakan tadi. Sunyi pula suasana seluruh tempat, kelihatan ramai tetapi senyap sahaja kurang bunyi . Singgah Yamaha, MPH dan True Fitness. Masa singkat tetapi ada faedah nya. Terus menghantar ke Perodua Service Center itu tadi. Senyap juga sepanjang perjalanan. Kurang mood mungkin.Terima Kasih untuk hari ini. Kereta itu siap. Pulang terus.Tidur sebentar. Lepas kan penat seketika. Terjaga pula , harus menemani adik membeli barang keperluannya sehingga Cheras mencari barang tersebut. Akhirnya beg yang ditemui tetapi untuk keperluan ku bukan dia. Jam 5 pm sudah, pulang terus. Dapati kakak dan abang zaki(abang ipar) sakan berborak dengan ayah. Sengaja menunggu masa sesuai untuk gerak bersama untuk berbuka di Puri Pujangga ,UKM. Meja yang telah di booking atas nama Azrul (teman lelaki adik) dihiasi ringkas.self-service untuk berbuka. Rancak seperti selalunya apabila berjumpa sebegini. Tidak lengkap sebenarnya tanpa Deng. Jam 8.30 pulang ke rumah dengan menaiki kereta kembara kakak yang baru dibelinya. Seronok rasanya.Tetapi rasa ini tidak sama dengan rasa itu.

Sunday, September 6, 2009

Adakah Anda Waras from Facebook

Petikan quiz ini Fath ambil dalam facebook. Memang tahap guling tenggiling la hendak jawab. Saja Hendak Kongsi cerita.Anda semua boleh la jawab dalam blog masing-masing ye..

adakah anda waras??

uji tahap kewarasan anda dengan kuiz yg digubah khas bagi setiap peringkat umur...

1.Anda berjalan-jalan pada suatu petang, tibe2 ternampak lopak air.. Ape yg akan anda lakukan?

*Tukar baju mandi dan terus bermain di lopak air dgn rase teruja.
*Tepon polis dan melaporkan kejadian ini sebagai banjir kilat.
*Menyelam dalam lopak air tu dan terus melemaskan diri..
*Amik straw seraya menyedut air itu.

2.Anda terlupa membawa buku ke kelas.. Buku ini sgt penting untuk kelas hari ini.. Alasan yg anda akan berikan kepada guru anda??
Buku saya telah musnah semasa saya menewaskan raksasa bersama2 otromen pagi tdi..

*Mak saya pinjam.
*Buat2 kene sawan babi sambil mulut berbuih2..
*Dah bawak, tapi silap amik buku ABC adek.

3.Anda terlihat orang buta jatuh terpijak kulit pisang. Anda akan.....
Anda akan mengambil kulit pisang itu dan mengkaji tahap kelicinan kulit pisang tersebut tanpa menghiraukan orang buta itu.

*Gelak guling2 pastu sambung gelak dengan gaya beruk tepuk tangan kat atas.
*Pijak dan maki2 orang buta 2 pasal xnampak kulit pisang kat atas jalan.
*Buat muka caring dan ikhlas tanye "sakit ke??" pastu belah gitu jer.

4.Anda lepak bersama2 kawan di kedai makan. Anda pergi ke tandas sebentar, dan semasa anda kembali anda tersilap duduk di meja orang lain. Anda akan...

*Enjet kerusi slow2 ke meja rakan anda tanpa rasa segan dan silu.
*Belakon jadi waiter dan terus amik order diorang.
*Berlakon kene heart attack sambil merangkak perlahan2 ke meja rakan anda.
*Terus lepak macam dah 10 tahun kenal.

5.Layang2 anda tersekat di tiang lampu tepi jalan. Anda akan..

*Amik gergaji besi dan memotong tiang lampu itu.
*Saman TNB pasal letak tiang lampu kat situ.
*Tiup kearah layang2 itu dengan harapan angin dari mulut anda yg harum itu akan melayangkan layang2 itu.
*Bukak baju lalu menyanyi dan menari di bawah tiang lampu itu pasal da xde bende nak main.

6.Anda ternampak kucing mengawan tepi jalan. Anda akan..
Beli popcorn dan air coke, lepak depan kucing 2 dan menonton dengan penuh riang.
Tepon pegaeai pencegah maksiat dan melaporkan kejadian tidak bermoral itu.

*Mengkaji postur dan pergerakan kucing itu dan menjadi orang yang menemui skill "cat style".
*Amik video peristiwa itu dan publishkan dalam blog anda.

7.Sila jawab dengan ikhlas dan tepat... Adakah anda rase anda ini waras???

*Erkk.. Tah la.. Xpasti..
*Cemane nak dapatkan jawapan yg tepat 2???
*Tak.. mane ade orang gile cakap die gile.. So bile aku cakap x maksudnye aku xgile.
*Waras 2 kuih macam karipap ek?

Nasi Lemak Kopi O


06/09/2009(Sunday)-Seawal jam 7.30 pagi Fath, Kak Ton dan beberapa staff nya gerak terus ke Bandar Utama, Damansara. Setiba disana kami disambut oleh 2 orang crew dan terus dibawa masuk kedalam studio C. Rancangan baru sahaja bermula dan kami terus ke bilik make-up pula. Berkenalan dengan 2 orang model lagi. Diikuti pula ketibaan Fatiya model yang ke-4 tiba. Tiba giliran kami semua untuk melaksanakan tugas sebagai model bagi memperagakan busana koleksi dari Zaiton Alias Coleection.Segala pergerakkan dan perbuatan adalah tidak dirancang dan spontan.Pertama kali meragakan pakaian secara live di TV.

Selesai sahaja jam menunjukkan tepat 8.45 pagi, terus bersiap pulang. Seronok dapat bekerjasama dengan semua yang terlibat.Terima kasih semua.

SIGN

Saturday, September 5, 2009

Mana Lagi 5 sen?



Menggeletar tangan dibuatnya apabila tiba di tol Sungai Besi. Dengan selamber nya Fath keluar rumah tidak singgah ke stesen minyak. Ikutkan niat malam tadi hendak isi minyak kereta memandang kan pagi tadi petrol ada lagi maka Fath memecut kereta terus ke arah Kuala Lumpur. Terkejut apabila duit 1 sen pun tidak ada dalam wallet. Dengan pantas mencari duit syiling di seluruh pelusuk beg yang ada.Nasib terjumpa sejumlah RM 1.55 tetapi masih tidak cukup lagi 5 sen. Ikhtiar sahaja la...setiba di pondok bayaran terus berkata hal sebenar..minta jasa baik dari staff disitu, niat di hati. Alhamdulillah dia menghalalkan. Semoga murah rezeki ya.
Pengajaran buat Fath supaya sentiasa check wallet dan harus ingat akan sesuatu sebelum malang menimpa. Baik lah Fath hendak pergi top up touch an go dan tukar lebih banyak duit syiling untuk disimpan dalam kereta untukdigunakan masa kecemasan.SeLamAT hARI sABTU!.

Cinta Yang Sempurna-Yuna



Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
tak mampu tuk memnaggung sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan
Ohhh

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

Friday, September 4, 2009

Kings Of Leon - Use Somebody




I've been roaming around
Always looking down at all I see
Painted faces, fill the places I cant reach

You know that I could use somebody
You know that I could use somebody

Someone like you, And all you know, And how you speak
Countless lovers under cover of the street

You know that I could use somebody
You know that I could use somebody
Someone like you

Off in the night, while you live it up, I'm off to sleep
Waging wars to shape the poet and the beat
I hope it's gonna make you notice
I hope it's gonna make you notice

Someone like me
Someone like me
Someone like me, somebody

Someone like you, somebody
Someone like you, somebody
Someone like you, somebody

I've been roaming around,
Always looking down at all I see

walk that way-knock u down part 2


Keep rockin', and keep knockin', already won first place,... Lihat jalan itu lurus disebalik pintu yang dibuka itu, tetapi belum pasti ia betul-betul lurus... I don’t know how it happened,But I know it feels so damn good. Bukan apa ,kadang-kadang ada yang suka akan kelainan ataupun cabaran.Lain pula pada yang tersilap langkah mahupun jalan, if could back, and make it happen faster.Itu lah realiti nya. Sikap dan perangai seseorang itu berlainan dan menjadikan ia berlainan cara. Ada yang penyabar, cepat naik angin, hati kering dan sebagainya. Miss independent , no never too much. Sabar yang paling hangat dan selalu diperkatakan , ia merangkumi pelbagai aspek yang membolehkan ia berkait dengan pelbagai perkara. Ada kalanya ia lebih menguasai dari yang lain. Menunggu akan sesuatu itu menyakitkan. Lebih-lebih lagi ia menggangu masa dan jadual ,Just get back up,when it knocks you down...sikap itu sukar dikikis dan diubah kerana secara am nya itu la asalnya. Kasabaran diuji dimasa-masa yang tidak diduga. Selalunya ia mudah berlaku berulang kali.Bukan nya ia diminta tetapi dugaan mendatang.So I gotta put the good with the bad, happy and the sad,So I’ll bring a better future than I had in the past,yeah.. some part it's not,oh Cause, I don’t wanna make the same mistakes I did,I don’t wanna fall on my face again. Kawal lebih baik dari melawan mahupun melenting akan sesuatu. Won’t see it coming when it happens,but when it happens you’re gonna feel it, let me tell you now,you see when life knocks you down.

Wednesday, September 2, 2009

knock u down

Knock..knock..knock...pintu berbunyi dengan ketukkan yang sederhana tetapi menyedarkan dari lamunan.Perasan atau tidak, itu tidak diambil peduli , yang pasti ada yang menanti disebalik belakang pintu tersebut. Kenal atau tidak , perlu diselidik juga untuk pengetahuan asal usul nya. Mendekatinya sambil berfikir. Ketukkan itu atas dasar apa. Segera membuka dan terus melihat dengan jarak dekat. Rupanya bukan lah kenalan yang dikenali. Kedatangan tanpa diundang dikediaman. Bersuara dengan kata-kata yang tidak sepatutnya diperkatakan. Tidak kedengaran tetapi jelas dapat dibaca oleh semua. Dasar apakah ia? Terselah niat hati itu yang busuk. Seperti salah hala tuju yang seakan kebetulan terjadinya. Biasalah.. Kalau hati tidak baik mahukan pula tindak tanduknya yang menjelekkan itu. Sebagai tuan rumah terima sahaja tetamu yang hadir mahupun tidak mahu pergi. Disambut dengan baik walhal hapuskan ia dari jejaknya itu. Siasat pula serta dikaji kedatangan itu berpunca dari arah mana. Arah angin ataupun arah kesan tapak kaki orang lain. Kaji dari awal dan keseluruhan supaya ketemu jua nanti..Makhota tersemat di kepala cukup teguh tidak akan jatuh lagi utuh. Angin juga tidak dapat membawa ia ke bawah.