Friday, August 27, 2010

IFTAR

Enya,Adam & me

25/08/2010(Wednesday)-Bermula la IFTAR besar-besaran bersama kawan2 tercinta ku..Setelah sibuk dengan kerja yang datang bertubi-tubi..Alahamdulillah rezeki dari-Nya.Ramdhan tahun ni sangat bermakna buat kawan2 rapat ku..kami banyak luangkan masa bersama, mana tak nya..sebelum ni Fath teramat sibuk dengan perihal peribadi sehingga kawan2 pun jarang bertemu.Kiranya ni tebus balik la.Korang memang baik terima ku seadanya. Setia menunggu & sabar dengan jadual padat ku.SAYANG GILA dekat korang!muah!

Macam biasa ni pun Fath taip laju-laju.Korang layan la gambar-gambar di bawah ni..yang mana Fath sempat snap-kan.

Khairul,Syafidah & Darnia

Best gila dapat luangkan masa bersama anak2 Syafidah ni..di Jusco AU2, Setiawangsa.

Anis Sup,Danau Kota

28/08/2010(Saturday
)-IFTAR with Hannah Talents & crew2.Thanks to Enya yang jemput Fath dan rakan2 yang lain sebagai tetamu istimewa.Yang paling istimewa bila....



Kami akhirnya ketemu di majlis yang meriah ni..ni la Aziz Hazmi..yang baik hati bikin blog KHAS tentang Fath.terima kasih sangat3!




Italiannies, The Curve

31/08/2010(Tuesday)-MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!.seharian duduk rumah je cos lepaskan penat & layan dvd Korea je.haha!Keluar pun semata-mata untuk berbuka..Kali ni ni di Italiannies, The Curve with Abang Lan.Seperti biasa mesti ada 'table talk' antara kami bertiga.

juadah ku


tu muka sibuk ber-tweet

muka kaki makan!Fath poyo je..makan sikit je..

Saya hantu dessert!!

bergambar before bla

Tony Roma's,Pavillion

03/09/2010(Friday)-Ngam-ngam habis shooting tele-movie raya semalamnya sempat dinner with Nikman & kawan-kawannya,Copot & Nana buat pertama kalinya.Thanks ajak Fath lepak sekali.Memang enjoy la.Lagi-lagi bila korang sanggup sorok kan Dong Dang ku.oh no!I tak boleh hidup tanpa BB ku.Special Boyfriend tak ada tak apa,biar SINGLE tapi, please...bukan BB ku.*Confirm nanti mesti ada yang nak culik Dong Dang ku..meh la..ada bran ke?hihihi(siap angkat kening kanan ni)

P/S:RUSHING GILA LA TAIP NI..Apa pun thanks kepada kawan2 tercinta ku!

Shooting 'Aku Bukan Rabiatul'


19/08/2010(Thursday)-SHOOTING MODE!!!ni la rezeki yang Fath kata kan hari tu..masa tengah sibuk cari baju raya kat Jalan TAR, (WEB) call offer Fath job, rembat je la cos memang tengah free..tapi biul benar I tak tanya watak apakah itu..masa datang ambil skrip tu,ternganga dibuatnya cos untuk drama tele-movie ni..Fath memegang WATAK UTAMA. Saya ni baru sangat dalam industri lakonan ni..tanpa asas & pengalaman yang cukup membuatkan Fath bekerja lebih dari kebiasaanya.Baru je bulan 4 lepas, Fath mulakan career sebagai pelakon.*i'm so nervous.

Tak sia2 Fath hantar profile direct to director ,Jurey Latiff.Drama arahan dia memang gempak gila la & penuh sadis.Pelakon dia pula gila hebat semuanya.Antaranya..Wan Maimunah, Iqram Dinzly, Zoey..etc....
Sinopsis: Fath sebagai Farhana atau pun Dr.Farhana (doktor vaterina), seorang yang lemah lembut, baik budi pekerti, beriman,sopan santun & menghormati orang tua.Dia yang hidup bersama maknya,Intan.Berlantar belakangkan corak hidup yang sederhana & aman damai.Sehingga lah dia terjumpa & tertarik dengan perihal seorang makcik yang bernama Mami Kamilah (Wan Maimunah),Sehingga la satu kejadian berlaku dan dia berjumpa dengan Amirul (Zoey) yang sedang membuat thesis. Keakraban Farhana dengan Amirul di larang sama sekali oleh kekasih Farhana iaitu Fitri (Iqram Dinzly), sehingga lah...Fitri memutuskan hubungan disaat akhir setelah Fitri mendapat tahu Farhana,Mami Kamilah,Intan, Amirul & Tuan Haji tu semua ada kaitan yang membuatkan...kejadian tragis berlaku. Nak tahu full story??saksikan tayangan nya nanti sempena hari Aids Sedunia di Astro Prima.


1st day shoot (19/08) with Zoey

kucing mami Kamilah

'seseorang' mengajak ku berbuka sama...thanks sangat!!

2nd day shoot (20/08) still di Chow Kit Road

She so awesome!!

sempat berbuka di Jusco AU2

3rd shoot (21/08) di Kg.Baru


Thanks to 2 orang sepupu ku ni..sudi datang jenguk dikala I capek gila!

4th day shoot (22/08) di Chow Kit Road balik

5th day shoot (23/08) di Rumah titian kasih,Titiwangsa



Last day shoot (24/08) di SPCA

Berbuka bersama dihari akhir meriahnyerrrr


Fitri & Farhana

Banyak yang Fath belajar sepanjang shooting 6 hari tu..dalam semua segi..Tekanan otak tu memang Pasti lah.Habis je shoot, terus demam cos letih teramat. 1st time belakon dalam bulan puasa ni memang mencabar habis!Thanks to Abang Jurey Latiff bagi Fath peluang keeamasan ni, tak lupa juga kepada Ass Director, Abang Shahrul cos bagi tunjuk ajar juga, to Zura (bahagian Konti) U memang baik, To Su cie (Make up Artis) I suka U!, to Camera man, Abang Bob Fitri yang banyak bagi idea,to PM Kak Ella thanks juga. to crew2 Adik, Wan, Izat, Bob, Joko & etc.Thanks to Enya cos menemani ku & serba sedikit menolong ku, to abahnyer Nahar!!thanks jadi PA ku on last day! to FAMILY..thanks a lot!!!cos selalu mendoakan yang terbaik buat anakmu ini, kawan2 di luar sana on FB & Blog ni juga banyak bagi sokongan.to family TWITTER ku juga, walaupun korang karut marut & pelbagai lagi tapi korang memang baik gila & selalu beri sokongan moral to me.& last..thanks to Toman, cos selalu ada..ada kat mana2 aja pula tu..ahaks!*sounds like dapat anugerah je ni.chit!

p/s:Pengalaman yang terindah!

Qalas-Qalas


18/08/2010(Wednesday)-
Qalas-Qalas??alas mengalas kah??Fath ingat sekadar nama je..rupanya...bermaksud Pink @ merah jambu dalam bahasa Sarawak & Brunei.Kalau Engkodok means purple,gadong means green...what else ya...Best belajar bahasa baru ni..Dulu Fath tahu 'Deng' je..sekarang 'buku' baru belajar nama2 ikan.contohnya tomanuna..hahah!kahkah!karut gila!Balik ke pangkal cerita...

Qalas-Qalas ni jenama Kek Lapis Sarawak.3 words for them. SEDAP! MURAH!CANTIK! Fath salah seorang pelahap kek Lapis Sarawak paling gila!Jap?!macam mana Fath tahu wujudnya Qalas-Qalas ni?Thanks to owner Qalas-Qalas ni Ee Anuar & juga to Mr.Cherap la..ataupun Ashraff Rannil yang ajak Fath join perasmian Qalas2 ni.


Sebagai pengemar Kek Lapis Sarawak ni,& sebagai kenalan kawan kepada kawan..fath dengan rela hatinya nak promote baik punya kek ni..Sumpah sedap! ada perisa OREO lagi tau!! & CHEESE!!!adoi..terliur hari2 macam ni...harga gila murah..yang saiz standard 8'X2'X2' berharga RM15-RM18. Kalau saiz 8'X8'X2' pula dari RM55-RM90. Kalau kat kedai berapa harga korang dapat?korang leh ambil no contact Qalas-Qalas ni di FB ok.

Bukan 3 4 kali ulang makan kek ni, lebih selebihnya..yummy gila!!!!Fath sarankan Enya buat kek Lapis Sarawak ni sebagai salah satu hantaran pertunangan dia nanti.Berbaloi baloi!


Fath & Dayang NurFaizah & Ashraff Rannil

Fath ,Ashraff Rannil & Ee Anuar (manager)

Sempat Enya datang rasa kek lapis awesome ni!*ayat kipas

recording for raya untuk rancangan DIVA at TV1.

Muka2 kenyang Kek Lapis Sarawak

P/s:Nak kek ni free jemput la datang raya rumah nanti.*kipas kapal terbang aku pakai ni.

Sebelum, Sewaktu & Selepas

Muka bangun tidur

17/08/2010(Tuesday)-Beberapa bulan Sebelum August,adalah bulan yang paling sukar buat ku, pelbagai perkara yang berlaku, dan 'ada' yang paling penting perlu diambil serious selain fokus mengenai kerjaya, keluarga,kawan2 iaitu diri sendiri. Benda remeh memang Fath tak layan, tapi kalau 'sesuatu' tu adalah effect dari 'sesuatu' yang berlaku dan memberi kemudaratan pada kesihatan fizikal & mental??Maka Fath akur dengan yang berlaku.Atas nasihat family & kawan2, ku bikin appointment dengan yang pakar di Sime Darby Subang Jaya Medical Center.

Rasanya tak perlu diterangkan secara lanjut disini.Cukup la Family & keluarga twitter ku tahu segalanya.*untungkan jadi follower dalam twitter ku.hihi.Thanks sangat korang selalu support ku!sayang U all!!xoxo!


Lama betul menanti proses keatas ku, bulan puasa banyak mengajar...Thanks to Abang Lan kerana sudi meneman walaupun sekejap. Yang Pasti final result adalah TERBAIK!! tiada was2 lagi.Alhamdulillah.Saya baik2 sahaja.Seharian sibuk dengan pelbagai...


Sewaktu Ramadhan ni..ni antara Berbuka besar di Wangsa Walk with Abang Lan & Enya.Yummy!!!anugerahkan diri masing-masing kerana penat bekerja.*Kalau U all baca entry ni di siang hari..sorry banyak2 ye..be strong tau!berbuka nanti cari la lauk seumpama ni.kihkih!

apa pun Dessert tu WAJIB

Sebenarnya kan..I taip entry ni laju-laju cos banyak lagi entry baru beratur kat belakang ni...terlalu sibuk sepanjang 2 minggu lepas punya pasal la.Korang baca la secara marathon selepas ni.Ayat-ayat pun macam ngok ngek dah ni.



sempat rushing pergi meeting ambil skrip di WEB

P/S:Tetiba busy dikala puasa ni...Alahamdulillah rezeki.