Saturday, February 28, 2009

Cerita cinderella dan umbrella


Cantik nya Cinderella...kecantikan itu belum tentu boleh dipegang mahupun disentuh apatah lagi mahu memilikinya..sungguh berharga dan bermakna .Disini bukanlah untuk menceritakan kisah dongeng si cinderella itu tetapi untuk menceritakan cerita seumpama yang seakan sama walaupun ia adalah cerita semata-mata...ternyata asal unsul cinderella itu tidak sebaik mana dan malang sahaja yang menimpa dari mula hingga suatu tahap dimana ia berubah dalam sekelip mata dengan ada nya magik.Dalam dunia realiti ini tidak akan berlaku tetapi keajaiban yang manusia selalu inginkan dalam pelbagai harapan dan berbagai sebab yang tersendiri.Keinginan itu maksudnya.Ada juga yang melebihi keinginan. Yang cantik itu tidak semestinya bahagia,baik,kaya,gembira,sihat mahupun elok tetapi ia selalu dilabelkan ditangga yang positif dan pelbagai sangkaan yang mungkin ada melesetnya...menjadi negatif.Cinderella yang asalnya positif pasti, dicemuh pula dengan negatif dari keadaan sekeliling.apa yang terjadi?berlikunya kisah itu tercipta tanpa diketahahui naluri yang ada dari dalam.penglihatan mata kasar mungkin tidak sekuat mana kalau dibandingkan dengan mata hati.Ikutkan hati juga boleh bawa mati.Cinderella juga yang diketahui kesabaranya itu sungguh murni tanpa disedari.Sedar tidak sedar cinderella sering kali dilimpahi lagi dicurahi hujan yang pelbagai cara ditambah pula panas terik tiba-tiba...angin yang kuat adakala menyunsul...pertahankan diri cinderella dengan kesabaran yang disama ertikan dengan umbrella.



Sebagai perlindung dan senjata bagi dirinya yang bukan ingin dianugerahkan pelbagai.Pelbagai jua dilanda cuaca yang tidak menentu..comel pula bersama umbrella.pastikah ia selamat di ketika itu?apa yang terkelihatan seperti kosong untuk diungkapkan bagi menerangkan sebenar-benarnya...walhal ia ada isi yang tersembunyi,mungkin dalamnya membuak-buak tetapi terlalu banyak yang dirasai nya membuatkan tersenyap dan diam.Layani apa didepan jalan kadang-kadang ternampak pula yang melintas dari belakang yang tidak diingini mengusik kembali.usik bukan main-main tapi menguji bagi meneruskan perjalanannya.Putih pula warnanya,putihkan ia?cahaya menerangi hari-hari tapi mendung pula dibawah umbrella kini..umbrella dipegang erat penuh sayang untuk dikongsi bersama yang lain.kongsi dengan sebelah tangan atau dua belah?pegang la juga tapi sama erat kah?yang erat itu perlu lagi erat untuk jalan bersama seiring.Bersama sampai mana pula?bersama ditengah-tengah tapi tidak senang pula bagi yang mendampingi itu.Luluh dirasai si cinderella kini.Pilu menyelubungi..pedih hati.pasti kah?bukan kah itu yang cinderella mahukan dalam hidup?hidup yang lengkap.titis air mata dengan kisah itu pula.kenapa?dan kenapa?cerita apakah itu?bagaimana pula dengan umberella?


kisah yang bermaksud perjalanan yang ditempuh adalah harus bersama dengan lebih berkualiti disisi dibantu oleh bantuan mahupun perlindungan sejajar.

written by Siti Fathiyah

Friday, February 27, 2009

Bagai hujan dirasakan panas

Hari-hari adalah biasa dirasakan dengan apa sahaja yang berlaku dan dilakukan..tiada yang lebih menarik dari menikmati hidup dengan kebahagiaan yang datang dan sentiasa datang disisi.Apa yang pasti tiada sesiapa yang duga dengan dugaan dan perjalanan sepanjang jalan hidup yang sekali ini.Bergitu juga dengan hati yang dipenuhi dengan pelbagai perasaan yang bermacam ragamnya..ragam yang tiada siapa boleh mengawal keadaannya yang setiasa berputar mengikut hati.Hati yang kadang kalanya berbunga hadirnya,kadang-kadang duri pula yang datang menerpa tanpa sengaja dan tidak pasti kenapa dan mengapa.Duri yang terlekat pada ranting bunga tidak semestinya berbisa cuma ia menusuk hingga menusuk menembusi hati,hati itu ditusuk dengan tepat dan dicurahi air...air panas yang mungkin dilihat sejuk dimata kasar tapi panas pula bagai hujan yang turun dengan lebatnya.Lebat jua hujan seperti malam tadi yang dingin.tapi tidak sehebat dingin yang dirasai.Belum pasti semua akan dapat rasai ribut dari dalam yang susah dikongsikan dan di diamkan serta tidak bermakna ia berada dalam keadaan cuaca yang baik walaupun ia seperti baik-baik belaka.



Terdiam terpaku dengan cerita hidup yang tidak diduga tiba-tiba datang menyerang ketika semacam musim bunga yang menjelma tapi ia ribut petir.Lain tempat lain cuaca, lain orang lain cara, lain hari lain cerita, lain diberi lain dirasa lai diharap lain yang dapat. Rasa pula tidak sesedap disangka.disangka manis rupanya ada pahit didalamnya..pahit yang lama diketahui kini,kini ia masih pahit ditambah masam,bagaimana mahu disamakan dengan kata.Kata tidak semestinya sama dengan rasa.Ditambah pula dengan pelbagai rasa.Rasa itu buat ia jatuh rebah seketika susah pula bernafas kalau dalam air.Yang dikata kan ia seakan remeh dikala hidup ini tapi yang dimaksud kan itu besar maknanya.Di ertikan pula seperti tidak menampakkan hasil mahupun usaha jaya.Banyak yang dilalui dalam pelbagai perkara dan erti yang berbagai.Tapi apa yang dirasai adalah sukar.disangka ia sama tapi jauh sekali fikiran mu meleset wahai diri!!cuaca seiring dengan jalan yang lurus dan yang pasti tanpa berkira sekecil dan sebesar yang telah diperolehi dalam hidup ini tapi sukar kelihatan rupanya ,dan tidak dapat dirasa nilainya.



Betulkah ia tidak bernilai?hati kenapa menangis bagai hujan?hujan yang mengalir terus mengalir dengan diselubungi rasa hati yang tersentuh dengan kisah itu.Kisah itu adalah cerita.fahaman yang susah difahami tapi senang ertikan sebagai hidup itu bukannya tiada erti.cuma perlu mengerti.mana ertinya?renungkan pula supaya tidak dianggap tanpa makna senang kata.walaupun ia pernah rasa diguris ,telan pula bagai telan air panas terus melalui hati.tidak pula diambil kira atas kerana rasa sayang liku-liku itu.tapi cukup kah dengan pengertian sendiri sedemikian?tiada apa yang berharga walaupun ia datang dari diri.melainkan ia berlandaskan perbincangan persefahaman.cara hati sendiri boleh jadi salah dan tidak menepati piawai itu.bagaimana?makan hati?@jaga hati?ia sudah sebati dan ia membunuh kadang kala.sakit.sakit sendiri.sendiri tanggung.tanggung lagi kisah itu.tetap redahkan hujan yang dirasakan panas.kini masa yang dibiarkan sendiri reda.reda dengan permikiran dan pengalaman yang terbeku selama ini.tabah dalam membaiki.

written by siti fathiyah

Misery Business-for somebody-hahaa!!!


I'm in the business of misery
Let's take it from the top
it's is u've got a body like an hourglass it's ticking like a clock
It's a matter of time before we all run out
When I thought he was mine 'she' caught him by the mouth
he waited 3 long months
finally set him free
I told him I couldn't lie he was the only one for me
3 month and we caught on fire
you got it out for me
But I wear the biggest smile
Whoa, I never meant to brag
But he got me where i want him now.
Whoa, it was never my intention to brag
Just steal it all away from 'you' now
But God does it feel so good
Cause I got him where he want me now
And if you could then you know you would
Cause God it just feels so
It just feels so good
Second chances they don't ever matter, people never change
Once a whore you're nothing more, I'm sorry, that'll never change
And about forgiveness, we're both supposed to have exchanged.
I'm sorry honey, but I'm passin' up, now look this way
Well there's a million other girls who do it just like you
Looking as innocent as possible to get to who
They want and what they like it's easy if you do it right
Well I refuse!haha!!!
I watched his wildest dreams come true
Not one of them involving you
Whoa, I never meant to brag
But I got him where he want me now

Friday, February 20, 2009

Memang tahap bosan!!

Apa kejadah nya ni....kalau gila dah naik macam ni la..kerja tak kerja...mula la buat kerja lain...buat kerja gila pun dengan kawan perempuan je la....aktiviti ni berlangsung di Glass gallery...kami yang sudah berpunya ni..dah tak ingat dunia bergurau..si Marelyn dan Kak Zihan dah tak ingat status tunangan orang nak ikut otak Fath yang bujang...haha...aksi tak la melampau mana..gila kalau over..gegar computer kang..ni nak dikategori kan sebagai apa pulak...gila posing ke gila guling....haha...saja nak kongsi cerita...









Thursday, February 19, 2009

merancang -fashion

Ini adalah hobi Fath bila ada masa lapang boleh dikatakan hidup Fath adalah melukis,dalam train pun Fath boleh melukis. sehingga kadang kala nak pakai sesuatu pakaian Fath melakar kan nya terlebih dahulu mengikut imeginasi Fath sendiri...kebiasaanya apabila Fath perlu hadir disesuatu majlis..Fath nak kelihatan 'fresh-nice-myself-comfortable', dan Fath lebih utamakan konsep 'mix and match'.Gambar dibawah ni adalah salah satu lakaran yang Fath buat untuk majlis makan amal,anjuran Kelab Pak Engku(Kuzi Catering) Malam Keluarga Bahagia untuk Gaza di PKPS Shah Alam tempoh hari (15/02/2009), untuk sedia maklum baju tersebut adalah hadiah dari 'si dia' maka Fath melengkapkan ia lagi menjadi ('traditional+modern-70') separa casual.


Wednesday, February 18, 2009

Dan Sebenarnya by Yuna


Yuna


oh bulan,jangan layan diriku lagi,
Pabila,
airmata membasahi pipi,
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku,
Pabila,Kau bersama yang lain.

Adakah perasan benci ini sebenarnya cinta,
Yang masih bersemadi untuk mu,
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Disebalik senyuman mu itu,
Kau juga merindui aku.

Ku enggan,berpura-pura ku bahagia,
ku enggan, melihat kau bersama si dia,

oh aku,akui cemburu,
Mula menular dalam diri,

Pabila,kau bersama orang lain.


Pabila,kau merenung matanya,

ku rebah...jatuh ke bumi.
.
Disaat kau benar-benar mahu pergi,
Seperti..ku bernafas dalam air....

My art work...(sketch)

Mesti ada yang tertanya kerja Fath apa kan..ada yang sudah ketahui Fath sebagai Design and sales consultant untuk syarikat Bainhouse wholly owned byHometreasures di Bangsar Village 2.Tapi tak pernah lihat hasil kerja Fath kan..Dengan senang hati Fath upload kan hasil lakaran untuk beberapa product..dan akan dijangka siap awal bulan depan..sketch pic je yang boleh Fath letak disini..real technical drawing adalah terpelihara...


Abstact Tuk-Tuk

(as dining table)


Lesung
(as side table)

Lesung 2 Lubang
(as coffee table)

Saturday, February 14, 2009

Layan siot...

YUNA. Siapa dia?Fath pun tak kenal tapi memang Fath pernah dengar nama dan bakat dia 6 tahun yang lalu dari kawan-kawan underground..dulu Fath dengar cerita Yuna ni banyak nyanyi di kolej2 dan Universiti..minggu lepas Fath terdengar radio hotfm..tetiba berkemundang lagu yang terus tangkap ditelinga Fath.terus suka.jarang lagu yang terus lekat dihati ni...cari punya cari tak jumpa..entah kenapa rajin nak buka blog sendiri dan baca blog2 kawan2..buka pula blog Penipulara..baca cerita2 dia tetiba ada cerita pasal yuna..terus dengar lagu2 Yuna yang penipulara letak,terkejut Fath lagu ni la yang Fath cari...alhamdulillah ketemu juga....unik,country,belum ada artis kita seperti Yuna.dia yang low profile.mari kita layan sama2 si bakat besar yang tersembunyi sekian lama pada pengetahuan masyarakat di luar sana.










Wednesday, February 11, 2009

Holiday !!!Langkawi!!!


07/02/2009(sabtu)-Bangkit seawal jam 8 am dalam keadaan tak berapa segar kerna tidur lewat malam tadi dalam pukul 4 am..haha..banyak sangat fikir + penat kerja=migrain.Agak kelam kabut pagi tu sebab baru nak packing! nasib la Fath sudah biasa packing last minute ni..kebetulan pula Fath ada beberapa pakaian yang sesuai untuk bercuti di pantai ni...lebih dari cukup untuk 3 hari..so tiada apa yang perlu dibeli untuk persiapan,stock sunblock lotion,selipar pantai dah ada cuma perlu cari bikini sahaja nanti..haha..dibawah ni Fath dah susun gambar mengikut aktiviti...

on the way ke KTM Kajang..

Oleh kerana kami dah berjanji dengan teksi jam 9.30 am perlu sampai depan rumah maka kelam kabut la, macam biasa mama memang lambat untuk bersiap.Fath dan Nisah memang naik kereta enya yang tiba jam 9.45 am didepan rumah bersama Ana dan seorang kawan.Kami gerak dengan 2 kereta ke KTM Kajang,setiba disitu terus snap gambar sebagai permulaan perjalanan.Kami berangkat jam 10.20am.

Setiba sahaja di KL Central jam 11.00 am,terus cari makan bagi yang tak sempat breakfast kat rumah tadi ini la masa nya nak melahap sebab aktiviti lepas ni pasti padat.Setelah kenyang lebih kurang jam 11.30 am kami bergegas menuju ke Skybus..terselah bertapa ceria nya kami terutama adik2 yang baru pertama kali merasakan percutian dengan menaiki public transport lagi2 nak naik flight ni....lebih kurang jam 12 kami bergerak ke LCCT.perjalanan dari KL Central ke LCCT mengambil masa lebih kurang 45 minit.sempat juga Fath tidur bagi menyimpan tenaga untuk akitiviti kemudian nya nanti.si 'dia' talifon Fath bertanyakan berita.Ini pertama kali Fath tinggal kan 'dia' agak jauh selama 3 hari.Pasti lain kan kerna sebelum ni Fath selalu ditinggal kan..hihi..cepat angkat beg!!


Sekarang kami di LCCT!!jam menunjukkkan sudah pukul 1.00 pm,terus pergi cari kaunter untuk check-in.Tepat jam 1.15pm selesai terus ke gate P4.segalanya berjalan dengan lancar setakat ini..apa yang Fath rancangkan menjadi.masa semuanya tepat.Boarding jam 1.35pm.Berlepas jam 2.05 pm.masa diambil dari LCCT ke Langkawi hanya 40 minit sahaja.borak sikit je dah sampai...


Langkawi!!!tepat jam 3.05 pm kami di langkawi sekarang...pertama kali Fath menjejakkan kaki di Langkawi International Airport..sempat kami ambil gambar...sekarang baru rasa berkobar-kobar bercuti jauh dari KL.

Kami terus call Mak Uda@isteri Aziz Desa@sepupu mama.Diorang memang buat business kereta sewa,home stay dan restoran.5 minute kemudian Mak Uda sampai bersam anak sulung nya dengan 2 kereta iaitu Unser dan Serena.Kami terus dibawa ke restoran beliau di Kampung Jaras.Tepi jalan besar bersebelahan dengan sekolah,jalan menuju ke Pekan Kuah.

Welcome.....
Perjalanan dari Airport ke restoran tersebut hanya mengambil masa 10 minit sahaja.Tiba sahaja tak sangka Mak Uda sediakan Laksa Kedah.Actually Fath memang tak suka laksa pinang,Kedah dan Perak..entah tak serasi dengan tekak dan lidah Fath.Tapi Fath makan juga walaupun sikit demi Mak Uda. Lebih kurang jam 4.00pm kami gerak menuju ke Awana Porto Malai dengan menyewa kereta serena dari Mak Uda dengan harga rm100 sehari ,murahkan..kalau orang lain Mak Uda kenakan rm200.Kalau dekat KL tak dapat la harga semurah tu..Asal nya kami nak sewa unser tapi harga sama je dengan serena,tukar la..


antara bahagian disekitar restoran Aziz Desa..

Setelah check-in hotel selesai..terus menuju ke bilik,sea view lagi..rehat seketika sehingga jam 6.30pm Fath,Enya,Nisah dan Afiq gerak menuju ke Pantai Cenang, yang lain tinggal hotel sebab mama memang tak suka jalan2 sangat,Adik dan Bihah memang nak mandi swimming pool ayah teman mereka...




Pergi Pantai Cenang bukan nak mandi tapi jalan2 di street untuk cari barang,Fath?cari bikini la..semangat mandi laut kan...tak mahal cuma rm25 setelah diminta diskaun,yang penting selesa dan cantik.Rambau mata tiap kali datang sini..


Tepat jam 8pm kami gerak menuju ke hotel semula bagi menjemput Mama,Ayah,Adik dan Bihah untuk dibawa makan malam...yummy...lapar...Cari punya cari sepanjang Cenang street jumpa satu restoran ni..lupa nama apa,tapi restoran ni juga Fath makan dinner setahun lalu..haha!!,*untuk pengetahuan umum pertama kali Fath datang Langkawi ni tahun lepas dalam bulan february juga tapi lupa tarikh. dengan ex-staff levis Kajang outlet (Aba man ,Abg Zaidi dan Erna) trip tersebut memang giler kami bercuti 3 negeri iaitu Perak,Pulau Pinang dan Langkawi.sekali gus dalam tempoh 4 hari dangan menaiki sebuah kereta sahaja dan seorang sahaja yang memandu sepanjang trip.


Sementara tunggu makanan sampai Fath tengok map..nama pun melancong..nak barget masa,wang,bergantung pada aktiviti sebab holiday Fath kali ni dengan family kali yang ke-3 sepanjang hidup ni...haha!!!*before this di Port Dickson (hotel Sri Malaysia) raikan ayah pulang dari Australia tahun 1997.Holiday ke-2 di Melaka (Makhkota hotel) raikan Fath baru dapat lesen kereta P.haha....iaitu dalam bulan Mei tahun lepas 2008.Fath banyak juga pergi melancong masa sekolah dulu..masa sekolah rendah(kebangsaan) pergi rombongan ke Melaka.(sekolah agama) pergi Cameron Highlands apa yang Fath ingat sangat sehari sebelum pergi kemalangan bas di sana yang tergempar satu Malaysia.ramai juga yang cancelkan tak nak pergi tapi bukan Fath walaupun pergi tanpa kawan..ingat sangat...join dengan siapa entah..masa form 2 join trip ke Perak.form 5 ke Melaka lagi.Pertama kali ke Genting Highlands tahun 2004 dengan kawan2,masa study IKN pergi Perak lagi tapi bukan holiday sebarangan tapi camping di Sungkai.memang best gila!!turun Batu Pahat,Johor pada awal tahun 2005bersama2 3 orang kawan,pergi atas dasar assignment masa semester 02 kena cari tokoh kraf,seminggu disana memang seronok bila berdikari ni...pergi Terengganu bukan holiday semata tapi lebih kepada buat show gamelan sempena majlis Perasmian Kilauan Tembaga tahun 2005.masa tengah praktikal sebulan di Kelantan tahun 2006 sempat Fath ikut Lecturer dan kawan yang lain ke Pulau Perhentian.terbaik!!!!2007 pergi A'famosa Resort dengan kawan2.2008 tahun yang kerap kali naik Genting,kaya la Genting.Rasanya lebih dari 5 kali dalam setahun haha!!!ada juga turun Kuala terengganu 2 orang trip 3 hari memang gila!!rasanya banyak lagi tempat yang pernah Fath lawat tapi tak berapa ingat sangat.

manja nya ayah dekat mama...


Sambung balik cerita Langkawi ni ok..gambar ni di ambil saja nak cerita pasal kucing ni..besar dan gemuk terbaring dikaunter pembayaran di restoran tersebut.



08/02/2009(Ahad)-Bangkit seawal 8 am sekadar cuci muka dan gosok gigi...terus turun breakfast di cafe hotel.Kali ni breakfast di Awana tidak mengujakan langsung,tak ada pancake..banyak yang kurang jauh lebih teruk dari Awana Genting. Dah la untuk dewasa makan rm25, kanak-kanak rm10.Tak berbaloi.Selepas selesai makan menuju terus ke Pantai Cenang...mandi!!!
Terpaksa pakai topi sebab tak tahan panas...10 minit dalam air terus keluar mana tak nya masuk dalam air pun jam 10am matahari dah tegak..posing je lebih ni...

mandi kejap jer than terus mandi dekat bilik air bersiap untuk pergi makan tengah hari..sebelum tu sejuk kan badan dengan minum air kelapa...suurrrpppp...



Gambar ini diambil semasa makan tengah hari ..tak makan apa sangat pun sebab masih kenyang makan pagi tadi..
Aktiviti utama hari ahad ni adalah mengunjung Underwater World..untuk dewasa yang mempunyai mycard hanya dikenakan rm25 ,kanak-kanak pula rm 18,student rm22 termasuk la warga emas hahupun yang sudah pencen.Tak sabar lihat apa yang menarik didalam..sebab tahun lepas datang Underwater world tutup sebab banyak ikan mati.kenapa?tengok berita dan baca surat khabar tak?orang dalam punya kerja... huhu...hayati dan lihat la gambar2 dibawah ni..part2 yang menarik yang perlu korang tahu..


apa kena mengena background salji ni dengan underwater world ni?lihat lagi gambar dibawah..

tengok betul2 ada penguin di belakang kami..memang kelakar tengok gelagat penguin ni..dan comel..



makhluk apa kah yang hitam legam di belakang tu..anjing laut la...lagi menarik ada pertunjukkan memberi makan sambil bermain dengan anjing laut ni..pandai..

tengok penguin terbang atas kami...berenang sudah..



mesti orang ingat Underwater world ni ada pameran ikan sahaja..apa yang menarik dan berlainan dari aquaria,disini terdapatnya binatang seperti burung,kura-kura dan seumpama dengan nya yang ada kena mengena dengan hidupan air..

lama juag kami berada dalam ni.. banyak aktiviti boleh diikuti selain pertunjukan anjing laut tadi,ada pertunjukkan bermain dengan ular senduk,3D theather dari pukul 1.30pm masuk keluar jam 4 pm.kemudain balik hotel rehat seketika..


Rehat tidak boleh lama Fath dan Enya teru skeluar mengikut perancangan ayah kami perlucari kek dan tempat sambu birthday mama nanti... Beli kek di Pekan Kuah tapi pilih restoran di sekitar Pantai Cenang jer..dah mermadai..Jam 8pm kami datang jemput mereka yang lain bagi meraikan mama..Happy Birthday MAMA sweet 51!!!percutian ni memang dirancang dengan ayah untuk celebrated birthday mama..buat pertama kali dalam ahli keluarga disambut jauh,mama pun tak sangka..suprise!!


suap mama kek...sayang mama!!

09/02/2009(isnin)-Hari terakhir untuk kami menikmati Langkawi.Kami lebih utamakan aktiviti yang dirancang iaitu bergambar..haha!!gambar ni saja nak tunjuk konon nya Fath boleh pandu benda alah ni padahal hiasan semata-mata..yang utama adalah lawati Gunung Mat Cincang dengan menaiki Cable Car sebentar lagi .huhu..ikuti cerita dibawah...



memang tak ada kerja lain pantang nampak benda pelik nak di buat main..ayah pun layan jugak..haha....Fath posing lebih2 pula..Suka betul dia...haha!!dapat kepit kaki orang seronok ni...haha!!!

Afiq la mangsa kami..haha!!
marilah datang kesini terdapat nya permandangan yang teramat cantik..lagi2 tempat penyinggahan boat2 dari mana2 entah..breakfast tak sedap..angin tengah malam yang nyaman dan sejuk..keadaan malam yang sunyi teramat..swimming pool nya lebih menarik dari Awana Genting.kiost internet tak ada..tapi tidur best..hahaa....honest betul..

ni la swimming pool yang Fath kata kan tu walaupun Fath tak mandi dekat sini pun..

Nampak Fath macam syok sendiri dengan hanphone kan?padahal Fath tengok syok ber-3G dengan si 'dia'..rindu...haha...

depan Awana..kenangan bersama kereta yang ada cerita nya...huhu....

kami sekarang di Telaga Habour!!wajib singgah untuk bergambar...

sampai sudah di Cable Car,Gunung Mat Cincang..



tengok Fath sempat lagi ber-sms dengan si 'dia' dalam cable car.....

kami sudah jadi gila sebentar ...haha...

antara aksi diluar jangkaan para pengunjung...

lagi orang heran..atas gunung ada berani mau melompat,nampak bertapa girang nya kami...


selesai aktiviti di Gunung Mat Cincang kami singgah sebentar di The loaf..untuk dapatkan chesse cake kegemaran kami...uhu..uhu..cheese cake......

bergambar dulu depan The Loaf...

aktiviti berikut nya di Pekan Kuah..shopping!!coklat yang Fath cari..yummy!!love coklat



selesai aktiviti membeli belah tiba penyerahan kembali kereta sewa kepada tuannya...kami bernasib baik dapat berjumpa saudara kami Aziz Desa..Kami dilayan dengan baik sekali lagi dengan hidangan makan malam pula walaupun ringkas tapi sudah memadai buat kami..alhamdulillah kenyang...terima kasih Mak Uda dan Pak Uda sekeluarga..

dalam lepulangan..ke KL


Muka pun dah terselah mengantok nya...penat,gembira,kecewa sedikit dengan beberapa perkara,ada beberapa tempat tak dapat pergi..apa yang nak diceritakan disini Fath enjoy holiday bersama family tersayang walaupun singkat selama 3 hari 2 malam tapi penuh bermakna dan dapat mengerat kan lagi ikatan kekeluargaan kami..bukan senang ye untuk semua ini...alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat pulang... akhir kata sayangi la keluarga anda...hihi...