Monday, February 14, 2011

Shooting Disebalik Nama Jalan- Munshi Abdullah (part 2) & Hang Jebat


25/01/2011(Tuesday)
- Bersambung semula shooting host program ni, setelah cuti 2 minggu. tapi malang tak berbau tapi gelap.haha! minggu hujan la. seminggu hujan ,melepak je la.stress ye bukan suka.Tempat sama lagi, shoot di Melaka tak sudah, Melaka kan banyak jalan yang menggunakan nama tokoh. Shoot host program ni ala santai, sebab shoot ada slot di pantai Siring,Pulai.

26/01/2011(wednesday)-cuaca tak cantik layan pantai tak sudah, kesudahan nya boring.

Rocker sesat memancing?

27/01/2011(Thursday)- interview Che Ad, pemilik homestay a.k.a sponsor penginapan kami.siapa nak dengar pantun non-stop 24/7 jumpa la Che Ad ni tau!





sempat la juga shoot sikit untuk episode jalan Hang Tuah

scene paling kelakar!!!

28/01/2011(Friday)-Mendung,shoot juga, tak ada pilihan dah.oleh kerana hujan dari pagi ke malam, akhirnya director decide kami shoot ke Singapore!! finally ke sana juga. tapi perihal kerja la bukan untuk holiday. 3 hari memang tak sempat nak jalan-jalan & shopping, siang masa untuk bekerja, malam? kedai tutup sudah. Salah hari juga, turun masa Tahun Baru Cina, habuk pun tak ada. sedih je. Bukan rezeki maka next time je la.

31/01/2011(Monday)-Singapore!!! by car & bus. memang letih teramat kendong beg seberat orang.petua kurus juga.

Jejak je di Singapore terus lepak minum di kaafehaus,Bencoolen ,on9 twitter.gila.

berpinar tengok map.

02/02/2011(Wednesday)-Ini lah dia.... Munshi Abdullah Avenue ,sebelah lorong pula ada Munshi Abdullah walk. demi signboard ni Kami sanggup datang negara singa ni, Macam bangang je kan? ops?! silap ye..setiap signboard nama jalan diberi nama ada sebab, apa sebabnya? itu kerja kami. Tengok la tayangannya nanti.


orang kuat host program ni. *mereka gila kuasa 10

sangat teruja! korang cari la benda alah ni di Malaysia, gugur rambut la.*sedap!!!

laluan MRT

Lupa la ni area mana

Kalau di Malaysia ada undang-undang macam ni kan , sihat. *merokok di kawasan tertentu je.


sempat bergambar depan vivo je.. Sentosa ??? menjadi impian lagi.

Back to Melaka, langsaikan hutang shoot Jalan Hang Jebat pula, no skrip, sampai je lokasi Director terus tulis skrip, 5 minit Fath menghafal.Banyak-banyakkan la makan kismis ye.

Jalan Hang Jebat atau dikenali sebagai Jonker walk!! Bangang la kalau datang bandar hilir tak singgah. tapi lagi bangang datang tak beli apa-apa. shoot seharian. Workaholic ke?

serupa macam pelancong dah.

06/02/2011(Sunday)-sehari sahaja kitaorang habis kan episode jalan Munshi Abdullah & Jalan Hang Jebar di KL. hebat!

2 minggu berturut-turut kerja non-stop kehulu kehilir, Melaka-Singapore-Melaka-KL , 1st time agak meroyan berjauhan dengan orang-orang tersayang, lepas ni kerja lagi pulun, tabah & sabar jawabnya.

p/s:baru free untuk bikin entri, ada lagi entri lain lepas ni, huffffffffffff.

Tuesday, February 8, 2011

Miss ya!!!!!!


i'm back!!! sekian lama menyepi bukan lupa diri, tapi menyendiri ...*tak lawak. Kalau Fath tak mention pun, korang lebih genius tahu, Fath sibuk kerja.Thanks kerana memahami *perasan la kau,Fath. 3 minggu senyap bagai 3 bulan. maaf kan beta ya.;) kepada yang setia menanti & rajin lagi baik hati membaca blog Fath, terima kasih sangat2.Tak tahu nak cakap macam mana lagi, *tak bodek,tulus dari hati.

2 minggu lepas Fath shoot host program Disebalik Nama Jalan-Tv2 di Melaka,Singapore & KL. seminggu sebelumnya pula cuti,terus tak ada cerita,.hahaha!*terjujur pula.Banyak pix yang Fath nak upload & banyak cerita sepanjang travel host program 2 minggu lepas, tapi masih tak sempat nak membebel cerita sendiri dekat sini.

Fath ada cerita nak kongsi bersama, arghhhhh.Fath cuba taip sambil tidur.-_- *gelak tutup mulut.Siapa sangka ,blog ni kena bikin entri marathon lagi.mata dah sepet ni.ok.bye.

p/s: jumpa lagi disini nanti.xoxo