Thursday, May 28, 2009

Damn!!she's spy on me


Terus hilang kepercayaan terhadap seorang 'perempuan' ini.Siapakah dia?shhh...tidak boleh diberitahu.Dia bukan lah dikalangan kawan-kawan Fath tetapi di adalah diantara orang disekeliling Fath dan juga kami mempunyai hubungan perkenalan yang baik.Tidak sangka bukan lah ungkapan yang pertama dalam kes yang sama.Ish!!susah betul jikalau sejantina sudah menjadi rapat ni.Dari dahulu hingga kini Fath memang tidak rapat dengan kawan perempuan mesti musnah akhirnya.mungkin Fath selalu lepas pandang disebalik kebaikan mereka lemparkan itu penuh dengan makna tersirat.Mungkin juga Fath selalu memandang positif setiap apa yang berlaku.Barang kali rasa curiga itu perlu.Itu mungkin kelemehan Fath dalam setiap persahabatan mahupun hubungan dimana terlalu percayakan orang.Akan tetapi Fath sememangnya tidak akan memberi peluang kedua apabila malang itu terjadi.Harap maaf ya..Fath memang keras hati bila kecewa.

Apa yang peliknya..rasa kecewa mahupun marah bercampur sedih akan membuatkan Fath agresif untuk bekerja.Jikalau di tempat kerja mahupun dirumah sudah pasti Fath akan mengemas dan membersihkan apa sahaja sehingga bersih dibuatnya.Berdiamkan diri sambil melakukan kerja-kerja itu membuatkan rasa lega datang kemudiannya.Baguskan.Apabila Fath mengalami perasaan sedemikian lagi ..apa lagi ajak la Fath datang rumah confirm kemas terus rumah.hahaha!!

Dapat luahkan sedikit di blog ni pun kira sudah memadai...kepada sesiapa sahaja diluar sana jangan percayakan orang sangat.jikalau mereka baik sangat perlu berhati-hati ye..mana lah tahu jangan biarkan ia berlaku.Have a nice day!

Wednesday, May 27, 2009

Inactive SIM


019-6767996 cantik kan nombor ni?...call la..sudah tidak boleh pakai nombor ini lagi.Sedih betul.apabila diberitahu oleh operator customer service bahawasanya SIM card dan nombor ini tidak boleh digunakan lagi.Ini kerana Fath terlupa untuk aktifkan sehingga hari ke-101 Fath terabai akan ia. Itu lah hakikat apabila menggunakan prepaid untuk second number Fath yang sememangnya dikategorikan sebagai private number.Sayang sangat nombor ni.Buang begitu sahaja.Ini semua gara-gara handphone Fath rosak dan kemudiannya disimpan sahaja SIM card didalam wallet.Peringatan juga pada yang sesiapa yang menggunakan lebih dari 1 nombor.Ingat lah untuk aktifkan ia walaupun jarang digunakan.LuahanFath semata-mata.

Saturday, May 23, 2009

Blood Donation

22/05/2005(Jumaat)-Fath cuti hari ini.Apa yang bernas untuk dilakukan hari ini?Dengan bangganya Fath pergi derma darah di Pusat Darah Negara ditemani oleh Deng walaupun Deng tidak turut menderma.teman Fath pun kira pahala juga..Pelik pabila Fath tiba-tiba teringin kembali untuk menderma setelah sekian lama tidak menjadi penderma.Kali terakhir ialah pada 07/08/2006 dan kali ini adalah kali ke-4 bagi Fath.Tidak tahu mengapa Fath suka sangat untuk derma darah,Apa yang lagi bagus Fath ni berdarah 'O' seperti mana sekeluarga pun begitu.Mengikut berat badan 50kg ni, Fath hanya boleh menderma sebanyak 350ml (1 beg) sahaja.Disini Fath hendak kongsi cerita sikit mengenai derma darah ni.

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.

Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.



Kriteria Penderma

Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. 1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
  2. 2. Berumur di antara 18-60 tahun.

· Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga

· Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai

tahap kesihatan badan.

  1. 3. Berat badan melebihi 45 kg.
  2. 4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
  3. 5. Tiada masalah kesihatan.
  4. 6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan

· Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan

· Sila rujkuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.

  1. 7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
  2. 8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:

· Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)

· Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)

· Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur

· Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis

· Mengambil dadah secara suntikan

· Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.

  1. 9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2
  2. minggu untuk penderma aferesis.
  3. 10.Untuk penderma wanita:

· Tidak mengandung.

· Tidak datang haid.

· Tidak menyusukan anak.

  1. 11.Jangan menderma darah jika anda:

· Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau

Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih

· Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.

Jenis-jenis Penderma

Pendermaan tidak hanya tertumpu kepada darah merah sahaja, malah terdapat komponen-komponen lain di dalam darah yang boleh di dermakan antaranya

Penderma ‘Whole blood’

Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut:

  • Sel darah merah
  • Sel darah putih
  • Platelet
  • Plasma

Darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain. Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan.

Masa yang diambil untuk menderma darah adalah di antara 7 hingga 10 minit tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang 1 jam. Sebelum menderma darah anda dinasihatkan supaya mengambil sedikit makanan sebagai mengalas perut. Darah merah yang telah didermakan memerlukan masa selama 4 – 8 minggu untuk digantikan semula manakala plasma pula selama 24 jam.

Pendermaan Aferesis

Pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, dimana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.

Penyimpanan dan Kegunaan Darah

Darah yang didermakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis produk atau komponen:
  • Sel darah merah – whole blood, packed red cell, buffy-coat poor red cell, filtered red cell.
  • Plasma – fresh frozen plasma, cryosupernatant, cryoprecipitate
  • Platelet – random platelet concentrate, apheresis platelet

Setiap produk atau komponen darah ini mempunyai cara penyimpanan dan kegunaan yang berbeza. Antaranya:

  • Darah yang telah melalui ujian saringan dan telah diproses kepada sel darah merah, platelet dan plasma akan disimpan mengikut jenis darah, kumpulan darah ABO dan tarikh luput masing-masing.
  • Sel darah merah perlu disimpan pada suhu 2oC – 6oC dan boleh bertahan selama 35 hari.
  • Plasma perlu disimpan pada suhu -30oC dan boleh bertahan selama 2 tahun.
  • Platelet perlu disimpan pada suhu 20oc – 24oC dan perlu sentiasa digerakkan (agitated).Jangka hayat platelet hanyalah 5 hari daripada tarikh pendermaan.
Setiap produk atau komponen darah ini ada kegunaan masing-masing:
  • Whole bloodunit darah yang didermakan yang tidak menjalani proses pengasingan. Digunakan untuk kes-kes seperti pesakit yang kehilangan darah akibat kemalangan dan untuk pertukaran darah (Exchange Transfusion, ET) bayi akibat jaundis neonatal yang teruk.
  • Sel darah merah – untuk masalah kekurangan hemoglobin (anemia) seperti penyakit buah pinggang dan panyakit kanser.
  • Plasmakes-kes pendarahan semasa bersalin, lecur akibat kebakaran, pendarahan akibat kerosakan hati.
  • Platelet untuk penyakit-penyakit kekurangan platelet seperti demam denggi dan leukemia.
Nasihat Kepada Penderma

Setiap kali selepas menderma darah, anda adalah dinasihatkan untuk memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut:

  • Tekan kuat pada bekas cucukan jarum sambil berehat sekurang-kurangnya 10 minit di atas katil sebelum bangun.
  • Ambil sedikit minuman dan makanan ringan yang disediakan sebelum meninggalkan tempat pendermaan.
  • Ambil sebiji tablet zat besi dan asid folik yang dibekalkan sehari sekali selepas makan. Ini akan membantu anda membina kembali sel-sel darah merah yang telah anda dermakan.
  • Berhati-hati semasa memandu atau sewaktu bekerja menggunakan mesin.
  • Dalam masa 24 jam selepas menderma:
    • Elakkan diri daripada aktiviti-aktiviti sukan atau senaman berat, atau mengangkat barangan yang berat
    • Elakkan minuman keras.
    • Lebihkan meminum air
    • Jika anda mengalami sebarang reaksi atau tindak balas seperti pening atau rasa ingin pitam, baringkan diri anda selama beberapa minit dengan kedua-dua kaki dinaikkan melebihi paras kepala.
*Mari lah kita menderma darah.baik untuk orang yang memerlukan dan baik untuk diri sendiri.

Thursday, May 21, 2009

Yummy For Colories....

Pengenalan

Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik.

Piramid Makanan Malaysia digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat.

Berapakah kuantiti makanan yang seharusnya diambil?

Anda perlulah mengambil makanan mengikut sajian makanan yang telah disarankan oleh Piramid Makanan Malaysia.

Setiap individu mempunyai saiz sajian yang berbeza-beza mengikut tahap aktiviti fizikal masing-masing. Contohnya, seorang atlit atau seseorang yang aktif dalam sukan memerlukan saiz sajian makanan yang lebih besar berbanding mereka yang kurang aktif.

Berapakah kalori yang diperlukan?

Saranan Pengammbilan Nutrein Malaysia boleh digunakan sebagai panduan dalam mendapatkan jumlah kalori harian yang diperlukan oleh seseorang.

Kegagalan dalam mematuhi panduan tersebut boleh mengakibatkan berlakunya masalah kekurangan berat badan, berlebihan berat badan dan kegemukan / obesity.

Rancanglah Menu harian anda dengan baik bagi memastikan makanan yang anda ambil itu dapat memenuhi keperluan kalori harian anda.

Bagaimana dengan makanan snek?

Pengambilan makanan snek juga turut membekalkan nutrien dan tenaga kepada kita. Namun, pengambilan makanan snek perlulah hanya dijadikan sebagai makanan tambahan kepada menu utama dan bukannya sebagai pengganti kepada menu utama tersebut.

Piramid Makanan Malaysia turut menyarankan jenis-jenis makanan snek yang boleh diambil oleh kita.

Adakah makanan segera itu baik?

Makana Segera boleh diambil sebagai sebahagian daripada sajian sihat harian anda.

Namun, makanan segera kebiasaannya adalah tinggi dalam :
  • Kalori.
  • Lemak.
  • Kolesterol.
  • Natrium.
  • Protein.

Makanan segera juga mempunyai kandungan gentian dan vitamin yang rendah.

Hadkan pengambilan makanan segera sehingga 1 hingga 2 kali sebulan serta makan dan pilihlah makanan segera dengan bijak.

Kategori:Kuih Muih


1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori

4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori

6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori

9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori

11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori



Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori

8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori

11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori

13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori


Kategori: Makanan Rutin


1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori

4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori

7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori


Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori

7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori


Kategori: Buah-buahan


1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori




kategori minuman

minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal


1tbsp minyak apa jenis pun 120 kalories
1 tbsp butter 100 calories
1tbsp santan low fat 9- 15 calories
1tbsp santan biasa 30-50 calories

1/2 cup sayur 20-30 calories
1/2 cup nasi, pasta, mi, bihun, cereal 100 calories
1 keping roti less 100
1 potato n banana less 100

100g seafood - 100 calories
100g fish - 120-150
100g chicken 130-150
100 g red meat 150

1tbsp sos2 .. 20-40


french fries - 1 small cup (90g) 290 Kcal
hot dog - 1 whole (82g) 225 Kcal
mashed potatoes -1 cup regular (94g) 87Kcal
Big Mac - 1 570Kcal


Sangat tinggi / Very high (> 600 kcal)


Nasi goreng (dengan telur, ayam dan sayur) /
Fried rice (with egg, chicken and vegetable)

Tinggi/High (401 -600 kcal)


Mi bandung/Bandung noodles
Kueh tiau bandung/Kueh tiau bandung
Mi kari/Curry mee
Nasi dagang/Nasi dagang
Mi hoon bandung/Mee hoon bandung
Nasi briyani, nasi sahaja/Nasi briyani, rice only
Nasi minyak/Oily rice

Sederhana / Medium (101 - 400 kcal)


Nasi lemak/Nasi lemak
Mi sup/Mee soup
Roti telur/Roti telur
Kueh tiau goreng/Fried kueh tiau
Roti canai/Roti canal
Capati/Capati
Mi hoon goreng/Fried mee hoon
Mi goreng/Fried mee
Nasi ayam/Chicken rice
Rawadosai/Rawadosai
Putu bambu/Putu bambu
Dosai/Dosai

Rendah / Low (0- 100 kcal)


Idlii/ldlii
Putu mayam/Putu mayam


OTHER TRADITIONAL KUIH

Sangat Tinggi / Very High (>300 kcal)


Mysore pak/Mysore pak
Laddu/Laddu
Papadam/Papadam

Tinggi / High (151 - 300 kcal)


Bingka ubi kayu/Bingka ubi kayu
Vadai, kacang dal kuning/Vadai, yellow lentil
Lepat pisang/Lepat pisang Cokodok pisang/Cokodok pisang
Kuih kasturi/Kuih kasturi
Kuih talam ubi kayu/Kuih talam ubi kayu

Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)


Kuih sagu/Kuih sagu
Pisang goreng/Pisang goreng Kuih kastard jagung/Kuih kastard jagung
Popia/Popia
Puding jagung/Puding jagung
Kuih kacang/Kuih kacang
Putu kacang/Putu kacang
Cucur badak/Cucur badak
lemping/lemping

Rendah / Low (0-50 kcal)


Kerepek ubi kayu/Kerepek ubi kayu Kuih telur labah/Kuih telur labah
Kuih bangkit sagu/Kuih bangkit sagu Kuih bangkit/Kuih bangkit


TRADITIONAL KUIH (RICE & RICE-FLOUR BASED)

SangatTinggi / Very high (>300 kcal)


Lor-mai-fan (pulut dengan kacang)/
Lor-mai-fan (glutinous rice with peanuts)

Tinggi / High (151-300 kcal)


Tepung bungkus/Tepung bungkus
Bidaran/Bidaran
Kuih bom/Kuih bom
Kuih sri muka/Kuih sri muka
Bingka tepung beras/Bingka tepung beras
Pulut panggang/Pulut panggang
Kuih koci pulut putih/Kuih koci with white glutinous rice
Kuih kasui/Kuih kasui
Kuih koci pulut hitam/Kuih koci with black glutinous rice

Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)


Tapai pulut/Tapai pulut
Kuih lapis/Kuih lapis
Kuih lompang/Kuih lompang
Rempeyek/Rempeyek
Kuih bakul/Kuih bakul
Dodol/Dodol
Wajik/Wajik

Rendah / Low (0 - 50 kcal)


Kuih karas/Kuih karas
Kuih buah Melaka/Kuih buah Melaka
Kuih buah rotan/Kuih buah rotan


TRADITIONAL KUIH (WHEAT FLOUR BASED)

Tinggi / High (151 - 300 kcal)


Yau-car-kue/Yau-car-kue
Kuih apam balik/Kuih apam balik
DonatlDougtinut
Ham-chi-peng/Ham-chi-peng
Kuih pau kacang merah/Red bean dumpling
Kuih pau ayaml Chicken dumpling
KesarilKesarl
Kuih apam gula hanguslKuih apam gula hangus

Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)


Halwa/Halwa
Cucur udang/Cucur udang
Kuih ketayap/Kuih ketayap
Karipap/Curry puff
Kuih keria/Kuih keria
Kuih lidah kucing/Kuih lidah kucing
Kuih apam/Kuih apam

Rendah / Low(0 - 50 kcal)


Karipap mini/Mini curry puff
Baulu cermai/Baulu cermai
Kuih tat nenas/Pineapple tart
Kuih bawang/Kuih bawang
Kuih kapit/Kuih kapit


Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori
Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori
Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori
Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori
Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori
Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori
Lor Mee - 1 bowl - 383 kalori
Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori
Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori
Kuey Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori
Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori
Mee sup - 1 bowl - 381 kalori
Lor Mai Fun - 1 plate - 422 kalori
Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori
Century Egg Porridge - 1 bowl - 423 kalori
Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori
Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori
Nasi Claypot - 1 bowl - 898 kalori
Bah Kut Teh - 1 bowl - 348 kalori
Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori
Sup Krim - 1 rice bowl - 375 kalori
Cheese burger with extra beef - 1 whole - 438 kalori
Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori
sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
Apple Pie - 1 piece - 260 kalori
Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori
Sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori
Pasembur - 1 plate - 752 kalori
Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori
Teh tarik - 1 glass - 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl ric

Thursday, May 14, 2009

Kak Mira kahwin sudah!


Selamat Pengantin Baru .semoga bahagia sampai akhir hayat.

post by Enya



07/05/2009(thursday)-Cuti!!Akan tetapi Fath bekerja juga untuk bidang kedua Fath,modelling.Photoshoot kali ini adalah untuk majalah Perempuan bagi memperagakan koleksi busana-busana dari butik Zaiton Alias.Kali ini photoshoot dilakukan di rumah Kak Ton.Apa yang menarik kali ni Fath digandingkan dengan model sunsilk(futsal).Teruja sangat.Lagi menarik nama model tersebut sama dengan Fath cuma ejaan sahaja yang berlainan.fatiya @tiya.thiah yang baru berusia 22 tahun penuntut ijazah jurusan undang-undang di Uitm,shah Alam.Kami sekepala dan kecoh sangat.haha!!Gambar semasa photoshoot kemudian Fath upload kan sebab tidak dapat lagi gambarnya.Maka Fath upload kan terlebih dahulu gambar-gambar semasa majlis akad nikah Kak Mira.Iaitu pada hari yang sama pada malamnya.
detik-detik penantian sebelum di ijab kabulkan.

Lihatlah make-up Fath tidak sempat buang pun.Terima kasih kepada Chomel(make-up artist)telah mencantik kan Fath seharian.Kak Mira adalah sepupu Enya disebelah bapanya.Fath ini sepupu Enya di sebelah ibunya.Apa yang berkait lagi adalah ibu Kak Mira adalah sepupu kepada isteri abang tiri mama Fath dan ummi Enya.Faham?buat-buat Faham la ye...

comel tak mak orang ni..

Aktiviti makan itu adalah semestinya.Berborak dan bergambar menjadi kewajiban.


Lihat lah kami merasmikan terlebih dahulu katil pengantin.Jangan ikut ya.

Wednesday, May 13, 2009

Happy Birtthday Ana!!!-12/05/2009


Happy Birthday Ana!!tengok Fath masih memakai pakaian yang sama dari dinner sambut monthly anniversarry.Mana tidak nya lepas dinner terus jumpa Enya, Abang Daus dan Ana untuk sambut hari jadi nya.Idea Enya di karaoke,Putrajaya.lalaaaaa.....

Ini Kek yang Deng 'hadiahkan' buat kami bagi meraikan Ana.

amboi Enya..menyanyi ke melalak tu....


meh gelek sama-sama.haha!!


Birthday girl pun tidak over macam ni..

Fath suka sangat long pink sock ni..ni pula Abang Daus..Abang angkat Enya..Jam 2 pagi kami semua pulang..mengantok dan penat akan pelbagai aktiviti seharian.

Best Restaurant 's In Malaysia Tamarind Springs,Tamarind Hill,IL Tempio & Mandi-Mandi

12/05/2009(tuesday)-Hari yang bermakna bagi Fath..hari ulang bulan yang ke-8,haha!!pasti ketawa kerana ia hanya lah ulang bulan tetapi ia amat bermakna bagi Fath dan Deng.tidak pernah lupa untuk mengucap kan ia.Tetapi kali ini agak berlainan dimana kami menyambut buat pertama kali tanda penghargaan untuk diri masing-masing.Ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan.Fath sendiri tidak pernah terfikir terdapatnya restaurant secantik ini.Terima kasih sangat kepada Deng yang buat surprise ini dan memikirkan akan kerayaan ini.Fath yang sememang nya tidak sempat untuk memikirkan akan idea sebegini.sayang 'deng'! Sekian lama Fath tidak bercuti akan kerana terlalu tumpu pada kerja sahaja.Sehingga Deng merajuk..maaf ya sayang.Fath tiba-tiba menjadi seorang 'workaholic',Oleh kerana perihal demikian Fath membuat perbincanagan dengan manager supaya Fath boleh kerja morning shift pada may.12 terus Manager memberi lampu hijau untuk cuti sahaja lebih senang oleh kerana tiada sesiapa yang boleh ganti tempat Fath.Berita baik itu membuat kepala terus lapang dari pelbagai serabut.

Aktiviti kami pada paginya adalah membuat perihal masing-masing terlebih dahulu,Fath menghabiskan masa dirumah pada paginya,dalam masa yang sama Deng pula menghadirkan diri bagi menuntut ilmu,pada Jam 12 tengah hari Fath singgah di depan Uniten di deretan gerai-gerai makan.datang untuk menikmati cendol pulut bersama-sama Enya,Ana dan Abang Lan yang sememangnya sudah berada disitu terlebih dahulu.Birthday Ana la.Happy birthday Ana!!Jam kemudiannya menunjukkan 1.45 p.m terus kami gerak untuk aktiviti masing-masing.Fath terus memandu ke arah Bangsar.Fath parking sahaja di depan rumah Kak Ton tidak perlu bayar.huhu.Bertemu kami disitu.Menaiki keretanya tepat jam 3.10p.m.Terus pula ke Mid Valley.Tengok wayang!!Power Kids tantapan kami.boleh lah..3 star je.Pergi gym pula untuk workout.,terus siap dengan cantiknya kami ke tempat destinasi yang masih menjadi tanda tanya Fath dari awal tidak terjawab sehingga la sampai ke destinasi.Terpaku sambil memuji.

Oleh kerana Fath ingin membuat kelaianan untuk diri sendiri maka Fath memakai little black dress, Fath benci baju hitam.Jikalau kasut,selendang,seluar,handbag hitam tidak mengapa.Tetapi Fath memandankan ia dengan black jacket,long sock of pink dan pink's headband,gothic street chic style!!

Permandangan ketika masuk di kawasan Tamarind Springs.Terbaik!actually..kami tak bawa camera maka camera by handphone yang kami gunakan dan tidak bergambar mana pun yang penting kami seronok sebagai pasangan kekasih.maaf ya..gambar Deng sememang nya tidak boleh diletakkan di mana-mana pun.rahsia.termasuk lah namanya.

ha!!ini lah tempat makan malam kami.confirm ingat sampai bila-bila.Traditional Indochinese Village (Khmer, Laos & Vietnam) adalah pilihan kami.sebenarnya terdapat 3 restaurant lagi iaitu Contemporary Thai & Burmese di Tamarind Hill (new location) ,Contemporary Italian di IL Tempio Restaurant, dan Fine Malay-Thai di Mandi-Mandi restaurant.Untuk mengetahui keterangan lanjut sila lah layari www.tamarindsprings.blogspot.co /www.tamarindrestaurants.com

Friday, May 8, 2009

Perempuan's Magazine on May ,2009 issue

Cover story

Inilah hasil dari Photoshoot last month sila lihat post on april.Ini antara koleksi baju busana dari Zaiton Alias Collection (id Perempuan).Fath antara model tetap beliau.Maka kerap keluar untuk koleksi beliau yang sememangnya cantik.ingin membeli?sila email Fath ok.




With Shafnie
With Shafnie

Wednesday, May 6, 2009

Gossip girl


Love this drama (tv series)...gila gosip ke??nope.you know what?you must watch it!all about relationship,high school(elite's life),fashion!!of course,love,scandal social and gossip.i'm a good follower for this series. Sampai tengok berulang kali dari season 1 sampai season 2. Su Yen, rakan sekerja Fath yang sarankan Fath tengok drama yang sememang penuh dengan drama ini.
Layan kan sahaja dengan serta merta turus minat dengan jalan cerita dan kerektor nya.Bila sudah mula mesti teruskan juga.


Cerita yang penuh dengan gosip,helah,penipuan,permainan persahabatan,duit,seks,scandal,fashion,elite's party,kemelutan pelbagai masalah cinta,keluarga,kerja,persekolahan..kesemuanya adalah dalam kehidupan golongan elite ini.Kehidupan yang selalu mendapat perhatian di Manhatthan dengan adanya teknologi internet "gossip girl" siapakah ia?that's secret i can't tell,'you know you love me..xoxo..gossip girl"..slogan setiap kali mulanya rancangan ini.

Apa yang lagi menarik,there got good fashion!!love all stuff.Ada perkara positif dalam jalan cerita dan ada yang negatif.Sebagai penonton..nilai lah sendiri sejauh mana kualiti cerita ini.Fath bagi 5 star!!cerita mengenai kehidupan masyarakat sebenar memang dapat menawan minat Fath berbanding cerita aksi,komedi semata,seram dan sebagainya.Ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi tonton sendiri mahupun baca di wikipedia.Fath disini hanya ingin kongsi cerita apa yang Fath rasa ia sesuatu yang menarik.

serena

Blair

Jenny

Vanessa

chuck

Nate

Dan

best friend

Friendsmother & daughter

LOVEFamilyBrother & sister


good friends

school

social