Friday, January 29, 2010

latest of street chick !

amacam? ada persamaan tak? hihi...baju kemeja yang panjang ni..memang fesyen terkini. seperti kemeja lelaki punya, kononnya pakai boyfriend?husband punya lah...hahah...
Apa pun ia lebih glamour dan menyerlah dengan warna putih.


Fath pernah nampak legging yang seakan seluar jeans ni, dibeberapa boutique di Bangsar dan sekitar KL.confirm Fath cari balik lepas ni...

huhu...legging yang sama colour..biru...korang patut cuba, beranikan diri anda.

memang sempoi seluar ni, teringin juga nak pakai tapi....ermmmm.....



sama pula yang tang bulu tu, Fath beli pun last minute dan kebetulan nak ke Genting....mungkin korang pun mesti dapatkan 1.

sekali tengok memang bergaya dan berani, tapi Fath tak pasti , sama ada ia sesuai atau tidak dengan badan ku yang tak berapa tinggi ni...kihkih....seluar tu ,Fath tak jumpa lagi dimana-mana.



simple dengan boots nya. tapi yang paling menarik muka awek ni...haha!so stunning....


beg dia lebih menarik perhatian Fath, mahu cari lah nanti...


kasut dia ni memang macam pernah tengok, tapi dah lupa kat mana..hihi



nampak macam pelik seluar dia, rasanya orang yang tinggi lampai memang sesuai mengayakan nya.


unik!!!ada berani tak korang??

perfect!the dress, jacket and shoe!!Kalau Fath pakai, confirm kena sarungkan legging.huhu....

mana nak cari dress ni, tersangat la cantik,hihi....mix and match...

cute...

outfit ni memang mengancam....nanti akan ku cari...


smart and casual...


p/s: antara street chick yang digayakan oleh penduduk UK, damn nice...bila outfit sebegini sampai malaysia, 3x ganda harganya...ermmm harus pandai cari yang berpatutan supaya berbaloi.

routine

28/01/2010(Thursday)-Otak Fath minggu ni asyik berfikir 24/7 hours...pasal macam-macam. korang selalu fikir apa?, Fath berjalan pun boleh terfikir entah apa, sampai dekat parking lupa kereta dekat mana.haha!!Ada 1 hari tu Deng datang parking berhampiran dengan CINTA, then call Fath at the same time, hanya 1 sebab.takut Fath lupa tempat parking...so sweet....hihi...

Macam biasa, lepas kerja atau sebelum pergi kerja Fath mesti pergi gym , itu pun kalau tak ada hal lain la....Fath buat kardio je....untuk stamina dan bakar kalori yang berlebihan...maklumlah....makanan dekat Malaysia ni sedap belaka.


antara dinner Fath yang sedap.nyam3

Mesti korang ingat Fath ni asyik makan makanan yang rupanya macam mahal je kan....actually...tak mahal la...janji sedap ....sometimes kita kena anugerah kan dekat badan kita , makan yang sedap-sedap, nanti teringin pula....sampai bawa mimpi nanti, dapat rasa sekali pun tak pe...janji halal kan....paling sedap masakan melayu la..lagi-lagi ikan keli salai...gila sedap!my fav!!ayah masak masakan kampung memang sedap.

Apa yang yang Fath boleh kongsi Fath cerita di sini...tapi hampir semua cerita Fath ceritakan..hihi...


Nyempel namanya...

Termasuk lah makhluk yang paling manja ni, KUCING. rumah kami sekeluarga seperti rumah insan buat kucing-kucing diluar sana, haha! Kami terima dengan baik , bila ada kucing datang bertandang minta makan ataupun nak menetap terus. Termasuk lah kucing dekat atas ni, Si Nyempel ni teramat manja dan suka menyempel dengan kami semua, tapi kalau dia buat hal, memang kena nyah la...huhu..itu rules di rumah kami, so..behave and nice ya...


oh ye....kakak balik hari ni, kami spent time together di rumah, seronok..tengok cerita 'jangan tegur lagi' ...aaaaaaaaa!!!!lariiiiiiiiii!!!!!cepatttttttttt!!!!!riuh gila satu rumah , menjerit nampak hantu dlam TV.hihi....maklumlah, Fath jarang dapat tengok TV.


p/s:layan cerita fashion pula nak tak.....????baca post berikutnya ok.

Thursday, January 28, 2010

F**k you by Lily Allen



p/s:jangan marah ye ...saja je letak....tajuk dasyat tapi melody lagu sooooooo cute....hahha!!!

Wednesday, January 27, 2010

Lunch time!!

27/01/2010(Wednesday)-kejapnya sudah hari rabu kan?, kerja la apa lagi...dalam pukul 11.30 pagi tadi Fath dapat panggilan dari member kesayangan Fath ni..Pac!,ajak lunch! yeay!!lama dah tak jumpa kawan lama Fath ni, laki orang dan bakal jadi bapa dalam masa lagi berapa minggu ni ,dapat baby nanti Fath datang ziarah ye...jaga kakak Nana bebaik tau, Pac! .dia ni memang paling paham Fath,kalau ada masalah ke apa ke, mesti minta pandangan dia . Fath anggap dia macam abang sendiri, ye la ..Fath mana ada abang.kami kenal semasa Fath menuntut di kolej lagi...


tengah hari yang panas dan silau , sun glass pula dalam kereta Fath , so pinjam la sun glass wife Pac,pinjam sebentar ya...huhu

our dessert, waffle!!!

maka n di A&W, PJ.Yummy!!for all these lemak!Fath ikut je apa yang member nak makan,kena pula member yang suka dan kuat makan.Fath balun coney dog,curly fries and orange juice.tapi petang nanti kena workout bersungguh2 la...hahah!!buang balik lemak2 tadi.


sejam je luangkan masa bersama, sambung kerja dalam keadaan kenyang melampau. kerja..kerja....

p/s: seronok rasanya bila dapat berjumpa kawan lama yang paling rapat ni, walaupun sekejap.excited tunggu baby Pac ni...mesti comel!...counting......huhu....

Tuesday, January 26, 2010

Mereka Masih Sayang

Mari bercerita..Fath terbaca satu pertikan dalam pancaindera ,ahad lepas. pasal 3 artis ni , topic cinta mereka yang dah lepas tu...Fath tak minat pun nak ambil tahu , tapi bila Ustazah Bahyah memberi pandangan nya mengenai isu ini, Dengan ringan tangannya, Fath taip balik untuk kita renungkan bersama....Mungkin korang pernah alami atau pernah dengar seakan serupa cerita ni....dengar seperti remeh dan kecil je masalah nya...tapi bila dah jadi besar masalahnya...apa cer??

'........penceramah bebas, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood menggangap apa yang membuat si polan 1 ni dan si polan 2 memberi kenyataan mengenai keburukkan si polan 3 kerana perasaan kecewa selepas hati mereka disakiti..'

'Malah dia menganggap perkara itu wujud sebab kedua-dua wanita tersebut mempunyai perasaan sayang yang teramat sangat terhadap lelaki itu. Malang la apabila sesuatu hajat tidak terlaksana seperti yang diharapkan ,maka akan terlihatlah segala perkara yang negatif selama ini cuba untuk diselindungi.'

'ini lebih kepada konflik hati sebab hati kita sukar untuk diksifkan bila kita terlalu sayag kepada seseorang. Apabila kasih sayang itu tidak dapat kita perolehi, kita masing2 akan menceritakan perkara yang tak baik sahaja'

'ustazah Bahyah bagaimana meminta ketiga-tiga artis itu supaya membersihkan hati masing-masing dengan membuka ruangan kemaafan .Jalan yang terbaik katanya ialah dengan berdamai.Hanya melalui ruang perdamaian , mereka berpeluang untuk memikirkan hikmah terselindung mengapa hubungan itu tidak menjadi'

'Allah s.w.t lebih tahu. sebab itulah perhubungan itu tidak menjadi kerana Dia nak bagi sesuatu yang istimewa kepada 3 insan ni' katanya.Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud, tidak sempurna iman seseorang sehingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya Justeru didalam perhubungan dan pergaulan seharian katanya ada adab2 tertentu termasuklah tidak boleh mendedahkan keburukan dan maruah orang lain dengan sewenang-wenangnya'

'Dengan memaafkan orang lain ,hati kita akan menjadi lebih tenang dan mudah untuk menyesuaikan kehidupan di dunia ni'.lebih baik kita memandang kebaikan orang lain bukannya keburukan dan kelemahan orang tersebut' katanya.

'menurut beliau lagi, jika seseorang yang ingin rezeki mereka melimpah ruah dan panjang umurnya, hendaklah sentiasa menghubungkan silaturahim, jangan ada sifat dendam dan buruk sangka.'

Apa yang korang dapat dari cerita ni?apa yang terjadi sebenarnya memang tak tahu lah, tapi secara kasarnya perkara sebegini selalu terjadi dalam perhubungan, semua kerana ikut rasa hati.apa pun segalanya boleh dikawal, atas kita sebenarnya. Ada otak boleh fikirkan...belajar dari kesilapan dan pengalaman kita atau pun orang lain dan jadikan ia sebagai pedoman.

p/s:Fath suka berbincang topik hati dan perasaan ni,kerana ia adalah motivasi .perkara sebegini tak ramai yang sedar ia terjadi berulang kali dalam hidup kita.kenapa bagi ia terjadi berkali-kali?carilah jalan untuk mengubah kepada yang lebih baik.Belajarlah motivasi diri sendiri.Tak rugi pun, percayalah.salam bahagia buat semua.

Hari kereta sedunia...

sementara Tunggu Deng cari aksesori ,Fath main snap gambar sendiri..huhu

25/01/2010(Monday)- Offday!!orang lain start kerja, yang Fath pula baru nak cuti, last week Fath tak cuti langsung tau. Sebab simpan cuti demi kereta kecil Fath tu la...ataupun dengan nama manjanya...CINTA.Nak buat service kereta je, tukar minyak hitam dan pelbagai tu la...untuk service 20,000 km. kiranya dah nak masuk setahun la Fath dah gunakan si CINTA ni.hihi...Alhamdulillah CINTA tidak pernah rosak.Siapa je yang selalu pandu dia selain Fath, ayah dan Deng je kot...itupun dalam area Klang Valley je.Yang pasti pergi balik kerja la.

Mana kereta Fath??belum diservice lagi..masih menunggu turn.Baget diorang buat lama, so..Fath balik la dengan ayah.

Apa yang ditampal pada kereta Deng tu..

Lebih kurang pukul 1pm, kereta Fath dah siap, lepak jap dekat rumah then pukul 3 pm terus bersiap ke rumah Deng, dating la, apa lagi. Hari ni kami habis kan masa demi kereta semata.haha!!sebab tu lah Fath tulis tajuk "Hari Kereta Sedunia"...harap jangan ada yang salah ertikan...suka-suka je..

Tadi kereta Fath dihantar service kan, kereta Deng pula di bawa ke kedai aksesori kereta. Pelbagai la boleh dibuat untuk kereta ni, kegemaran lelaki kebanyakkannya, Fath tak ada la excited bab ni, untuk tengok suka la.

Selepas makan dan Sebelum tengok wayang kami ziarah dulu di Pets Wonderland ni...meow yang tersangat la comel!!Fath memang tak boleh hidup tanpa kucing....sounds funny, but it's true sih...




Apa yang kami rancang kan semalam nak tengok wayang...cerita..Tooth Fairy..mula-mula Fath excited la...ingat cerita tu macam The Rock sebelum ni, tapi bosan la...ada la part kelakar , 2 3 scence je...kalau korang nak layan , pun boleh...Fath bagi 2 bintang je..kwang... kwang...kwang.... Apa yang pasti , Fath dan Deng tunggu cerita Alice and the wonderland!!

p/s:Inilah kepoyoan ku..menulis journal yang entah apa, saja suka nak bercerita....yang suka baca, boleh teruskan membaca..pada yang tak....baca cerita lain la..'topic' ke...'modelling in me' ke..hihi..baiklah...Fath nak sambung kerja...daaa...

Sunday, January 24, 2010

Casting F&N TVC


24/01/2010(Sunday)-Selamat hari ahad semua!!, confirm ada yang bangun lewat ni..Fath hari -hari bangun lebih kurang sama je waktunya, tak pukul 8 a.m, pasti 10 a.m....bergantung pada shift kerja dan aktiviti harian Fath.Tapi selalunya ada je yang Fath buat. Hidup busy lagi best dari hidup yang bosan.Hargailah masa.Bila suatu hari nanti tak cukup masa mula la nak menyesal tak tentu pasal.ada setuju?

hari ni nak cerita pasal aktiviti fav Fath, casting, sama lah dengan uji bakat, cuma untuk bidang modelling(commercial) ni lebih agak bebas, barbanding uji bakat reality tv atau sebagainya.Fath lebih senang datang seorang diri ataupun datang dengan kawan yang sekepala, sebab ia sedikit sebanyak memberi peranan pada mood Fath masa casting nanti.

Senang cerita tu antara petua Fath nak pergi casting. Selain semasa memandu , layan lagu-lagu rancak.ops!!bocor rahsia mak!!haha!!kita kongsi cerita kan....hihi

Buat pertama kalinya Fath datang casting bersama-sama dengan Izzat.Siapa Izzat ni?dia antara kenalan cyber Fath, dari myspace mulanya.Lepas tu di Facebook pula...sekarang kami contact lebih dalam blackberry Messenger(BBM). gitu kan...dia ni lagi muda dari Deng. 20 tahun baru...adik la kau kan....hahaha!!kami memang sekepala la kan...

Dari rumah terus ke rumah dia pula , kami gerak sama-sama sebab kebetulan kami dapat casting yang sama cuma watak dan scence je yang berlainan. Memang best la kan. sama-sama cari broadcasting house kat mana entah..haha!!akhirnya jumpa...tak jauh pun...bunyi macam jauh je kan....


Sambil-sambil tengah isi borang tu, Fath snap gambar ni, staff2 sedang bekerja..huhu..tak pe kan. saja nak buat kenangan.hihi

Apasal Fath snap gambar sorang2 ni??saja je nak tunjuk keadaan dalam broadcasting house ni...besar , luas, dan selesa.Tapi sayang , tak dapat ambil gambar Fath semasa tengah gedik-gedik depan camera..nama pun watak isteri gedik.haha!, sebab casting dalam bilik la....boleh la...janji cuba, ok.tapi sempat Fath snap gambar Izzat semasa tengah casting...

antara aksi dan scence untuk talent lelaki kena buat.

Sebelum berangkat pulang, Izzat kena la snap gambar Fath dulu...jadi la...haha!Kami pergi minum sama2 ,hantar dia pulang dan Fath terus ke kantor, kerja la beb...janji esok Fath cuti..haha!!kereta perlu di service la...hihi,

p/s: korang nantikan cerita esok pula tau. cause memang ada cerita nak cerita..poyo la Fath ni..layan....

Pertandingan akhir irama malaysia


23/01/2010( Saturday)-Fath menyanyi ke? gila ke apa??hahaha!! Fath datang sebagai penonton.Sebelum tu hari ni Fath kerja seperti biasa. Balik kerja baget nak pergi gym, tapi cancel last minute, ye ye je Fath letak status dekat twitter ,semangat kononnya.haha!! akhirnya terus ke Puchong , jemput Ani!, siapa Ani? pernah ke Fath cerita pasal dia??

kalau korang nak tahu, Ani ni kawan paling rapat masa belajar di kolej dulu. Kami kawan sejak semester 1 lagi, tapi sebilik masa sem 3 samapai la sem 6, kira 2 tahun la kami tidur sama bilik, gamelan sama-sama, dating sama-sama.haha!!banyak kenangan bersama. Ani antara kawan yang paling rapat, kami mula berjauhan sejak tamat belajar tapi still contact sampai sekarang,.

Baget akan jumpa ahad depan, wedding Shila, sorang lagi kawan dekat kolej. rakan segamelan la....bawah ni Fath selitkan gambar masa kami aktif bergamelan..huhu

Kelab Gamelan Emas IKN


Ani dan Fath

Sambung balik cerita tadi..bersiap sebentar di rumah Ani lepas tu terus pecut ke Angkasapuri , tepat jam 8.30 pm kami tiba dikerusi kami, haha!!di kerusi jemputan yang masih kosong ngam2 la untuk kami.layan juga para finalis nyanyi...best diorang ada bakat menyanyi, Fath nyanyi memang hancur la..layak dekat toilet atau dalam kereta je...dan bilik sekali...haha!!Pemenang dimenangi oleh peserta India, ke-2 peserta China dan ke-3 peserta melayu.Macam rancang la pula.hihi..

artis jemputan....


ini pula kawan baru...haha!tak lah, uncle mana pun tak kenal tapi dia suka buat Fath ketawa sorang2, haha!!kelakar juga uncle ni.


banyaknya makanan...tapi Fath makan sate dan kuih muih je....tak lapar.jamah pun jadilah..nyam2...alhamdulillah.


pose dulu sebelum balik....

Apa pun, memang seronok la..dapat meluangkan masa bersama Ani, kami memang banyak cerita dan akan sambung lagi ahad depan..hihi...

p/s: jangan lupa baca post lepas ni...aktiviti hal modelling pula..