Friday, October 31, 2008

Penutup untuk october n pembuka bg november...


falling in love hari2...padahal dah nak masuk 2 bulan,gosh!!1st time dalam hidup rasa macam ni, ada nya 'dia', following word dr blog 'org 2'.., sebenarnya selain luah kt blog fath ada buat dalam journal book..personal things memang tiada dalam blog ni...sorry ya...huhu...nak tulis lagi,tapi sudah mengantok bangat sih....murnite.mahalo.

Monday, October 27, 2008

Dini Dining Chair


Dini Dining Chair


Cantik tak kerusi untuk meja makan ni...Fath beli dah..jangan jealous..huhu...harga asal rm790 each. Company Fath uat clearance so price jatuh sampai rm 175 each oleh kerana Fath staff dapat la harga rm65 satu..haha!!!tak fikir banyak beli 4 pcs. Paling penting cost price rm480 satu tau...hihi... special pasal kerusi ni ia diperbuat daripada loom iaitu sejenis strong paper. dan dibikin dengan buatan tangan tau...

my namecard (model)


'Namecard'


Dapatkan segera!!!hahaaaa....Asalnya nak suruh Pendek 'design' kan..tapi ini hasil nya bila 'officemate' dia yang buatkan..terkanun jer...dah la hasilnya macam pakai 'printer' sendiri pula,minah tu dah 'print'kan ambik je la...

Sunday, October 26, 2008

Majlis Pertunangan Liya & Asri-26/10/2008

Liya & Fathiyah

'Congratulation'!!! buat Liya dan Asri yang selamat diikat pertalian pertunangan, betul ke ayat tu..haha!!!abaikan...comel dan berseri air muka Liya...ayu jer...Fath tumpang gembira atas ikatan suci kamu berdua..alhamdulillah...

Tiba tepat pada pukul 12.30 pm ditemani ayah dan Nisah(adik) terus bertemu dengan Haziq dan keluarganya yang sudah bersedia untuk berangkat pulang. Nasib jumpa juga Haziq dan Ashraff...esok tak sempat jumpa mamat 'jambu' tu dia dah nak terbang ke Brunei.


Dulu dan sekarang masih berangan dan impikan semua ini tapi seru belum sampai untuk tahap ini lagi...banyak lagi yang fath harus belajar dalam hidup yang indah ini...Pengalaman dan pengajaran mengajar segalanya, maka Fath akan jadikan hidup ini lebih bermakna dan berharga bersama orang-orang yang tersayang...Hidup berkualiti,bahagia dengan penuh kasih sayang dengan'nya' adalah harapan dan impian Fath selamanya,amin.. Semua adalah dalam lingkungan ketentuan Ilahi.



Saturday, October 25, 2008

Uhuhu....Cheese Cake!!-22/10/2008


Kami suka 'Food'!!!!, nak menikmati cheese cake adalah 'desert' kami setelah jalan2 di Pavilion. Pada hari tersebut adalah hari terakhir Fath menunai kan puasa 6 dan kira skali la puasa ganti. Alhamdulilllah berjaya Fath menghabiskannya.



Terima kasih Haziq dan Ashraff teman fath berbuka. Korang memang besh!!Lagi2 Haziq.haha!!Hampir lupa nak ucapkan 'welcome to Malaysia again',Ashraff...Ashraff Rannil nama dia...setinggi 5' 2 inch jew..berwajah jambu puteh haha!!!!adalah selebriti dari Brunei yang merupakan pengacara rancangan realiti P2F,dj radio (Pelangi F.M), pelakon,penyanyi, model fesyen rambut...pergh!!dia ni....kalah guwei...pertama kali bertemu dia adalah seorang yang 'happy good lucky', 'friendly','sweet' & 'baby face'...baik...hehe...'nice to know you by the way',pasti aku rindu ketemu kamu lagi nanti selepas kamu pulang semula ke Brunei..tidak mengapa nanti Fath dan Haziq akan rancang baik2 untuk kita semua bercuti di pulau pula okay...

Thursday, October 23, 2008

Rumah terbuka Fizie...-21/10/2008

Fathiyah, Haziq, Ashraff & Asry

Apa yang perlu diceritakan disini kami merancang pakai warna sama...'sweet' kan...ada cerita sebelum masuk rumah Fizie ni..Fath memakai 'high heel shoe' gila hampir tersungkur apabila terpijak lopak yang dipenuhi air.....nasib si Ashraff ada dekat sebelah dapat la capai tangan dia.haha!!ketawa besar...Fath memang tak tahu malu pun...haha!!Masa balik pulak Fath sanggup buka kasut dah la hujan renyai2 atau dalam bahasa Brunei barai-barai..apa lagi berkaki ayam la Fath..muka Haziq terus berubah..'sorry' ye Haziq Fath tak nak kita jatuh sama2 dari tangga.

Sekali lagi terjumpa kawan lama di rumah Fizie ini..'senior high school' dulu yang sudah lama tak dengar khabar berita, rupanya dia sudah jadi pengurus Fida(Bintang Pencarian Gadis pentene)..

Terima Kasih Fizie dan sekeluarga jemput kami untuk datang bertandang dan menikmati juadah yang sedap2 belaka....semoga di murah rezeki buat kamu sekeluarga...

Haziq & Fathiyah



Ashraff Rannil & Fathiyah


Rumah terbuka Haziq-17/10/2008


Sekali lagi gambar ini di ambil oleh Kecik, terima kasih yaa...Selesai kerja terus pergi kerumah Haziq tolong la apa yang patut..Biasakan diri dengan keadaan sekeliling+kenalan baru
+layan tetamu yang hadir = itu adalah semestinya...

Yang bagus nya rumah terbuka ini Fath dapat mengenali ahli keluarga,rakan dan saudara mara tuan rumah. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Macam Fath pula tuan rumah..hehe...punya lah tunggu sampai pukul 10.30 mlm baharu keluarga Fath sampai didewan.

Apa yang tak diduga terjumpa kawan a.k.a 'admire',firdaus di situ. Panjang la cerita nak diceritakan disini dipendekkan kami bercerita panjang pada majlis tersebut.haha!!!!


Antara yang hadir..Rosma, tak sempat la nak bergambar dengan yang lain..sibuk berborak...apa pun terima kasih di ucapkan pada Haziq dan sekeluarga sudi menjemput kami untuk datang bertandang..

Bercuti di Puncak Genting!!!-15/10/2008


Holiday!!!akhirnya dapat juga pergi bercuti dengan mereka ini..Haziq,Liya dan Asri...rancangan menjadi, mana tak nya di saat akhir Liya ada kerja tapi nasib menyebelahi..terima kasih banyak2 ye Liya dan Asri. Terutamanya Haziq :-). Sayang korang!!

Tepat pukul 9.00 pg sampai di rumah Liya dekat Bangi tak jauh dari rumah Fath pun..Setelah selesai Liya bersiap kami bertolak terus ke kg.Pandan terlebih dahulu untuk Liya ambil skrip(untuk drama akan datang) kemudian baharu lah gerak ke rumah Asri di Setapak Jaya. Disana kami berkumpul lalu kami bergerak dengan 1 kereta sahaja ke kedai makan mak Asri untuk menikmati sarapan pagi+makan tengah hari. Sedap nasi ayam nya...selapas kenyang tahap cipan terus menuju ke Genting.

Setiba disana kami berhenti untuk menunggu 'photographer' kami,Kecik. Kecik datang dengan awek dia dan kawan. Kalau dia 'inform' awal-awal boleh beli tiket lebih..tiket apa?sila baca cerita Genting ni sampai habis. huhu....

Kemudain Kami berjalan sekumpulan seramai 7 orang kesemuanya. Tanpa rasa kekok seramai itu pun, timbul rasa senang berkerjasama dengan juru kamera dan rakan2 Kecik membuatkan percutian ini lebih bermakna dari apa yang Fath jangka kan. Good Job Kecik!!!.


Tidak lengkap jikalau kami tak menikmati permainan di Theme Park outdoor. Tapi agak malang sikit 8 permainan tak dapat digunakan atas alasan di 'service' .Balun apa yang ada je la....masih tetap seronok walaupun pada awalnya Fath dan Liya tak berapa sihat dari rumah lagi di serang pening kepala yang teramat. Kawal selagi boleh bagi menikmati percutian terindah ini....



Antara gambar terbaik Kecik rakam kan...terbaik2....antara aktiviti yang lain,erm...berehat selama 2 jam di awana hotel dan makan malam terus disana. Kemudian Fath dan Haziq membuat kejutan untuk Liya dan Asri dengan menyaksikan pertunjukkan 'magic & musical(DREAMZ)'. Walhal kejutan tak menjadi .hahaaaaa....sebab Fath terlepas cakap semasa mama talifon menanyakan khabar kami.adeh...huhu...kejutan tersebut sebagai hadiah untuk pertunangan Asri dan Liya 26/10/2008 nanti.

Kami bergerak pulang hampir pukul 11 lebih...itu sahaja..haha!!terima kasih semua...



Thursday, October 2, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!2008


Selamat hari raya pada semua umat islam di serata dan dari semua pelusuk dunia...Hari yang dinantikan setalah sebulan berpuasa.

Seperti biasa Fath dan keluarga menyambut dan meraikan Aidilfitri setiap tahun di Kampung ayah di Kuala Pilah ,Negeri Sembilan. Oleh kerana arwah atuk dan nenek sebelah mama tak ada lagi maka tiada la perebutan pun bila menjelma hari raya.

Tetapi raya minggu ke-2 kami akan beraya di Banting iaitu rumah sedara mara mama. Tahun ni raya Fath agak singkat memandangkan Fath ada meeting dan training yang jatuh pada raya ke-3.

Ini la satu-satu nya nenek yang Fath ada sekarang ni.... orang nogeri panggil 'wan'.