Monday, April 27, 2009

Jangan Lupa Lirik!!!


Canon DSLR 90sec Malay Infomercial Jingle

JO Pertama !

JO Gaya menawan…….

ZUL/LINA DIGIC

JO Pasti tertawan……..

ZUL/LINA DIGIC

JO/ZUL/LINA Segalanya kini jadi kenyataan…….

ZUL/LINA DIGIC

ZUL/LINA Cepat mudah sepantas kilat… DIGIC

JO Macam enjin turbo kereta………

ZUL/LINA DIGIC

JO Kuasanya di tangan processor………..

ZUL/LINA DIGIC

JO Clik

JO/ LINA sana

ZUL wow, cantiknya……

JO Clik

JO/ZUL sini… …

LINA wow, jelasnya!

JO/ZUL imej pasti berkualiti

JO Kedua !

JO Pelbagai lenses dan bermacam efx

JO Tiada masalah anda pasti relaks

ZUL/LINA Dekat untuk anda…

ZUL/LINA Jauh untuk semua…

ZUL/LINA Kabur dan jelas segalanya ada!

JO Zoom

JO/LINA sana…….

ZUL (zoom sana)

JO Zoom

JO/ZUL sini… ….

LINA (zoom sini)

JO/ZUL/LINA 3….2…..1……… sedia !

ROS Dan Ketiga !

ROS Gaya hebat pasti memikat

ROS video Full HD kreatif

ROS dan sempurna untuk selamanya……


*mesti di hafal sebelum shooting!!.

ROS a.k.a Siti Fathiyah

Sunday, April 26, 2009

Sesuatu


SITI FATHIYAH
(gambar ditangkap setelah selesai photoshoot)

Pohon maaf kepada pembaca blog Fath,dimaklumkan disini ada aktiviti sejak 17/04/2009(jumaat) iaitu Fath telah pergi 'casting' di DMO Production,dimana mereka telah menalifon Fath pagi hari tersebut .dengan tanpa membuang masa tengah hari tersebut juga Fath datang casting untuk CANON Tvc.Datang pula seorang diri dengan semangat yang diberi oleh Enya.Thanks.Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Pada 22/04/2009(rabu) Fath ada photoshoot untuk baju pengantin.Fida(pemilik butik) menalifon Fath malam 21/04/2009 (selasa) dengan urgent dia memerlukan model untuk meragakan koleksi baju pengantin butik beliau untuk promosi di media cetak.Fath bersetuju setelah dimaklumkan oleh beliau bahawa Kak Sulya yang memperkenalkan Fath.Thanks kak.Photoshoot yang dijalankan di Studio iaitu di taman TTDI Jaya,seksyen 13,Shah Alam.Terus terang Fath memang kurang tahu selok belok jalan Shah Alam.Oleh itu seawal 7 pagi Fath gerak dari rumah ke Puchong iaitu berhampiran rumah Fida dan butik.Ikut dari situ sampai ke destinasi.Photoshoot bermula jam 11 pagi setelah di make-up kan.Selesai photoshoot terus ke Bangsar,kerja pula.


Pada 24/04/2009(jumaat) kira-kira jam 11pagi Fath menerima panggilan dari DMO Production.Bahawasanya Fath telah dipilih antara model yang akan menjayakan iklan canon nanti.Gembira tidak terhingga kerana rindu nak 'acting' lagi menerusi tvc, setelah Garnier Tvc-Astro 2007-2008 adalah tvc pertama Fath dan dari situ timbul lah minat Fath dalam modelling hingga kini dan sampai mati.

Oleh itu nantikan post gambar-gambar photoshoot baju pengantin setelah siap,dan juga gambar-gambar semasa shooting canon tvc pada 30/04/2009(khamis) nanti....

Thursday, April 23, 2009

Muslimah's magz on april issue,2009

Cover story

Siti Fathiyah

Inilah antara hasil photoshoot hari tu..ada lagi sebenarnya cuma nanti kan keluaran untuk bulan depan pula..Fath sekarang sudah jadi model tetap kak ton (Zaiton Alias),ada Kak Shafnie ada la Fath sebagai model juga bagi peragakan koleksi baju-baju dari butik Zaiton Alias.

petikan daripada majalah.

yang ini pula intro je...dimana untuk dapatkan majalah ini?agak limited juga..cari lah dikedai-kedai majalah ok.Fath dapat majalah ni pun Kak Ton yang bagi.Nanti post yang berikut ok.

Wednesday, April 22, 2009

Reunion!!!-Institut Kraf Negara

Aswad,Khai,mai,fath,ekin,lydea dan Ida

18/04/2009
(saturday)- Hari yang dirancang sudah tiba...pertemuan ini bertemakan 'black and white',1 1/2 tahun kami tidak ketemu semenjak konvokesyen kami november 2007.Masing-masing mencari arah tuju hidup.Alhamdulillah kami menjadi insan berguna.Dikalangan kami hanya Ekin seorang yang meneruskan perjuangan dalam meneruskan pelajaran diperingkat ijazah.Itu lah yang seeloknya...khai dan ida masih bekerja di Institut Kraf Negara,Korang tak bosan ke terperuk dekat situ..ish..ish..

Yang lain lari bidang,Fath lagi la..haha!!sepatutnya Eieen ada sekali tetapi dia mempunyai alasan tersendiri atas ketidak hadiran beliau.Alasan tersebut diterima.




Sebenarnya Fath yang mencadangkan untuk menonton wayang sebagai salah satu aktiviti bersama.Tapi Fath yang Datang lambat..atas sebab temani keluarga membeli-belah.Akhirnya Fath dapat tengok suku akhir dari cerita 'He's not just that into you'.hihi...


Makan pula sambil borak-borak...seronok sangat dapat berkumpul teringat dimasa belajar dulu..makan pun main-main suap pakai tangan tau..kalau nak diceritakan disini ,panjang lebar la cerita nya...Apa yang ketara adalah Fath yang berubah dari segi fashion..Mereka memahami Fath seadanya.Thanks Guys!!sayang sangat kamu semua!!!Semoga kita dapat ketemu lagi.insyaAllah.

Tuesday, April 14, 2009

let's quit!!!

Everything getting mess..especially our schedule..damn tired to go straight hard working.i'm just fine for a while around middle and end of this month..maybe not at all for next and next month..gosh!!sick off.un-focus by the way..how did i'm get here?how can i decide this thing,sounds like it's complicated to discribe it more and more.

almost 10 month with this job,sometimes it's fun with my-showroom-mate.sometimes it's giving nothing.the point is there was some reason for this 1st job after graduate.Just for my experience.Begin with the 1st conclusion to another their still didn't get it..that's conclusively.

yesterday .got a dejected news and probably have something did i can't tell here..simple...i want a new job for exit of disaster business....hahaaa!!make this life more nice than before.

Saturday, April 11, 2009

Ini Bukan terakhir bersamanya.....

Shirley and fathiyah

10/04/2009 bukan lah hari terakhir jumpa dengan nya..Kami jalan-jaln di Bintang Walk sekitar jam 1 pagi.Shirley yang Fath maksudkan.Tamat sudah sesi pelajarannya di UNITEN selama 5 tahun. penantian itu bagi jurusan enginering.Tapi perkenalan kami tidak selama itu walaupun lebih kurang setahun mengenali dirinya sudah cukup menggambarkan keakraban kami..Actually Shirley ni kawan cousin Fath ,Enya.Kawan dia jadi kawan Fath secara tidak langsung.Kami pernah buat kerja gila pergi ulang alik ke Genting Highland bersama-sama Enya dan Wan.Haahaaa...kalau diingatkan kembali kisah-kisah itu..

sebenarnya ada hadiah yang Fath nak berikan padanya sebagai tanda ingatan tapi entah kenapa boleh terlupa akan hadiah tersebut padahal ia hanya berada dalma beg sahaja. mungkin kerana berborak punya pasal.Perkara ini sudah pun Fath maklumkan pada Shirley.maaf ye..Fath betul-betul terlupa.Nanti Fath akan poskan terus ke Sabah.


Kalau tidak buat kerja gila bukan waras la tu..Fath bengang milk shake yang Fath minum ni tidak sedap langsung!manis sangat!dan tidak menggunakan ramuan yang betul.Maka ini lah yang mereka dapat..bersepah satu meja makan dengan tisu-tisu.hahaa....

Sebelum balik posing dulu walaupun masing-masing penat dan mengantok...Lepak kejap pun jadi la..harap kita akan ketemu lagi lepas ini ..semoga dipanjang kan umur.amin.

Friday, April 10, 2009

crazy things again



Gambar ini di ambil bulan lepas...baru dapat tu yang upload hari ini.Sebenarnya alasan yang munasabah untuk gambar-gambar ini adalah kenangan.Marelyn akan berhenti kerja dan pergi ke negara tunang nya ...dan akan kembali ke tanah air 3 bulan kemudian dan akan berkahwin disini dan akan tinggal di nun jauh dari Malaysia.

with my fav daybed.

mel and me

gonna miss u



gambar ini diambil di showroom dimana Fath dan Andrew bekerja.

Tuesday, April 7, 2009

Khasiat buah dan sayur,Yummy!!



Sedapnya buah dan sayur!!Mungkin ada diluar san tidak menyukainya kerana rasanya ada yang kurang enak tetapi hakikatnya tinggi khasiatnya.Bermacam cara untuk jadikan ia sedap melalui hidangan yang betul.

Tadi Fath makan buah jambu batu sambil terbaca petikan mengenai khasiat makanan.Terus timbul rasa nak kongsi cerita ni dengan pembaca blog Fath ni.Apa yang Fath tahu pengambilan pil makanan tambahan masih dalam pertimbangan banyak pihak kerana ada yang berpendapat ia perlu, terutama dengan gaya pemakanan terlalu mewah dan kurang sihat seperti diamalkan kebanyakan orang, sama ada di bandar atau luar bandar.


Namun, secara dasarnya semua pakar sependapat, kita tidak perlukan pil makanan tambahan jika mengamalkan gaya pemakanan seimbang dengan mendapat cukup air dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan serta sayur-sayuran setiap hari.

Semuanya terpulang pada pertimbangan dan penilaian diri sendiri. Kita bertuah tinggal di negara yang makmur dan kaya dengan kepelbagaian makanan. Kita ada peluang memilih sama ada mahu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan seimbang atau sebaliknya.

Walaupun pakar kesihatan menyarankan kita mengambil lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan pengambilan sumber serat ini ditingkatkan kepada lima hingga sembilan hidangan sehari sebagai perlindungan daripada penyakit.

Bagaimanapun, kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati rakyat negara kita hanya mengambil tiga hingga lima h
idangan; kalau makan pun, biasanya tidak tetap (bukan pada setiap waktu makan) atau diambil berselang hari.

Pun begitu, bukan rakyat negara membangun saja yang menghadapi masalah kurang makan sayur kerana kajian menunjukkan rakyat negara maju yang kononnya lebih berpendidikan dan terdedah kepada banyak maklumat kesihatan seperti Amerika Syarikat juga kurang gemar makan sayur.

Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah ‘ramuan’ utama untuk awet muda. Lebih berwarna warni sayur-sayuran kita, lebih baik. Ia sumber terbaik yang mengandungi banyak antioksidan, iaitu bahan penting bagi melawan kesan radikal bebas yang dikenal pasti boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan penyakit.

Dua kajian berbeza yang dijalankan di Sepanyol dan Uruguay mendapati, memakan buah-buahan dan sayur-sayuran beraneka warna, khususnya hijau, kuning dan merah, boleh membantu mengelakkan kanser mulut.

Ini kerana buah-buahan dan sayur-sayuran beraneka warna mengandungi banyak antioksidan untuk menstabilkan tindakan radikal bebas dan menghalang pembentukan sel tidak normal yang boleh berubah menjadi sel kanser, terutama di kalangan perokok.


Selain itu, sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sumber serat paling baik untuk membersihkan usus kita. Menurut Pensyarah Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Rokiah Mohd Yusof, badan kita perlu melakukan ‘pembersihan’ setiap hari melalui pembuangan air besar.


Proses ini hanya berjalan lancar jika kita mendapat air dan serat harian secukupnya. Ini sebabnya pada hari tertentu (apabila kita kurang minum air atau makan sayur dan buah) kita sukar buang air besar. Akibatnya, kita mula terasa kurang selesa kerana bahan sisa yang sepatutnya dibuang masih ada dalam badan.

Amalan pemakanan sihat yang melebihkan sumber serat, kurang lemak dan banyak air saling bekerjasama untuk membersihkan usus dengan lebih baik. Bahkan berpuasa sepanjang Ramadan membantu mempercepatkan proses itu kerana kurang makanan perlu diproses setiap hari.

Katanya, usus yang bersih daripada lapisan lemak boleh menyerap nutrien makanan dengan lebih baik. Ketika berpuasa, kita berpeluang membersihkan badan (terutama saluran usus) daripada bahan kumuh yang boleh menjadi tempat pembiakan bakteria dan menyebabkan keradangan usus.

Caranya juga sangat mudah iaitu berbuka dengan sebiji dua kurma, banyak minum air pada waktu malam, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta kurangkan makanan berlemak, mengandungi banyak garam dan gula.

Makanan berlemak dan terlalu manis bukan saja tidak baik untuk kesihatan, tetapi menyebabkan kita cepat letih keesokan harinya.

Memang pil makanan tambahan boleh menampung kekurangan vitamin dan mineral, tetapi ia tidak boleh dijadikan pengganti sajian. Maknanya, jangan kerana kita mengambil pil vitamin tertentu, kita boleh menolak sayur dan buah daripada senarai makanan harian.



Tidak kira apa bentuk sajian sayur (sama ada dimakan mentah sebagai ulam, dimasak atau dijadikan jus) semuanya memberi manfaat kepada kita. Malah, kajian di Eropah menunjukkan badan lebih mudah mencerna dan menyerap nutrien daripada sayur yang dimasak.

Kajian itu mendapati proses memasak boleh meningkatkan prestasi sayur seperti lobak merah, brokoli dan bayam untuk menjaga kesihatan. Kandungan karotenoid dalam lobak merah didapati meningkat lima kali ganda berbanding yang dimakan mentah dan memudahkan ia diserap badan.Tapi Fath tidak makan timun,petai,dan jering...yang lain Fath bedal je.


Namun, yang lebih penting ialah keseronokan ketika menikmati makanan. Mengambil makanan seimbang secara tidak langsung memberi pengaruh positif kepada psikologi seseorang. Melaluinya, kita terdorong untuk mempelajari lebih banyak mengenai pemakanan, khasiat dan kesannya terhadap kesihatan.

Kelebihan ini tidak dapat ditandingi pil makanan tambahan. Lagi pun, apa ertinya hidup jika sentiasa bergantung kepada pil, sedangkan kita dikelilingi pelbagai kurniaan Allah yang perlu dinikmati dan disyukuri. Jadikan Ramadan ini sebagai titik mula ke arah kehidupan lebih baik dan sihat.

Mari kita sama-sama makan makanan yang sihat untuk jadi sihat dan lagi sihat..

Saturday, April 4, 2009

Photoshoot with Perempuan's Magazine-02/04/2009


''From MRR2 ,exit at Ampang Jaya.International School on left ,Petronas and McD on right.Go straight,Turn right before Clinic Suria.Go straight.Pass a Minangkabau's house on right.At t-junction, turn left.House nmbre 153 on the right is the studio''.

Itu la Map yang Fath dapat melalui sms sebab kurang faham dengan hanya alamat yang diberi.Senang bagi Fath untuk mencari studio yang dimaksudkan kerana ia berada dalam satu taman rumah sepupu Fath, dan juga senang bagi Enya dan kawan-kawan datang bertandang sekali selepas ketibaan Fath.

Fath mula bangkit jam 7.30am bersiap seperti biasa selama sejam dan bertolak jam 9 am.singgah di Uniten dulu kerana asalnya Enya dan yang lain mahu gerak seiring , oleh kerana mereka mengalami kelewatan Fath gerak dahulu dan sampai di depan rumah@studio tepat jam 9.50am.Ftah orang pertama yang sampai selang 15 minit kemudian Kak Zakiah dari majalah Perempuan tiba bersama wartawan beliau.selang 5 minit kemudian Enya dan kawan-kawan sampai membawa sarapan dari McD.Lama pula tidak menjamah McD lagi banana pie..sedapnya..Memang Fath makan dahulu la kerana harus menunggu make-up artis yang sesat khabarnya di masa itu.Kak Ton @pemilik Zaiton Alias boutique tiba paling akhir sekali iaitu jam 1.00 di mana model utama Shafnie telah siap di make-up kan.Fath bukan model utama untuk cover story ye..Dunia Glamour ini tidak mengenali Fath lagi.

Dalam jam 3 petang Deng datang bertandang.kami balik seiring dengan kereta masing-masing.Makan pula di Secret recipe sebab Fath yang kelaparan belum menikmati makanan dari tengah hari.Tempat kenangan kami di outlet Bangsar.Kemudian Deng menemani Fath di showroom ,Fath kerja la hari ini cuma masuk lewat. Deng yang kemudian workout di gym dan kami pulang berasingan di malam nya.Thanks pada semua untuk hari tersebut.





Siti Fathiyah dan Kak Zakiah


Siti Fathiyah dan Enya


DEE,u make-up i memamg cantik....