Sunday, November 30, 2008

Macam2 ragam


Sampai nanti,sampai mati

Mengantok ni sebenarnya tapi nak taip juga.Baru balik dari pelbagai aktiviti, pagi kerja dengan slamber nya balik seawal pukul 3.30pm, sepatutnya cuti tapi cuti dah pakai untuk hari khamis hari tu.photoshoot so...kena korban kan masa kerja,segala appointment dan research drawing ditangguhkan keesokkan harinya untuk hadirkan diri ke majlis pertunangan Kak Anil(kakak Haziq) dirumah mereka.CONGRATULATION!! Mengikut schedule dan perancangan tak sure lagi dapat datang ke tak oleh kerana Marelyn tiba2 free so dengan sukacita nya hadir walaupun sekejap.

Lepas tu Fath dan Marelyn terus gerak ke Soho Kl,Jalan Solaris,Mont Kiara dan jumpa Su Yen disana. Ada bazar fashion,toys collector,live band dan fashion show. Best! coz banyak baju2 yang up to date,unik,murah. boleh tawar menawar lagi. Punya la cari baju yang dapat menarik hati akhirnya jumpa juga, yang menariknya owner dia emilda(actres) cantik dia termasuk la koleksi baju2 yang dia jual. Disana baju boleh dibeli dengan harga rm10-rm60, murahkan. Kalau dekat kedai agak mahal. Lagi satu sebab nak kesana sebab Kak sulya pun ada jual baju juga. Siapa Kak Sulya? dia seorang ibu muda kepada 2 orang anak dan seorang model. Nanti Fath letak gambar kami tadi dalam blog ni k.

Macam biasa mesti akan terjumpa kawan, lama tak jumpa kamu Dan. Lepas tu kitaorang pergi makan dekat Ole-Ole Bali.Terbaik!!Nanti Fath cerita for next post k.Sekali dengan gambar2.
Selesai sudah Marelyn kena jemput adik dia dari kerja dekat Mid Valley tak sempat nak singgah mana2 lagi.Seterusnya pulang.

Banyak cerita lagi nantikan post berikutnya k.zzzzzzzzzzz...........




Saturday, November 29, 2008

Lunch together...25/11/2008


Trimas Su, sebab tolong snap kan gambar ni..kitaorang lunch sekali dengan Fariz,boyfriend Su. Oleh kerana gambar ni ada so..Fath letak la kat blog. Bagi tantapan umum..huhu...Ni la Marelyn jiran showroom paling rapat. Dia baik,sporting,strong and responsible. Lepas kenyang masuk kerja balik sejam kemudian masuk gym buat work out. than balik kerja my lovely cutie bf jemput pergi dinner dan tengok teater cinta Julia by Fauziah Nawi. Best! kalau hayati betul2...
Thanx Honey bawa Fath tengok teater tu. Kamu memang pelengkap hari2 Fath.muah!!

Thursday, November 27, 2008

Photoshoot dengan Intrend hari ini!!

Bangun pagi gosok gigi nak pergi bergambar lagi...hihi..Apa yang dimaklumkan sebelum ni dah terjadi.Akhirnya selesai juga Photoshoot dengan majalah Intrend. Kali ni tempat shooting tak jauh dari rumah hanya gunakan jalan Kajang Silk Highway kurang dari 10 minute dah sampai di White Studio Taman Rasa Sayang,Cheras.Lagi pun memang pernah datang dekat kawasan tu. Sebelum bertolak gerak, sempat tengok Honey perform dekat tv. I'm always support what ever kamu lakukan yang terbaik dalam hidup kamu, Luv U.

Trimas dekat Enya yang bawa dan teman Fath. Oleh kerana Fath talents pertama yang sampai dulu, Fath dan Enya pergi lepak sarapan pagi dekat cafe sebelah studio.Kira2 pukul 10am baru mula make-up.Dalam pukul 12 tgh baru start shoot. Fath seorang sahaja yang tak memerlukan khidmat hair stylish memandangkan kali ini Fath perlu memakai tudung maka ada kelainan antara talents yang lain dan paling cepat siap.

Trimas pada Kak Surya Zainal sudah mencantikkan muka Fath hari ini. Macam biasa dapat kenalan baru Fara,Kak Zaiton dan Rina. Korang sporting.Keep in touch ya girls.

Trimas juga dekat my Honey jemput Fath bawa tengok wayang dan hantar pulang.

p/s: gambar semasa dan selepas shooting tidak boleh disiarkan lagi dimana2 nanti kitorang kena saman beb. Nak tahu macam mana rupa nya. Tunggu sehingga keluaran Intrend issue January, 2009.

Wednesday, November 26, 2008

Glamour vs Reality

Tetiba pula nak bercerita tentang topik ni.Bukan apa semalam chat @lebih kepada kena interview dengan writer Jomstar.com untuk ruagan Jomgal.Macam biasa kena bagi butiran asas full name, nick name,hobby and bla2...termasuk juga kena jawab beberapa soalan uji kefahaman.

"Kenapa nak ceburi bidang seni ni?",soalan yang sangat subjektif. Dan tidak hairan jawapan Fath banyak sama dengan talents sebelum ni.Berjeler la jawapannya.Bukan pertama kali disoal sebegini.Sesuatu yang selalu menjadi bualan orang sekeliling bila kita dah menceburi bidang seni ni. Glamour yang mereka tafsirkan pada pendirian dan targed Fath dalam isu ini. Baik buruk tanggapan diorang belakang cerita,pokok pangkal pada diri sendiri bagaimana handle kan nya.

Memang orang akan kata pendirian akan teguh pada awalnya dan akan dimond selepas famous serta lupa diri, mungkin ia akan terjadi pada semua celebrity yang kejarkan glamour. Bukan glamour yang Fath inginkan sebenarnya. Minat sahaja pun tak menjanjikan sepenuh impian kita. Kalau tak ada usaha dan pengetahuan dalam dunia seni ni.

Sedikit sebanyak Fath belajar selok belok dan benda2 yang tersirat disebalik dunia seni yang penuh cabaran.LOW PROFILE lebih sinonim dengan Fath walaupun Fath nampak lebih kecoh pada luarannya. Hidup ni singkat dan pelbagai ragam kena kita lalui.Fath tak akan sia2 kan masa yang telah Fath perolehi.Biar sibuk dengan aktiviti,biar tak dikenali orang,biar tak jutawan, tapi hidup biarlah bermakna untuk sekali ini. Pengalaman hidup yang Fath cari bagi mengisi memori kepala ni.Harungkan sahaja."bersedialah untuk tidak bersedia".

Tak semestinya peluang dapat lebih dari sekali.Maka buat la sesuatu tu kena pada diri berlandaskan kemahuan dan pendirian. Buat la dengan rasa senang dan suka bukan kerana lain. Lagi2 sekarang ZAMAN DUIT banyak benda yang berkait.Masuk toilet pun kena bayar kan apatah lagi yang lain.Hati boleh beli dengan duit ke?, mungkin boleh bagi sesetengah orang tapi sampai bila?

Wednesday, November 19, 2008

photoshoot with Intrend Magazine coming soon...



Nampak tak map dekat atas ni? jangan buat tak nampak pulak..pelan ni baru sahaja dapat 15 minit lalu..photoshoot ni untuk Intrend Amazing Make Over (hair & make up step by step) issue January 2009. Rasanya ni la tempat shooting paling senang dan dekat nak pergi.. hopefully tiada ada masalah sebelum ,semasa dan selepas photoshoot tu nanti..sebab pagi subuh tadi dapat mesej dari Kak ton (Zaiton collections) bahawasa nya photoshoot untuk majalah perempuan hari ni terpaksa dibatalkan dan postpone to next wednesday, maybe.... kalau nak rasa bengang memang tak patut la sebab ia adalah bersebab yang kita tak dapat elakkan..ibu kak Ton selamat ke ramatullah..innalillahiwainnailahirojiun..takziah untuk Kak Ton.Al-Fatihah..

Mengikut information yang Cik Nurul Huda(writer) berikan..Fath adalah dari 3 orang yang mereka pilih dan Fath satu2 nya talents yang bertudung nanti..;-). Photoshoot bermula pukul 9 pagi (27/11/2008). sebenarnya Fath pembaca setia Intrend dari tahun 2005 until now..so..agak seronok bila dapat tawaran untuk shooting dengan mereka. Majalah untuk remaja(remix) sudah..untuk muslimah(dara.com) pun sudah,untuk wanita (perempuan) minggu depan shooting, untuk majalah online (jomstar.com) pun sudah shoot tapi belum interview dan belum keluar lagi.Dengan sukacita nya untuk majalah fesyen pula nanti..Intrend.

Saturday, November 15, 2008

Business card!!


Dapatkan segera!!haha!!ni business card Fath yang satu lagi under Barnie Redzan Production, abang Barnie punya company.partner dia. abang Nass yang ajak join sekali. Company ini adalah sebuah syarikat event management so..Fath terlibat pun sekadar part time sahaja buat masa ni..sebab sekarang ni 3 kerja Fath buat dalam 1 masa yang sama.Gila tak gila sangat la...nak kata masyuk tu tak juga sebab baru permulaan dan bergantung pada projek apa yang Fath dapat..

Dengan hasil kerja Pendek untuk buat design card ni maka ini la hasilnya, walaupun tak jadi sebiji dengan yang asal tapi ermmm...boleh la 90%..berapa lama Fath tunggu untuk card ni sahaja, card yang 1 lagi pun tak tahu bila pula nak dibikinkan.neway trimas diucapkan.

Wednesday, November 12, 2008

Welcome Martin Oosterlaar...-09/11/08

Martin Oosterlaar, Marelyn Yap, Siti Fathiyah, Hazwan Haziq


Thanks dekat brother yang snap kan gambar ni..huhu..Apa yang nak diceritakan disini sebenarnya saja nak kenalkan boyfriend si Marelyn ni..Diorang first time jumpe padahal dah lama bercinta dalam facebook dan dalam phone. Walaupun hanya jumpa 10 hari sahaja ,nampak mesra la...siap dah bertunang ni..wahaha!!Fath tumpang gembira la..congratulation for you,sweety..

Sementara tunggu James Bond beraksi..lepak sekajap dengan diorang ni..cuba tengok betul2 muka Fath dalam gambar ni,letih dan agak tak bermaya kan..memang pun..penat semalamnya dengan aktiviti dari pagi ke tengah pagi,

(05/11-08/11/2008)bayangkan ye hari rabu penuh dengan aktiviti rushing,pergi gym,lari ke Damansara ambik Cheque,boleh lagi lari ke Mid Valley beli barang padahal tengah kerja tu,balik kerja je terus pergi lepak minum dengan Enya dan Ana dekat restoran Nim's sesudah tu terus balik dan packing barang nak pergi Johor pada pagi hari khamis.....Hari jumaat petang sampai rumah terus keluar pergi Alamanda dengan Enya,Ana dan Engku beli barang lagi..Malam ambik kawan2 Enya(Sherly dan Wan) bawa balik rumah sebab family tak ada,so..girls aloud la..Tak buat apa pun hanya layan Anugerah Skrin yng membosan kan sampai tidur..Keesokkan pagi seawal pukul 9 pagi Fath dan Engku sampai di Desa Pandan (office jomstar.com), breakfast dulu sama2 dengan Ridzuan dan Man than gerak ke tempat shooting..merata2..selesai shoot je balik ke office jomstar nak tukar baju lepas tu terus gerak ke Uniten jumpa Enya dan Ana disana kitaorang pergi terus ke Kuala Pilah cousin Fath kahwin.Sampai sana sudah pukul 3ptg makan dan lepak2 sampai pukul 4 ptg, singgah sebentar dekat Ulu Bendul saja bawa budak2 ni tengok orang mandi...after that gerak pulang ke Kuala Lumpur sebab Fath ada client wedding dekat Bukit Bintang, handle kan sikit je..Engku yang teman kan..Enya dan Ana pergi jalan2 dekat Pavillion. Sesudah Majlis selesai kami semua gerak pergi minum pula dekat Danau Kota..disana Maton dan Aziz menanti...jumpa borak2 sebab lama tak jumpa...lepak sampai pukul 2pg sampai rumah pukul 3 pg, esok pagi pergi kerja..penat tau...tapi seronok...penuh dengan aktiviti..

Itu yang muka macam cipan tu..apa pun thanks dekat 'Honey'..trimas banyak2..;-), luv u so much..muah!!!Thanks yang teramat kat Enya,Engku dan Ana yang banyak tolong dan spent time dengan Fath on that day. Luv u guys.

Tuesday, November 11, 2008

Photoshoot Jomstar.com-08/11/2008


Ha....ni bukan aktiviti yoga yee..Ini adalah antara gambar candid yang sempat engku rakamkan..dan tak termasuk dalam senarai pilihan gambar yang diperlukan untuk ruangan jomstar.com pun. Suka dan minat sangat photoshoot dan tak pernah rasa penat walaupun sehari suntuk.That's natural in me..Semua akan jadi mudah..hasilnya...



Gambar ni pun candid tapi diambil oleh Ridzuan(director) dan Man, jomstar.com. Photoshoot ini dijalankan di sekitar Cheras je..ikut kepala director la..dia nak gambar nampak bersahaja dan semula jadi..so..idea diorang konon Fath tgh bersukan la....Anda diluar sana boleh la melayari www.jomstar.com untuk tengok lebih gambar2 menarik lagi..tapi kena beli la..huhu...

Tuesday, November 4, 2008

hahahaaa!!!!!!

Saja je nak cuba photoscape ni...best...ini adalah hasil nya, buat kerja sambil 'minum air la'...kerja ku sekarang sudah tak bosan banyak aktiviti baru selain boleh main photoscape ni, masa Fath akan banyak habis di gym(Celebrity Fitness) pula ...Baru je daftar tengah hari tadi. Honey' yang join Celebrity Fitness dulu,memang kami akan bersama sentiasa,bahagia nya...wah..!Fath esok 11 pagi start la..Kena la bangun seawal 8 pagi bersiap hampir 1 jam, 1/2 jam lagi nak makan ubat la,kemas katil la,bagi D'Leh & Emillio Pucci makan la,baca newspaper la,b'fast kalu sempat dan x lupa bagi masej 'murnink' kat dia,pagi2 memang kelam kabut. keluar rumah pukul 9.30pagi macam biasa transport tetap ,train.Tapi esok kene singgah beli barang dekat Mid Valley dan KL Central.Lepas tu baru gerak ke gym,Sesudah rasa letih macam cipan nanti ,baru boleh gerak terus ke Damansara Utama, ambil cheque. Esok memang busy sampai la hari sabtu...nantikan kisah berikutnya .

Monday, November 3, 2008

staff Bainhouse yang sengal


Tomy, Su Yen & Fathiyah


Kami memang ngam dan sekepala. Lepas snap gambar2 ni..Jaclyn(our manager) datang balik,sebelum tu dia datang untuk hantar barang jer..nasib baik la dah habis buat kerja giler..kalu tak, mahu kene pelangkung.haha...Niat memang nak jelouskan outlet Home Treasures.


Tomy, Su & Fath

Saturday, November 1, 2008

Aktiviti ke-2 di showroom@office

Tomy & fathiyah

Motif utama gambar ini bukan nak tunjukkan kecomelan kami,haha!!! Tapi nak menjealouskan staff2 Home treasures( Mid Valley & 1 Utama) ,kami masing2 tayang muka2 kat display image dalam yahoo massenger(YM). Gambar kami terbaik!!huhu...

Antara aktiviti kt showroom@office.





hahaa!!!rajin tak pekerja ni...giler layan movie kt office.Mana tak nya penat tau hadap lukisan jer...sekali sekala layan baru la lapang otak...Adik2 kat luar sana ikut la sedikit sebanyak teladan akak ni....kalu berani..haha!!!

1st of november,2008


Dear Diary....


Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am home again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am whole again

Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am young again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am fun again

However far away
I will always love you
However long I stay
I will always love you
Whatever words I say
I will always love you
I will always love you

Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am free again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am clean again

I will always love you,*****



written by 311.....