Tuesday, January 18, 2011

Shooting TV3 re-branding

menari bersama Syed dalam kategori 'drama'

17/01/2011(Monday)-Sepasang kekasih romantik..keluar dinner.candle light dinner ye. Siap ada live band lagi... dan....sepasang merpati sejoli ni menari sakan bersama lagi....wah3!bukan main rapat lagi.. tapi bukan betul2 pun. Hanya untuk shooting TV3 re-branding je. Agak macam nak berguling bila di beritahu kami kena menari. hahaha! yakin benar la.. I ni sememangnya tak tahu menari, buat poco-poco pun jadi shuffle ,kahkah! Syed pun sama, terkejut cuak dia, tapi best! pengalaman pertama kami menari untuk tvc. Selamat datang ke dunia modeling, syed!first tvc buat dia.nice to meet U.


I suka u make up mata i, cantik!

pagi2 on the way ke set dah start maki hamun.. Signboard Shah Alam saja buat orang sawan. Dah la calltime pukul 6.30 am, tapi pukul 6 am baru gerak dari rumah,sebab tertidur balik. hari isnin pulak tu..lalu LDP lagi. sumpah, serabut! siap sesat berpusing-pusing dekat 2 3 kali tempat yang sama. rupanya i lewat 15 minit je, bukan 1 jam sebab calltime rupanya 7.30am. Kelakar la.

sangat berbakat student Uitm ye. yang tengah tu student Uitm Shah Alam & Syed student Uitm Melaka. Kedua-duanya ponteng kelas.kantoi! I kan kakak.

team work production ni bagus! dalam 7 kategori dan berpuluh-puluh scene dalam 1 hari di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam ni.

scene Fath & Syed dalam 10 minit je untuk shoot tapi kami tunggu seharian untuk second last scene ,kami sebagai featured talent pula tak pasal-pasal. Apa pun I selalu enjoy shoot tvc.

p/s: nantikan tayangan Tv3 re-branding ni pada bulan March nanti. tapi korang kena tengok betul-betul ,jangan sampai kelip mata..sebab ada lebih kurang berbelas-belas kategori dalam masa 15 saat sahaja ditayangkan. gila!.

Sunday, January 16, 2011

Ranggamuffin by Selah Sue




Siapa Selah Sue? sila rajin google, yang pasti gadis berusia 21 tahun ni memang superb talented bagi Fath! dah mula jatuh cinta dengan genre yang dia bawak.so u all layan la video LIVE nyanyian Selah Sue ni.Ada je video clip ranggamuffin ni tapi lebih terhibur yang live.




p/s: Yang pelik tu la menarik

Wednesday, January 12, 2011

video shooting A1 Bihun




Kenapa video ni jadi entri kali ni? kenapa? Bukan ke last year punya shoot ni,Fath nak jawab pun malu.video ni dah lama dalam phone, tapi kenapa baru nak upload????why?tell people why?? berpeluh nak jawab ni, cuba ceciter..(sambil goyang-goyangkan tangan lemah lembut). macam ni lah...Hari tu nak upload video lain, ter-upload video ni. Tak berdosakan..??huhu. Ini lah cara Fath bekerja. macam dalam video ni la..tapi ,apa yang Fath ngarut ,cakap apa entah dalam video ni..layan....


p/s: bukan di Tv3 tapi di Tv9

Tuesday, January 11, 2011

Anugerah Juara Lagu 25


09/01/2011(Sunday)-Akhirnya.... ye,akhirnya Fath dapat datang ke AJL25 , kalau ikutkan Jadual Fath berada di Melaka lagi, shooting host program ' Di sebalik Nama Jalan TV1', last minute director buat rombakkan jadual, happy sampai tergagap.haha! seminggu di Melaka rasa macam sebulan wooo. Rindu orang-orang KL sampai nak nangis, drama nya!haha! Lagi excited Fath ke AJL bersama seseorang yang gila popular di Brunei! siapa? kerabat raja? hohoho.... dia lah..ASHRAFF RANNIL, he's a dj radio, host ,model & actor. Statement berkali-kali ni.Si Cherap ni turun Malaysia terus jadi orang biasa, macam Hannah Montena.kahkah. WAJIB jumpa Fath tiap kali & berkali-kali datang KL. Macam ASK2010 Fath main redah je. tapi si Cherap ni boleh berdebar-debar,gigit jari kaki dibuatnya, rupanya di Brunei mana ada event sebesar AJL. Mana taknya..bila Artis Malaysia turun Brunei , disambut macam artis Hollywood ok.


Sebelum apa-apa terjadi, kami ke salon bersama buat berkali-kali.Balun je salon mana pun, ala...takat nak buat semak atas kepala je.tengok la rambut kami, semak macam dekat stadium.


Sorry Fath tak lalu dekat red carpet ,Cherap kurang selesa. maka ikut tepi pun boleh. Hannah Montena kan...kihkih. Apa yang mendukacitakan semasa kami di pintu depan pintu masuk Stadium, orang berebut-rebut selama 1/2 an hour nak masuk, padahal kami duduk di kerusi yang dah ditetapkan, tapi kena tunggu sehingga penonton VIP lari ke pintu lain. Tak cukup pintu kot.

sangat teruja dengan stage ala TRON, sounds system pun bagus, orchestra superb,lighting mempersonakan & performance fanalis memukau.

siapa ni?? bukan ke U ni..kembar Hafiz AF di stage tadi?? kenalkan Aziz Hazmi .gimik persembahan Hafiz menjadi. tahniah! semua lagu dipertaruhkan tu semua Fath suka. Terutama 'Hanyut' & Drama King'. Tapi 'Tolong Ingatkan aku" tanpa diduga. Tahniah juga walaupun 70% audience bangun tinggalkan tempat duduk semasa juara sedang berucap. Fath saksinya ok.. Tepuk tangan laju-laju untuk persembahan Yuna, Faizal Tahir, API, Black, Hafiz, Meet uncle Hussien, Tomok & Bunkface. Senyum je untuk Shahir, adira & Ana Raffali. *pendapat Fath ,pasti audience pun setuju.

Kami sanggup tak ke post party, semata-mata nak spent time berempat makan diluar. Kami rapat since 2008 lagi macam dah rapat 20 tahun kot.

eh?'jam merah'?

p/s: Ayat 'berkali-kali' digunakan 'berkali-kali' untuk entri ni.

Friday, January 7, 2011

Hani Tv3 -episode 5

Shooting 'Disebalik Nama Jalan TV1' Jalan Munshi Abdullah-episode 2 (part 1)

02/01/2011(Sunday)-Holiday!!!padahal kerja ye.2 in 1.Kerja sambil bercuti, pokoknya...kerja.Mungkin ada yang ingat tak ingat, ataupun baru tahu ni...entry lepas Fath dah post-kan cerita shooting 'disebalik Nama Jalan' Tv1-episode 1( Jalan Raja Chulan). Ini sambungannya, dengan rasminya kerja pertama Fath untuk tahun baru ni.

Ni je la masanya Fath bercuti, bezanya..kerja & semua free. Paling penting ilmu dan pengalaman yang Fath dapat sepanjang shooting sebagai host dokumentari.Kali ni paling menarik, Fath kena turun sendiri naik train! pergh! setelah 2 tahun tak jejak kaki ke KTM.Then sampai stesen Seremban, production crew dah tunggu Fath ,kami gerak sama-sama ke Terminal 1 terus ke Melaka sentral dengan bas.Teruja gila!!4 tahun kot tak naik bas. Maka mula lah catatan Fath di MALACCA-KL-JB-SINGAPORE bagi episode 2.


dinner pertama setiba di Melaka, semua tu Fath balun.selera!


03/01/2011(Monday)-
Director dah cakap...Fath kena hollie2 dulu.1st, menapak di lokasi shoot nanti ,sebagai warm up, mereka shoot sunrise dulu sebagai opening..

Jalan Munshi Abdullah,Melaka

jom tengok wayang!

depan Hatten Square,datang sampai muak.

breakfast pertama,my fav ever!!

layan Hani Tv3 di Youtube

Lunch!!pizza? bosan!

dessert!!strawberry cheesecake+mango!! korang kena bedal perisa ni juga!

finally kami jumpa! siapa?ni la Abang Johari Ibrahim yang lukiskan potret pix Fath yang ditempah khas oleh Deng Dang sempena birthday Fath yang ke-23.lama dah kan?!tahun 2008.





pelancong sesat.haha!

muka rindu gila kat orang KL.

So fresh!!for dinner!

dinner+karaoke


04/01/2011(Tuesday)- Masuk hari ke-3 dah. Masih belum shoot, banyak appointment antara director dengan pihak promosi pelancongan Melaka. Jalan -jalan makan angin laut selat Melaka.

with Munshi Abdullah

yeay!! asam pedas , ulam & sambal belacan!!superb best!

minum petang di McD lagi?! balik KL alah McD la after this.

snooker.Fath tak terror pun, main jolok-jolok je..hahaha!



05/01/2011(Wednesday)- pindah katil.tapi bukan hotel ,guest house Taming Sari di Kampung Morten.Sponsor by pihak menara taming sari. Hari ni start shoot!!


lunch baget diet.hihi

semua rumah kat tepi sungai Melaka meriah dengan lampu sportlight! *nanti I ambil gambar rumah2 comel dekat kampung ni.

shoot tepi laut banyak dugaan, rambut ditiup angin bagai rambut ponti anak remaja.

06/01/2011(Thursday)- 2nd day shoot. tapi reshoot.owh!!!!!!! stress pula.Nama pun kerja.chaiyok!!!

with asst.director

berbintang-bintang mata terjumpa rocky perisa pisang!!wuuuuuuu

dinner daging,ayam,daging,ayam.........

tahuqua

07/01/2011(Friday)-Last day shoot for 1st week 2011. ingatkan balik KL hari sabtu tapi balik petang ni juga. Cuaca mendung & hujan tak mengizinkan untuk outdoor shoot.So kami sambung shoot next week.


i vote for Caltex ,Ayer Keroh!! terbaik! buka lagu gamelan kuat2...hiasan comel..teruja tetiba.

p/s: panjang lagi perjalanan kami & banyak lagi scene untuk Fath. lagi 12 episode! fuhh.dan banyak lagi kena makan.hahaha!!

Tuesday, January 4, 2011

Disebalik Nama Jalan TV1 -Jalan Raja Chulan episode 1 (part 1) (hosting)




p/s: sekarang Fath tengah shooting lagi bagi episode 2-13.info buat semua.Selamat menonton.

Sunday, January 2, 2011

Happy new year 2011


31/12/2010(Friday)- Happy new year!!! 2011!!! khas buat kawan-kawan, followers & sesiapa yang terbaca.Tak sangka kita hidup lagi kan?alhamdulillah. kena beringat tu.hihi, Seperti tahun2 sebelum ni..Fath akan merancang misi untuk sepanjang tahun supaya ada visi dalam hidup ni, kalau nak main redah je..sampai bila. Umur makin tua kot ,bukan makin muda, walaupun pakai make-up tampak muda sentiasa,haha!! Apa misinya?sabar la dik ooi..nak cerita something mengarut sikit. I ada satu habit pelik tapi benar.jeng3! dalam twitter I dah kecoh-kecohkan dah. macam ni la..I ni jenis kekadang mengidam,haha!mungkin sebab nak 'bulan merah' kot. petang sebelum countdown, tertidur la kejap, bangun je dari terlena tu..tetiba terfikirkan buah strawberry dicelup dengan chocolate!! bayangkan LAZAT nya!!! Tak kira! nak juga! sebelum tidur malam. Sanggup cari, I tahu Chocolate Lounge ada!! sampai The Curve,Damansara. Mangsanya..Toman, dinner terus sampai bunga api meletup di udara at 12 am...Memang puas hati tak terkata! Thanks Toman.


buat kerja selalu bersepah

Benda alah apakah ini? hihihi..tersimpul malu I. ini di panggil Darling.eh? bukan2. ni diari. Blog ni adalah umum, tapi diari adalah huhuhu. Nama pun diari tak boleh lah nak bagi tahu detail bebenor. So Fath tunjuk kulit depan diari je la ye.

batu keparat tepi tu I tambah sendiri tak pasal-pasal.


Misi

-Diri sendiri,keluarga, kerjaya,kawan-kawan & ehem ehem.
-Selain nak kerja kuat,rajin ,bersungguh-sungguh, bagus dari tahun lepas..tu ayat skema tu.. Fath kearah lebih serius. Dalam erti kata lain, daya permikiran, kreativiti, tutur kata, adap sopan, permakaian, permakanan, etc..akan lebih mantap seiring dengan umur. 2011 Fath akan 26 tahun!! oh banyak lagi tak tercapai ni.
-tahun ni Fath nak belajar menjahit! sekolah dulu I bertukang. since after SPM teringin nak jadi Fashion Designer! pelahan-lahan kayuh!chaiyok!
-so..jangan sampai orang kata.. 'hye u! dari dulu sampai sekarang tak berubah kan?' ,korang faham tak apa yang member2 korang maksudkan? perli or what?, for me kan..better biar orang kata 'hye u! u look different!' ,maknanya apa? nak jaga hati? tak kisah la, janji kita ni ada perubahan positif.
-Fath pilih warna warni untuk 2011, corak kehidupan kita yang bentuk.
-Serius! Fath ada 1 misi ke arah perancangan 'kebahagiaan' cos' hidup Fath dah lengkap kecuali harta benda,not yet, apa dia! erm..follow la twitter I ,nanti korang tahu la.

oh ye..ni pix membedal sempena dinner malam new year.tenung-tenungkan la...then cari sampai dapat.hihi.

sebelum

selepas

p/s: Tak berani la nak kecoh2 sangat misi dengan details cos merancang je ,buat nya belum lagi. Janji Fath pegang misi tu sentiasa.xoxo.