Sunday, October 25, 2009

Casting Pantene TVC

on the way ke Kota Damansara

24/10/2009(Saturday)- Didalam kesibukkan majlis perkahwinan sepupu,Fath menerima mesej dari Kak Kay Maria untuk menghadiri casting Tvc, Fath yang telah di shortlist kan wajib hadir.1st time datang ke production ini terletak di Kota Damansara. Dapat sahaja skrip terus mulakan percakapan dalam bahasa indonesia kerana casting ini untuk indonesia advertisement.

"Ku gunakan dimana aja....
rambut jadi terlindungi...
dan gak kusut!
tidak perlu dibilas!
ku gunakan setiap hari."


ambil gambar terdahulu

action!

goyangkan rambut panjang mengurai ini.

Ternyata ramai yang hadir untuk casting ini hebat belaka dan mempunyai pengalaman yang sama dan lebih dalam tv commercial ini. Bersandarkan pada bakat dan tuah tidak cukup kuat jikalau tidak menepati piawai yang mereka cari. Just do it!.Good luck for everyone!Terima kasih kepasa Enya yang menemani Fath. Selaku cousin/kawan/PR yang paling best.

Selamat Pengantin Baru , Fira dan Aloit


22/10/2009(Thursday)-Jadual harian Fath mula padat di siang hari adalah masa bekerja dan diwaktu malam pula masa untuk menolong kerja-kerja persiapan perkahwinan sepupu Fath, Fira. Perancangan yang dijanjikan berjalan dengan lancar tetapi berlainan pula hari ini dimana kira-kira jam 7 p.m Fath baru dapat tahu keluarga sepupu Fath ini mengadakan majlis tahlil secara mengejut. Akan tetapi tidak membawa masalah langsung kerana mengikut jadual Fath yang telah dipertanggungjawabkan untuk membuat inai untuk pengantin pada malam tersebut. Tidak diduga, inai yang dibeli oleh pengantin tidak boleh dipakai sama sekali. Jam pula telah menunjukkan jam 11 p.m, fikir punya fikir dan pelbagai idea dikeluarkan,sempat juga lah Fath tidur seketika, oleh kerana tiada jalan lain, Fath dan Enya membawa Fira ke Down Town , Cheras. Hanya disana sahaja yang menyediakan perkhidmatan berinai ini. Alhamdulillah kami tiba disitu jam 1 a.m, Kebetulan juga Deng berada berhampiran. Luangkan masa bersama walaupun sebentar sahaja. Paling kelakar semasa perjalanan pulang kami ditahan polis yang membuat roadblock.haha!!cuak juga la.sebab tidak pakai safety belt dan driver pula tidak membawa i.c, layankan sahaja polis-polis ini...dengar je la...akhirnya lepas.alhamdulillah.Lebih kurang jam 3 a.m kami selamat tiba di rumah . Penat dan teramat mengantuk.


23/10/2009(Friday)-Terus ke kantor jam 9 a.m, bekerja seperti biasa dan pulang agak awal jam 4.30 p.m untuk menghadiri majlis pernikahan Fira dan Aloit di Masjid berhampiran rumah Fira. Nasib baik sempat tiba walaupun majlis sudah pun berlangsung. Alhamdulillah mereka selamat diijab kabulkan. Tidak sangka pula Fath diperhatikan oleh beberapa lelaki iaitu rakan-rakan pengantin lelaki untuk mengambil gambar bersama. Nama dia , Fath tidak ambil tahu, maaf ya ,tidak dilayan.senyum sahaja untuk memenuhi permintaan bergambar bersama dan diambil oleh salah seorang photographer disitu. Majlis makan pula berlangsung dirumah keluarga Fira. Semuanya berjalan dengan lancar. Tepat jam 8 p.m majlis malam berinai pula berlangsung. Jarang orang sekarang membuat majlis ini. Kali ini Fath tidak ambil bahagian iaitu menyibuk ataupun menolong, haha. Layan Nur Kasih punya pasal. Lebih kurang jam 11 p.m Fath dan Enya pulang ke rumah Sri Gombak , letih dan mengantuk sangat, harus simpan tenaga untuk esok pula.



24/10/2009(Saturday)-Hari yang dinantikan sudah tiba. Bangkit jam 11 a.m dan terus bersiap lebih kurang jam 12.30 p.m Fath dan Enya tiba di rumah keluarga pengantin, Terus mendapatkan pengantin kemudian makan terlebih dahulu. Tepat jam 2 p.m rombongan pengantin lelaki tiba dan disambut dengan meriah sekali. Fath sebagai pengapit menjaga Fira dengan baik. Ini merupakan kali ke-3 Fath menjadi pengapit pengantin, dan berniatkan ini merupakan yang terakhir sebagai pengapit.haha.cukup la ye.Ramai sangat sudah bertanya bila Fath akan naik pelamin, jawapannya adalah.....suatu hari nanti.sama-sama lah kita doakan ye..haha. Tepat jam 4.30 p.m Fath terus pecut ke Kota Damansara, casting Pantene Tvc (sila baca post Casting Pantene TVC) ditemani oleh Enya, Thanks Enya. Aktiviti malam pula adalah menghadiri ke majlis ulang tahun majalah Eh! di Centro, KL Central. Meriah! dan ramai sangat orang. Fath rimas dalam kesesakkan orang ramai , rela berdiri jauh dari mereka. Tidak sangka berjumpa dengan Kak Mas di situ dan paling seronok dapat berjumpa Ainul! sekian lama kami tidak ketemu. Terdengar namaku disebut olehnya maka berborak lah kami seketika dan pulang kemudiannya , walaupun majlis belum habis. Cukup lah sekadar menunjukkan muka sudah memadai.Pulang terus ke rumah keluarga pengantin tadi , lebih kurang jam 12.30 a.m pulang kerumah Sri Gombak. Mandi dan tidur.


25/10/2009(Sunday)- ikutkan jadual Fath tiada untuk majlis ini kerana Fath harus bekerja seperti biasa. Oleh kerana atas permintaan Makcik Ton (Mak sedara) maka Fath bersetuju untuk menghadirkan diri dimajlis bersanding dirumah lelaki pula iaitu di Selayang berhampiran Selayang Mall. Sebelum bertolak datang seorang jejaka yang akan membawa pengantin datang dekat meminta talifon Fath untuk meminjam seketika, walhal itu adalah tektik biasa dan lama untuk mengambil nombor talifon secara gentle (konon nya la) haha. Ye kan sahaja.Tepat jam 1.30 p.m lebih kurang 13 biji kereta mengikut rombongan ini dan kami semua adalah rombongan dari pihak keluarga perempuan. Seronok ikut rombongan ini..meriah jalan raya dibuatnya. Tepat jam 2 p.m kami selamat tiba dirumah kelurga lelaki , kami disambut dengan baik oleh mereka di mulakan dengan paluan kompang diikuti aksi silat pengantin ,acara makan bagi kami dan aktiviti tepung tawar dilakukan dengan baik, kali ini kali ke-2 Fath menepung tawar pengantin , tidak kekok mahupun malu, tidak tahu malu adalah..terus menyalam semua ahli rombongan tadi dan berangkat terus ke kantor.Walaupun lewat 1 jam ke kantor tapi segalanya berbaloi.

Disini Fath ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat sepupu sebaya ku, Fira dan suaminya Aloit, semoga bahagia sehingga akhir hayat.amin. Terima kasih juga pada Enya telah menemani Fath dan mengisi masa bersama-sama sebelum , semasa dan selepas majlis berlangsung. Terima kasih pada yang lain yang telah bertungkus lumus dan menolong menjaya kan majlis perkahwinan pasangan pengantin ini. Semoga kita semua berjumpa lagi nanti, insyaAllah.

Thursday, October 22, 2009

No apologize

Hormon oh hormon..yang menganggu segala perasaan, mood, mental dan fizikal ini. Lain orang lain keadaan yang dihadapinya. Kedatangan bulan merah amat menganggu sebelum dan semasa. Hati cepat terusik,cepat merajuk, cepat marah, cepat bengang,cepat rasa sunyi, cepat rasa bosan, cepat letih,(negatif belaka) banyak makan dan minum, banyak tidur, dan seluruh badan sakit. Tidak boleh dielakkan dan hanya boleh mengawal sahaja. Honestly, merajuk dengan seseorang kerana banyak masa terluang tidak dapat diisikan, masa itu terbuang begitu sahaja dan bukan untuk diri ini, tapi layankan sahaja melayan diri sendiri.Maaf ya orang sekeliling, ini semula jadi yang terjadi pada diri ini, maaf pada yang tidak sengaja , dan tiada maaf pada yang sengaja.Siapa?adalah...orang yang nak mati cepat.sorry to say.silap la orang yang dimaksudkan itu mencabar kesabaran ini. dan silap la cari nahas semasa 1st day bulan merah.Tidak pernah diri ini mencari pasal dengan sesiapa tetapi jaga-jaga la jangan ada sesiapa cari nahas ya..tahu lah akibatnya nanti. Apa akibatnya? adalah.....ssshhhhh....sampai mati tidak lupa. Maaf ya tiada cerita menarik sejak dua menjak ini, sibuk dengan sepupu nak kahwin minggu ini dan bad mood.

Tuesday, October 20, 2009

Saman


19/10/2009(monday)- Hari yang dirasakan agak moody, itu adalah petanda bulan mengambang akan datang dalam masa terdekat ini. semua yang dilakukan ada sahaja yang tidak kena dirasai padahal tiada apa pun. Perempuan tidak boleh lari dari masalah hormon ini yang akan hadir setiap bulan.

Pergi kerja seperti biasa petangnya workout di gym pula, Dalam keadaan petang yang penuh dengan kenderaan di kawasan Bangsar seperti lazimnya. Sengaja meletakkan kereta di kawasan foodcourt ubtuk tempoh 3 jam. Tidak sangka pula disaman pada jam 8.40 p.m. Bengang dan sabar he la sebab ini adalah kali pertama kereta Fath disaman tapi bukan dari polis hanya dari DBKL je. Pergi membeli baju terlebih dahulu disekitar Jalan Telawi..kemudian terus pergi bersenam.

Dapat pula ini dari ADIDAS.


Sunday, October 11, 2009

Serasi Melalui Heiriki Keluarga


Ingin tahu karektor orang lain secara rahsia? Boleh juga meramal peribadi serta cara fikirnya dengan mudah. Anak sulong, anak bongsu, anak tengah ataupun anak tunggal , semuanya itu boleh mencerminkan peribadi dan sikapnya.

Jika dalam proses mencari, kaedah ini cukup baik untuk menyemak keserasian. Jika sedang mengalami ia cukup bagus untuk membina keserasian.

Percaya atau tidak ramai yang gagal membina hubungan yang baik, intim dan bahagia disebabkan tidak serasi kedudukan heiriki dalam keluarganya.

Jika anda anak sulong mencari pasangan yang juga anak sulong. Orang tua-tua kata pasangan begini 'panas'. Kenapa? Kedua-dua dominan ini tegas, ego dan jarang hendak mengalah. Jika anda telah jatuh cinta dan merasakan tidak boleh berpatah balik, buat perjanjian awal bahawa sebarang pertentangan mesti diselesaikan dengan penuh berhemah apabila berkahwin nanti...

Jika anda anak tengah (nombor 2 dan selepasnya tapi bukan akhir) dan pasangan sulong, ada kemungkinan anda akan berubah, lebih menurut sebab sabagi anak tengah, biasanya anda agak fleksibel dan mudah bertolak ansur,Untuk mengelakkan sebarang pertentangan anda lebih mudah mengalah. Anda akan dapati pasanagn seorang yang kuat memerintah ataupun terlalu bertegas apabila membuat keputusan. Pasangan seperti ini dikira serasi sebab memamng perlunya sikap yang kelihatan seperti sempurna menyempurnakan itu dalam membentuk kecemerlangan.

Bagaimana jika anda anak bongsu dan psangan pula anak sulong? Ini pasangan serasi. cuma si sulong usah terlalu pantas berlari kelak si bongsu tak terkejar.Si bongsu pula jangan terlalu mengada-ngada hingga semuanya perlukan kata-kata yang lembut ala-ala memujuk sebab si sulong kadang-kadang bosan dengan sikap seperti itu.Meskipun ketegasannya dapat dipatahkan oleh kemanjaan , usah lupa sikap mengada-ngada memang selalu menyakitkan hati.

Tengah dangan tengah.Bagamana yek? Ikut pengamatan pasangan ini juga serasi. Anak tengah selalunya pandai membawa diri, meskipun mudah merajuk, tetapi sikap-sikap semula jadi seperti adil. bertanggungjawab dan ceria dapat membantu memacu kehidupan ke tahap yang baik. Ramai orang berjaya adalah mereka yang penyabar dan mudah bertolak ansur dan kebanyakkan mereka adalah golongan ini.

Perlu paham anada berdua suka berahsia tetapi komunikasi yang baik akan menyebabkan kehidupan jadi selesa. Pasaangan ini boleh dikatakan saling melengkapi.

Anda anak tengah dan dia bongsu?(yup!) Anda rasa bagaimana hubungan ini? Bolehkah keserasian dibentuk? Jawapanya tidak seperti yang anda harapakan.(tidak...). Lebih baik jika anda yang bongsu dan dia yang tengah. Jika terbalik biasanya si perempuan tak akan dapat sabar dengan kelembapan si lelaki , maklum la manja.

Bagaimana jika bongsu dengan bongsu pula? Kedua-duanya ada karektor yang sama dan ini selalunya bermasalah sedikit. Anak bongsu mahu diberikan perhatian, apabila merajuk mahu dipujuk tetapi kedua-duanya sama menanti. Siapa yang yang akan memulakan langkah?

Pasangan begini boleh lah dikatakan kurang serasi. Namun, apa yang diperkatakan disini sekadar panduan . Ia tidak wajib betul malah harus salah. Sekadar panduan untuk ke destinasi rasanya adalah lebih baik jika ada sebarang penanda jalan.Setidak-tidaknya memahami psikologi pasangan melalui heiririki keluarga ini ia boleh membantu memperkukuhkan ikatan. Pengetahuan seperti ini sentiasa membantu untuk membentuk hubungan yang lebih intim dan ceria.

Anak Sulong

- Selalunya berwawasan, bertangungjawab, boleh diharap tetapi juga kadang-kadang ego. Adakalanya dia agak sampai hati, maklumlah pengganti ibu dan ayah apabila mereka tiada. Mereka selalunya berakhir sebagai orang yang berjaya.

Anak Tengah

-lebih fleksibel tetapi kadang-kadang cepat terasa, pandai bawa diri, lebih berdikari, cukup percaya pada diri sendiri dan selalunya cukup yakin dengan keputusan yang dibuat.mudah mengalah.

Anak Bongsu

-selalu disinonimkan sebagai manja, sensitif, terlalu memerlukan perhatian, happy good lucky, berkeyakinan dan keinginan tinggi, juga selalunya sukar nak buat keputusan sendiri.


Anak Tunggal

-selalu kurang unggul, jati diri juga lemah sebab biasanya sebagai anak tunggal akan terlalu diberikan perhatian oleh semua orang. Dia kurang daya saing dan semangat juang tetapi selalunya berwawasan untuk membalas jasa. Sifat ini membuatkan mereka tetap mencerlah apabila berada didunia luar sebenar kelak.



*Petikan oleh DR.HM Tuah Iskandar al-Haj


Selamat Pengantin Baru Asri dan Liya


10/10/2009(Saturday)- hari yang dinantikan sudah tiba, majlis pernikahan yang berlangsung di Bandar Baru Bangi iaitu rumah keluarga Liya meriah dengan dihadiri oleh saudara mara dan kenalan. Fath hadir bersama-sama adik Fath , Nisah yang tiba tepat pada masanya iaitu jam 12 p.m. Terus mendapatkan ibu Liya , kemudian melihat persiapan buat Liya, makan dan berjumpa Asri samasa persiapan di rumah jiran. Segalanya baik sahaja. Sempat juga menepung tawar walaupun tidak pernah berbuat demikian and i have fun with Nija, we'e got story to share.hihi...Fath berkongsi birthday dengan Zul (tunang Nija).Apa pun Fath ingin mengucap SELAMAT PENGANTIN BARU ,SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.amin.


Fath, Zul, Asry, Fizie, Nija, Farhan




cantik tak cermin mata baru kami?

Aktiviti malam pula adalah berjumpa Liz bersama-sama dengan Engku, 2 tahun tidak ketemu Liz semenjak Fath menceburi bidang modelling ini. Kami lost contact since when she continue study in UITM,PERAK. Oleh disebabkan menemani dia casting lah Fath menjadi model sehingga sekarang, I miss her so much . Jam sudah menunjukkan jam 10.30 p.m, Liz terpaksa membatalkan pertemuan kami atas kerana masih beraya di rumah kawan di Rawang, oleh itu Fath dan Engku meluangkan masa bersama.InsyaAllah berjumpa la Liz dimasa akan datang.

Saturday, October 10, 2009

Celebration Anniversary For Quicksilver/Roxy!!

09/10/2009(Friday)- Dua perkara menarik ,pertama dapat door gift dari Roxy....hanya untuk ahli sahaja...meraikan jualan murah topshop dan seangkatan dengannya hanya untuk member sahaja di Mid Valley...




with Syaza

Dan yang ke-2 adalah meluangkan bersama rakan-rakan baru, Syaza, Abang Halem dan Thorpe Ali (modelling dan media) di News KTV, Ampang Park...

Friday, October 9, 2009

Time's mine

Apa yang penting?kerjasama? topik sekarang ini adalah masa. Masa harus digunakan dengan sebaiknya. Lebih utama adalah untuk diri sendiri. Selain dikongsi bersama. Bekerja itu semestinya, diselitkan juga aktiviti lain mengikut kehendak dan kepentingan atas sesuatu. Sendiri tentukan. Sengaja pula mahu tengok Deng organize event bersama group music's department untuk assessment di LimKokWing. Ajak Anas Aiman (adik susuan) teman ke sana lagi pun dia memang sudah biasa kesana. Dapat juga kenal dengan kawan dia, Macha dan Baby.Walaupun Anas baru berumur 16 tahun tapi otak dia macam student unnivercity/college la...What ever is congratulation to All student music department for nice assessment and i'm enjoy the perfomerce by great DJ!
on the way selepas menghantar Anas dan kawan dia , Macha di Bandar Baru Bangi , tiba-tiba dapat panggilan daripada Krist(UniqueZone) production yang pernah bikin Advertising Emas Sri Pinang. Fath dipilih untuk menjadi model product penjagaan tangan. Excited terus datang office mereka yang terletak di Bandar Utama, Damansara (berhampiran dengan Sri Pentas) ,seperti mana dikehendaki. Hanya ambil gambar tangan terus dimaklumkan isnin ini adalah hari untuk shooting!Apa sahaja kerja modelling Fath suka( except gadis litar and swimming wear).Walaupun hanya tangan sebagai model.hihi.



Nantikan photos semasa shooting nanti...

Tuesday, October 6, 2009

Gala Nite Malaysian Wildlife Photographer of the year 2008

Siti Fathiyah

Syaza & Siti Fathiyah


05/10/2009(Monday)-Mengantuknya yang teramat..tidak cukup tidur dari hari jumaat lagi, hitam dibawah mata sudah terkelihatan..Masih belum dapat menggantikan tidur buat masa ini. Selepas pulang dari kerja sempat juga rehatkan diri dalam bilik stim di Celebrity Fitness, segar sikit badan.Menyenangkan dari perkara deisebelah Pagi yang penuh dengan serabut dan kelam kabut, sejak kebelakangan ini banyak perkara yang Fath lupa, dari perkara kecil hingga perkara besar,jangan kata tidak buat 'reminder' dalam talifon dan 'journal book' tapi masih tidak dapat menolong ,otak kemana entah. Nasib baik agenda utama hari ini Fath tidak lupa.


Jemputan telah pun di beritahu oleh media pada hari sabtu tempoh hari. Datang pula sebagai model yang pernah bekerjasama dengan beberapa photographer terbaik. 'Gala Night Malaysian Wildlife Photographer Of The Year 2008' ini berlangsung di Palace Of The Golden Horses, Mines. Majlis yang bermula pada jam 8 p.m ini kebanyakkan dihadiri oleh golongan koprat, lebih mengasyikkan dengan tarian dan persembahan oleh penari dan penyanyi. Tony Yussof sebagai pengacara utama disusuli dengan Dee yang memeriahkan suasana.Tahniah kepada semua pemenang dalam setiap kategori yang merangkul RM 2K dan sebiji camera Nikon .Pergh!macam ini Fath pun nak jadi photographer la...Tidak lupa juga kepada pemenang utama, siapa entah nama dia..maaf tidak ingat, telah menerima RM 10K!memang best. Kami? dapat makan la...seronok dapat kenal orang-orang baru..satu kepala pula tu..gila bergambar sampai tidak hiraukan acara diatas pentas.




Tidak sedar pula jam sudah menunjukkan jam 11.30 p.m, Kami yang datang berasingan mula pulang dengan gembira. Tidak sangka dapat berjumpa Syaza kenalan facebook. Rupanya sudah lama dia jadi kawan dalam facebook ,Fath sahaja yang tidak perasan.She's so tall!!!almost 180cm! bayangkan lah...what ever is she nice..

Sunday, October 4, 2009

From strap shoes

with my fav shoes

Kasut.Ada apa pada kasut? Apabila kita mula memakai kasut baru kita akan rasai kelainannya. Ia berbeza dengan kasut kita yang lama. Kalau boleh kita mahu kekal bersama kasut yang lama.tetapi kasut itu sudah rosak. Kita terpaksa memakai yang baru. Tetapi yang baru ini terasa agak sempit, apabila dibawa berjaan terasa seperti melecet.

Lama-kelamaan kit rasa selesa pula dengan kasut berkenaan.Kita pun menjadi hairan. Dulu terasa sempit di hujung tetapi sekarang sudah semakin kembang. Apa yang pernah dirasai bersama kasut yang lama terasa pula sekarang. Sesekali kita melihat kasut di kaki, bagaimana ia boleh berkembang?

Rupa-rupanya apabila diamati, bukan kerana kasut itu yang berkembang atau kaki kita yang mengecil tetapi talinya yang semakin memberi.Dahulu sewaktu mula-mula kita memakainya kita mengikat dengan kemas dan kejap, sesuai sebagai kasut baru, maka kita rasai beberapa keburukan , tetapi apabila selalu digunakan dan talinya semakin longgar dan memberi, kita sudah dapat rasai keselesaan yang asal.

Begitulah kasut bertoleransi dengan kita, untuk memberikan kita keselesaan dan keserasian. Ia melonggar dengan sendiri mengikut pergerakan kaki dan kekerapan is digunakan. Semakin ia digunakan semakin ia memahami keperluan kita dan kita pun semakin selesa dan lebih selesa.. Hingga apabila sampai masanya nanti kasut itu hendak dibuang kerqna telah rosak, kita tetap berasa sayang dan seperti tidak percaya akan dapat kasut yang cukup memahami sepert itu lagi.

Hidup ini begitulah, ibarat memakai kasut baru. Mula-mula menempuh alam baru pekerjaan, pelbagai ketidakselesaan akan dirasai, tetapi lama-lama nanti sudah biasa. Perkahwinanadalah tempoh untuk berasa sakit dengan pendirian dan perangai yang mungkin tidak sama. Asalkan sanggup menjadi seperti tali kasut yang sedia memberi untuk keselesaan kaki. Lama-lama nanti keserasian akan terasa dan nikmatnya dirasai bersama.

Hidup tidak boleh terlalu berkira dan rigid. Apabila sudah namanya hidup bersama, memang perlu banyak toleransi. Terlalu berkeras ibarat kasut yang menyakitkan apabila dipakai. Lama-lama akan timbul rasa bosan dan meradang. Kalau ada kasut baru, ia memang akan ditinggalkan. Klau tidak ada pula, rasa untuk membeli yang baru sentiasa bersarang.

Begitulah berbahayanya hidup bersama insan yang berlainan jantina sedangkan anda tidak mahu belajar tentangnya. Sekadar belajar mungkin tidak cukup, tetapi berubah demi keserasian yang membawa bahagia, selesa dan ceria.

Pada perihal lain terutama perkara berkaitan logik dan psikologi, saling memberi dan menerima itu adalah jawapan pada kehidupan yang amat menarik. Kita kena duduk di kopkit kereta, memasukkan kunci, menekan clucth, memasukkan gear, menekan minyak barulah kereta akan bergerak. Apabila dia mula bergerak kita kena memegang stereng dan sedia memusung-musingkannya mengikut peraturan dan keperluan jalan. Bolehkah kereta itu bergerak dengan sendirinya dan anda selamat ke destinasi tanpa berbuat apa-apa?

Jadilah ibarat tali kasut yang sedia mengikat, melonggarkan diri untuk memberi ruang tetapi sedia diikat kembali jika itu bermakna , keserasian dan destinasi.

Saturday, October 3, 2009

All for All


24/7 apa yang anda selalu lakukan? kerja?makan?tidur? macam-macam jawapan terjawab nanti. Bagaimana pula 24/7 anda lakukan atas dasar apa? untuk siapa? itu sendiri fikir dan jawab okay.Alangkah bahagianya dapat penuhi semua perkara yang dikehendaki dalam 24/7 itu. Tetapi ia mustahil.Kita ini manusia boleh merancang dan lakukan jika ia ditakdirkan sebegitu. Ada perkara yang boleh dilakukan dalam satu masa yang sama dan ada yang tidak.Laksanakan sahaja jika ia termampu.

Sepanjang 3 hari (30/9, 01/10, 02/10) alhamdulillah Fath dapat penuhi beberapa perkara utama pada insan-insan utama dalam hidup Fath. Keluarga adalah paling utama dan wajib, ke-2 adalah Deng. Ke-3 kawan-kawan.Tetapi paling rutin adalah kerja. Kalau tidak kerja mahu jadi apa? Biar bersusah payah bekerja dari menyusahkan orang lain. Paling risau apabila ada yang terasa hati tidak dapat meluangkan masa bersama. Menjaga hati-hati mereka sama seperti menjaga hati sendiri.

Semalam Fath puas hati dapat meluangkan masa bersama mereka. 5 perkara dalam 1 hari. Pertama, 5 a.m bangun untuk sahur puasa 6 hari ke -3,ke-2 masa bekerja diikuti dengan ke-3 iaitu aktiviti di rumah Deng , menolong apa yang patut untuk majlis rumah terbuka. Ke-4 menjemput kawan rapat masa sekolah menengah, Hajar. Paling kelakar sepanjang perjalanan untuk menjemput Hajar ini, Fath boleh tersilap jalan , padahal itu adalah jalan biasa dilalui. Otak ke lain, sebab sudah lambat ,majlis pun sudah mula . Keluar jemput Hajar jam 7.30 p.m dari Rumah Deng, jalan punya lah jem sampai tidak bergerak. risau dibuatnya. Setiba di majlis hampir jam 9 p.m .Harus ketemu semua ahli kelurga, saudara mara dan kawan-kawan Deng, Kemudian ke-5, menantikan ketibaan Keluarga Fath pula. Alhamdulillah mereka sampai. Seronok Fath seperti tuan rumah pula. Apa pun terima kasih kepada Deng dan sekeluarga menjemput Fath dan keluarga. Terima Kasih juga kepada Hajar, dapat kita luangkan masa bersama . Alhamdulillah aktiviti berjalan dengan lancar.

03/10/2009(saturday)- Hari yang penuh kejutan dari 2 orang kawan dan Pak su. Belum bangun pagi lagi walaupun jam sudah menunjukkan jam 9 a.m Fath menerima mesej rindu dari seorang kawan. terima kasih ingat Fath.haha. Bagun dari tidur jam 11 a.m, mama dan ayah sudah siap masak , Pak su dan keluarga mahu datang beraya. Tetapi sayang Fath tidak sempat jumpa sebab Fath keluar terlebih dahulu. Jam 3.30 p.m Fath menerima panggilan daripada seorang lagi kawan, mahu datang jengguk Fath. Terima kasih Izzat dan rakan-rakan nya yang lain. excited jumpa berborak. Kemudian lebih kurang jam 8.45 p.m , seorang lagi kawan, Nikman. memberi kejutan dengan membawa rakan-rakannya berjumpa.erm...apa yang pelik ye..cermin mata!kenapa tiba-tiba memakai cermin mata? ubah style ke? Janji happy ya...

Friday, October 2, 2009

Selena Gomez






Marie Selena Gomez ataupun nama glamour Selena Gomez (lahir 22 Julai 1992) adalah seorang pelakon dan penyanyi .Beliau terkenal dalam penggambaran Alex Russo di Disney Channel series, Wizards of Waverly Place. Dia telah membintangi filem televisyen, Another Cinderella Story dan Program Protection Princess. Sebelum Disney, ia salah satu peranan sebagai anak dalam Barney & Friends. Pada tahun 2008, ia menandatangani kontrak rekaman dengan Hollywood Records dan menyumbang pada Tinker Bell, Cinderella Story dan yang lain Wizards of Waverly Place soundtrack. Band-nya, Selena Gomez & the Scene, mempunyai debut album studio Kiss & Katakan pada September 29, 2009.

Dia ini seangkataan dengan Miley Cyrus dan seumpama dengan nya. Apa pun Fath suka tengok muka dia, comel.