Monday, June 28, 2010

Jalan Raja Chulan,Kuala Lumpur (part1)

tepi Chulan Square

20/06/2010(Sunday)-Jalan-jalan cari jalan.Sambung balik ber- hosting.Hari tu Fath dah story-kan perjalan pertama di Taiping & Kuala Kangsar,Perak kan. Sebelum ternganga terpinga2 apa kejadah yang Fath cakap ni, dengan relanya boleh la baca post 'host baru la',thanks. Kenapa Jalan Raja Chulan? cos baru episode1 ataupun pilot baru(tak nak ulang lagi reasson-nya).Banyak lagi nama jalan yang gunakan nama tokoh akan kami singkap.So stay tune ok sayang2 semua...

Sebelum ni setakat drive-thru je dekat Jalan Raja Chulan ni, ha..ambik sekarang confirm ingat sampai mati jalan ni.Siapa sangka kan dari tak ingat jalan terus jadi pakar jalan la.Nak tahu kisah disebalik nama jalan Raja Chulan ni?tunggu tayangan nya nanti tau, promise tau.Shooting kali ni agak mencabar,jalan KL kan sibuk sokmo, tebal muka tu pasti (bukan memang tak tahu malu ke?).Kerja beb.Rela ku harungi.

kami ber-5 sudah cukup kuat bikin program dokumentari ni dengan baik.Skrip memang dah siap bikin, standard la kan kalau ditukar disaat akhir, tak perlu migrain or sakit otak melampau.Bincang dan hafal,that's it.

Farah banyak membantu

baget bikin gempak nk tampilkan 2 host gitu...

stand by ..setting2...

Pelbagai rintangan jadi host ni,bukan senang seperti yang kita sangka kan, berlajar3 terus berlajar.Mungkin korang diluar sana ada yang tak tahu,langkah2 sebelum nak interview orang ni, bukan main hulur je mic or main bedal tanya. Preparing dengan ber-meeting tu perlu agar segalanya lancar dan nampak neutral.Yang pakai tudung purple tu Raja Maznah, cicit Raja Chulan.

i tanya u jawab ok..kihkih..

kenalkan host baru nanti..suka tau.

tu dia cucu Raja Chulan

Disaat akhir kami dapat contact number cucu Raja Chulan, beliau tinggal di Taman Melawati, dikala hujan terus pecut kesana untuk dapatkan cerita lebih mendalam lagi, surprise tau.memang best banyak sangat kejutan.Tengah shooting panggilan dari DMO production, Fath selected for Amway corprate video.Happy tak terhingga.Benda tak sengaja mendatangkan rezeki tu tuah namanya.Alhamdulillah tak berputus keatas-NYA.

with si Putih yang tersangat la comel gila!


ni makanan fav Raja Chulan ke?jangan nak terpesong ye..sedap tau bihun sup dekat taman Melawati,dinner3 lepas selesai setakat tu je.

Actually tak sattle lagi shoot di KL, postpone to next day,alangkah bagus masa tu panjang lagi.

P/S: Tadi macam banyak nak ceritakan ,otak letih also stuck dan expired lambat sangat post topik ni.

Friday, June 18, 2010

Rahsia Tarikh Lahir



18/06/2010(Friday)-
14/12/1985 Fath dilahirkan, Ikutkan anggaran doktor Fath sepatutnya keluar ke muka bumi ni 3 minggu kemudiannya ,january 1986, jiwa excited time tu bertungkus lumus nak tengok dunia juga.Tarikh tu Bukan sekadar angka sahaja.Ada makna & maksud tersirat.Mengikut feng shui pun sama,itu kepercayaan cina la.Tapi yang ni lain sikit, 1st time Macam tak berapa percaya tapi ini bukan tilik nasib,cuba u all buat sendiri.pasti korang terkesima sambil tergigit jari.Serious tu la diri u all.Personaliti korang.Tak salah lagi.Mari mengenali diri masing2!simple! just click ni http://www.skpd2010.com/ then akan timbul la sebiji macam kat atas tu..then 3 saat kemudian keluar sebijik macam kat bawah ni pulak...

sila isi apa yang disuruh..then tengok email korang..sila ikut arahan baik2 ok.dapat?!

install then tengok kat destop ,ada tak benda alah macam kat atas ni.

now ikut step Fath ni.

berjaya tak?

sila taip tarik lahir korang then click kat 'fakta tarikh lahir'

contoh..letak tarikh lahir Fath

ini kiraan yang untuk Fath

benar!sungguh benar!!!!

p/s: cuba la kalau nak tahu personaliti u all. ada berani tak?

THE END

Deng Dang & Dong Dang

Macam bertubi2 je orang tanya pasal Deng ni.Seperti dikejar paparazi pun ada..dari kawan2 yang prihatin.Baiklah.Fath inform la.Sorry pada pembaca yang tertanya2 sekian lama.Honestly dah 2 bulan Si Deng Dang & Dong Dang tak bersama lagi.Deng Dang telah dilelong jual, dah ada pemilik baru.Sama juga la keadaan kisah empunya sebenarnya, not in relantionship anymore.Apakah sebabnya?Fath tak tahu & no komen.*please talk to my lawyer, chewwwahwahwah!!!now he's looking for the new 1,i'll happy if he's happy too.it's over, tu je yang boleh Fath cakap.The End.

p/s:Semuanya ada hikmah.ku terima ketentuan ni 100%.

Thursday, June 17, 2010

Tips kekal cantik

gambar contoh
Soalan

1)
Cantik muka ke?@ cantik body ke?@cantik perangai?
2)
Fakta ke auta ni?
3)
cerita je la....

Jawapan

cantiknya.......

-Sekali pandang nak pandang lagi, Apa yang mereka pandang pun tak pasti, Tak kan nak tanya,part mana yang cantik tu?So lebih afdal u all tak payah fokus kan pada 1,tapi semua.trust me.

1) contohnya..muka, Muka kalau bersih,confirm orang tak jemu pandang ,tapi kalau kedekut senyuman,bukan masam lagi dah tu,boleh jadi pahit tak terperi.Cuba berlajar senyum ikhlas walaupun otak dok asyik fikir pelbagai masalah.Tak kisah la tak ada duit ke, di tinggalkan kekasih ke, kena marah ke..keep smiling.Tak rugi sesen pun kalau senyum sekali.serious! secara tak langsung otot2 muka akan tegang & makin lama makin muda.Cuba tau.

2)Ye...memang sangat sweet bila kita apply make-up yang berbagai jenama famous untuk kelihatan berseri2.Sila berlajar cara make-up yang betul sebelum pakai, rajin2 bertanya pada yang cantik pakai make-up.Pakai simple sudah.standard tepek la sun block + foundation + compact powder+ eye liner+ mascara+ blusher + lipstik = natural looks.Lebih selamat beli lah jenama yang pernah dengar,Produk cap ayam tu murah tapi kalau something happen pada kulit muka gebu u all nanti nak claim kat ayam ke?.

3)Kalau rambut dek macam pontianak dah tentu ,mamat yang ngorat tadi tu perli je sebenarnya.Rambut mahkota bagi perempuan,for guys pun sama juga.Pernah tengok kejadian awek jalan2 dalam shopping mall,rambut dia sungguh kemas & terurus. Bila keluar dekat pintu entrance or exit je..ambik!menggerbang terus, ditiup angin bayu dari luar.kalau yang buat rebonding awal2 tu agak selamat la, tapi yang kekalkan rambut ikal @ pun kerinting tu pasti payah sikit if rambut u all kering. So..caranya senang je..ikat rambut tu dengan kemas, pakai clip @ pun pakai lah cap.Pakai tudung terus ayu gila.Tu antara cara kalau nak selamat cepat.Lebih baik u all pergi buat rawatan rambut,secara traditional @pun moden, saloon amat lah terbaik, pergi je mana2 saloon yang gunakan product Loreal pasti selamat.Yang penting buat lah treatment sebulan sekali.

4)Manis nya senyuman dia...guy:'siapa nama awak?',girl:' I...., tetiba terus laki tu bla.why??kenapakah?,1001 soalan tak terjawab. Nampak sangat nafas mulut mu tidak enak.Pernah tengok iklan chewing gum tak?itu lah yang banyak terjadi.Make sure gosok gigi setiap pagi & sebelum tidur.Gosok la betul2 jangan macam koboi style.Lagi cun ,lepas makan je kunyah lah chewing gum, jangan amalkan makan gula2 cos kandungan gula tu.Kurang elok buat gigi putih berseri.Lagi best, cuci lah gigi dekat mana2 klinik gigi.Buang yang kuning2 tu.

5)Langsing nya body artis tu...montoknya body minah tu..pelbagai la pujian & keinginan perempuan ni, Ada yang suka & ada juga yang jealous.I know..cos i pun perempuan.Ada yang tak kisah pasal bentuk badan ni,perut buncit,boyot & pelbagai bukan nya cantik, tapi ada yang beranggapan comel, terpulang pada pendapat & selera masing2.Here, siapa yang mahu langsing sahaja ok. Diet.Apa yang u all faham erti diet ni?kalau tak makan tu dikatakan diet,right?salah ye wahai jelita. Diet tu adalah cara permakanan.So..pilih la diet yang sihat.Sila check piramid makanan.Malaysia ni kaya dengan makanan,atas nafsu & selera tekak u all je.Cara makan pun kena betul.Girls!!jangan ikut cara lelaki makan ok.kita tak sama dengan mereka.Kiraan BMI pun tak sama.

6)Selesa ke berpeluh ni?But it's good bila bersenam.Jaga makan je tak cukup bagus. Di haruskan bersenam, tak kisah la apa jenis senaman pun, jogging or aktiviti kardio paling afdal untuk bakar kalori.Buat hari2 pun tak pe,bukan nya letih tapi bertambah cergas, cuba lah seminggu 3 kali.& tengok hasilnya nanti.

7)Bila dah jaga makan & bersenam, ada 1 lagi mungkin kurang dijaga @ susah nak jaga. Tidur.Berapa jam u all tidur sehari?lena tak?kalau kurang tidur & x lena, effect pada wajah & body tau.Complete kan semua tu then confirm leh cantik, pakai baju apa pun in. Tak payah rungsing takut buruk.

8)wewet!!!mana beli baju ni? nak juga!!!Bangga tetiba betul tak.Pilih la outfit yang sesuai dengan warna kulit,bentuk badan & style u all.Jenis fabrik,warna & fesyen tu penting, jangan lah apa orang pakai u all pun nak pakai,Letakkan identiti sendiri lebih bernas dimata hati.Mata orang kekadang tak berapa tepat.Ambil sebagai pilihan je.Seeloknya pakai lah ikut majlis, u know what i mean kan.Sama juga lah kasut& aksesori.U all bijak bistari buka blog Fath ni ,pasti cerdik buka google kan?so bila ada masa tengok2 la fesyen apa yang sesuai dengan u all, pilih la yang nice & sesuai dengan culture kita ni.

9)Lain kali Fath kongsi tips cantik dalaman pula. If cantik luar je tak cukup complete pun,cantik dalaman tu adalah aura & harus seiring dengan kehidupan seharian.Cantik3.

p/s:make ur life easy ok.

Wednesday, June 16, 2010

Mari berjaya bersama

Casting(standard for casting)

15/06/2010(Tuesday)-Belajar sejarah mahu gak?!. geleng kepala la tu.Sejarah Fath, bagaimana Fath boleh terjebak,ish!bunyi tak bagus la, tukar3, Bagaimana Fath memulakan Career seni dalam industri hiburan ni.Memang cita2 ke?Jauh sekali bukan.Actually kan, kalau u all baca keratan akhbar kosmo pasal Fath on 1st June hari tu, tu lah ceritanya.Kepada yang dah baca ni nak cerita detail sikit. *according cerita Fath yang secara tak sengaja teman member casting then Fath pula yang buat casting & terus dapat tu. Dah la casting TVC terus.lompat habis.

Itulah Production pertama yang Fath hadir & mereka juga lah yang banyak bagi Fath job every year!class u.Thanks to them!suka sangat cara mereka bekerja. sangat profesional.tabik la!DMO Production ni company local.nak tahu pasal DMO Production ni?sila ringan kan tangan click ni http://www.dmo.com.my/index.html nanti kuar la macam bawah ni..


dan korang boleh tengok Fath disini http://www.dmo.com.my/info.html ,Terkesima Fath tengok, terharu,teruja.thanks!



'dan ke-3!,gaya hebat pasti memikat..video full HD kreatif, dan sempurna untuk selamanya!'

p/s:Fath mula dengan zero untuk sampai ke tahap ni, kalau u all berusaha,bersemangat,rajin buat research,bertanya,disiplin & bercita2 ,pasti boleh punya.percaya lah.

Barbican


15/06/2010(Tuesday)-
KL oh KL, tahukah kau yang ku amat merindui mu!lalalalala..bunyi macam 3 tahun tinggal kan hometown.ceh!#kuat rindu banget.Cerita apa pula yang Fath nak kongsi kali ni?si botol atas ni ke?.Baget balik rumah terus mandi,tengok berita & baca n.peper.saling tak tumpah macam wanita 52 tahun.oh!tidak!

tweet tweet berbunyi..dari cousin ku Enya..mahu ke Bukit Bintang(BB) sama abahnya. Dating dengan abah?!gila sporting!no no no silap yek.Abahnya tu 'Nahar' a.k.a kawan kami. Tetiba jiwa bergelora sanggup drive ke sana#hati benci tempat ramai orang.dan3.Timing tepat tak pasal3 mereka depan Chinta ku, parking sama2 segalanya sama2.

Barbican?ke barbie-kan? or b*b*-kan?senang cerita air ni rasa lebih kurang sama itu espirit.tahukah anda?google kalau tidak ngerti ya.maknya(Fath) tak gomar benda alah berkabonat ni, nampak sangat pix bawah ni posing je lebih.oppsss!!

sedap juga.cuba la rasa.

mereka yang order Barbican

tangan sape yang snap pix ni,nervous ye..ahaks!

Aktiviti yang dinantikan...mengurut!!!si Abahnya & Aiza nak bengkung, Fath & Enya urut kaki.Honestly la, buku lali Fath dah bengkak sebulan yang lalu, tapi terlalu busy & tak kisah sangat tu yang macam kronik je bengkaknya.But still boleh jalan catwalk.#wewet!

Muka tahan sakit, si Amoi tu picit jari je lebih, kau pakar ke tak ni?!aduhai..ok la juga dari tak urut langsung.Then balik terus, budak2 nakal ni kalau tak melalak & ketawa besar memang tak sah,#siap orang snap pix kami secara rambang tu standard.harus3.Oh ye!peristiwa2. semasa di traffic light simpang ke Ukay Perdana, Mamat kereta sebelah Chinta asyik usha je.i don't think so at me, tapi kat peneman ku...si bertudung litup comel.Mula2 ingat sama taman la,,,kalau dah 3 selekoh sama je, serumah ke?kau jangan.Tahukah siapa dia yang bertudung tu? Abahnya Nahar!!!!hahaha!!patut la ,selekoh terakhir mamat2 kereta tu bla.kahkah!!!.Penat je Nahar menggelabah call Enya.menggatal nak pakai tudung sangat!Ambik!berpeluh sungguh.hihi..kenangan tak best.Be carefull lain kali ye semua.

p/s:Lama tak spent time dengan kawan2 macam ni,kata bujang.Gunakan masa dengan sebaik mungkin.

coffee-mate (Nota Cinta)








Best jalan cerita Tvc ni...semangat Fath ikuti dari trailer sampai la tunggu sambungan episode 3 pula, kenapa? Si Azmi & Seri tu my friend la.Jeany Amir & Kamal Rezuan .they are so nice!!!last monday i suppose to lepak2 dengan diorng tapi i kat Perak tengah shoot 'disebalik nama Jalan', next time la kan.miss them much!

Nak kenal siapa mereka/ just visit facebook diorang ok! to meet Seri click here http://www.facebook.com/profile.php?id=1456685070#!/jeany.amir?ref=ts to meet Azmi click here http://www.facebook.com/profile.php?id=1456685070#!/profile.php?id=698628372&ref=ts

Tuesday, June 15, 2010

TV Host baru la

muka tahan panas & letih

12/06/2010(saturday)- Angka 12 ni macam keramat je...just keep it in mind ok,dear. Cerita3.Today is the day!start la minah ni bekerja sebagai pembebel dijalanan..atau lebih class di panggil..hosting.#sila baca post lepas if terlupa @mamai lalat.Segalanya pantas on Thursday lalui casting & saturday terus mula lalui jalan2 menuju ke Perak(lokasi pertama).

Soalan

1) Apa tu 'Disebalik Nama Jalan'???
2) Jalan je ke??tak berlari ke?merangkak ke?
3) pilot? juruterbang ke?

Jawapan

Terima kasih pada yang bertanya tu ye..(sendiri taip), Fath di selected to be host untuk new dokumentari program for RTM, diberi nama...'Disebalik Nama Jalan', Untuk semua jalan ke?ish3,baik nama jalan rumah ku. Rancangan ini hanya menyingkap nama2 tokoh yang telah diabadikan pada jalan2 utama dalam Malaysia ni.

Fath sebagai host akan pergi kesemua nama2 jalan yang terpilih & secara tak langsung mengkaji juga sejarah tokoh2. Apa sahaja yang kena mengena rumah tokoh tu ke, cucu cicit ke, makam ke..Fath harus ada.Lebih kepada jalan2 cari jalan.class gitu.muka signboard.13 episode kesemuanya.Travel 1 Malaysia!

kalau aku jadi juruterbang cam ner nak tengok nama jalan? pilot bermaksud sebagai pengenalan sesuatu program. For pilot jalan pertama ialah jalan Raja Chulan. Apa kena mengena pula ngada2 ke perak? babab kang!kata kita ngada2. Jalan Raja Chulan ada 3 di Malaysia ni. 1-di KL, 2-di Kuala Kangsar 3-di Sabak Bernam. Kami start di Perak dulu, fakta sejarah banyak disana. so..akan continue di KL & Sabak Bernam on 19 & 20th,june ni.* tunggu post for that nanti ok.

Layan la antara gambar yang sempat Fath snap dibawah ni.

1st day...

negeri Perak antara negeri tadahan hujan di Malaysia..jalan raya always basah.

Bertolak dari KL jam 9am,bersama2 dengan Director & crew2, singgah breakfast di hentian Rawang. Sambil tengok2 permandangan, ni ha!baca skrip.

skrip


Highway jem cos school holiday+ weekend, so lembab la kami sampai di hentian Ipoh, sampai zon perak je hujan memanjang..sabar je la.


bila hujan je singgah minum..

setting baik punya..

aktiviti malam kami di Taiping..

Hari pertama belum start membebel lagi, crew2 & director record permandangan & jalan2 berkaitan je..

2nd day...


chalet paling cantik, KamaLodge! di Taiping! tapi full..dok la hotel lain..

Terbaik!ini chalet!u all google la.Terkesima Fath,depan chalet ada tempat tunggang kuda & pelbagai.so link nya dekat sekitar zoo Taiping & Bukit Larut@ Maxwell Hill.Memang mencabar naik keatas puncak,tapi kami naik pajero la, tak mahal pun RM6 sekepala naik & turun.

mula membebel di puncak bukit Larut,Taiping.

nampak tak itu Bandar Taiping..

Pajero akan menghantar penumpang di paras 10km je. Lebih kurang 1035m dari paras laut.mahu naik sampai ke paling tinggi??setinggi 13km.jalan kaki la..boleh je kalau kaki u all mampu.Diatas ni la Fath mula hosting..berbelang kaki ku..

ditengah2 Bnadar Taiping

sape yang nak shoot ni?

Distesen Keretapi Taiping

Banyak lagi tempat yang kami singgah.antaranya...muzium Taiping,bangunan lama di Taiping..tapi pix tak ada la pula...

3rd day...
Galeri Sultan Azlan Shah!Superb!

Memang superb!u all datang sendiri & tengok segalanya ada!tapi mengenai sejarah sultan2 Perak la.Paling menariknya Taming Sari sedang dipamerkan sampai 18hb ni..*kalau dapat snap kan best.

Burger ke ni???

Ini lah Apam Masam

rasanya sama macam apam yang comel2 & warna warni di sertakan dengan kelapa tu yang jual kat kedai tu*cuba nak ingatkan, kenalkan?!good!


muka nak pulang ke hometown.


Banyak lagi tempat yang kami pergi tapi sayang tiada sape yang snap pix Fath semasa hosting tepi jalan...kelakar! standard la orang dok hon, say 'hai' & pelbagai..awak pula kena sengih sorang2.Itu la kerja ku!

Sepatutnya kami terus ke Sabak bernam then KL , memandangkan ada gangguan , cuaca hujan membataskan kami, so postpone to next week...But i'm so enjoy with this job walaupun letih sangat.This is my dream,jadi host sambil travel!Alhamdulillah tidak terhingga.

p/s: Nantikan post sambungan kisah semasa shooting for pilot ni lagi ok.thanks kerana sudi membaca.

Friday, June 11, 2010

TV HOST -casting

muka TV HOST kah ini?

10/06/2010(Thursday)-Hello3 everybody!happy day is today.nape pula ni?entah.rasa fallin' in love! betul!!!dengan sape yek?!hihi..seganya nak bagi tahu...nama dia...dia...dong dang ke?honey bee?chinta?hihihi....tak ada sesiapa pun.hahah!tapi rasa betul2 fallin' in love.mungkin sebab makan cukup.tidur cukup,hati senang...walaupun banyak benda kena bayar,kihkih. Punya la ulang2 lagu 'adinda' sampai la tidur.Today Fath hadirkan diri untuk casting for TV Host-RTM di Shah Alam. Baru je semalam e-mail portfolio pada producer, dengan pantas ,5 minit kemudian producer call.Alhamdulillah di panggil untuk audition.

Segalanya berjalan dengan baik, sampai tak dapat hadir casting for TVC di Damansara.haiyo!!!! jalan KL memang jem after office hour everywhere ok., and some more ada sebab tertentu juga. so..cancel untuk hadir casting TVC.Tak ada rezeki disitu.1 jam stuck on da road. terus ke Gombak ketemu Nahar dan Enya, sepatutnya si pak cik Nikman ada tapi tak jadi last minute.it's ok, no prob. Next time la ye.Dinner time!!!pada masa yang sama...producer call...i'm selected!!!to be host!!for 'Persimpangan...di Sebalik nama jalan'-RTM.-Sambil jerit2 comel sama Abahnya Nahar.Alhamdulillah!!terima kasih kepada mama&ayah, saudara mara,kawan2 dan para kenalan ku, dengan doa dan sokongan mereka la, Fath bertambah semangat untuk berusaha dan sentiasa berusaha.#youKnowICanDoIt.

dinner di OLdTown

p/s:Alhamdulillah rezeki ku untuk hosting pula, tu antara target Fath tahun ni.Nanti kan post hosting Fath nanti ya.