Monday, March 30, 2009

pencuri!!



29/03/2009(sunday)-Hari yang agak blur dan teruk.Bangun pagi macam biasa untuk ke kantor..drive pun macam biasa..But that was something happened when im parking my car..gosh!!i didn't see the divider in front of it.damn!!scratched.eewww....my fault.i'm mad of myself but just for a while than everthing gonna be ok.

Petang dalam jam 4.40 pm.satu kejadian berlaku yang tidak diingini.Andrew,he's my showroom-mate.Dia keluar pergi cari makan untuk seketika seperti biasa dia akan tinggalkan laptop dia di meja counter.Tiba-tiba ada seorang customer lelaki berbangsa cina memasuki showroom dimasa Fath sibuk membuat kerja bersama computer company.Pada mulanya Fath hanya membiarkan sahaja lelaki cina itu untuk melihat sekeliling.Kemudian dia memanggil untuk menanyakan sesuatu tentang barang display.Of course i do my job to serve him than i explain everything about the item was his asking for.i really don't know what's going on at the same time.he stole Andrew's laptop!!oh..no!!!i didn't see anything!! Semuanya berlaku dengan pantas dan dapat disedari setelah Andrew pulang.I'm panic!!so panic!!terus Fath talifon Security , they came after 5 minute .Agak kecoh dan Fath cerita apa yang berlaku coz Fath memang cam sangat lelaki itu dan Fath sempat perasan ada seseorang lagi dimana dia berdiri seperti mahu dan tidak untuk memasuki showroom semasa Fath hendak pergi ke customer tadi.Tetapi pada masa itu lelaki didepan pintu tersebut tidak pula masuk dan Fath hanya membiarkan sahaja.Lelaki yang Fath abaikan itu lah yang mencuri dan dia rakan sepakat customer tersebut.Segalanya terjawab apabila fath lihat rakaman di bilik kawalan cctv.Buat security report dan police report.

Kesian Andrew.Im so sorry because of it and that's not my fault.Andrew memang tabah.Company pun baik untuk membelikan laptop terlebih dahulu untuk dia dan perlu dibayar semula secara ansuran.kira ok kan.Perlu berwaspada selepas ini.

Sunday, March 29, 2009

i am crazy in love with Fashion!!!!


Fashion!!!fashion!!!fashion!!!Fesyen merupakan sesuatu yang perlu kita kendali dan fahami setiap hari..Termasuklah orang disekeliling dimana ada yang tidak peduli tentang pakaian mereka..itu adalah hak masing-masing.Padahal pemilihan pakaian setiap pagi adalah menunjukkan perasaan ataupun mood seseorang.

Fesyen juga merupakan keadaan minda seseorang. Ia boleh mengekspreskan emosi kita secara tidak langsung sebenarnya.Fesyen boleh dibunyikan dan ia boleh difahamkan dalam pelbagai cara 'literally' iaitu dalam bisikan,suatu jeritan yang kuat ataupun suatu senyuman.Kebanyakan fesyen sekarang berkenaan keselesaan seseorang dalam menghadirkan diri dalam public.Warna juga memainkan peranan yang penting sehingga ia boleh mengubah mood seseorang serta dapat mengawal mood itu dilain persepsinya.

Fesyen dianggap sebagai suatu cara pengucapan imej diri, yang membenarkan kita memainkan banyak peranandalam kehidupan kita.seperti dalam pekerjaaan.Identiti seseorang mengikut fesyen/pakaian seseorang.Pengantin memakai pakaian (dress) yang panjang yang bewarna putih mahupun yang traditional dimana,murid pula memakai baju seragam dan sama juga yang sebagainya.Semuanya dapat mengambarkan dengan tersendiri.






Termasuk juga Fath.Fath amat mementingkan fesyen sejak jatuh cinta pada fesyen.Entah bila sebenarnya tetapi itu la hakikatnya dimana Fesyen ini telah mengubah,mengawal,memberi inspirasi keatas Fath.Perasaan ingin nampak cantik,bergaya,dilihat dan semangat diri banyak mempengaruhi perempuan.Dari hujung rambut hingga kehujung kaki.

Fesyen yang terdiri dengan pelbagai cabang,pelbagai erti dan pelbagai sebab.Ia mempunyai cerita yang tersendiri.Pengetahuan ini perlu difahami sendiri atas dasar minat dan ingin tahu bergantung pada individu.Peredaran semasa serta banyak mempengaruhi fesyen.Lihat sahaja sekarang ini.Fesyen yang terdahulu dari kita telah datang semula menguasai minda,perniagaan,minat dan sejarahnya yang tersendiri.Sememangnya jiwa manusia akan terikut mahupun terlibat akan peredaraan yang Fath maksudkan ini.Tetapi tidak bermakna semua orang boleh mengikutinya mahupun sesuai akan ia.Maka ia juga berkait rapat atas diri sendiri bagaimana memadan kan ia ataupun mengenali diri sama ada ia sesuai mahupun tidak.




Fikiran juga harus lebih terbuka untuk menerima fesyen yang Fath maksudkan.Jangan biarkan otak kita didalam kotak yang sama.Keluar dari kotak adalah lebih baik.Jangan mudah terikut dengan apa yang ada didepan mata dan apa yang tersedia ada.Tapi perlu ingat jangan pula biarkan diri menjadi mangsa fesyen pula.


Antara ciri seorang mangsa fesyen ialah kerakusannya untuk mencuba dan menggayakan segala jenis fesyen terkini tetapi pada akhirnya diri mereka masih lagi kelihatan seperti sebuah kapal korek. Sebagai contoh, kita tertarik dengan rekaan fesyen terkini rekaan seorang pereka fesyen terkenal seantero benua seperti Giorgio Armani yang digayakan dalam sebuah majalah fesyen tempatan. Sebaik sahaja kita menggayakan fesyen yang sama kita kelihatan seperti seorang pesakit kronik di wad jiwa.Gila.

Salah satu lagi ialah apabila apabila kita meniru gaya atau fesyen seorang selebriti yang sememangnya menarik dipandang tetapi apabila kita memakainya atau menggayakan fesyen tersebut kita kelihatan tak lain tak bukan seperti tong sampah. Sebagai contoh, sewaktu David Beckham menggayakan rambut ala Mohican satu masa dahulu ramai pengikut setianya turut menggayakan fesyen yang sama. Malangnya, satu demi satu daripada mereka dimaki hamun dan digelakkan orang selama 7 keturunan. Agaknya, kerana malu peminatnya ditertawakan dek orang, Beckham menukar fesyen rambutnya setelah hanya 2 minggu bergaya dengan ala Mohican.



Fath mempunyai pengalaman dimana ada umat manusia ni dia terlalu obses dengan jenama terkenal dan mahal.Kalau dia mampu tidak mengapa tetapi dia sanggup menghabis kan duit kerana hanya sehelai baju yang berharga rm300 sehelai.Pada hakikatnya rekaannya bagus tetapi warna baju tersebut tidak lah menarik mana hanya kerana jenama sahaja.Apa yang lebih teruk lagi Fath sebenarnya sudah mempunyai sehelai baju seakan serupa dengannya tetapi warnanya lebih menarik.fabriknya adalah serupa sekali.Mahu tidak terkejut beruk kawan Fath tu apabila Fath hanya menghabiskan sebanyak rm38 sahaja untuk baju tersebut.Walaupun ia tidak berjenama tapi ia amat cantik bagi Fath dan bagi setiap mata yang memandang.




Jadi, elakkan daripada membazirkan duit untuk membeli pakaian berjenama yang mahal, tetapi sebaliknya gunakanlah duit tersebut untuk membelanja rakan rakan anda di kedai kopi, atau belanjakan duit tersebut ke arah membeli barang barang yang berfaedah.Adalah lebih baik membuat bancian terlebih dahulu sebelum membeli.Beli lah mengikut kemampuan.Supaya tidak menyesal dikemudian hari.
Selain dari itu, seorang yang obses dengan fesyen juga akan membeli pelbagai jenis majalah fesyen untuk memenuhkan almari bukunya. Kononnya, mereka mengikut perkembangan terkini semasa dalam dunia fesyen. Yang peliknya, setelah sekali diimbas, majalah tersebut tidak akan dibuka lagi buat selama lamanya. Jika tak percaya, cuba buka majalah majalah tersebut apabila anda berada di rumah rakan anda. Anda akan perasan isi majalah tersebut seperti ‘melekat’ dengan mukasurat lain kerana sudah berkurun tak dibuka.

majalah-majalah seperti itu haruslah dijadikan rujukan kamu sahaja untuk pengetahuan mengenai fesyen.

Ingat, jangan biarkan diri anda menjadi mangsa fesyen. Caranya mudah. Jadilah diri anda sendiri. Jangan jadi orang lain.

fesyen merupakan suatu bahasa yang dapat menceritakan perasaan seseorang yang memakaikan pakaian itu,bakat kata perpatah "pakaian mencipta suatu cara komunikasi yang tidak perlu menggunakan perkataan tetapi ia tetap boleh difahami oleh orang lain.

Kesimpulannya fesyen menggambar identiti seseorang.Kita yang mencorakkan,mempelbagaikan dan mengayakan ia.Oleh itu adakan identiti sendiri bagi mengambarkan diri kita sendiri.Fath telah memperolehinya.

semua gambar ini dipilih ,untuk melihat dengan lebih lagi sila click di 'must click' .Anda mesti teruja.go fashion go!!!

Saturday, March 28, 2009

Turn Off The Light!!


Seperti mana yang kita tahu bahawasa nya dan sewajarnya kita harus menunjukkan keperihatinan kita terhadap persekitaran kita.Terutamanya bumi yang kita pijak dan yang kita duduki ini.Tahukah anda berapakah umur bumi?Berapa lama lagi ia boleh bertahan?Hari jumaat adalah hari kiamat,tapi jumaat bila?Semua tidak pasti lagi walaupun makin diketahui kehadiran itu.Alangkah bagus apabila semua orang memberi komitmen yang hanya sekecil kuman mungkin.Maksud Fath adalah hanya menutup lampu selama sejam dari pukul 8.30 pm-9.30 pm pada 28/03/2009 iaitu hari ini sahaja.Bukan kah ia senang?Tetapi masih ada yang enggan memberi komitmen tersebut hanya kerana beberapa faktor yang dianggap remeh dan tidak memberi makna bagi mereka.Adakah anda tahu dengan adanya sokongan anda seorang boleh menambah kan kuantiti sokongan yang positif penduduk bumi bagi mengurangkan kepanasan bumi ini.Malahan ia langsung tidak memberi kerugian pada anda.Terharu apabila stesen tv.radio dan seumpama dengan nya memberi sokongan mereka bagi menutupkan seketika rancangan mereka selama sejam.Ia adalah amat positif dan berbaloi sebenarnya.'Selfish' adalah gelaran yang sesuai kepada yang tidak ambil kisah.

Tetapi harus diingatkan perlulah berhati-hati dimasa itu kerana mungkin ada yang mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah dikala gelap.Pertama kali Fath mendengar seruan untuk kempen ini Fath semangat sangat untuk turut serta kerana ia dikira seperti kerja amal.Walaupun tidak dapat membantu dengan menghulurkan bantuan seperti menjayakan lagi kempen atau seumpama dengan nya,hanya menutup lampu pun dikira sudah bagus.

Buka hati anda untuk menolong bumi,tidak ada maknanya jikalau mata melihat kempen ini di tv dan telinga dengar di dalam radio tetapi tidak jayakannya.Tak mati pun tutup lampu sejam.talifon,kereta,dan sebagainya masih berfungsi.

Fikir-fikirkan lah.Dimana sumbangan anda?Sayangi lah bumi yang telah uzur ini.peace!!

Wednesday, March 25, 2009

Cadbury Chocolate with mixed nuts


Love chocolate so much!!Damn..i can't make up my mind without it.You would understand if you love too. Tahu tak,
coklat adalah sumber sejenis bahan anti pengoksidan cetechin yang serupa dengan teh. Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan doktor Belanda mendapati coklat itu sebenarnya adalah bahan perasa asli seperti teh mengandungi kompaun yang mampu melindungi kimia dalam tubuh daripada membinasakan sel-sel kita. Kebaikan coklat pula ialah sebagai bahan anti pengoksidan yang berkesan. Kandungan anti pengoksidan tersebut dalam coklat adalah empat kali ganda banyaknya berbanding kandungannya di dalam teh.

Chocolate juga kaya dengan cocoa solids are now regarded as having the qualities that are beneficial to health. Cocoa is an excellent source of Polyphenols of the flavanol group. Percaya atau tidak la kan..Polyphenols are very good antioxidants that destroys free radicals in a body. Free radicals are dangerous to a human body and can cause some serious diseases like cancer and heart diseases. Apa lagi mari makan coklat!!

Tiba-tiba nak bercerita tentang coklat ni kenapa ya..Semalam sengaja minta Hafiz a.k.a staff in Homes treasures Mid Valley belanja coklat..hihi..sengaja nak menguji..staff baru kan..tak sangka dia datang bertandang petang semalam juga bersama Farhana a.k.a ex-staff dengan membawa coklat cadbury mixed nuts.Masa itu Fath di gym workout together with 'him' haha...Pagi tadi baru tahu Fath dapat coklat.Happy and felt so glad when i'm starting breakfast with that's.yummy...

Kenyang makan coklat lupa nak lunch.gotta go...

Monday, March 23, 2009

Miss u D'Leh...


D'Leh & me

Dimanakah ia?sihat kah dia?sudah makan kah dia?hidup lagi kah dia?D'Leh..'mamie' rindu sangat.Bermula disebalik semak pokok pandan di belakang rumah.D'Leh yang masih kecil dimasa itu masih takut-takut dengan kami.Dia yang datang tiba-tiba dibelakang rumah mungkin dibuang orang ataupun sesat..Dia yang bersuara perlahan dan lembut membuat Fath suka padanya..Tetap mencuba untuk memujuk nya untuk berjinak untuk diberi makan.Kesian dia lapar.Tidak semua ikan dia mahu makan.Tiap-tiap hari diberi makan sehingga dia hampir jinak dengan kami sekeluarga.Semakin berani dia masuk kedalam rumah dan semakin lama dia mula manja tetapi masih takut untuk diangkat dan dipeluk.Perlahan-lahan kami belaikan dia sehingga dia mula tidur didalam rumah..Dia yang kecil dan kurus badannya tetap cantik dengan bulunya yang bersih dan bersinar..pandai dia menjaga kebersihan dirinya sendiri.

Bulan demi bulan berlalu sehingga kan kami tidak menyedari pembesaran dan peningkatan umur dia.Dia yang semakin manja sehingga mempunyai tabiat gemar didukung diatas bahu kami.Dia memang manja.Bukan senang-senang Fath beri nama pada kucing peliharaan.mengikut kebiasaannya Fath yang akan bagi nama setiap kucing yang ada didalam rumah.D'Leh diberi nama atas kerana Fath suka akan hero didalam filem 10 000bc.Oleh kerana Fath yang mula membela kucing di dalam rumah semasa umur 6 tahun lagi.Degil sangat dimasa itu walaupun dilarang membela kucing kerana Fath masih bersekolah.Lama kelamaan keluarga akur dengan kemahuan ,minat dan sayang Fath pada makhluk ini.Fath yang sudah biasa hidup bersama kucing hingga kini tetap tidak boleh dipisahkan.Ciuman adalah biasa bagi Fath untuk diberi pada kucing setiap hari sebagai tanda sayang selain diberi makan dan penjagaan rapi buat mereka.

Berganti kucing dari satu generasi ke generasi yang berlainan.Ada yang sakit dan mati, ada yang diambil orang,ada yang diberi kepada orang kerana terlalu banyak sehingga pernah mencecah sebanyak 20 ekor kucing.Ada juga yang dilanggar orang.Semua itu adalah ketentuan dari-Nya.Berlainan kali ini..kerana sayang pada D'Leh amat berlainan sekali.setiap kali Fath bangun pagi dia akan tidur dan Fath akan menjerit "D'Leh bangun!!" dan dia akan bangun sambil mengeliatkan badannya..comel sangat..dia juga akan ikut Fath keluar rumah untuk pergi kerja.Kadang-kadang ayah akan bawa dia sekali kedalam kereta sengaja dibawa jalan.D'Leh tenang sahaja.Apabila malam Fath pulang dia akan sambut Fath didepan pintu dengan suaranya yang manja meminta makan.Terus kami ke dapur.D'Leh memang tidak memakan nasi maka ikan sahaja santapan dia..Tiap kali Fath didepan computer dia akan datang untuk diriba dan dibelai..Dahulu semasa dia kecil gemar nya dia tidur bersama Fath tapi tidak pula apabila dewasa.

Kerata baru sampai rumah kami semua gembira.malam itu adalah kali terakhir melihat D'Leh.dan sempat cium dia juga.Tidak sangka itu adalah malam terakhir.Mata dia yang tenang menteteramkan Fath selama ini tiada lagi untuk mengadu sedih padanya.Hampir seminggu berlalu.Kata 'si dia' ini ada hikmahnya.Mungkin Fath perlu beri perhatian lebih pada kereta pula.Sebagai pengganti D'Leh.D'Leh belum pernah temani Fath memandu kereta baru itu.Fath terima ketentuan ini tetapi kadang kala tidak tahan sebak apabila terkenangkan D'Leh.menaip cerita ini pun masih berlinangkan air mata.Tahan supaya ia tidak jatuh walaupun ia menitis sedikit.

Ini sahaja gambar yang Fath ada sebagai kenangan bersama D'Leh.Comel kan?kecil lagi dia masa ini.Rindu dan Sayang sangat D'Leh.

brochure

Siti Fathiyah

Fath baru dapat risalah ni...bukan ambil dekat outlet Emas Sri Pinang tapi Mak(keluarga angkat) yang bagi..semalam lepas balik kerja terus pergi rumah abah ada birthday Party utk mak..Mereka inform pun dah pukul 7 malam..Fath sayang kan mereka Fath akan tetap pergi walaupun sebenarnya datang lewat so..tak dapat la bergambar...Kali ni Fath tak berapa kecoh sebab mood kurang ok disebab kehilangan kucing kesayangan Fath D'Leh+penat+mengantok...Yang pasti bahagia kan.Sebelum pulang bawa Shadiya dan mama nya jalan ke rumah mereka dalam taman tu juga..hihi..than hantar mereka pulang dan pulang la Fath ke rumah...Tak ada apa nak diceritakan disini...jiwa kosong...hanya nak bagi tahu pasal brochure ni je ia boleh di dapati di semua outlet Emas Sri Pinang.

Saturday, March 21, 2009

Pesta Belon Panas


Masa di isi dengan baik sekali hari ini...Dimulakan dengan bangun dari tidur seawal 9 pagi waktu Malaysia..hihi...mengantok lagi sebenarnya tapi janji harus dikotakan..Janji mahu sarapan pagi bersama-sama Enya,Engku,Shirley dan Ana..sebelum tunai kan janji tu Fath basuh kereta sendiri..haha..baget rajin la..padahal adik yang tolong sekali..bukan apa kereta terkena tahi burung semalam parking dekat bawah pokok..waktu petang dibangsar sudah macam taman burung..tu kereta jadi mangsa pembuangan kumbahan bagi haiwan tersebut.

Berbalik cerita pasal hari ni..Selepas selesai basuh kereta terus bersiap jemput Engku dan yang lain-lain di Uniten..sarapan di Kopitiam Bangi,ayah pun turut serta bersama suriaty bercerita tentang insurans takaful yang di niagakan..Selesai je..pulang la..masing2 ada hal..Engku dapat merasa drive kereta Fath hari ini..komen yang sama Fath dengar.kereta Fath tak berapa pick-up lagi -lagi naik bukit..mana tak nya 660cc je..

Setiba di rumah rehat dan tidur kejap penat semalam tak reda lagi..dalam jam 4.30 petang kami sekeluarga gerak ke Persint 2, Putrajaya dengan menaiki 2 kereta..Nak saksi Pesta Belon Panas..
Tension pula jem di jalan masuk utama..dari masjid sampai bangunan Kastam Diraja Malaysia memang gerak macam semut..parking pula masih tidak kelihatan selepas 1/2 jam cari,baru jumpa bantai je.

ha...tengok la ramai yang teramat..macam pergi tengok konsert padahal nak tengok Belon Panas sahaja.Apa yang lebih menarik ramai pengunjung memeriahkan lagi suasana dengan bermain layang-layang dan bersepah photographer persendirian datang dengan camera masing-masing.



Tak dapat la nak bergambar dekat dengan belon-belon tu..janji nampak depan mata.


Ni antara belon yang diterbangkan..bermacam-macam bentuk..dari pelbagai negara termasuk dari Malaysia..
Belon warna Pink pun ada..

Tekak punya la haus..cari gerai jual air..tiba-tiba ada suara yang menyebut nama Fath..rupanya kawan semasa berlajar dekat IKN dulu walaupun dia bukan la student disitu....3 tahun tak jumpa Zul ni..padahal Zul ikut je perkembangan Fath dalam facebook..Thanks Zul.

Ingat kan nak stay sampai kul 8 malam nak tengok belon-belon ni berlampu mengikut rentak lagu tapi tak kesampaian letih nak simpan tenaga untuk esok pula..hadap lagi jalan yang jem semasa on the way pulang..esok ada kelas lakonan Yusmanja yang bikin dan ajak Fath turut serta.Fath akan pergi esok yang bermula jam 9 pagi..awal-awal lagi Fath dah minta kebenaran sekadar mencuba sahaja dan mahu pulang awal..sebab nak workout di gym dan kerja sampai malam..sambung pula nanti ada dinner yang tertangguh semalam..penuhkan hari-hari dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah..nite!

Friday, March 20, 2009

Business Card (3)




Baru je dapat kad ni tadi...Banyak pula card business fath..company yang bagi ada guna nya..kalau diperhatikan betul-betul card tu..tak ada alamat dan no talifon..maaf ya..Fath sengaja padam kan sebab disini untuk kongsi cerita je..bukan untuk dedahkan maklumat rasmi.

Kalau terjumpa Fath dimana-mana tu tidak mengapa tapi bukan untuk dicari.Nanti hidup tak ada privacy.

Wednesday, March 18, 2009

car!!!!



Ni la kereta baru Fath.Baru dapat beli kereta.Kereta apa?viva.warna putih.my fav colour.Apa kereta pun Fath akan pilih putih juga.Ramai tanya kenapa Fath tak ambil myvi ke swift ke..kalau ikutkan Fath nak je BMW. Baru best.Beli ikut kemampuan ok.Fath tak terfikir pun nak beli kereta,ayah yang sudah buat kaji selidik terlebih dahulu dan galak kan Fath beli cepat.gawat tak gawat.Memandangkan Fath memang perlukan kenderaan sendiri untuk kemudahan harian.

Ada faktor lain,Fath sudah ada lesen haruslah ada kereta kan..kerja modelling memang perlukan comitment yang 'selalu bersedia ',selain tu serba sedikit Fath dah meringan beban orang-orang sekeliling Fath yang banyak menolong Fath selama ini.Fath akan tunaikan janji pada 'si dia' datang ambil bawa sarapan pagi bersama paling koman pun seminggu sekali.Pada Enya and the geng bawa jalan.Engku pun sama lepak minum nanti.Keluarga Abah nantikan ketibaan Fath ke rumah nanti k.Kak Ton dan Huriyyah tunggu Fath datang teman dirumah nanti ok.Mereka ini yang excited lebih dari Fath..Fath biasa je sebab Fath bukan bagus mana bawa kereta pun Masih lesen P lagi..dan punya la malas nak drive sebenarnya..Apa pun terima kasih pada semua yang bagi support dan selalu mengingat kan Fath mengenai keselamatan,Kepada Kak Yati Thanks a lot!!love u, sis forever!!!!

Fath baru je balik dari belanja family makan malam ni.Sudah semestinya sebagai tanda terima kasih.Masa dapat lesen dulu siap bawa holiday di Melaka kali ni dinner pun jadi la kan.Lepas ni Fath kena rajin pergi warehouse di Puchong check stock untuk showroom.Manager sudah bagi tahu awal-awal.

Malam ni baru Fath dapat rasa bawa kereta sendiri..tapi ayah sudah rasmikan terdahulu petang tadi.Sebab kereta sampai depan rumah semasa Fath tengah kerja.So segalanya ayah yang uruskan.Fath percaya pada ayah yang pakar mengenai kenderaan ni maklum la ex-teacher in engineering.Pasal enjin memang ayah la rujukan Fath.Untuk aksesori kereta banyak je nak tambah..kayuh pelahan-lahan..ikut kemampuan..

Buat masa ini..itu sahaja cerita nya..Sudah mengantok mahu tidur.esok nak bangun pagi mahu pergi gym,explore kereta ni dan kerja.nite!!

Friday, March 13, 2009

Berinai....

12/03/2009- Angka '12' setiap bulan yang bermakna buat 'kami' sempena ulang bulan 'kami' ,kebiasan kami akan mengingati untuk mengucapkannya..kali ini adalah yang ke-6,baru sahaja..tapi dirasakan seperti sudah 6 tahun pula..Hari ini Fath seperti hari-hari biasa, kerja dan workout di gym...berjumpa Deng di gym selepas sejam Fath workout..Deng yang hadir dengan tersenyum-senyum dari jauh menarik perhatian Fath..1 gym tahu perihal kami...selesai aktiviti disitu Fath turun terlebih dahulu untuk membelek majalah-majalah di MPH sementara tunggu Deng habiskan workout nya. Sesudah itu berjalan seiring untuk menemani nya makan malam kemudian baru Fath teringat bahawa Fath ada appointment dengan 'pengantin'!! lupa yang teramat.Terus menalifon adik untuk menangguhkan sedikit masa dari jam 10 ke jam 11 malam.Kerana Fath masih di Bangsar lagi.Ikan cencaru bakar santapan Deng malam ini..Kemudian gerak hantar Fath di Salak Selatan's station..setiba di KTM Kajang's station seperti biasa ayah menjemput Fath terus kerumah dan Fath pula yang memandu ke rumah pengantin yang terletak di seksyen 1 bangi.Fath ditemani oleh mama dan Nisah.Tibaan kami disambut dengan baik dan tepat jam 11 malam seperti yang dijanjikan..mulakan dengan baik sekali..2 Pengantin yang merupakan kawan kepada buah hati adik Fath ini jadi mangsa seni tangan Fath..kakak dan adik melangsungkan majlis bersama..so..sweet..cantik pengantinnya..


Kusyuk dan leka melukis corak ditangan dan kaki kedua-dua pengantin ini dengan penuh kesabaran sehingga tidak menyedari jam menunjukkan hampir 3 pagi..Selesai kami beransur pulang..mengantok tapi gembira dapat melakar hasil seni seperti menginai ini..best sebab Fath tahu dan pernah buat sebelum ini..semasa kakak bertunang dan kahwin memang menggunakan perkhidmatan Fath.Dan semasa menuntut di Institut Kraf Negara lagi Fath and the 6 notty gurl memang buat business ni semasa majlis konvo 2006.Pengalaman memang ada. so...sesiapa mahu berinai boleh contact Fath ye..tak mahal pun...haha..

Thursday, March 12, 2009

On Wanita's Magazine ,march 2009

Siti Fathiyah


Nampak nya bukan sahaja anda boleh lihat Fath di Outlet Emas Sri Pinang di seluruh Malaysia, malah boleh lihat Fath di tv iaitu iklan di tv3, dan juga terkini di dalam majalah wanita keluaran march 2009.

Ini adalah keratannya..dimuka surat yang terakhir sekali.Kebetulan kawan yang memperolehi majalah ini kalau tidak Fath tidak tahu rasanya.Kepada supporter fath..ini adalah yang terkini buat masa ini..Kepada yang baru baca artikel ni mesti ingat Fath baget glamour kan..bukan itu sebenarnya yang pasti Fath dalam modelling ni adalah atas dasar minat dan bakat. serta Fath mempunyai penyokong-penyokong Fath yang tersendiri dikalangan yang mengenali Fath.Thanks!

Fath akan usahakan sehingga ditangga yang memuaskan.InsyaAllah..

Wednesday, March 11, 2009

One Nation Emcees





Kenapa pula pasal diorang pula dekat sini?Saja nak kongsi cerita..Fath bukan la peminat muzik hip-hop ni...tetapi wujudnya kreativiti diorang buat Fath terpegun..sebenarnya baru lepas chat dengan salah seorang ahli mereka ni..Kozae.Kami yang lebih gemar bercerita perihal muzik,seni dan perkembangan masing-masing terutama networking...Para peminat jangan marah ya..dia sudah berpunya dah pun..hihi..siapa?sssshhhh..that's a secret that i'm can't tell,xoxo...

Mereka ni dah pun keluar single baru 'gila gelek'..yang itu cari sendiri.macam-macam...saja nak korang layan the best perfomance dari mereka ni..selain mereka ada' insan seni' ni yang paling fath support sangat-sangat..siapa?ssshhhh...secret too.tidak boleh diceritakan di sini..siang nanti Fath ada cerita nak dikongsi bersama,terutama pada para supporter Fath dalam modelling...apakah ia?tunggu ya...

Tuesday, March 10, 2009

Non-stop






Hari-hari hampir lalui perkara yang sama iaitu aktiviti orang yang bekerja makan gaji. Macam mana?Hampir keseluruhan rutinnya sama cuma bezanya dengan siapa yang kita bertemu saban hari,dengan siapa kita berinteraksi,siapa yang kita lihat dan sebagainya...Adakah anda pernah mengira berapa ramai orang yang kita ketemu dalam satu hari?walaupun orang itu kita tidak mengenalinya.Mungkin orang itu terlihat kamu sahaja,atau sebaliknya..Apa pula anda rasa apabila ada yang melihat kita tidak kira jauh ataupun dekat,lagi-lagi kita diperhatikan sebenarnya...Perasan?malu?tak rasa apa-apa?sudah biasa?itu sendiri jawab.

Kenapa topik ini?Ia adalah melibatkan seharian kita yang sudah dianggap biasa ataupun tanpa disedari akan perlakuan itu..penting ke untuk diperkatakan?Bagi Fath serba sedikit ia penting kerana ia effect pada kehidupan sebenarnya..Cuma kita letakkan ia sebagai remeh..yang remah itu akan menjadi bermakna,mungkin.

Ingat tak semalam makan apa?kelmarin?3 hari lepas?1 minggu lepas?sebulan lepas?minum pula?Eh...kenapa tanya?Ambil tahu atau lalui nya sahaja..Bedal orang kata.Patut la berat badan turun naik..bentuk badan berubah..Apa yang Fath dapat tahu dari personal trainer Celebrity Fitness memberi tahu bahawa bersenam hanya memberi 10% sahaja pada badan 90% itu adalah dari corak dan pengambilan permakanan kita seharian...Penting tak untuk ia dititik beratkan?

Tadi kamu cakap apa ya?sebelum itu kamu ada berkata sesuatu...dengan orang lain pula apa kamu nyatakan?semalam?seminggu lalu?sebulan lalu?jelas kah kamu luahkan?dengarkah orang itu?boleh terima pakai kah ayat-ayat kamu itu?mereka suka kah?sakit hati kah?tahukah kita?.Selalunya kita akan ketahui apabila ada yang memberitahu ataupun kita yang tersedar sendiri..yang pasti kita tidak boleh mengingatinya sebiji sama.bunyi nya macam susah kan?senang je akan tetapi ia boleh menjadi susah juga..bergantung pada siapa,bila dan situasi..

Jarang orang akan ingat semua perbuatan,percakapan dan sebagainya setiap masa...mungkin tiada langsung .Tetapi teruk jikalau tidak mengingati dan mengerti satu pun..perihatin itu penting walaupun ia terlupa kekandang..maafkan ia..manusia memang begitu..



Monday, March 9, 2009

Sahabat ku bertunang sudah!!!-08/03/2009



08/03/2009 ,adalah tarikh yang telah dipilih...'sahabat' Fath ni antara kawan paling rapat selain Ani semasa zaman belajar di Institut Kraf Negara..dan dia yang mendahului kami semua..Perkara yang elok tak baik ditangguhkan,Fath tumpang gembira...akhirnya Jejaka tersebut pinang kamu walaupun banyak kali kamu tolak...lama sudah si jejaka tunggu bertahun-tahun pula tu...Jodoh kan...siapa tahu...Congratulation buat korang.


Fath yang bersemangat bercerita mengenai perihal sendiri membuat keadaan bertambah hangat bukan apa ,kami sekawan yang sudah 1 tahun lebih tidak ketemu menjadi bertambah rindu...Bertambah pula Fath yang lebih nampak berubah dari segi fizikal..Fath memang akan sentiasa berubah gaya.Mereka tidak hairan ,janji bahagia dan pandai jaga diri...


Ada cerita di sebalik majlis ni...Fath yang rushing datang dari rumah kajang singgah pula di Tesco Ampang jumpa car dealer,terus ke tempat majlis..bertambah kelam kabut pabila terlupa rumah Si 'pengantin' ni...jauh tau,Kuala Selangor..Fath yang hadir bersama Engku terus masuk kerumah tersebut terkejut kawan-kawan sudah duduk tersenyum melihat Fath yang entah apa gaya.Lagi Fath terkejut ada hamba Allah ni , yang hari tu 'bising-bising ' talifon Fath, maki yang bukan-bukan kini tertunduk malu...tahu salah sendiri kan..sendiri cover la..Fath senyum je...Memang terselah dia seorang sahaja tidak berborak dengan Fath.

Penat yang melampau terselah pada gambar, mana tak nya semalam juga dipenuhi pelbagai aktiviti dari bekerja-workout-birthday party-hang out dari jam 10 pagi sehingga jam 2.30 pagi. Duduk sahaja di meja makan terus talifon 'si dia', baru boleh laporkan diri maklum la terlalu padat aktiviti hari ini dengan family yang dikampung asyik call, ditambah kakak pula yang sibuk tanya pukul berapa pula mahu kerumahnya yang terletak di Kampung Kubu Gajah,Sungai Buloh,Habis Majlis kesana la sebenarnya...memang penat dan kenyang sangat makan sahaja...Hari ini boleh dikata hari melepaskan rindu pada yang tersayang..dapat jumpa suku dari kawan kolej dan dapat jumpa kakak.puas hati penat pun tak hairan..

*maaf kepada pembaca blog ini..gambar-gambar terpaksa dibuang atas permintaan 'sahabat' Fath tersebut.Dan terpaksa Fath merahsiakan identiti 'sahabat' itu.sekian..

Birthday Party for Amat & Kak Ashfa!!!-07/03/2009


Kiwi-Amat-Kak Ashfa-Syadiya-Abang Ong

Happy Birthday Amat!!!sweet 21!!! dan untuk Kak Ashfa ke berapa yek?lupa laaa...Tarikh lahir kedua beradik ni yang hanya selang sehari sahaja.Jam 2 petang dapat panggilan dari Pendek untuk menjemput Fath hadir ke Majlis ini..Siap ugut kalau tak datang mahu mereka tak nak tegur Fath sampai bila-bila.haha!!Balik kerja terus pergi workout bersama-sama 'si dia',seronok dapat bermanja dan meluangkan masa.Kemudian balik 'dia' hantar di Salak Selatan's station,terima kasih!Terus menuju ke Kajang's station dijemput oleh Engku dan ketemu Enya dan Shirly di Plaza Metro Kajang,gerak ke rumah Abah dengan 2 kereta.Ramainya yang hadir.Apa yang menariknya setiap kali ke rumah abah ni mesti ada tetamu baru dan jadi kawan Fath juaga secara automatik..dan Fath girl yang paling kecoh.sebab tu la mereka kata memang la Fath tak dapat masuk Pencarian Gadis melayu,mulut kecoh benar.


Buat pengetahuan yang ingin tahu apa kaitan mereka ni dengan Fath,Fath cerita sedikit la.Asalnya tak kenal pun entah macam mana Fath boleh berkenalan secara tak sengaja dengan budak bernama Amat ni di Plaza Metro Kajang tahun 2007.Senang cerita kawan kami adalah sama.Dia yang menggelarkan Fath sebagai Kak Fath dia maka suatu hari tanpa segan silu Fath hadirkan diri semasa majlis cukur cambul anak buah dia iaitu anak Kak Ashfa yang merupakan satu-satunya kakak dalam keluarga mereka.faham tak setakat ni?, Tak sangka keluarga mereka ramah yang teramat dan terima Fath sebagai anak angkat mereka yang keberapa ratus agaknya...hihi..tapi yang tersayang tau.Tak sangka pula Si Pendek anak yang ke-3 ni abang si Amat..sebab dia ni memang muka 'Kajang' dan tersohor dan ter-'famous' dikalangan orang-orang Kajang.termasuk lah satu Family ni...Kami rapat macam adik beradik.Kami memang tiada perasaan yang lebih dari adik beradik.sama-sama gila.Abah diorang yang paling best!!Fath kalau ada masalah memang minta pandangan Abah.sememang nya bernas dan berguna..second family kan...Setiap majlis yang mereka raikan Fath wajib hadir.sayang bangat sama mereka!!!



Syadiya-Nadia-Pendek-Fath

para hadirin yang hadir


Ashna Syadiya!!!



Happy family!!!

Friday, March 6, 2009

Tennis..


Bukan kerana tak ada kerja mahu dilakukan tetapi semacam rutin kini untuk menaip blog ini setiap hari melainkan berada di luar kawasan sahaja akan tergandala...cerita hari ini adalah mengenai Tenis.Kenapa tenis ya?Rindu akan aktiviti sukan ini.. Fath yang asalnya tidak sangka boleh terlibat secara serius di sekolah menengah dahulu..Pada asalnya kawan yang beria mengajak Fath.Bukan apa Fath yang asalnya dahulu pendiam disekolah rendah,di sekolah menengah kecoh pula akan tetapi malu itu masih ada lagi yang payah untuk dibuang sehingga kini.Walaupun nampak biasa sahaja dan semacam aktif.Ramai yang tidak tahu Fath benci sangat untuk tampilkan diri naik ke atas pentas walaupun sekadar untuk mengambil hadiah.apatah lagi untuk buat ucapan atau sebagainya..tumpuan orang membuatkan Fath akan semacam kekok dan kaku.Fath perlahan-lahan cuba lawan rasa itu sehingga kini dengan cuba untuk melibatkan diri dengan kerjaya pengacaraan pula nanti..Baru berjinak-jinak..Depan orang ramai dan camera Fath berani tapi bukan di atas stage. Berbalik pada cerita Fath dan tenis,Di sekolah dahulu kami di dilatih cara bermain tenis dengan betul oleh coarch dan abang-abang senior.setelah cukup tempoh kami diuji dengan perlawanan antara rumah sukan.Fath yang memilih tenis sebagai sukan tetap Fath pada tingkatan 3 tahun 2000, tidak menyangka terpilih antara pemain wanita wakil rumah sukan dan juara pula tu.menabjubkan! Terus dicalon sebagai pemain tenis wanita wakil sekolah bagi kategori beregu wanita bawah 15 tahun.Lagi terkejut Fath dan rakan seperjuangan menjulang nama sekolah buat pertama kali.Ia berterusan dimana kami turut juara di peringkat daerah.Tidak sia-sia kami berlatih hampir setiap petang.Kulit muka jadi berbelang pun tidak mengapa.mana ada orang nak pandang.Hidup dengan belajar,sebagai pengawas pusat sumber,tenis dan tunas puteri.Cinta?tidak termasuk dalam fikiran.low profile. Fath pada masa itu amat meminati Martina Hingis sentiasa berkobar-kobar.Ditingkatan 4 pula Fath masih aktif dengan tenis sehingga agak terabai ke kelas.maaf cikgu.hihi..Di tambah lagi menjawat jawatan ketua kelas pula.bertambah komitmen.seronok dengan kesibukan diri.Tahun itu Fath mewakili sekolah sekali lagi dalam kategori yang sama tetapi dibawah umur 17 tahun.Kemenangan berpihak sekali lagi sehingga tahun hadapan nya di mana perlawanan kami dibuat diluar pula kerana Fath dan yang lain mewakili peringkat daerah pula.Seronok sampai keperingkat itu. Tetapi kali ini tidak memihak pada kami.Terkedu juga Fath,itu lah keputusannya.Fath sedar mana silapnya.takut itu yang patut Fath buang.Pengajaran namanya.Sejak dari situ Fath mula slow dengan tenis dan makin hambar.Tumpuan banyak diberkan pada SPM dan seterusnya kerja sambilan(Levi's store Kajang+guitar class at Yamaha School music,Kajang)-2003-2004. Sehingga Fath dapat tawaran melanjutkan pelajaran diperingkat diploma dalam seni logam di Institut Kraf Negara .3 tahun bermacam-macam aktiviti dan cerita.Terlalu banyak kenangan. Disana Fath yang ramai mengenali sebagai gadis gamelan yang aktif sebagai ketua gamelan..Bukan itu sahaja apabila tiba hari sukan IKN Fath tidak akan melepaskan peluang menyertai sukan tenis bagi mengahangatkan lagi minat itu yang sudah sekian lama terdiam.Walaupun kami tewas dengan staff ia sudah cukup buat Fath tersenyum lega.Tangga naib juara itu membanggakan apabila Fath menaiki pentas sekali lagi untuk mengambil pingat itu.Puas. Tidak terhenti di situ.Fath yang mula aktif dengan modelling banyak mencari peluang-peluang yang baik bagi menonjolkan diri kehadapan.Rasa ingin lawan rasa takut yang dahulu itu. Asalnya Fath tidak menyedari mempunyai bakat dalam Modelling. Baik buat diriku..yang selalu dipandang sebelah mata oleh segelintir orang dahulu.Sehingga terbuka hati ingin mengisi borang Talent scout by Remix's Magazine.Tidak lama kemudian menerima mesej dan panggilan dari wartawan bernama Nuek.Fath antara yang terpilih.Sehingga dijemput menjayakan lagi dalam perlawanan tenis antara artis dan atlet pra-limpik wheelchair tennis malaysia di tennis stadium,jalan duta.tahun 2008.Bersungguh Fath bermain semula tenis.Suka tidak terhingga.Tidak sangka juga dapat 'Cinta' disitu.Yang itu Fath tak dapat cerita kan disini.Apa yang Fath nak terangkan lagi adalah mengenai tenis.Dibawah ini teori mengenai tenis.

Pengenalan

Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola. Selain itu, peralatan pemain juga harus disediakan.

Gelanggang

Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperuat daripada kayu, simen atau parguay. Ukukran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan putih.

Jaring

Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita putih. Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya. Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan.

Raket

Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan pengangannya.

Bola

Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7 hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.

Pakaian Pemain

Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan. Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu perjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah dipakai. . Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun mereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih.

Pegawai Permainan

Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan berada di tepi bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang. Biasanya temapt duduk khas disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan peraturan dan undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan mata dan memulakan dan menamatkan permainan. Pengadil akan dibantu oleh beberapa orang pegawai permainan lainnya yang terdiri daripada seorang pengadil jaring dan beberapa orang penjaga garisan dn pengadil servis. Selain itu, terdapat juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa.

CARA BERMAIN

Memilih raket

Apabila memilih raket dua perkara utama harus diberi tumpuan iaitu :

  • Saiz gengaman tangan
  • Saiz dan berat raket
Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka yang baru atau mula bermain tenis.

Cara memegang raket tenis

Cara mmegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua jenis atau cara memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Dalam permainan, seseorang pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari masa ke semasa bagi menyesuaikan pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa semasa pegangan raket perlulah diutamankan.

Tempoh permainan

Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua set dikira sebagai pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan mengandungi tiga set dan kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set, yang pastinya pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu daripada lawannya dikira pemenang. Masa 10 minit diperuntukan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita.

Cara mendapatkan mata

Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton. Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu perm

ainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis.

Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.Mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang diperolehi oleh pamain berkenaan menamatkan permainan dan kemenangankepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu.

Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sam, matanya dikira 4

0-40 dan ini memaksa dius. Untuk mencapai kemengan salah seorang pemaian harus mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Dengandemikian, per

mula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata.

Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri gelanggangnya puladan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi. Seseoarang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk emenani sesuatu set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksi

mum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumla

h set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.

Teknik bermain

  • Forehand: sebuah pukulan di mana telapak tangan yang memegang raket dihadapkan ke depan.
  • Backhand: sebuah pukulan di mana punggung tangan yang memegang raket dihadapkan ke depan.
  • Groundstroke: sebuah pukulan forehand atau backhand yang dilakukan setelah bola memantul sekali di lapanganmu.
  • Slice: pukulan forehand atau backhand dimana kepala reket dimiringkan sedikit dan dipukul dengan cara mengayunkan reket dari atas ke bawah.
  • Spin: pukulan forehand atau backhand dimana reket dimiringkan sedikit atau banyak dimana jika mengenai bola akan mengalami perubahan ara

    h (berputar).
  • Dropshot: sebuah pukulan yang mengenai net lalu jatuh di daerah lawan.
  • Smash: sebuah pukulan keras yang menghantam sebuah bola tanpa menyentuh tanah di atas kepala dan diarahkan ke lapangan sang lawan.
  • Lob: sebuah pukulan dimana bola dipukul tinggi ke jurusan sebelah belakang lawan.
  • Passing shot: sebuah pukulan dimana bola melalui (bukan melintas di atas) musuh yang berada di dekat net (lihat lob).
  • Volley: pukulan forehand atau backhand sebelum bola memantul di lapanganmu.

Memulakan permainan

Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan.

Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada dibahagian kanan gekanggangnya.

Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini, pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan (B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke kawasan lawannya.

Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripada mereka mencapai kemenangan.

Dalam permainan dan Tamat permainan

Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati. Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul bola kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan ditamatkan.

Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri dan dengan pengadil.


Sejarah tenis

Terdapat berbagai jenis permainan yang menggunakan raket yang dimainkan dewasa ini dan tenis merupakan salah satu permainan yang paling disukai. Menurut beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket sudah dimainkan sejak sebelum Masehi, yaitu di Mesir dan Yunani. Pada abad ke-11 sejenis permainan yang disebut jeu de paume, yang menyerupai permainan tenis kini, telah dimainkan untuk pertama kali di sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan dibalut dengan benang berbulu sedangkan pemukulnya hanyalah tangan.

Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Italia dan Inggris pada abad ke-13 dan mendapat sambutan hangat dalam waktu yang singkat. Banyak peminatnya ternyata di antara rakyat setempat terhadap permainan ini. Sejak itu perkembangan tenis terus meningkat ke negara-negara Eropa yang lain.

Raket bersenar diperkenalkan pertama kali pada abad ke-15 oleh Antonio da Scalo, seorang pastur berbangsa Italia. Ia menulis aturan umum bagi semua permainan yang menggunakan bola, termasuk tenis. Majalah Inggris "Sporting Magazine" menamakan permainan ini sebagai 'tenis lapangan' (lawn tennis). Dalam buku "Book of Games And Sports", yang diterbitkan dalam tahun 1801, disebut sebagai "tenis panjang". Tenis pada mulanya merupakan permainan masyarakat kelas atas. Tenis lapangan rumput yang terkenal di zaman Ratu Victoria lalu ditiru oleh golongan menengah, yang menjadikannya sebagai permainan biasa.

Klub tenis pertama yang didirikan adalah Leamington di Perancis oleh J.B. Perera, Harry Gem, Dr. Frederick Haynes, dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis disebut sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874 permainan tenis telah pertama kali dimainkan di Amerika Serikat oleh Dr. James Dwight dan F.R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pun telah didirikan pada tahun 1868. Dua tahun setelah itu dibukalah kantornya di Jalan Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875, klub ini juga bersedia memperuntukkan sebagian dari lahannya untuk permainan tenis dan badminton. Sehubungan dengan itu, peraturan permainan tenis lapangan rumput ditulis. Amerika Serikat mendirikan klub tenis yang pertama di Staten Island. Bermula dari situlah, permainan tenis di Amerika Serikat berkembang dengan pesat sekali. Dari sana lahir banyak pemain tenis tangguh yang menguasai percaturan tenis tingkat dunia.

Kejuaraan tenis pertama bermula tahun 1877.