Wednesday, January 28, 2009

Finally.....Fath and Fath.


Jumpa juga kami...haha!!!Asalnya Fath tak tahu outlet Emas Sri Pinang di metropoint Kajang pun ada gambar Fath ni..ayah yang nampak..rupanya semua outlet Emas Sri Pinang satu Malaysia ada.Lain kan hasilnya..Tak ada cerita pun untuk gambar ni hanya nak kongsi cerita..

Tuesday, January 27, 2009

Hurr Bertunang sudah...26/01/2009


Cuti pun sibuk..senang cerita memang macam ni la tiap hari..kali ni memang niat ambil cuti untuk memberi komitmen dihari bersejarah buat sepupu rapat Fath,Hurriyah(hurr) bertunang juga akhirnya setelah sekian lama bercinta dengan buah hati nya,Bird. 2 hari cuti dihabiskan memang tak sia2.

Mood yang asalnya tak berapa bagus, nak tau kenapa sila baca post dibawah ni. Bangun pagi sahaja terus capai gunting..pontong rambut!!kalau nak tau Fath kalau moody memang lepaskan dekat rambut.Ikut suka nak potong dan warnakan sedikit. Sanggup tu pergi kedai cari warna 'gila'. warna yellow/orange yang Fath dapat.Mama memang tak cakap apa la..biarkan sahaja anak dia yang sememang macam ni. warna tu tak menjadi pula..kurang bagus.Rasanya warna merah juga yang sesuai dengan Fath.Lantak la kan..

Bersiap kemas apa yang patut, jam 5 petang sudah mata yang teramat mengantuk tadi direhatkan seketika.Mata yang bertahan semalamnya berjaga selama 24jam.Hati kalau tak senang kerana cinta macam ni la..lumrah..tapi rasanya tidak sama bercinta terdahulu.penangan kali ini lebih mendalam.Tempuh juga.

Jam 6 petang gerak dari rumah dengan kereta/train(komuter,LRT) than Enya jemput di stesen Taman Melati.Terus menggegarkan satu rumah Hurr di Sri Gombak.Sampai sahaja memang semua Fath kenal 'all girls' lagi..MAK DATANG!!!haha...mulut paling kepoh dalam saudara mara...Sila ringan kan tulang ye...Buat apa yang patut sampai jam 2 malam..tak penat tapi mengantuk..tidur sehingga jam 8 pagi...Bangkit!!!






Bertindak dengan pantas.masa ni la nak kena gubah bunga la apa la..make up seawal 9 pagi untuk kami yang bukan pengantin la kan..makan memang tak sempat la..jam 12 tengah hari orang ramai sudah mula memenuhi semua ruang rumah 4 tingkat ni...kira2 jam 1 petang majlis bermula...Jangan salah pengantin ye..'MAK' tak ada baju baru selain baju raya tahun lepas yang seakan baju orang nak bertunang..hahahaa...memang bagi kecoh..yang pasti tidak terlebih gaya..

Kami menjayakan majlis sebaik boleh..sehingg tamat majlis.Rehat dan sambung kemas satu rumah.Letih...

Apa pun Congratulation Hurr dan Bird!!

Saturday, January 24, 2009

One Last Chance


Orang tengah makan dekat kenduri cukur jambul sebelah rumah..Fath sibuk nak taip kat blog ni..ambil je makanan than bawa masuk rumah terus hadap computer.Tak ada mood nak borak dengan orang ramai, daripada borak tak ikhlas baik duduk diam2 dalam rumah..

serabut betul hari ni..dengan kerja dekat office..dengan aktiviti yang macam2..dan macam2 benda berlaku..actually semalam pun sama.Kalau ikut kan pendam sahaja rasa ni..tapi entah kenapa nak bersuara mungkin kerana dari pagi tadi buat apa pun serba tak kena.Perhatian diberi tapi tak mendapat sambutan yang baik.ermm...rasa ni dah lama Fath tak rasa sama seperti 3 tahun lalu..rasa ni membuatkan Fath takut hubungan jadi hambar.Pernah laluinya.

Fath bersuara bukan nak mengeruhkan lagi keadaan tapi niat nak memberitahu.Terima atau tidak tu belakang cerita janji Fath tak bekukan apa yang terasa.Be honest kan.Mungkin salah Fath juga direct to the point sangat.Sepatutnya tunggu tapi sebelum ni jikalau berlaku sesuatu Fath diam je dulu sebab nak selamatkan keadaan dan mood orang lain, dan akhirnya Fath lupa..dan tidak merasa apa2.Kerana Fath memang jenis 'forgive and forget'.Ternyata kali ni Fath tersilap langkah dengan meluahkan.Apa yang sepatutnya Fath sembunyikan sahaja demi kebaikan, kerana Fath tidak boleh terima keadaan sebegini..bersalah+sedih+moody+tak tenang=nak nangis!!

i need someone to talk to..to take this chance,chance to make it into something good...just give me the time and space to heal my head..coz i really can't carry on like this feeling.don't say that u have given up on me..please don't.don't tell me again coz i've heard it all before.last chance to get myself together....

Friday, January 23, 2009

Singgah Sebentar...



Sepatutnya masa untuk tidur ni tapi hati tak tenang dan tak senang.Luahkan disini sebagai ubat sementara a.k.a ubat tidur.huhu..Fath baru balik(12.44am) dari jumpa Enya tadi ,Sherly pun ada sekali dekat UNITEN tapi kami buat perbincangan(urgent) di restoran soho,Bangi. Duduk je dikerusi dan toleh belakang macam kenal kereta sizuki ni..driver bukak tingkap kereta terus Fath jerit nama Asry.Pendek cerita diorang datang nak tapau sate je..macam biasa Liya mesti ada tak sangka Fizie pun turut serta.lepak semeja la kejap..Pada masa yang sama Fath bermesej dengan 'darling'.Kekeliruan berlaku pada dirinya.Dalam keadaan dirinya yang penat dan boring teramat sendirian dirumah, seakan Fath membiarkan dirinya begitu,sama sekali tidak, Fath tak akan paksa 'si dia' ikut kehendak Fath lagi2 'si dia' dalam keadaan penat@moody, dah la Fath banyak susahkan ' si dia' ,Fath akan cuba senangkan 'si dia' kelak.Hari ni sudah timbul kekeliruan antara kami. Ye la...Fath tetiba nak keluar jumpa Enya..tak ada angin ribut lepas 1/2 jam 'si dia' hantar Fath dekat rumah terus nak keluar kan..sesiapa pun hairan..tak rancang apa pun..lepas mandi terus minta kunci kereta ayah nak cepat sebab kena masuk UNITEN sebelum jam 12 malam.Lama dah tak jumpa Enya.lagi pun banyak benda kitaorang perlu bincang bersama, pasal si Huriyyah(kakak Enya) nak tunang,persiapan kitaorang holiday awal bulan depan..cerita terkini...business baru Enya..semua kami bercakap dengan laju dan pantas sebab masa teramat suntuk. Agak kecoh dimeja minum takala semua nak bercakap.macam2.Selesai sate dibungkus mereka pulang..diikuti kami beransur terus ke bank,Sherley ada urusan than ke UNITEN semula.kereta ayah Fath parking di depan UNITEN,3 orang je gerak 1 kereta sudah..pergi dan pulang sendirian..kalau urgent macam ni la..semua Fath jadi berani..kalau ikutkan ayah tak bagi Fath drive seorang diri lagi2 tengah malam.'darling' pun seanggapan demikian.

Sampai rumah je..hati tak senang sebab rasa macam terabaikan sesuatu pada seseorang yang bergelar 'buah hati'.Fath paling tak kisah bila Fath penat ke busy ke..serabut ke,tak sihat ke,tengah susah ke..apa ke Fath akan cuba sedaya boleh untuk luang kan masa@tolong sesuatu@teman@seumpama, dengan tersayang lagi2 'darling'. Hati memang tak sedap kalau diantara yang tersayang ni terasa hati dengan Fath.Memang tak keruan dan sedih.Biar Fath susah tapi jangan susah kan diaorang.Fath memang sibuk sejak dua menjak ni..kerja,dan seumpama yang memerlukan komitmen Fath sepenuhnya.Sehingga kan hanya 2 kali sahaja Fath sempat pergi gym bulan ni..masa memang cemburi aktiviti harian Fath.Sudah seminggu makan pun tak terurus.tidur tak menentu,kulit muka macam alien..semua orang dah jijik ngan muka fath..terasa sikit la..beza takala kita cantik dan bila buruk.Fath telan je rasa tu..orang kutuk ke perli ke..senyum je..benda betul kan.malu dan sedih tau.orang pun dah takut nak cium pipi..D'LEH (meow)yang tak geli.huhu..it's ok.just take it and forget.:-)

Thursday, January 1, 2009

Happy New Year!!!Welcome 2009!!!


Tahun ini Fath mula kan langkah dengan bercuti terlebih dahulu bagi merehat kan otak fikiran dan jasad...huhu...Dalam masa2 cuti boleh pula diganggu dengan MALAUN!!!malas la nak cerita dekat sini siapa.tapi yang pasti jelas dan nyata Fath sakit hati sesangat dengan 'dia'.Pantang betul bila orang MAKI@ TUDUH Fath dengan melulu. Jangan harap Fath nak minta maaf!!Ego Fath bertempat juga tapi kalau sudah ternyata bukan salah Fath,jangan mimpi k!nampak saja Fath hati kering..tapi kalau sudah melanggar pantang ku.memang cari nahas la...ganggu mood la..Pembuka tahun yang menusuk kalbu betul.

Disebalik tu memang tersemat coretan cerita pembuka tahun yang menggembirakan..cuti Fath dihabiskan bersama dengan Darling dan kawan nya...kenangan manis ini biarlah menjadi tanda tanya korang ye...haha!!!kalau sudah semua Fath cerita kali ni saja nak gedik tak nak bagi tahu...haha!!!cuti Fath dipenuhi dengan insan yang berhak dan aktiviti yang sepatutnya.Terima Kasih!!

Setiap tahun ada azam,target dan warna tahunan buat Fath.Semua nya adalah bergantung pada hati,naluri dan pengalaman serta pengajaran tahun2 lepas.Maka....

AZAM : Macam biasa mahu lebih terbaik dari yang terbaik dari terdahulu..


TARGET: Baca dibawah...

  • Fath nak jadi anak yang solehah dengar kata mama dan ayah.hormat mereka lebih dari orang lain.Sebelum ni Fath pernah tertinggikan suara dan ingkar.Besarnya dosa Fath.Ampunkan dosa ku Ya Allah!bukan niat ku..Maka Fath akan cuba jaga mulut,amarah dan tindak tanduk sebaik mungkin.Amin..
  • Fath nak jadi kekasih yang baik akan jaga hati dan perasan 'dia' dengan lebih baik dan baik.kerana Fath bukan lah yang terbaik,kekurangan tu masih menyerlah.Walaupun 'dia' bukan cinta pertama tapi 'dia' cinta terakhir Fath jikalau bukan...cinta tu hanya untuk diri sendiri.sebab Fath dah teramat letih untuk berkasih lagi.Insan yang baik,pemimpin,serasi,sepadan,memahami,hormat,soleh didunia dan akhirat yang Fath impikan sebagai pasangan hidup ku.Terbaik yang fath impikan.Amin.
  • Fath nak jadi kakak yang matang dan dapat mendidik adik2 untuk jadi lebih baik dari Fath.Memandangkan Fath sudah jadi kakak sulong sejak kak Yati berkahwin maka Fath akan utamakan adik2 dahulu.Kalau diorang nak kahwin dulu sebelum Fath.maka diorang diutamakan..begitu juga dalam perkara yang lain.
  • Fath nak jadi kawan yang baik dengan membahagiakan mereka sebagai kawan.Sebelum ni Fath mengalami masalah untuk membahagikan masa antara,diri,kerja,keluarga,kekasih,geng sekolah,kawan2 kolej,kawan2 pratikal,kawan2 diKajang,saudara mara,kawan2 diKL,dan sesiapa sahaja yang rapat dengan Fath sebelum ni..Masa Fath amat terhad untuk memuaskan hati semua pihak.
  • Fath nak jadi pekerja yang berdedikasi..maklumlah baru lepas belajar buat kerja tak berapa serius yang sepatutnya..Maka fath akan berusaha memantapkan dan lebih berdispilin coz' im a hard worker lady.Lebih merancang dengan teliti bagi projek dan business yang tertangguh sebelum ni atas sebab2 tertentu.Lebih terbuka untuk mencuba dan menerima segala tawaran modelling.
  • Fath nak jadi rakyat dan insan berguna.Apa yang boleh disumbangkan untuk negara mahupun orang yang memerlukan adalah mengikut kemampuan.Fath tak kaya tapi Fath suka sangat untuk derma darah.ikhlas sangat.ramai yang di luar sana yang memerlukan darah.lagi2 darah Fath jenis O.Fath juga akan cuba ambil bahagian untuk menjadi sukarela bagi membantu orang2 susah@apa sahaja yang mermerlukan.
WARNA: Putih!!


Marilah kita jadi terbaik dari yang terbaik!!