Tuesday, December 27, 2011

Happy birthday/sweet 26/2011







14/12/2011 (Wednesday)- Alhamdulillah Fath dah 26 tahun, siapa sangka dapat bernyawa dengan baiknya.thanks to Allah swt. Bahagia tidak terhingga di kelilingi insan-insan yang baik & berkualiti. Mungkin ada yang tak tahu, Fath tak ada kawan ramai sekampung, tapi gila sayang dekat kawan-kawan seramai 1 bas je. Buktinya... tiap kali birthday, akan disambut seminggu tanpa henti dengan kawan yang berbeza.

1- Tepat 00:00 Fath diraikan dengan waffle w/ ice-cream secara tak sengaja, dan sengaja je Fath relakan diri lepak lama2 di Shah Alam- padahal sebab ad
a kelas underwater photo shoot.. Thanks to ira, en.baham,Jack & lina.

*Dalam hati sedang girang, tetiba dapat panggilan dari tunang,mengenai kematian ibu tercinta Ellyas Abdullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.,amin. al-fatihah.



2- Bangun dengan longlainya tak berapa cukup tidur terus beroperasi celebrate w/ family terutamanya dengan adik bongsu Fath, kami berkongsi birthday setiap tahun sampai kapan pun.
HAPPY BIRTHDAY ADIK ZIMAH! SWEET 11.



3- Terus bergegas lari2 anak ayam terus ke Chili's KLCC. celebrate lagi , kali ni dengan sepupu rapat, Enya. Birthday tak sah tanpa Enya. WAJIB tak buat jadi haram:p


Muka KENA makan lagi



kasi cepat habis balun 2 sudu







-Paling mengujakan tetiba tunang Fath ada disebelah Fath, Serious menjerit! rupanya dia ambik cuti semata nak raikan birthday Fath bersama-sama. SO SWEET!love U MILLION TIMES.









15/12/2011 (Thursday)

4- sambut lagi... kali ni dengan geng Kajang. sahabat handai dari Fath berumur 19 tahun lagi. Thanks korang!!! sangat terkejut. Paham2 la kalu celebrate dekat TGI Friday macam mana. tak berdiri atas kerusi pegang botol sos sambil menyanyi tu ad
alah wajib. happy!



southwest mac cheese




baskin robin ice-cream cake!! 1st time dapat
makan.trimas banget!



dan hadiah..love u guys!!!

16/12/2011 (Friday)

5- Penat tak hadap entri ni? hihi raikan pula dengan jiran Fath,Engku! thanks luangkan masa!!


fav! aglio apa entah.nyam

20/12/2011 (Tuesday)

6- bersama gadis-gadis baik dan manis. hoho.. di Garden ,Alamanda. bahagia tak terhingga ni.


Lambat tulis entry ni maka terlupa apa yang berlaku 100 % , gambar dah menceritakan sedikit sebanyak kira ok la. Akhir kata...sayangi la diri sendiri dan insan-insan disekeliling mu.Tak rugi sayang orang , natural -kan rasa benci ok.

p/s : adios xoxo

Tuesday, December 6, 2011

purple


26/11/2011(saturday)- kenapa tajuk entri purple? bagus soalan tu, sebab dah tak ada tajuk.sekian.

saja nak cerita pergi kenduri belakang rumah je. bukan setakat masa bersama family, tunang, saudara mara & mahu pun sahabat handai, kini di iratkan lagi bersama-sama jiran pula.hahaha!! hidup bermasyarakat.


make-up setiap kali ke majlis gituww.. kuku hitam tu bukan tak basuh..saja lepas geram, setelah penat bekerja.

nak celoteh apa lagi pun tak tahu, mata dah berpinar asyik menghadap skrin bercahaya terang ni. mohon undur diri.

Monday, December 5, 2011

Shooting Puisi Cinta Rubiah






21/11/2011(Monday)- Sekian lama menyepi dalam dunia drama, akhirnya Fath menjejakkan kaki ke lokasi untuk drama terbaru untuk RTM - Puisi Cinta Rubiah, Drama 26 episode masih dalam pembikinan sehingga january 2012, walaupun Fath hanya terlibat untuk 4 episode sahaja iaitu episode 3-6 ,Fath dapat memahami hampir keseluruhan cerit
a ni. Fath sebagai Nadia iaitu ahli di pusat pemulihan akhlak yang sangat baik ye. haha! watak paling baik yang pernah Fath bawa. kata baik tapi masuk pusat pemulihan akhlak,apa kes? tunggu tayangan nya insyaAllah hujung tahun depan.ahaha!! Drama ini dilakonkan oleh pelakon utama Intan Ladyana sebagai Rubiah, hero -Zizan Nin, Mustafa Kamal, melor Kaza, Ixora Chern dan ramai lagi.

oh ye, ini kali ke-2 Fath lakonkan watak perempuan mengandung, kali ni lebih dramatik.. siap nak ter-bersalin

Air tenaga setiap kali kerja melebihi 8 jam sehari


bekalan wajib setiap kali ke lokasi set drama

p/s: jangan mengharapkan drama ni keluar cepat, setiap drama untuk RTM akan menunggu 'Q' setahun. sangat tak 'fresh'.

cukur jambul






20/11/2011(sunday)- love weekends :) masa bersama dikalangan yang tercinta. Pasti hari minggu korang pun sama, harap ia sentiasa indah pada setiap minggu.amin. Fath senang meluangkan masa bersama sepupu & saudara mara, agenda kali ni lebih kepada ahli baru buat pasangan sepupu tiri Fath, Ayang & hubby die -baby kayla dan juga abang red
ha & isterinya-baby redha.Cukur Jambul pertama buat anak 2 pasangan ni. terserlah kebahagiaan di muka mereka meraikan anak. Nak doa untuk diri sendiri,leh?hihi.amin.



cukur jambul. erm... mengikut kefahaman Fath, mengikut tuntutan islam iaitu aqiqah kambing je. seekor kambing untuk anak perempuan, dan 2 ekor kambing untuk anak lelaki. ini bertujuan untuk dijadikan kenderaan buat anak kita di akhirat nanti , lain pula bagi adat melayu, ada sebahagian dikalangan kita mengikut cara adat melayu dengan pelbagai cara dengan memotong sedikit rambut la, marhaban la, macam-macam....


baby kayla

baby Rauf

kami terkam kudap-kudap ni dulu,hoho


kiri : kak farah(makwe orang), enya (isteri orang), Fath (tunang orang) ;p

p/s: ikut la masing2 nak ikut cara mana, Fath semestinya ikut cara islam tak membazirkan.