Sunday, February 28, 2010

Ops!!terlanggar....

Contoh muka kena terjah

27/02/2010(Saturday)-Weekend yang sesak di mana2, especially dalam shopping mall area KL ,betul kan kalau dah berlanggar bahu, punggung, tangan dan kaki.Yes, hidup bermasyarakat berbilang kaum '1 Malaysia' yang berwarna-warni.Semua menuju ke tempat awam yang famous menjadi sesak dan kurang selesa( salah satu ku benci berada ditengah2nya).Fath dah mula bermadah, sikit lagi berbunyi puisi,alahai... tak reti mak cik nak luahkan(baget reti), patik try berpantun simple:-

Mata ku bulat macam hantu,
serupa/sebiji a.k.a Meatball marinara yang ku nak makan tu....,

redah/harung/tembus semua jalan konon baget ratu,

ops! how dare U kau langgar aku!.

Paparazi dicelah tembok,

tembok pula di celah jalan,

ku rasa macam nak tumbuk,
mamat baget hensem/macho/maskulin/gentle sengaja menyibuk ikut ku jalan2.


wah!tepuk tangan tanda setuju dengan luahan diatas. Tambah la lagi ketuk meja tanda sokong , tak baik tau nak tumbuk orang, tangan tu baru baik dari melucur tak kan nak bagi patah/lebam lagi bengkak.Ingat pesan Mak Ayah, kalau orang ikut kita, ikut je dia balik pasti dia akan jalan laju2-comel.Bengang tetap benggang beb! 1st brother tu terlanggar peha, minta maaf tu ,dah ku terima tapi tak payah la kot nak ikut sampai tawaf itu shopping mall. Mentang2 minah berbaju t-shirt putih+ legging+ kasut flat crocs berbelang2=tak seksi pun ,jauh sekali menghairahkan jalan sorang2.Abang , saya tak perlukan bodyguard tapi perlu ke no .talifon dan nama ku?aduhai, tektik lama la bro, Fath pun nak minta maaf tak ikhlas(nakal!!!!) la...016-6532976 tu nombor bantai je.LISA memang sengaja bagi Abang proud sikit ,tak sia2kan ikut dapat no phone lagi..hahaha!!baget Lisa Surihani kah??Talifon ya, Bannngggg....Lisa tunggu- ketawa bagai nak rak ni, sampai tersilap2 taip lagi.

Wink!!!!Lepas ni siapa ikut, Fath nak bagi quiz (1) kat orang tu example senaraikan rukun negara ke..nama2 menteri setiap negeri ke..semangat 1 Malaysia! sih, 'cos diorang memang nak borak lama2 kan. Main teka teki(2) bodoh pasti seronok, jika bijak bistari akan ku beri no talifon ku yang lama dan expired!should be excited then.Kita tanya soalan yang pelbagai (3) lagi mengarut banyak2 dengan 1 lafas dan suruh dia jawab dengan 1 lafas juga,pasti panas situasi masa tu( tercungap2 dan sangap tu pasti-kejam!!!) makin banyak idea minah ni.nama pun game, harus ada hadiah yang lumayan( dapat kenal ku dengan lebih jauh dan jauh sampai tak akan jumpa lagi).* Mari lah cuba dan sahut cabaran!


p/s: bukan 1st time kena follow ni, banyak lagi kes yang tercatat sebelum ni since high school,budak kurang moral hampir kena belasah dengan daddy ku pun ada.Bukan senang nak jaga anak dara , senang lagi jaga lembu masuk kandang.Jaga diri sendiri baik2 ye.


Saturday, February 27, 2010

New TV2 Horror series Casting( The Best Casting Ever!)

bucuk baru bangun tidur

27/02/2010(Saturday)-Bangun pagi rasa macam cuti tapi hakikat dan reality nya-hari kerja ku.on weekends?of course saya yang suka dan gila bekerja.Boleh juga disinonimkan 'workaholic girl'.Liat bangun tuh dah pasti lagi2 memeluk si Teddy bear a.k.a BUWEEK ,bukan tak ada nama yang comel lagi glamour tapi Si Buweek ni memang dilahirkan menjeler lidah 24/7.Cuba korang sebut BUWEEK , sambil tengok cermin comel tak?yang pasti tak secomel BUWEEK kita.Neway thanks to Mr.Wan 'cos gave these cute bear 2 years ago.Fath selalu sebut 'have a nice weekend to everyone' -kepada yang bercuti untuk riang ria,not for me normaly. Tapi Today i've got something (casting), at 10 a.m, padahal keluar dengan lembab at 11 a.m, 'amal gaya hidup sihat'-Kak Teh selalu perli..Standard casting pagi-petang.Normal mode terus menuju kecemerlangan bersama CHINTA.1st time tak perlu menekan suis ON at computer-search google map-print, hebat! terus redah semua traffic light, sampai tanpa sesat(pernah datang kawasan casting , ada another production at same area)cehh!!sama minah ni.

Guess what?!1st : terjumpa Mr.Top Ali , can u emagine yang I jumpa tu member I (he's director clip video for Muzik Aktif, rakan lepak karaoke and dinner with another people dalam industry perfileman) sambil salam terkejut serta ketawa. 2nd : tersenyum terkejut terdapat jejaka berbadan sasa.wahhh!!!!!baget fahrin Ahmad @ Fizo Omar tapi 2 orang personal trainer dari Celebrity Fitness Bangsar( kami gym sama)-borak semeja dengan riuh. 3rd : kenalan Facebook ,LYNIEY (tak kenal dan tak ingat, but she's remember me, thanks dear!)

Encik2 Abang berbadan sasa...jumpa di gym nanti ya..

Situasi casting jadi macam tempat lepak dan berborak 'cos semua talent memang talkative dan mesra (Si Abuba, Chris and Joseph), padan la dengan post twitter Fath lepas CEPAT, BETUL, MESRA.Selalu Fath yang terawal , but for this time yang terakhir , no.14 lagi...I like. Masuk bilik casting sambil ketawa, 'Assalamualaikum guys......'-pasti ke macam tu?kami ketawa, Fath tak tahu langsung casting ni member yang punya.Berborak dengan rancak macam dekat kedai mamak, 'Fath ,U kenalkan diri U dekat camera then U baca la apa nak baca...'hahaha!!!funny gila.These is a BEST CASTING EVER!

ngam2 ,masa untuk bla ke kantor...perfect day!!malam ni director dan member2 lain ajak dinner sambil melalak di The Curve. Jumpa disana ye kawan2.

P/s : semalam member sorang ni janji nak jumpa ,lagi 5 minit timeline cancel kan pula, niat terus ke rumah pick up adik2 menuju ke drive-thru dapatkan ice-cream McD!!!!puas hati mak!hidup pasti dibalas lebih kegembiraan.

Thursday, February 25, 2010

saman!!!!!!!


25/02/2010(Thursday)-Simpan duit for this?1001 tak best dan merugikan yang amat.Baget nak beli outfit baru tapi kena bayar for 'nothing' (hasil tak nampak, bukan bermakna buta mahupun rabun). BTW ,that's my fault bawa kereta bagai nak terbang(i believe i can fly but my money was fly),dan tanpa disedari had laju Si CHINTA dapat dikesan dari jauh(sorry CHINTA , I force you to fly on the road).

SMS dari ayah pagi tadi dah membuatkan Fath terbeliak biji mata terus bangkit dari katil. I know my dad yang hensem semasa zaman bujangnya tu.Dia memang tak suka about this thing(buat salah dengan siapa pun), he told me before, kereta bukan untuk dibawa laju ye nak.. tapi untuk keperluan dan kemudahan harian. did i forgot or ignore it? Otak ke lain bila tangan dah pegang staring,kaki dok tekan pedal minyak,masa pantas bergerak, pasti lupa nasihat berguna tu.

Sendiri tanggung(words for me), so tak nak bagi serabut macam sabut kelapa, mari bayar melalui on9( myeg), ayah pasti senyum bila check (on9) ,anak paling degil dan nakal ini laksanakan tanggungjawab(feel proud la sikit), menaip dengan senyum manis sorang2.

Dah tahu dari awal(15 days after tarikh saman), sengaja dilewatkan, tapi AWAS! on March,15th roadtax mati ya..bayangkan confirm gigit jari.tak tenteram jiwa terus bayar RM 202 (RM2 for on9 tax-I halalkan 2 hinggit tu) , harga lepas 30% diskaun.I want more!!(99% , ke?) tapi tak boleh cik adik sayang oiii.Yang pasti dan nyata next month i spent a lot money for pay pelbagai. 24 tahun (25 yrs old end of this year) dah, komitmen makin mantap, mencabar dan pelbagai. Berangankan ingin jadi wanita gigih harus harung,redah,langgar semua ini.

p/s : Peringatan buat semua, jangan buat lupa bayar SAMAN ,kang kalau duit tengah kering road tax nak mati lalu pamerkan rupa kurang comel dari kucing, mahu rasa dunia ni nak meletup.It's ok, bayar je ...then boleh senyum 'cos dah tebus salah. senyum la sikit...

Tuesday, February 23, 2010

Push! baby Push!


21/02/2010(Sunday)-
Kitty si kucing berlagak dan sombong (dulu), now dia dah manja lagi mengada-ngada.Dia yang bunting dan boyot dah pun selamat beranak on Feb,21st. Pagi dalam pukul 10.00 pagi ,Fath mundar-mandir kemas bilik+tolong adik buat breakfast= sibuk, then si Kitty dah tak tentu arah, ingat kan survey 'kediaman' untuk anak2 nanti, yang pasti terus nak beranak.Berhenti! semua berhenti buat kerja tumpu pada Si Kitty,she's 1st time dalam bab ni, but i'm not.hihi...pakar beb dalam hal ni.Jangan bagi dia tak selesa dan serabut. cold down kan Kitty then better.Fath si Bidan terjun@express(untuk kucing je), padahal si ibu bunting boleh beranak sendiri.

Kucing tu manja dan lebih manja dari korang(agree?),comel, lebih comel dari korang(agree?) lebih berdikari dari korang (argee?),dan faham pasal tuannya (agree or not?) ,direct to the point ,ini hal patut korang tahu pasal anak kucing pula.

Info:Kuantiti anak kucing biasanya dilaharkan sebanyak 2-5 ekor, dan akan dilahirkan selepas 64-67 days. Anak kucing ada persamaan juga macam baby manusia, harus dalam suhu bilik dan boleh mati less than 27'C if they are not are kept warm by their mother. Susu ibu kucing penting untuk kittens' nutritio Kalau tak nanti senang kena flu,Ada sama juga macam baby manusia.Si kitten akan buka mata selepas 7-10 days bermula hari dilahirkan(time ni korang kena tunjuk muka korang supaya si kittens tak takut manusia).Anak kucing TIDAK boleh berjumpa @ternampak@ sebagainya dengan kucing dewasa lain selain mama dia about 10 weeks after birth(harus ingat tu).Masuk minggu ke-2 samapai minggu ke-7, si Kitten boleh bermain@ bergurau dengan adik beradik dia termasuk la mama dia,walaupun jalan masih terkedek2 janji kittens ni dah mula explore dunia luar, hunting and stalking games.Time ni la mama dia akan ajar segalanya..di mana harus berak, kencing, dan sebagainya. Bila si kittens ni mencecah 6 weeks old, mereka ni dah boleh mula makan makanan pejal. Dalam masa2 ni jangan pisahkan si kitten dengan ibunya ok.Masuk minggu KE-8,si kittens dikira kanak2 buka bayi lagi.Selamat membesar dengan sihat.

Kitty bersama 3 anak jantannya

Masih belum dapat nama sesuai buat anak Kitty, dah berpuluh2 nama Fath dah bagi ( bela kucing sendiri start umur 7 tahun) .I can't live without cat, tak ada boyfriend tak apa (ops!!!!! statement bahaya tu dear...)

P/S: Siapa ada cadangan nama buat Anak Kitty dialu-alukan, tapi harus dipertimbangkan.Biar bernas( tak nak la nama comel, tompok, nama2 biasa tu buang, i need a little bit different than normal tapi bukan tak normal ya)

Monday, February 22, 2010

Bezakan...ada beza ke?



without make-up (atas), with make-up (bawah)

22/02/2010( Monday)- Dah bangun, then tidur balik, bangun lepak atas katil layan CSI. Lomah ubi kayu harus dibakar dengan workout ni.But..before that, Mari menghias diri dengan muka bangun tidur + baru lepas mandi = make up time! bukan ke kata nak pi workout tadi, saja je...sambil tengok Tv katanya.Conteng kejap je, then basuh balik 'cos nak bersenam(amal hiup sihat kan,hihi..).Tak ada apa yang special pun, macam tak ada beza je, kira macam nak cukup syarat je..so di bawah bahan2 nya, simple + murah + sikit = bukannya nak photoshoot.

hari2 pakai benda alah ni

today tak payah cerita apa yang minah ni buat la yek, sama je...kerja, makan, workout...erm...what else? melukis!(macam tak ada mood nak berkarya je...) ,nothing special tapi tak bermakna hidup ni kosong, routine still padat dan mampat. Pagi tadi dapat mesej dari seorang kenalan (modelling) ,ada casting lagi for today , tapi masa tak kena so..past to another friend,good luck my friend!Good luck juga buat Kak Teh, jangan gentar buat rawatan syifa malam ni ye, insyaAllah i'll be there to give u support.

Stop thinking,darling!-tegur diri sendiri , syok fikir macam2.otak pun mahu rehat juga.Nanti kita sambung lagi ye...bila ada idea nak bercerita.daaa...

p/s : sambil layan lagu ' I surrender by Celine Dion ', cari mood nak melukis. last2 blogging..haha.

Sunday, February 21, 2010

PEREMPUAN magazine (GADIS) March 2010 issue

Perempuan Magazine March 2010 issue

Perempuan Magazine March 2010 issue

This is what i'm waiting for...Hasil photoshoot dan interview Fath on 31/12/2009 ,http://sitifathiyah.blogspot.com/2009/12/photoshoot-gadis-for-perempuan-magazine.html terima kasih to Akiah telah memilih Fath sebagai 'GADIS' pilihan mereka( majalah Perempuan) untuk edisi keluaran March 2010 ni, To photographer Hazwan Hassan, trimas ya pak..kerna layani kepala beta dan memberi idea yang 'funny' semasa photoshoot berlangsung..,to Zul dan crew2 dan staff yang lain juga, thank you so much!






lebih afdal korang dapatkan majalah ni di mana2 kedai berhampiran.....apa cerita pasal Fath ni(3 muka surat), padat dan ringkas.Maka, inilah kemunculan pertama Fath untuk majalah, bagi tahun 2010, nantikan kemunculan akan datang bagi majalah Muslimah pula.



p/s : sorry ye..kualiti gambar kurang berkualiti 'cos scanner rosak.thanks kepada yang support Fath dalam bidang ni.love u guys!

Saturday, February 20, 2010

let's makan ikut suka!!!!!!!

1/4 chicken w/ 2 sideline...enough for me today(breakfast+lunch+dinner+
= at 5 pm).tapau from, nando's...tak cukup masa.


Hari ni korang makan apa? makan ikut suka @ ikut nafsu @ ikut kempunan @ ikut apa sahaja depan mata @ no choice @ ikut keperluan @ ikut baget @ ikut piramid makanan ? (kalau ada sebab lain boleh nyatakan dekat komen nanti yek). 'Beruntung', ayat paling sesuai untuk kita rakyat Malaysia, makanan yang lazat berlambak, sebut je nasi lemak, ikan bakar, nasi lauk, nasi dagang...dll...ada dekat kg.Baru (syurga makanan di KL), Char Koay Teow dekat Taman Bunga Raya, Wangsa Maju (famous tu...), chicken chop @ western food di station 21, Bangsar( dekat food court, sedap!harus cuba!) -that's my suggestion la.tu antaranya la...belum lagi restoran yang besar dan ternama ...

Kalau Fath, makan ikut keperluan energy + food mode + lokasi di mana berada= itulah yang akan dilahap. Mungkin ada yang tahu @ mungkin buat tak tahu @ nak kena bagi tahu ni.....pasal piramid diet yang sihat. Standard la susah nak ikut 'cos makan berlemak lagi sedap kan...agree that?

Sebelum ni Fath pernah ceritakan tentang hal ni, tapi rasa nak cakap lagi...(sampai muak nak cakap lagi, kalau muak..) let's talk about it. ala...sikit je nak cerita bukan nak berleter pun..baca ye..1st...here Fath senaraikan group makanan :-

GRAINS
Bold
Eat at least 3 0z of whole grain cereals, breads, creacker, rice or pasta everyday... ( ringkas kan lagi..1 oz tu is about 1 slice of bread, about 1 cup of breakfast cereal or 1/2 cup of cooked rice, cereal or pasta.) so...makan la 6 oz hari2.

VEGETABLES

Eat more dark-green veggies like brocoli, spinach and another..dark leafy green, eat more orange vegetable like carrot, and sweetpotatoes..nak lagi? makan la dry beans and peas like pinto beans, kidney beans, lentils...so ..makan la 2 1/2 cups every day.


FRUITS

Eat variety of fruits , choose fresh, frozen, canned, or dried fruits. go easy fruit juice.so...eat 2 cups every day.

MILK

Go low fat or fat-free when you choose milk, yogurt, and other milk products. kalau korang tak boleh consume milk , pilih la..loctuse fre-products or other calsium sources such as fortified foods and beveranges.so..gets 3 cups every day.

MEAT & BEANS

Pilih la yang low fat or lean meat and poultry.bake it, broil it and grill it.Vary your protein routine- choose more fish,beans ,peas, nuts and seeds. so...makan la 5 oz every day.

Jelas senang kan?up to you guys. nak ikut or nak fikirkan semula...demi badan cantik molek korang gak, sayangkan kalau tak cantik lagi nanti...pakwe@ makwe pun tak selera, then korang pun putus selera 'cos of that.psikologi pun main peranan, meh kita start dari mula, start from foods.Try practice 1 week then pelahan2 kayuh for more.

baikla..anak2 sekalian..kita masuk ke bab-colories. Berapa banyak colories kita perlukan sehari?Tengok bawah ni Fath dah senaraikan ikut umur, kalau rasa korang masih muda kanak2 ribena pilih lah umur 2 3 tahun tu..


Not active/ Active
Children 2-3 tahun 1,000/ 1,400
Females 4-8 tahun 1,200 /1,800
Females 9-13 tahun 1,600/ 2,200
Females 14-18 tahun 1,800 /2,400
Females 19-30 tahun 2,000 /2,400
Females 31-50 tahun 1,800/ 2,200
Females 51 tahun + 1,600 /2,200
Males 4-8 tahun 1,400/ 2,400
Males 9-13 tahun 1,800 2/,600
Males 14-18 tahun 2,200 /3,200
Males 19-30 tahun 2,400 / 3,000
Males 31-50 tahun 2,200 /3,000
Males 51 tahun + 2,000 /2,800


5' 3" tinggi Fath, korang ?cepat ukur sekarang ,ni Fath senaraukan lagi satu...

HEIGHT/WEIGHT GUIDELINES

WOMEN

low/ midpoint/ high

4' 10" 100 /115/ 131
4' 11" 101 /117 /134
5' 0" 103 / 120/ 137
5' 1" 105/ 122 /140
5' 2" 108 / 125 /144
5' 3" 111 /128 /148
5' 4" 114/ 133/ 152
5' 5" 117 / 136 /156
5' 6" 120 /140 /160
5' 7" 123 /143/ 164
5' 8" 126/ 146/ 167
5' 9" 129 /150 /170
5' 10" 132 /153/ 173
5' 11" 135 /156 / 176
6' 0" 138/ 156/ 179
Align Left
MEN

low /midpoint/high

5' 1" 123 /134/ 145
5' 2" 125 /137 /148
5' 3" 127/ 139 /151
5' 4" 129/ 142/ 155
5' 5" 131/ 145 / 159
5' 6" 133 /148/ 163
5' 7" 135 /151 /167
5' 8" 137 /154/ 171
5' 9" 139 /157 /175
5' 10" 141/ 160/ 179
5' 11" 144 /164/ 183
6' 0" 147 /167 /187
6' 1" 150 /171/ 192
6' 2" 153 /175/ 197
6' 3" 157 /179 /202

Ini antara information buat followers, yang terbuka blog minah ni mahupun yang terjumpa..(sambil makan taip hal ni ) tak dapat kongsi makan kita kongsi cerita pun ok, sharing is caring kan..nak info lagi leh layari http://www.mypyramid.gov

p/s : nikmatilah apa pun yang menjadi santapan korang, janji korang tahu apa yang terkandung dalam makanan tu,Fath ni gila dessert tapi berpada2 la..bukan tak boleh rasa pun, oleh kerana makanan kita boleh jadi sihat dan boleh sakit, semua atas diri masing2, tepuk dada tanya selera.kalau nak makan fast food je..tak dapat den nak tolong.ingat...jaga makan...

Friday, February 19, 2010

Meet them again..


19/02/2010(Friday)-Kerja seperti biasa...dah la bangun lambat. pukul 9 pagi, masuk kerja pukul 10am, nak bersiap lagi ..cari parking lagi...jawabnya make up di office la...mandi tetap sama. pakai je baju yang tak perlu digosok. all black.hihi...ring3......Si Dong Dang berbunyi...Pac called..ajak lepak minum di Pelita Bangsar.hai..Wan! sebut biar betul ya...koma ditengah2..kihkih...Bro Fendi pun adajuga..meet you again...




kesiannya..ngantuk benar mereka ni....masuk kerja la wei...


p/s : gambar2 ni dah post dah tadi on twitter...hihi..

I'm selected!!as Mawar for Tun Fatimah Drama(astro Citra)!!

18/02/2010(Thursday)-OFFDAY.Today is a day ...busy and busy seperti biasa.Semalam singgah rumah abah a.k.a family angkat ,(wajib datang sebulan sekali), tetiba pula kami buat acoustic (suka2 jew) ,paramore's song yeay! itu bukan cerita hari ni, Bangkit seawal 9 am( lewat actually), bersiap untuk casting drama for Tun Fatimah dan Shell TVC. Thanks Jeany and Mus for the information.Jelas dan nyata networking tersangat la penting. According Jeany's SMS 2 days ago that i should be there(sg.Penchala) before Lunch, tak terlewat dan tak terlambat, sampai before time line (1pm). Alhamdulillah sampai dengan senang tanpa sesat.


Sampai je..agak teruja dengan keadaan tempat production ,lain dari lain...banyak barang antique for shooting. Bukan sebarangan production, mereka banyak buat cerita-cerita dan iklan arahan arwah Yasmin Ahmad. Fath salah seorang peminat karya beliau.happy!.

watak Putih yang diberi, kena lakonkan dengan baik walaupun tak tahu macam mana keadaan dan jalan cerita tu sebenarnya.Faham sedikit la...tak hafal pun tapi boleh ingat yang part penting...thanks to casting guy yang tolong Fath kuasai watak dengan baik (mak ni tak pernah ikut mana kursus or anything pun, tunjuk ajar amat diperlukan)




kenalkan antara perlakon yang ada di office ni...UNCLE! she's actress (muaalaf movie)

pantang nampak camera terus posing si Uncle ni...

Habis Casting ...Lunch time!lapar..'cos tak makan pagi tadi..kalau nak pergi casting pasti kalut sikit + rushing + tak sempat makan.ingat nak balik dah then dengan senang hatinya Jeany, her dad and Rudy (producer's son) ajak lunch together..totaly memang boleh 'in' dengan dia orang...walaupun dia orang baru 22 tahun..they got points to talk any issue.Kita orang lunch dekat area sg.penchala. lupa la apa nama restoran tu(padahal tak tengok sign board restoran tu pun, nampak makanan lupa la..) ,makan nasi lauk, i'm ok with anything...extra ada sayur2 makan tentu sampai tak ingat punya lah...nasi separuh 1! erm...suku je la...nanti tak habis...(nak kurus ke cik oii...) , dari tak habis baik ambil sikit.makan jangan ikut nafsu tapi ikut keperluan energy harian.agree tak?huhu..


new food for today. i love food! tapi makan ciput je..Si Rudy kenalkan this dessert...nampak sedap dan menarik, cuba jangan segan..part warna hijau dan putih tu sama dengan kuih pelita. Ingat kuih pelita tak?bulan puasa korang cari la dekat bazar ramadhan.then part warna dark brown tu ialah gula merah...rasanya..sedap!!.Dari dulu memang teringin nak jadi host rancangan holiday @ cari makan ni, kalau dapat peluang casting nanti akan ku balun.remember..don't ever2 say NO!.

Lepas makan terus ke tempat production semula dan salam everybody then terus pecut pulang..bukanb balik rumah..patutnya ada casting Shell TVC ..tapi rasa macam letih je...need some joy..spent time dengan Deng pula...baget nak teman bawa hamster dia sakit ke klinik..Fath sampai je dekat rumah dia..itu hamster sudah arwah...takziah.


Tropicana shopping mall...korang pernah visit tak? 1st time nak pusing2 dekat situ...tempat baru confirm boring..benar! boring....nasib ada GSC. layan cerita Valentine's Day movie....not bad..must watch it.ada 3 lagi movie harus ditonton...1.Percy Jackson And The Lightning Thief 2. Niyang Rapik 3. Alice in Wonderland.


Keluar je dari panggung...tengok muka si DONG DANG..banyak email masuk, new status on twitter and missed call from Jeany. I call her back..whatsup girl...she told me the news...that ..i'm selected!!!!!!!!!!!!!!OMG!!!!!!! macam tak percaya..watak MAWAR for drama Tun Fatimah (astro Citra) .happy bukan kepalang ,Deng turut lompat sekali!yahoooo!dapat peluang ni tak akan ku sia-sia kan...alhamdulillah....balik dengan riang rianya...raikan dengan cadbury dan lauk ayam kurma (masakan ayah) superb yummy!!!!sebarkan 1 rumah...they also happy for it.and also supporting me all the time.thanks!

p/s : Kita tak tahu rezeki kita dekat mana kalau tak cuba bagaimana nak tahu.Alhamdulillah rezeki for acting kali ni.Ia adalah permulaan Fath dalam bidang seni lakonan.alhamdulillah sekali lagi.

Wednesday, February 17, 2010

feelings of the day...


17/02/2010(Wednesday)-
12 jam bekerja?! workaholic ke minah ni? stuff lain ada hal penting nak dibereskan..tinggal la mak ni sorang2, jangan jadi batu tak pun kayu ye..dari awal lagi Fath dah plan apa nak buat. selain makan, minum dan layan si internet ni...pasang mood..not too happy, bukan mood marah, bukan juga mood sedih tapi 1 mood yang istimewa. Rasanya pelukis mesti faham apa yang Fath maksudkan, sama la kalau korang penari ke, perlakon ke, penyanyi ke..mesti kena ada 1 mood tu..baru dapat feel,fokus dan buat.

Dari hari tu lagi nak bikin ini gambar tapi mood 'istimewa' tu belum mai lagi, tapi Fath tak boleh la nak siapkan dalam 1 hari, entah kemana kerja nya nanti...mata pun kena rehat, otak pun nak relax.Bagi Fath , bila dah ada mood tu kena tambah 1 lagi bagi jiwa berkobar2, contoh ye..kalau korang nak joget..kena la pasang lagu kan..kalau nak workout...nak lari pula tu..tak kan nak pasang lagu sedih tangkap air mata jatuh, kena la pasang lagu yang boleh buat kita lari kena tangkap polis ke..haha!!untuk gambar member Fath ,Intan Zulaikha Raja Hazenan ni..'I surrender by Celion Dion" pilihan Fath.




p/s: setakat ni je untuk hari ni...mata pun nak naik penat, tak salah la kan,start lukis pukul 3 tadi sampai pukul 7pm. dah la tu. nanti sambung.rehat3.Janji esok cuti dan ada casting!berlakon.erm....macam biasa, cuba je la..

Tuesday, February 16, 2010

superb!!!!!!! from american got talent (flash back)












p/s : sebahagian je ni....nak lagi sila visit di www.youtube.com

Fences by Paramore




I'm sitting in a room
Made up of only big white walls
And in the halls
There are people looking through
The window in the door
They know exactly what we're here for
Don't look up just let them think
There's no place else you'd rather be

You're always on display
For everyone to watch and learn from
Don't you know by now
You can't turn back
Because this road is all you'll ever have

And it's obvious that you're dying, dying
Just living proof that the camera's lying
And oh, oh open wide
Cause this is your night, so smile
Cause you'll go out in style
You'll go out in style

If you let me I could
I'd show you how to build your fences
Set restrictions
Separate from the world
The constant battle that you hate to fight
Just blame the limelight

Don't look up just let them think


There's no place else you'd rather be and now
You can't turn back
Because this road is all you'll ever have

And it's obvious that you're dying, dying
Just living proof that the camera's lying
And oh, oh open wide
Cause this is your night, so smile

Yeah, yeah you're asking for it
With every breath that you breathe in
Just breathe it in
Yeah, yeah well you're just a mess
You do all this big talking
So now let's see you walking
I said let's see you walking

Yeah, yeah well you're just a mess
You do all this big talking
So now let's see you walking
I said let's see you walking

And it's obvious that you're dying, dying
Just living proof that the camera's lying
And oh, oh open wide
Yeah oh, oh open wide
Yeah oh, oh open wide
Cause you'll go out in style
You'll go out in style

Monday, February 15, 2010

Nasi minyak depan rumah

mata ku sembab bersama engku.

15/02/2010(Monday)-Tidur dalam pukul 3 pagi lebih , bangkit dalam pukul 5 am, tidur2 ayam. Adik pula sampai dalam pukul 9 pagi terus Fath pulang untuk sambung tidur, 11.30a.m bangun, boleh la.. dari tak tidur kan...siap cepat!!datang makan kenduri kahwin jiran sebelah rumah (jiran baru) pengantin pun Fath tak kenal.haha!!

Sudah pasti makan bersama jiran ku Engku, kami keluar je pintu rumah terus makan,senang.Habis makan terus tukar baju ,kerja. Macam biasa lah orang cuti Fath kerja.Apa yang lebih best, mama boleh pulang esok petang!yeay!!finally...

erm..tak ada cerita menarik hari ni, kerja-ke hospital-kerja...tu la aktivitinya.balik ni..nak tidur lagi..rest and peace so badly.

Ku lukis wajah DENG

14/02/2010(Sunday)- Valentine?oh..sorry ..Fath tak sambut..(for non-muslim ,yes they can la)'cos i hari2 sayang,tak payah tunggu tarikh keramat.That's all for that,nak cerita pasal journal Fath hari ni..Mungkin ada yang belum tahu Fath suka menconteng muka orang dekat kertas a.k.a melukis. sejak dari umur 6 tahun lagi sebenarnya, cuma sejak lepas kolej boleh kira berapa kali la Fath conteng kertas ni..

ingat lagi time kolej dulu,nakal nya mak sorang ni..'kamu ni berbakat tapi malas!', hahah!!kata2 tu masih ku ingat sampai terbawa mimpi.thanks!En.Osman(lecturer), teguran menusuk kalbu mu tu amat bererti. Potret kegemaran Fath,dulu pernah juga terfikir mana datang entah bakat ni, terjawab juga akhir masa birthday ayah bulan lepas, rupanya dia suka lukis potret masa sekolah dulu.Terkejut juga la.'cos Fath tak pernah dapat pendedahan dari udara ,angin mahaupun cahaya...dari mana2 pun pasal potret ni.Alhamdulillah dari-NYA.

Al-kisah lagi ,antara dalam sejarah hidup minah ni kan, pernah dibantah oleh ayah kalau nak hidup semati dengan seni lukis ni,tak boleh cari makan katanya dengan melukis, oh..memang menusuk kalbu, terasa gak la, yo la..hanya den sorang jo yang suka buwek conteng2 ni..kalau kakak boleh bantah demi business study (bukan bidang bengkel masa dia mengaji kat PEDAS dulu), apa lagi mak ni tegakkan badan dengan tegas tapi takut juga la..nak juga bidang seni ni.


Kena lah tunjuk semangat jati diri (bukan beras jati) yang tinggi, tahu apa yang den buwek?den koje part time dokek Levi's dan simpan duit nak biaya study nanti, baget mesti ayah tak bising kalau mengaji bidang pilihan sendiri dengan duit sendiri, Hasilnya...Mak ni memang superb!wah bangga!terdiam daddy den, terbuka hatinya. Dari barang kelengkapan sehinggalah yuran kemasukan,pelajaran dari sem 01-06 dan segala pembelajaan selama 3 tahun den pakai duit sendiri je ok. mana dapat duit??jatuh dari langit la..haha!


masa study buka lah mata sebosar yang boleh, ambil apa sahaja peluang kalau dah minat, gamelan yang Fath nampak masa minggu orentasi, bunyi ketukan bonang bermain di jiwa..tak boleh nak gambarkan bertapa merdunya....1st time dengar terus jatuh cinta tahap jatuh tangga. Tak sangka juga dengan bermain gamelan (ko-korikulum) leh dapat ongkos. Bermain dalam team dibawah bimbingan guru Dari istana budaya dan membawa nama Kraftangan Malaysia selama 2 tahun amat berbaloi.


punya lah berleter macam mak orang, cerita hari ni mana cik adik oi...??Dengan riang rianya...tonton drama ber-series GLEE sambil lukis ini gambar..atas permintaan en.Faizal(rakan sekerja), tolong lukis kan.

ini bukan Deng!hahaha


excited drive kereta kakak (auto dan tinggi)

Kesian kakak kena sakit mata tetiba tanpa sebab, doktor suruh dia pulang, tu yang kereta dia tingglkan di hospital, mata dah tak boleh buka..macam mana nak pandu, so.1st time Fath drive kereta kakak ni sampai ke rumah.

pulang dari kerja terus ke hospital,shift Fath pula untuk jaga mama( pukul 7pm-9am), tak tidur ok.borak dan baca newspaper sampai lebam..jari pun lebam.Dah masuk hari ke-4 jari ni masih belum pulih..insyaAllah akan pulih..


cantik kan??dan sakit.

latihan untuk paru-paru

siapa kata dekat hospital tak ada permainan..ni ha(gambar diatas) , comelkan? nama dia si sedut yang comel(suka hati je), senang je...hanya sedut sekuat hati sampai mengah!sounds easy kan, tapi cuba dulu pasti best.latihan untuk mama ,selagi bola hijau tak naik ke puncak, maka tak dapat pulang la..dok la kat hospital lagi.(just jokes)

cara2 permainan:- 1) senang..sedut je jangan tiup.
2) make sure bola hijau naik juga ,yang itu sukar..
mejoriti semua orang boleh naikkan bola pink dan kuning je.

muka Deng mula dilukis..

hasilnya...tak nampak!hahah!

Ada je la yang nak dibuatnya..Tetiba rasa nak lukis muka Deng, totaly i'm on 'draw' mode. bagi Fath ok la...sambil layan lagu 'love story by Toylor swift'..ops!!guys! i'm so sorry...tak boleh pamerkan lukisan tu..



p/s:Panjang pula cerita kali ni..tak sengaja...teringat memori dahulu kala,terus taip,apa pun..sebagai pengajaran...semangat dan minat tu penting untuk capai apa yang kita minat. InsyaAllah akan dapat. Miss Independent la katakan..dari comot dulu family memang dah ajar jangan ambil @ terima pemberian orang takut makan budi, kalau nak sesuatu tu..usaha,kalau tak dapat itu bukan rezeki.Tapi kalau orang dah ikhlas tak apa(tak baik tolak dengan salah tafsir niatnya), kalau ungkit balik,pulangkan je..apa susah.love in peace.

Saturday, February 13, 2010

Boleh berlakon ke.......??


12/02/2010(Friday)-Happy Monthly Anniversary!!!!yang ke-17!(me and DENG).Lupa sebenarnya, lusa ingat ..agaknya semut termasuk dalam mulut kot terus lupa, Tapi macam mana pula boleh ingat?terhantuk kepala dekat dinding ke apa?

i saw someone's picture there...hihi

Masa isi borang casting baru ingat la...(sebelah signature ada tarikh). terus BBM dengan Deng, Kali ni casting di Kelana Jaya. Gerak dari rumah terus kesana lebih awal dari sepatutnya, confirm ada terlepas pandang punya lah! drive sorang2 nak tengok pakwe hensem(kereta sebelah) lagi...ahaks!Awal 15 minute.

shikin bersam orang kuat production ni...kenal tak?

Korang pernah tak datang interview untuk jadi cikgu seni (contoh ye), sebijik sejiban apa yang diorang bagi tahu by email or anything la. Setiba je masa interview,masa isi borang diorang kata untuk jadi cikgu ekonomi (ingat..contoh je), tak ke rasa macam entah apa la...because in your mind everything about art, ini pula perihal ekonomi negara. apa kes? tapi kalau dah sampai dan isi borak ,buat je la kan...mejoriti yang sampai agak terkejut tapi bantai je la.....

bersama Jeany

the true story , it's about like vj/host (E! channel,melodi,MTV,)so...dapat je skrip...pembaca berita la....mak bantai je...janji buat. Don't ever2 say NO!Fath talent yang pertama sampai ,kemudian Jeany,Shikin dan 2 orang lagi(tak sempat kenal tapi salah sorang tu pelakon cerita impian liyana,Sunsilk watak Nik 'tomboy' tu ). si Jeany ni datang dengan brother agensi dia,Mr.Mazrul. Tetiba si bro ni datang serpa tanya if i free or not after this, i was thinking about another job la kan..(not dating or what..ya..) correct then! so Fath agree la, tapi harus pantas sebab kena jaga mama at 6pm(should be lebih awal).Deng pun dah lama tunggu...Fath masih di Kelana Jaya tunggu talent lain selesai (kiranya nak gerak sekali).

dengan Abang Mazrul ,kami tinggal di Kajang!warga Kajang la kiranya.

2nd casting ni di Serdang, tak jauh dari Mines, nasib tak jauh dari Kajang dan sehaluan so..senang nak pecut.casting berlakon ok.Asalnya tak berapa excited tapi bila dah sampai production office agak terdiam kejap la...besar nama company ni..banyak buat cerita filem dan drama yang meletop gitu! Watak yang mereka cari adalah untuk sebuah drama ,bukan extra. tapi watak utama(heroin) ,al-kisahnya pelakon asal(Lisa Suriani) tidak dapat bagi komitment .Tu yang cari talent baru.

Agak tercabar juga la..watak besar ni, Fath yang tak pernah berlakon dan tak pernah datang casting berlakon rasa macam sukar, tapi cuba je la..janji diorang ada rekod portfolio Fath.Casting berlakon agak lama sebab nak kena baca skrip yang agak berjelar dan kena faham ceritanya.Baru dapat feel nak lakonkan watak tu. Serious Fath yang jenis cepat menitiskan air mata jika berada dalam situasi emo. Masa dengar dan tengok si Shikin acting ,Fath dah rasa sedih dengan skrip tu. Time Fath je...Fath terus sedih dan rasa macam nak nangis,berlinang juga la...

bersama shikin

situasi cerita tentang si heroin ni sedih dan memendam perasaan dengan husbandnya yang agak sosial (kahwin bukan dasar cinta, terpaksa sebab mak mertua).Si heroin yang rasakan yang suaminya ada perempuan lain.(macam biasa jalan ceritanya tapi bila kita berada dalam situasi tu confirm tak boleh bla.) Lebih2 pula Fath ni (bukannya tengok TV sangat pun, dan kurang suka cerita drama) tapi 1st dapat merasakan berlakon ni bukan senang dan kena ada sentimental value untuk sampaikan cerita dan keadaan sebenar sesebuah cerita tu.

sempat bergambar dengan gambar2 lakonan perlakon hebat

Apa yang best casting kali ni..orang kuat production ni siap ajar dan beri penerangan yang betul bagaimana nak menguasai sesuatu watak tu.Nak bagi kami faham apa yang patut disampaikan.Disaat akhir Fath dah cuak, sebab Deng dah pun sampai dibawah office dan Fath betul2 dah lambat.Kira lantak la pegarah kenan atau tak.Janji cuba je.

muka baru lepas mandi di hospital

Gerak terus sama2 (kereta berasingan) ke Hospital, tinggal lagi 1 jam je masa melawat. Menggelabah juga la. setiba je di sana Kakak terus gerak pulang sebab dia tak tidur lagi sejak semalam. Pak Long dan Mak Long turut ada sekali (1st guest yang melawat mama), akhirnya Deng dapat juga ziarah (baget semalam tapi operation lama benar.) Deng terus gerak ke gym dan Fath stay di hospital jaga mama. 1st time Fath kena tidur dan jaga orang sakit di hospital. Memang tidur2 ayam la. mandi, makan dan tidur dihospital sama macam orang sakit. Cuba korang pula.haha!, memang tak boleh tidur bukan kerana tak selesa ke apa ke..tapi mama bila terjagaje kena lap kan badan dia,urut,bagi minum, dan pelbagai lagi. Samal la macam mana mam kita jaga kita masa kecil( Fath masa kecil kena sawan menangis, malam je menangis tanpa sebab,mama tak dapat tidur malam kena jaga Fath, dalam tempoh sehingga lah Fath dah boleh berjalan..berbulan juga la kan...kalau korang tahan tak?mama masa tu masih bekerja tau, tapi Fath dapat jaga macam tu untuk beberapa hari sahaja,rasa juga lah kesukaranya)Fath akan buat yang termampu. Nasib baik ada kakak dan adik, kami bergilir la jaga.Ayah kena uruskan 2 orang yang masih bersekolah,basuh baju, sidai baju dan angkat baju.



selepas sehari Tangan ku yang terkana minyak masak panas.

p/s:Memandu bagai nak terbang, memang tak cukup masa.tapi alhamdulillah semuanya ok dan dapat dilakukan dengan baik.Shift Fath lagi hari ahad ni, balik kerja terus ke hospital.nak sambung tengok cerita GLEE....sambung cerita esok ya.

Thursday, February 11, 2010

Selamat OFFDAY buat ku!




11/02/2010(Thursday)-cuti baby cuti!!!hihi..finally Fath cuti juga, Hari ini adalah hari yang kami sekeluarga hitung..mama akan dibedah tepat jam 9 a.m.Fath lena tidur pagi tadi tetiba ayah datang kejutkan dalam pukul 7.30 pagi..nasib kakak dah gerak ke hospital, Bagai ribut la nak bersiap...Agak lewat juga Fath sampai, mama pun dah masuk bilik bedah 1/2 jam lebih awal.Terus ke cafe la..sarapan sama2 dengan kakak dan Ayah. Tiada sebarang persiapan ,si Dong Dang dan kawannya(5800 xpress music,tak tahu lagi nak bagi nama apa) pun Fath tak sempat nak charge kerana tahu hari ni penantian yang lama punya lah..Lebih kurang jam 10 pagi Kami pergi ke Farmacy berhampiran(luar hospital) beli bekung untuk mama.




Tengah hari pula Ayah harus pulang ambil adik balik dari sekolah dan solat disurau.Kami?anak perempuan tua ini harus setia menunggu.....tunggu kalau boleh sehingga selesai.Dari lepak bawah wakaf ,berpindah pula ke surau..lebih selesa,solat dan boleh charge Si Dong Dang dan kawannya tu..Sampai penuh la tenaga buat mereka,tapi mama masih dalam dewan bedah lagi..tengok la apa yang Fath buat sepanjang berada dihospital...melukis..sejak dua menjak ni tetiba rajin benar nak melukis. Ada notepad dan pensil tekan ,boleh je..

waktu berjalan dengan pantas tetapi rasa macam lama je..'cos biasa sibuk tetiba lapang gila...kaka keluar kejap ,dia memang memahami pergi ke mcD dapatkan apple pie dan ice-cream conetto ..pergh!!!!sedapnya!!Last week Fath kempunan nak makan ice-cream kn..cuba korang ingat(kalau ada baca post yang lepas la)..dah lepas kempunan main pula game monyet dalam laptop kakak ni..kelakar!! Pukul 5 pm dah?! mama masih dalam bilik bedah..kami yang dah berlengas ni balik dulu untuk mandi dan rehat seketika....lepas mandi Fath boleh tertidur ,nasib baik ayah call dari hospital ,syukur mama selamat dibedah, bergegas kami ke sana....Redahkan juga jalan jem..lewat memang lewat.Kakak jaga mama hari ni,tidur dihospital,Fath?esok ye..hihi...

mama separa sedar..

Tapaukan kakak makanan(lunch+dinner) ,balik terus laksanakan tugas dirumah pula, baget nak masak lauk tak pasal2 tertumpah minyak panas!ke tangan Fath!tidakkkkk!!sakit gila!!si Nyempel la ni.....nak gurau sampai minyak dah tertumpah atas tangan Fath.tengokla..nasib baik Fath talakan tangan terus ke paip air...dan terus sapukan ubat gamat dari (mayfair), pedih bukan kepalang ...bukan tak pernah kena dengan benda panas ni,masa study dulu siap bergelembung kesemua jari ditelapak tangan kiri..apa yang meriasaukan esok Fath ada casting!Nasib baik elok je tangan ni..syukur...esok nak buat kuih gulung tau.hihi

tengok jari tu merah....pedih..tahan pedih..

nasi goreng ku hasil mengunakan 1 tangan je..

p/s:Hari dilalui dengan baik kecuali malam, terkena minyak panas...terus tak boleh buat kerja.benda nak jadi ,jadi juga...lepas ni sila lebih berhati-hati ya...selamat malam semua..nantikan post esok!!!