Monday, February 15, 2010

Ku lukis wajah DENG

14/02/2010(Sunday)- Valentine?oh..sorry ..Fath tak sambut..(for non-muslim ,yes they can la)'cos i hari2 sayang,tak payah tunggu tarikh keramat.That's all for that,nak cerita pasal journal Fath hari ni..Mungkin ada yang belum tahu Fath suka menconteng muka orang dekat kertas a.k.a melukis. sejak dari umur 6 tahun lagi sebenarnya, cuma sejak lepas kolej boleh kira berapa kali la Fath conteng kertas ni..

ingat lagi time kolej dulu,nakal nya mak sorang ni..'kamu ni berbakat tapi malas!', hahah!!kata2 tu masih ku ingat sampai terbawa mimpi.thanks!En.Osman(lecturer), teguran menusuk kalbu mu tu amat bererti. Potret kegemaran Fath,dulu pernah juga terfikir mana datang entah bakat ni, terjawab juga akhir masa birthday ayah bulan lepas, rupanya dia suka lukis potret masa sekolah dulu.Terkejut juga la.'cos Fath tak pernah dapat pendedahan dari udara ,angin mahaupun cahaya...dari mana2 pun pasal potret ni.Alhamdulillah dari-NYA.

Al-kisah lagi ,antara dalam sejarah hidup minah ni kan, pernah dibantah oleh ayah kalau nak hidup semati dengan seni lukis ni,tak boleh cari makan katanya dengan melukis, oh..memang menusuk kalbu, terasa gak la, yo la..hanya den sorang jo yang suka buwek conteng2 ni..kalau kakak boleh bantah demi business study (bukan bidang bengkel masa dia mengaji kat PEDAS dulu), apa lagi mak ni tegakkan badan dengan tegas tapi takut juga la..nak juga bidang seni ni.


Kena lah tunjuk semangat jati diri (bukan beras jati) yang tinggi, tahu apa yang den buwek?den koje part time dokek Levi's dan simpan duit nak biaya study nanti, baget mesti ayah tak bising kalau mengaji bidang pilihan sendiri dengan duit sendiri, Hasilnya...Mak ni memang superb!wah bangga!terdiam daddy den, terbuka hatinya. Dari barang kelengkapan sehinggalah yuran kemasukan,pelajaran dari sem 01-06 dan segala pembelajaan selama 3 tahun den pakai duit sendiri je ok. mana dapat duit??jatuh dari langit la..haha!


masa study buka lah mata sebosar yang boleh, ambil apa sahaja peluang kalau dah minat, gamelan yang Fath nampak masa minggu orentasi, bunyi ketukan bonang bermain di jiwa..tak boleh nak gambarkan bertapa merdunya....1st time dengar terus jatuh cinta tahap jatuh tangga. Tak sangka juga dengan bermain gamelan (ko-korikulum) leh dapat ongkos. Bermain dalam team dibawah bimbingan guru Dari istana budaya dan membawa nama Kraftangan Malaysia selama 2 tahun amat berbaloi.


punya lah berleter macam mak orang, cerita hari ni mana cik adik oi...??Dengan riang rianya...tonton drama ber-series GLEE sambil lukis ini gambar..atas permintaan en.Faizal(rakan sekerja), tolong lukis kan.

ini bukan Deng!hahaha


excited drive kereta kakak (auto dan tinggi)

Kesian kakak kena sakit mata tetiba tanpa sebab, doktor suruh dia pulang, tu yang kereta dia tingglkan di hospital, mata dah tak boleh buka..macam mana nak pandu, so.1st time Fath drive kereta kakak ni sampai ke rumah.

pulang dari kerja terus ke hospital,shift Fath pula untuk jaga mama( pukul 7pm-9am), tak tidur ok.borak dan baca newspaper sampai lebam..jari pun lebam.Dah masuk hari ke-4 jari ni masih belum pulih..insyaAllah akan pulih..


cantik kan??dan sakit.

latihan untuk paru-paru

siapa kata dekat hospital tak ada permainan..ni ha(gambar diatas) , comelkan? nama dia si sedut yang comel(suka hati je), senang je...hanya sedut sekuat hati sampai mengah!sounds easy kan, tapi cuba dulu pasti best.latihan untuk mama ,selagi bola hijau tak naik ke puncak, maka tak dapat pulang la..dok la kat hospital lagi.(just jokes)

cara2 permainan:- 1) senang..sedut je jangan tiup.
2) make sure bola hijau naik juga ,yang itu sukar..
mejoriti semua orang boleh naikkan bola pink dan kuning je.

muka Deng mula dilukis..

hasilnya...tak nampak!hahah!

Ada je la yang nak dibuatnya..Tetiba rasa nak lukis muka Deng, totaly i'm on 'draw' mode. bagi Fath ok la...sambil layan lagu 'love story by Toylor swift'..ops!!guys! i'm so sorry...tak boleh pamerkan lukisan tu..



p/s:Panjang pula cerita kali ni..tak sengaja...teringat memori dahulu kala,terus taip,apa pun..sebagai pengajaran...semangat dan minat tu penting untuk capai apa yang kita minat. InsyaAllah akan dapat. Miss Independent la katakan..dari comot dulu family memang dah ajar jangan ambil @ terima pemberian orang takut makan budi, kalau nak sesuatu tu..usaha,kalau tak dapat itu bukan rezeki.Tapi kalau orang dah ikhlas tak apa(tak baik tolak dengan salah tafsir niatnya), kalau ungkit balik,pulangkan je..apa susah.love in peace.

No comments: