Thursday, February 4, 2010

Si DONG DANG dan tuannya.

04/02/2010(Thursday)-Apa kena dengan minah sorang ni..dok asyik ambil gambar sorang-sorang pagi ni...Siap edit background putih lagi....Entah apa spirit datang melanda...dah tentulah snap gambar ni dengan cermin...DONG DANG yang pegang ni bukan untuk dijual(tak akan jual sampai bila-bila pun, kalau rosak akan dibaiki, atau pun simpan je, hadiah dari DENG ok.), refer post Hanis Zalikha semalam..
http://inibelogsaya.blogspot.com/2010/02/hanis-zalikhas-first-blackberry.html, (tak pe kan Fath post link Hanis ni,hanis confirm sokong nya lah) tapi ni la benda alah yang paling akrab dengan Fath, thanks to Deng! , tidur sama-sama, DONG DANG ni jatuh dari katil malam tadi terus Fath terjaga dari tidur, pergh!cukup sayang betul, bila makan dia dok sebelah pinggan,(sure korang pernah buat gak kan???), masa tengah drive dia dok atas riba, gila memang lucky si DONG DANG.kami layan TV ,workout,hang out, dating pun sama-sama, 1 je kami berjauhan..masa mandi. 'doktor' mana-mana pun akan kata benda yang sama yang si DONG DANG ni memang alah dengan air.haha!

Si DONG DANG

korang ada bau limau tak??tengah menaip sambil makan limau ni,sempena tahun baru cina ni, Fath antara yang tumpang sekaki la makan limau, siap beli sekotak ok...kongsi ramai-ramai la.mahu kembung kang, dah la pagi tadi minum teh O dan biskut tiger with peanut je kena pula penangan limau, jangan.Malam tadi tidur pukul berapa pun tak tahu yang Fath ingat bangkit je dah pukul 5am. Sejak 2 menjak ni no 5 ni jadi saksi tidur dan bangkit tidur.Ada seseorang yang Fath pandang sebelum dan selepas bangkit...oh..Aaron Aziz...kebetulan je la..semalam Kak Teh dan Kak Ton tengok cerita Rahsia Hati (astro Ria) pagi tadi,saja je buka TV ,terpapang lagi si Aaron Aziz...hihi...


Tiada aktiviti untuk hari ni, dalam kepala otak ni ada 3 plan lepas balik kerja nanti, 1.pergi gym seperti biasa, 2. pergi ziarah sepupu dekat Wangsa Maju. 3. jalan-jalan....semua bergantung pada keadan dan mood la...sebenarnya nak yang no .3,tapi tak tahu lagi nak kemana, tengok road macam mana la...berlubang ke..jem ke...



Tetiba nampak ramping pakai baju dan seluar high waist ni..

pelik pula layan blog ni pagi-pagi, routine belum dipenuhi lagi dah post berbagai...kerja pun saja ditangguhkan sekejap, korang jangan ikut cara Fath lak, kang kena tempeleng dengan boss. Sekarang ni tengah melatihkan diri berseorangan, (sambil dengar lagu two is better than one), memang bertentangan .haha!

Sesiapa yang terserempak dengan Fath,tegur je, mana tahu nasib korang amat bertuah time tu..kita bole berborak sambil minum di kedai berhampiran....wah!menarik kan...ye la kan...kita buat contest nak tak?sesiapa yang kebetulan jumpa Fath di mana-mana pun, korang tegur je then explain member dari blog ke...facebook ke...twitter...apa-apa je la kan..korang boleh lepak minum dan borak-borak dengan Fath, pada masa tu juga Fath akan bagi 1 soalan yang ada kaitan dalam blog,twitter, @pun facebook Fath. Korang dapat jawab dengan betul, Fath belanja minum +bergambar sama=terus masuk dalam blog+twitter+facebook Fath.serious!mari sahut cabaran!hihi....ada bran?macam yang dekat radio era tu pula...(orang misteri ERA).


P/S:Fath ni dah tahap dewa dah ni...selagi tak salah ,apa salahnya kan...hihi...

2 comments:

cik EPAL said...

i like your outfit :)

siti fathiyah said...

tq cikepal! bj lama i.....hihi..i mix n match blk.