Friday, January 1, 2010

Happy new year!!! 2010!!!


01/01/2010(Friday)-Happy new year!!!welcome 2010! selamat tinggal 2009. Bermulanya tahun baru , hari baru dan matlamat baru. Hari pertama ni Fath sudah tidak cukup tidur..mana tidak nya, semalam pergi count down di Puncak Genting Highland bersama Deng , jumpa pula Enya dan Aziz di situ.. Turun sudah jam berapa, sampai rumah jam 4 a.m ,tidur pula? lebih kurang ja 4.30 a.m, bangun? jam 8 a.m, kerja la....mana tidak out of service, tapi macam biasa Fath paksa diri Fath untuk bertahan. antibodi sudah la low dan selalu senang kena sakit.Pergi kerja pula bawa adik bongsu Fath bersama, kemudian Enya akan pick up adik untuk pergi swim. Setiba Enya di kantor kami luangkan sedikit masa bersama, dan membuatkan happy sangat!!!kenapa??jawapan nya akan diketahui dalam post yang akan datang.bersabar ya.hihi....

Tahun 2009 banyak mengajar Fath pelbagai perkara dalam semua segi, membuatkan Fath lebih bersabar, tabah, berusaha, reda dan bersyukur.

Diri sendiri

Hargai diri ini yang telah dikurniakan cukup sifat dengan akal fikiran yang waras.Bakat yang ada jangan dipersiakan. Perlu serlahkan dengan lebih usaha. Gilap kan ia selagi boleh. Jaga kesihatan diri (sebab ada migrain dan gastric) , perbaiki kelemahan.cayok Fath!!!

Keluarga

Keluarga segalanya, tanpa mereka Fath tidak ada didunia ini, mereka yang menjaga Fath sejak di lahirkan sehingga sekarang Fath menjadi orang. Keluarga banyak menyedarkan Fath dalam apa perkara pun, secara tidak langsung Fath selalu beringat dalam apa perkara pun, Fath membawa nama keluarga. Fath perlu meluangkan lebih masa, ongkos dan tanggungjawab terhadap mereka. Jangan menjadi anak yang derhaka dan sentiasa menghormati mereka.Love them forever!!muah!!!!

Kerjaya

Seperti mana yang kalian tahu, Fath mempunyai 2 kerjaya dan mungkin akan bertambah.hihi.. insyaALLAH. Design and sales consultant adalah kerjaya tetap Fath iaitu mata pencarian Fath sejak tamat mengaji kolej dulu. Modelling pula adalah kerjaya tambahan Fath yang lebih kepada minat, seronok dan business. Fath tidak akan berhenti untuk kerjaya ke-2 ini, walau macam mana pun. Selagi ia halal, tidak salah dan dibenarkan keluarga, Fath akan sapu apa sahaja tawaran, dan Fath akan expose diri untuk tahun 2010 ini lebih dari tahun sebelumnya. Terget Fath tahun 2010 ini Fath ingin memulakan business bekaitan modelling dan fesyen. doakan segalanya berjalan dengan lancar.Startegi dalam tangan sudah.amin.

Cinta

Seperti mana sudah dimaklumkan Fath sudah berpunya, cuma 'siapakah'??biarlah la rahsia, kalau ada jodoh dan umur masih panjang, Fath akan beritahu juga bila sudah tiba masanya.hihi.. Cinta yang masih bertahan selama 1 tahun 3 bulan ini, banyak cabaranya dari segi psikologi, comitment, hati dan perasaan. Banyak mengajar dari kelemahan kepada keutuhan hubungan. Masih dalam mengenali hati budi masing-masing. Kami sudah mula kerap berjumpa untuk mengeratkan lagi hubungan ini selagi di izinkan masa untuk berjumpa dan bersama.Kesimpulannya Fath akan buat yang terbaik mungkin untuk cinta yang diterima ini sehingga ditakdirkan.Sebarang kekurangan harap di perbaiki dan di terima. we know's each other.Love u ,Deng!

Sahabat

Fath tidak lah mempunyai sahabat yang ramai, tetapi mereka berkualiti disisi Fath. Fath maksudkan disini termasuklah saudara mara, kawan baik dan kelurga angkat Fath.Fath akan cuba sebaik mungkin untuk luangkan masa bersama mereka.sayang mereka.muah!!

Hobi

Fath banyak hobi sebenarnya. apa yang Fath suka untuk lakukan itu lah hobi, dulu Fath gemar bermain tennis, tetapi tiada masa mak digantikan dengan akitiviti di gym. Tetapi kadang-kadang itu pun tidak sempat. Maka hobi Fath adalah apa sahaja yang sempat dilakukan.haha!! kereta pun boleh kira berapa kali dihantar car wash. Itulah almari bergerak..hihi..


Masa

24/7 adalah tidak cukup bagi Fath untuk semua perkara. Mesti ada sahaja yang tergadai. Rushing dan tidak cukup tidur sudah menjadi kebiasaan buat Fath.Teringin rehat lebih lama, tapi selalu menjadi angan-angan...


Kerja amal

Derma darah adalah rutin Fath dalam setiap 3 bulan sekali. fath sudah pun mendaftar sebagai volunteer persatuan menyelamat haiwan, tapi masih mencari masa untuk itu.


Kesimpulan untuk azam tahun 2010 ini adalah lebih kepada target dalam kerjaya tetapi dalam masa yang sama Fath perlu seimbangkan dengan keluarga, cinta dan sahabat.Harap segalanya baik belaka dan berjalan dengan lancar.Hanya takdir menentukan , Fath hanya usahakan sahaja.amin.

No comments: