Monday, January 4, 2010

Siti Fathiyah's Fans Club?


04/01/2009(Monday)-Bangun pagi tetapi pergi kerja petang, seronok juga kerja bershift ini...Bersiap terus turun Bangsar yang tidak jauh pun dari rumah auntie..Semalam sudah berniat hendak mencari New arrival for outfit la..sudah lama tidak membeli baju..Fath bukan jenis nampak-terus-beli. Servey dulu, kerana walaupun boutique di jalan Telawi ini semuanya up-to-dated tetapi harus diingatkan ada sesetengah boutique mempunyai outfit yang sama tetapi harga berlainan, boutique apakah itu?Anda sendiri kena turun dan tengok. Harga nya tidak lah mahal sangat, ikut material dan fesyen. Standard lah mereka naik kan sedikit harga dari harga modal, kalau tidak mahukan untung maa......


Tangkap gambar sendiri ,hahah!!!

Fath biasa window shopping seorang diri sebab Fath bukan nya ada masa yang banyak untuk jalan-jalan cari barang ini, Fath window shopping memang pantas tetapi tidak bermakna beli terus ya..kalau Fath berkenan esok Fath datang balik dan terus beli, kalau sudah jual, biarlah cari yang lain , apa susah. hihi...

Curi-curi tangkap gambar dalam salah satu boutique.hihi, siap ada landscape k.

Makan sandwich lagi..tapi sedap woooo!!!Italian B.M.T dari subway pilihan Fath untuk lunch kali ini.

Tiba waktu malam Fath tiba-tiba rasa hendak buat sesuatu. Iaitu perkara yang sudah lama disuruh oleh kenalan facebook Fath, Fans Club!hahah!! sound funny, right?haha!Tetapi jangan terkejut ya dalam masa 3 jam sahaja Fath sudah mempunyai 307 fans , okay..wow!!!!tidak ku sangka. Apa pun terima kasih banyak-banyak yang masuk kelab Fath dan keep in touch ya!

Sambil-sambil itu layan makan makanan ringan ini, Rocky!!teringat dekat Deng yang berada di Phuket sekarang ini.huhu

No comments: