Friday, January 8, 2010

HAPPY BIRTHDAY DENG!!

thanks Deng for this jacket from phuket!

07/01/2010(Thursday)-
HAPPY BIRTHDAY DENG!!sweet 22!!, selamat dipanjang kan umur , murah rezeki, kesihatan yang baik dan pelbagai lagi untuk yang terbaik . Umur sudah meningkat maka perkara lain pun perlu ditingkatkan kualiti nya.

Hari ini Fath cuti! sudah menjadi kebiasaan, birthday Deng , mesti Fath akan ambil cuti, kira cuti umum untuk Fath.hahah!!Bangun pagi sahaja ,Fath perlu bergegas mandi, makan, pergi carwash, kemas kereta ,workout di gym dan pelbagai lagi.Dari jam 10 pagi sehingga malam memang tidak cukup masa! Sepatutnya Fath hendak ke saloon...nak buat sesuatu pada rambut ni sempena 2010, tapi memang benar masa itu memang kuat cemburu!!hahha!!!slogan baru..

Dipendekkan cerita masa di carwash la ,Fath breakfast dengan fresh milk, roti dan coklat. terus bergegas kerumah kemas kereta yang macam almari bergerak ni...barang untuk modelling memang Fath bawa kemana sahaja...senang.

Selesai perkara utama, Fath terus bergegas ke arah KL. tidak sempat lunch pun, tapi sempat jamah masakan mama dan ayah .Singgah di stesen minyak terlebih dahulu, kasi penuh itu tangki, parking kereta di bawah rumah Deng , terus kami pergi bersama ke carwash, kereta dia pula nak mandi ....


Di BHP, Cheras

Selepas itu terus ke Bangsar, bersenam!!!di gym.kami workout bersama.

sempat ambil gambar sebelum bermula bersenam!


Swatch untuk Deng!


Selesai bersenam kami terus ke Restoran Tanjung Puteri di Sri Hartamas. perjumpaan keluarga Deng dan perbincangan majlis makan-makan sempena hari jadi nya di situ esok!, ikuti cerita pasal ini esok ok!

Kemudian kami terus ke rumah Kak Anil , mahu tengok koleksi gambar percutian keluarga Deng di Phuket tempoh hari. Tetapi memandang kan Deng excited sangat nak tengok hadiah birthday nya ydari Fath , dalam kereta tadi Fath sudah tolong buka kan.hahha!!Fath pula yang Happy!sebab dia suka akan hadiah tu. Terima lah hadiah yang tidak seberapa dari Fath ini. Dari dulu lagi Fath teringin sangat nak bagi pada boyfriend, tapi tidak kesampaian , akhirnya!!!, sudah lama Fath usha jam tu.akhirnya dapat juga bagi , alhamdulillah.

Datang rumah Kak Anil dan Abang Zam , ini yang Fath hendak sangat, jumpa kucing kesayang mereka, SABTU!-kucing anak yatim piatu...huhu..

Tengoklah gelagat Sabtu

Fath dan Sabtu


Sebelum pulang ,ucapkan kan selamat tinggal dan terima kasih pada semua.Tengok lah ,manjanya SABTU di bahu Deng, Sekarang korang sudah nampak Deng kan...hahha!!tapi dari belakang dan tidak kelihatan pun wajah nya.masih menjadi tanda tanya kan.......hahah!!!

Ikuti cerita esok pula ya...

1 comment:

jaja aisyah said...

tau dah sape deng tu. kebetulan plak t'nmpk gmbr jam tu kt fb dia..huhuhu ;D