Tuesday, January 26, 2010

Mereka Masih Sayang

Mari bercerita..Fath terbaca satu pertikan dalam pancaindera ,ahad lepas. pasal 3 artis ni , topic cinta mereka yang dah lepas tu...Fath tak minat pun nak ambil tahu , tapi bila Ustazah Bahyah memberi pandangan nya mengenai isu ini, Dengan ringan tangannya, Fath taip balik untuk kita renungkan bersama....Mungkin korang pernah alami atau pernah dengar seakan serupa cerita ni....dengar seperti remeh dan kecil je masalah nya...tapi bila dah jadi besar masalahnya...apa cer??

'........penceramah bebas, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood menggangap apa yang membuat si polan 1 ni dan si polan 2 memberi kenyataan mengenai keburukkan si polan 3 kerana perasaan kecewa selepas hati mereka disakiti..'

'Malah dia menganggap perkara itu wujud sebab kedua-dua wanita tersebut mempunyai perasaan sayang yang teramat sangat terhadap lelaki itu. Malang la apabila sesuatu hajat tidak terlaksana seperti yang diharapkan ,maka akan terlihatlah segala perkara yang negatif selama ini cuba untuk diselindungi.'

'ini lebih kepada konflik hati sebab hati kita sukar untuk diksifkan bila kita terlalu sayag kepada seseorang. Apabila kasih sayang itu tidak dapat kita perolehi, kita masing2 akan menceritakan perkara yang tak baik sahaja'

'ustazah Bahyah bagaimana meminta ketiga-tiga artis itu supaya membersihkan hati masing-masing dengan membuka ruangan kemaafan .Jalan yang terbaik katanya ialah dengan berdamai.Hanya melalui ruang perdamaian , mereka berpeluang untuk memikirkan hikmah terselindung mengapa hubungan itu tidak menjadi'

'Allah s.w.t lebih tahu. sebab itulah perhubungan itu tidak menjadi kerana Dia nak bagi sesuatu yang istimewa kepada 3 insan ni' katanya.Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud, tidak sempurna iman seseorang sehingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya Justeru didalam perhubungan dan pergaulan seharian katanya ada adab2 tertentu termasuklah tidak boleh mendedahkan keburukan dan maruah orang lain dengan sewenang-wenangnya'

'Dengan memaafkan orang lain ,hati kita akan menjadi lebih tenang dan mudah untuk menyesuaikan kehidupan di dunia ni'.lebih baik kita memandang kebaikan orang lain bukannya keburukan dan kelemahan orang tersebut' katanya.

'menurut beliau lagi, jika seseorang yang ingin rezeki mereka melimpah ruah dan panjang umurnya, hendaklah sentiasa menghubungkan silaturahim, jangan ada sifat dendam dan buruk sangka.'

Apa yang korang dapat dari cerita ni?apa yang terjadi sebenarnya memang tak tahu lah, tapi secara kasarnya perkara sebegini selalu terjadi dalam perhubungan, semua kerana ikut rasa hati.apa pun segalanya boleh dikawal, atas kita sebenarnya. Ada otak boleh fikirkan...belajar dari kesilapan dan pengalaman kita atau pun orang lain dan jadikan ia sebagai pedoman.

p/s:Fath suka berbincang topik hati dan perasaan ni,kerana ia adalah motivasi .perkara sebegini tak ramai yang sedar ia terjadi berulang kali dalam hidup kita.kenapa bagi ia terjadi berkali-kali?carilah jalan untuk mengubah kepada yang lebih baik.Belajarlah motivasi diri sendiri.Tak rugi pun, percayalah.salam bahagia buat semua.

2 comments:

Pak Bondi said...

mereka mereka itu sepatutnya menggunakan cakar harimau bila bergaduh..itu komen ustazah model kopi apa ntah..btw..thanks for the comment kat blog i...mesti u shopping maut masa kat bandung.

cik EPAL said...

fath bagi motivasi..hikk :)