Tuesday, January 19, 2010

Topic best wei....



19/01/2010(Tuesday)-HAPPY BIRTHDAY JENNY!! sweet and sour...hahaha!!semalam birthday Izzat! Fath tak bagi tahu semalam dalam blog ni tapi wish dalam Facebook dan Blackberry messager(BBM). ramai ye lahir dalam bulan january ni..apa pun , alhamdulillah di panjangkan umur ni.

Sebenarnya nak cerita pasal pagi tadi, masa on the way menuju ke kantor, layan la radio hotfm. Si Farah Fauzana dan Faizal Ismail rancak berborak pasal topic berita hari ni, ramai lah pendengar yang talifon. Korang dengar tak pagi tadi? 'seorang pelanggan melecur 40% disimbah air panas yang tengah menggelegak oleh pekerja restoran'...pergh!!dasyat tu!! bayangkan kalau ia berlaku depan mata korang. Tak ternganga dibuatnya. Fath dengar pun terkejut. mungkin biasa bila kita dengar orang disimbah asid kerana cemburu ataupun dengki, tak pun orang melecur pasal air tertumpah ke...apa ke...tapi yang ini pasal air teh tarik lambat sampai.

Bunyi macam kelakar tapi itu lah hakikatnya. Tidak dinafikan si pelanggan ini mengaku dia meninggikan suara pada pekerja tu. Bagi korang, siapa yang salah?Bagi Fath kedua-duanya. Si pelanggan tak tahu sabar, ikut amarah dan mulut pula main lepas je, si pekerja restoran pula hilang sabar dan ikut amarah. Si pekerja itu patutnya buat bodoh je la, dan si pelanggan itu kalau tidak boleh tunggu, bla je la dari restoran tu. Tengok...seorang dapat sakit , seorang lagi di kenakan tindakan.



Kerana ikutkan amarah, kedua-dua dapat penangan.Kalau seorang yang mengalah , pasti tak akan jadi macam tu kan.Mungkin agak sukar untuk bersabar kerana telinga sudah bingit dengar suara laser tu.Tetapi haruslah belajar bersabar dan control amarah.Paling senang sebenarnya maafkan sahaja. Biarlah pelanggan itu bising-bising, nanti dia akan diam la.Kejadian ini mengajar kita supaya kawal amarah dalam apa pun situasi .

Banyak lagi perkara yang melibatkan emosi boleh jadi kepada tindakan luar kawal....renungkan lah. Sesuatu Yang buruk itu boleh dicantikkan , semua atas kehendak dan keikhlasan. Have a nice day!!!

1 comment:

Crown said...

Hm.. kalau dah sampai ke tahap pelayan tu tergamak simbah air panas secara live, maknanya mesti tahap tip top jugak la si pelanggan tu maki hamun si pelayan. Kalau pelanggan tu sanggup maki hamun tahap tip top secara live, mesti ia disebabkan oleh teh tarik yang di pesan tu teramat lambat sampainya ke meja. Kalau dah disedari pesanan tu belum sampai melewati masa normal, malah lewat tahap tip top, maka solusinya ada dua. First, panggil la mana-mana pelayan, tanya. Kedua, macam cik cakap, blah jer la, pi kedai lain ;)