Wednesday, January 13, 2010

Street Chic Fashion

Fashion. Apa yang korang tahu pasal fasyen ni? masing-masing ada pendapat,kan. Ada yang minat. ada yang tidak kisah pun, ada yang betul-betul gila dengan fesyen. Fath? fleksible.hihi..Kalau ikutkan ,hari -hari Fath nak beli outfit,aksesori, kasut, dan beg. Tapi segalanya mengikut kemampuan la. Oleh sebab itulah , Fath memilih sangat setiap apa yang Fath nak beli, Fath bukan nak penuhkan almari baju, senang cerita Fath pentingkan kualiti dari kuantiti. Setiap orang minat dengan fesyen tertentu, betul tak?



Fath minat sangat dengan street chic! sedikit sebanyak ia melambangkan keperibadian Fath. Fath cepat bosan dengan sesuatu yang biasa. Termasuk lah fesyen. Bagi Fath sesuatu yang biasa itu adalah amat membosankan.hahaha!!make it different! Ini ...apa orang pakai , kita nak pakai juga, Masyarakat kita ini memang ada musim nya, bila keluar edisi baju petak-petak, semua nak beli baju petak-petak, sama juga lah dengan benda lain. Macam tak ada idea lain. Tapi tak bermakna kita tak boleh beli sesuatu yang hangat dipasaran itu, tapi pandai-pandai la ye.Mempelbagaikan untuk menjadi diri anda bermakna dan berhias.



Dikalangan adik beradik, kawan-kawan rapat dan saudara mara Fath , cara permakaian Fath lah selalu diorang naik hairan dan selalu diperkatakan. Fath tidak kisah , diorang nak puji atau nak mempertikaikan. yang pasti, apa yang Fath pakai itu adalah apa yang Fath beli dan duit Fath sendiri. Sama juga lah , apa yang orang sekeliling Fath pakai, sikit pun Fath tidak hairan. Senang cerita ikut suka lah. Janji masing-masing bahagia. i know what i've done.



Disini , Fath sudah himpunkan beberapa koleksi contoh gambar street chic summer 2009, sesuai lah dengan iklim kita yng panas sepanjang tahun ni.


Bagi anda diluar sana yang ingin berkongsi cerita mengenai fesyen dengan Fath , dipersilakan, boleh kita bertukar-tukar idea, minat, dan tips. Amat dihargai. Cintai lah fesyen!!yeay!!

1 comment:

cik EPAL said...

kita suka jugak street chic..sama la dengan fath :)