Monday, January 4, 2010

long vs short



Hari ini Fath hendak bercerita pasal rambut. Rambut mahkota Perempuan kan. Maka harus lah menitik beratkan lebih terhadapanya. Sepertimana yang anda tengok sebelum ini Fath memang berambut panjang. Rambut paling panjang pernah Fath bela. Mungkin ada di luar sana yang tidak tahu bahawasanya, dahulu Fath memang berambut pendek sejak dari kecil hinggalah berumur 17 tahun. Selepas itu Fath tidak pernah berniat untuk memendekkan rambut lagi.

Tahun ini sebenarnya Fath ingin melakukan sesuatu pada rambut untuk memberi kelaianan pada rambut Fath. Sebelum ini hanya terfikir untuk mengubah gaya sahaja tanpa memotong menjadi pendek. Tetapi apabila Deng tiba-tiba minat tengok perempuan berambut pendek Fath terfikir pula, wajarkah Fath potong rambut? Ini bukan kerana atas dasar minat dia tetapi atas kerana Fath memang ingin mengubah style rambut Fath ini.


Tengok memang cantik , tetapi hendak menjaga rambut pendek ini lebih payah dari rambut panjang. Siapa sokong pendapat Fath? angkat kaki!hahah!! , rambut panjang boleh ikat , tetapi rambut pendek harus disisih dengan rapi kalau tidak , berserabut lah jawabnya.

Kalau nak diikutkan rambut panjang ini banyak kegunaannya..macam-macam boleh dibuat, Dan membuatkan Fath berasa sangat lah feminin gitu... Ia sama rasanya apabila kit aberpakaian juga. Satu lagi , Fath sebagai model sambilan ( commercial) banyak memerlukan Fath berambut panjang. Kalau tidak percaya cuba tengok model-model commercial yang lain mejoriti berambut panjang. Demi style atau kerjaya??

Susah juga untuk membuat keputusan , lagi -lagi mejoriti orang sekeliling Fath menyukai Fath berambut panjang seperti sekarang ini, panjang ikal mayang. Ada juga yang botak ni...haha!! Sayang betul dengan rambut panjang Fath ini sebab rambut Fath memang lambat panjang.Dan Fath cepat kecewa dengan rambut pendek, tidak...tidak dapat ku bayang kan kekecewaan itu yang pernah Fath alami dahulu...waaa.....

Keputuan ditangan anda, eh! bukan! keputusan ditangan Fath. Untuk mengetahui keputusan nya, nantikan ia tidak lama lagi.....see ya!

1 comment:

fazlyana said...

salam singgah tuh haha
thanks sudi tgok belog faz yg tak berapa nk popular tuh haha
anyway akak be my follower :)