Sunday, March 21, 2010

Drama Detik 12 Malam episod JACKET di TV2

Rina & Marry

19/03/2010(Friday)
-1...2...3...action! 'Hey, Terrance! kau tak tahu malu ke?, aku nampak muka kau dalam Facebook!, tuuu......ada dalam komputer aku. hahaha!!....', 'hei Mat dengar sini, walaupun si mati tu seorang yang besar dan gagah dengan 2 kali penumbuk je dia mati,!......' tu antara dialog Fath sebagai Marry dalam Drama Detik 12 Malam episod JACKET di TV2. Dengan secara automatiknya Fath dah masuk bidang lakonan pula.Kiranya ini career ke -3 Fath selepas modeling. ye..bertambah busy tapi amat menyeronokkan! I love my job!Target tahun ni benar2 tercapai!yeay!!!!sambil loncat2.Ada 1 lagi je Fath nak cuba, jadi Host, masih tengah belajar untuk tu.


Drama ni drama pertama lakonan Fath tetapi ia adalah dari casting ke-2 yang Fath pergi last month, yang 1st punya cerita DENDAM KESUMA @ Tun Fatimah,Fath sebagai MAWAR nanti, jadual shoot berganjak kebulan April, so nantikan tau.

Thanks ALONG!

Walaupun shoot sepatutnya on 18/03/2010 tapi ia berjalan dengan lancar pada keesokkan harinya. Alhamdulillah, memang tak kekok langsung sebab semua pelakon yang terlibat bagi episode JACKET ni Fath kenal, main actor 'Terrance' kenal semasa casting,'Rina' ,she's totally my friend!, 'Dick', 'Mat', 'Faris' diorang ni personal trainer diCelebrity Fitness Bangsar-tempat workout Fath. Kami memang kenal antara 1 sama lain.Diorang semua dah dapat skrip sebelum hari shooting, Fath je yang datang baru lah tahu watak apa & baru lah nak baca skrip. hahah!

MUKA KAMI SEBELUM MAKE UP

Apa pun berlakon memang enjoy bagi Fath walaupun lebih letih dari modeling.Dapat mesej pukul 10 malam kena bawa office attire, semua tu di rumah parents ,Fath di rumah auntie masa tu so tidur sambil guling2 dulu ,pukul 5 pagi bangkit bersiap ke rumah parents then terus ke lokasi shooting , don't worrie dengan membekalkan air kacip Fatimah power root Fath boleh bertahan sampai tengah malam. Itu ubat paling mujarab bagi Fath dari kopi ke nescafe ke(buat pening je minum).

Untuk Drama pertama ni Fath terlibat 4 scence je, kejap je muncul nanti.hihi.... Apa pun korang nantikan ye drama ni muncul nanti ,Fath pun tak pasti bila.Bawah ni ku sertakan gambar2 masa shooting.....


with main actor...


soooo much fun!!!


Fath nerd!


di belakang tabir


antara babak yang fath lakonkan


dilokasi set

Kak Maria pun datang juga


with director, Mr.Ken

P/s: kalau dah excited bekerja Fath memang tak kenal erti penat, tapi kalau penat tu dah simpan 2 3 hari boleh down sakit, tak boleh bangun-kalau tak dapat rehat yang cukup.

1 comment:

fahrizal said...

assalamualaikum ... cantiknyaaaa.... kamu ... boleh kenalan?