Sunday, March 21, 2010

2 Casting (shortlisted) & Mawar bertunang!!

muka baru lepas casting

20/03/2010( Saturday)-Another busy day girl!ha....bangun2! jangan malas2, terus bersiap, basuh rambut tu dan blow....make-up pun dah sejam....ada 4 arah tuju hari ni.2 casting hari ni!wah!alhamdulillah. 'cos Fath dah pun shortlisted oleh 2 production sekali gus. Baru beberapa hari hantar profolio semalam dapat email,mesej dan email dari mereka.Thanks again! Dapat @tak dapat belakang cerita, yang pasti dah kena panggil kira bersyukur gila.

gembira lepas makan

1st casting di Ara Damansara, bagai nak pusing dah kepala cari, map pun ringkas benar, bertanya kalau tak, sesat tapi dah tanya 2 orang kawan ternyata sesat!hahaha!last2 production called..sebab minah ni macam tak jumpajalan je kan...sorang kata kat area damansara Utama-tapi dekat Map kata bukan, sorang lagi kata dekat lepas Tropicana mall, lagi la...sebenarnya arah nak ke Subang Airport-hahaha!luar jangkaan kan?! alamat PJU 1, tapi PJU 5 pula dekat Sunway Damansara, jauh betul bezanya. Setiba je...disambut baik oleh 2 staff production, oh ye...lupa nak habaq...ni Reality Drama series online Audition. Simple! duduk atas sofa & we're borak2 macam kena interview then tetiba......diorang suruh I nyanyi!ku tiada bakat menyanyi !!!!kahkah!!!!1st time kena casting kena nyanyi.bantai je la...nyanyi je la macam nyanyi sorang2.hahah!Deng, mu jangan nak kutuk.Apa pun ku masih tak faham audition untuk apakah ini...ermm....balun je....standard bila diorang kata kalau client berkenan, diorang akan call.Kalau dapat nanti Fath bagi tahu dalam blog ni ya, jangan gusar.Kalau tak dapat, senyap sudah.huhu. Casting yang simple+short + santai + tak ada tekanan.Mak suka.

chicken chop with rice

Baget nak Lunch kat Subang Parade tapi tersalah masuk simpang la...sesat lagi...terus ke highway damansara,makan kat sana la...kebetulan crew2 production area damansara(pernah casting dengan diorang) ajak lepak minum sekali with belated birthday boy.Bagi hadiah dan brunch di PapaRich. Borak berbagai then terus ke Melawati, casting host pula. Itu yang Fath nak cuba hosting. Tapi masih tak cukup skill la.cuba juga....difahamkan untuk rancangan kanak2. hahah!!! kakak ni garang tau.1st time casting host without any script tapi kena short+ padat+ sweet. Ke-2 casting hari ni cepat dan ringkas, tak sempat ambil gambar.

Terus pula ke Cheras, Majlis pertunangan sahabat kolej dulu..MAWAR!!, dia dan Ekin adalah member paling rapat dan member terawal Fath semasa study dulu, memang baik +kelakar+lemah lembut. kami dah 3 tahun tak jumpa sejak dia berhenti berlajar di IKN dulu, bidang tak masuk jiwa katanya.haha!!Berlajar lah apa ilmu pun kan.Tunang dah kawan aku sorang ni, SELAMAT BERTUNANG dan semoga dipanjangkan jodoh sehingga akhir hayat. Terima kasih sangat dekat Mawar, 'cos jemput Fath. Alhamdulillah Fath sampai juga dimajlis bahagia ni.Ekin tak dapat datang atas sebab tak dapat maklumat yang tepat, katanya. lagi pun sedang bercuti di Genting ye. Tak apa, ni ha...Fath sediakan gambar untuk ditatap.siap ada video lagi (nak tengok kena jumpa Fath ok)haha.


bakal pengantin practice posing kah?

keadaan luar-sesi meeting 2 keluarga

hantaran buat lelaki

sesi bergambar



saat cincin 'tanda' disarungkan oleh bakal ibu mertua

yeay!!!!!dapat cincin!!

Mawar & Fairus (tunang)

p/s: penat wooo....hari ni...ke sana ke mari....drive sorang2 kan-sesat memanjang. yang pasti happy!Fath memang suka busy! kalau boring mula lah moody.tak mahu tu...tu yang muka pun dah jengkung kata Mawar...janji korang boleh cam Fath lagi.xoxo

No comments: