Sunday, March 1, 2009

Italian B.M.T by Subway


Sunday morning yang menyenangkan disinari cahaya matahari jam 10 pagi disini bukan sebarangan suasana nya..Bangsar yang selalu dikatakan high-test dipandangan dan tanggapan masyarakat..70% adalah benar..up- to- date 70% juga benar.selsema pula dirasakan layani sahaja ke tidak selesaan itu.Panggilan diterima dari sahabat baik dulu dan kini yang pasti menunggu hari bahagia kelak.Bersama menikmati santapan di pagi ini dengan lazat sekali..Bercerita mengenai cerita dan cerita,hangat di meja makan selama 2 jam tidak berganjak.Sandwich Italian B.M.T di subway kami mencubanya yang terkandung pepperoni,salami dan turkey ham menepati tekak pagi.Pekerja itu menyediakan santapan itu dengan ramah dan cermat serta mahir..Roti itu dibelah dua bagi 2 orang makan sama perisa tapi tidak serupa pula isi tambahannya.

Berlainan sedikit bersamaan juga hidup harian yang pasti mempunyai peratusannya.Peratusan yang dicatu dan dinisbahkan juga hasilnya berbeza bergantung perbedaan emosi yang dilalui.100% angka yang banyak diketegorikan dengan bermacam-macam..bagaimana peratusan itu dulu mencecah ditangga yang amat berbanggakan dan teratas buat pertama kalinya tapi berlainan pula dalam ketika ini peratusan itu jatuh secara mendadak sehingga 50%. 50%?biar benar?Dengan pelbgai sebab boleh dituturkan tetapi ia hanya kerana satu sebab yang mendalam.dalam kategori apa pula kali ini?ekonomi negara sekarang?pasang surut air laut?langit dan bumi?bergantung pada setiap ungkapan,tanggapan dan jangan sampai tergagap sudah..binasa kelak.Sama seperti bila dimakan sandwich itu sedikit demi sedikit sos nya yang pelbagai itu jatuh menitik ke bawah diatas pembalut nya.Perasan atau tidak sahaja.

Menikmati kenikmatan itu sehingga tidak sedar dari dalam tekak tidak berapa enak oleh disebabkan kurang senang dengan keadaan kesihatan dalaman.Terkena hujan mungkin,semalam diredahkan sangat walaupun ia renyai.Sejuk itu dilindungi dengan 2 lapis baju malang rasanya tidak cukup melindungi. Tidak cukup kah?yang pasti ia sudah berlalu dan sudah diketahui.Maka azam datang menjelma.Lebih tepat adalah cita-cita.Pelik atau hairan ia timbul dan bangkit dimasa ini.Itu terjadi.Terbaik bila ia diuji seperti air lemon tea dihirup,boleh dihabiskan pabila masa itu dikongsi bersama.Bersama-sama.Bagi yang tidak pula bila pula?Pertanyaan itu disebaliknya.Kenyang tiba sahabat pulang enak juga.

Written by Siti Fathiyah

No comments: