Monday, March 2, 2009

Panas vs Sejuk


Panas atau sejuk?Pilih la dengan betul.Untuk apa?itu tidak diketahui lagi.Cuaca diluar yang mula nya panas mula sejuk dilanda hujan kemudiannya membuatkan semua serbi tidak kena.Terkena sejuk, panas pula jadinya dari dalam. Banyak pula faktornya bila dirasakan diantaranya iaitu semacam suam pula.suam-suam kuku atau suam air minum?itu pun tidak diketahui lagi.Banyak pula pilihan yang dipandang dan di dengar, banyak juga pilihan yang boleh diperolehi dan diberi alasannya.Pagi ini dilihatkan milo panas, terpandang pula susu segar yang sejuk.Pilih lagi..mandi air sejuk atau air panas, mana lagi nyaman?bekerja atau tidur sahaja?yang itu sama ada larat atau tidak sahaja.Nak atau tidak yang pasti.Terima atau tidak , kesemuanya di atas tangan atau dibawah kaki?Jangan main ambil dan pergi melangkah .fikir dahulu, bertindak kemudian.

Degil pula menghantui dalam diri memang itu dari dulu kan.Kadang kala ikut hati dan perasan tapi ia sebenarnya sudah terbiasa dengan keredaan dan ketentuan.Hentam sahaja orang kata. Bila kedengaran suara berbunyi lain ataupun sengau seperti bersuara melalui hidung ,semua akan tahu itu adalah disebabkan sejuk menjadi panas. Panas sampai ke otak pula..otak yang berputar seperti roller coaster tapi tutup mata melayani nya.Apabila dibuka mata dihulurkan pula ubat yang pelbagai untuk ditelan,jangan tercekik lagi sudah.Macam-macam bila sudah demam yang datang tiba-tiba ni.mahu makan atau minum?tekak kata tidak mahu.mahu apa pula nanti.Kejutan kelaparan?gastrik pula hadiahnya,ubat lagi nanti,mahukan yang bagus manjadi baik terima yang panas kini, datang nya dari yang sejuk.

Rehat yang paling afdal untuk meredakan yang bermacam rasa itu.Teguk susu segar tadi bersama ubat itu kemudian mandi air suam seakan panas ,bersiap bekerja, lapar nanti makan pula untuk sekadar mengalas bagi mengelakkan hentaman dan ancaman yang lain.Raikan ketibaan itu nanti mungkin atau tidak mungkin sahaja.Pastikan ia baik-baik belaka.

Written by Siti Fathiyah

No comments: