Tuesday, March 3, 2009

Reality is....


Hidup ini adalah sekali sahaja.Sekali buat baik dibalas baik.Sekali di buat jahat dibalas jahat juga.Adil bukan?Ia boleh berlaku sebaliknya semuanya bergantung pada siapa,bagaimana,dimana,bila dan kenapa.Subjektif kalau nak dibincangkan secara lebih detail.Cerita mengenai yang kebiasaan sudah mencukupi.Senang cerita semua yang kita perolehi dan yang ada perlu diperhatikan dan dijaga dengan baik untuk yang terbaik.Tidak kisah la apakah ia.Sendiri fikir kerana diri sendiri sahaja yang lebih mengetahui selain Yang Maha Esa. Hidup manusia yang tidak lepas dari pelbagai perkara yang berlaku sama ada ia baik mahupun buruk sudah tertulis perjalanan itu.Diri,keluarga,kekasih,saudara mara,sahabat,jiran,masyarakat,peminat mahupun musuh itu adalah standard yang kita perolehi dan berada tiap hari.Manusia biasa sukar untuk mengawal semua ini dalam satu masa serentak.Bagaimana pun ia akan terlebih ataupun tercicir yang berkait rapat dengan komitmen yang pelbagai.Stabil kan ia,menjadi atau tidak belakang cerita yang pasti dan sahih lakukan sahaja.Banyak pula hati yang perlu dijaga,satu terluka ubatnya bukan sebarangan dan susah pula nak diubati lagi-lagi jikalau ia adalah luka yang paling parah, belum tentu hospital boleh rawatinya,bomoh pun boleh geleng kepala,sukar juga bukan.Mungkin ramai yang tidak berapa sedar mengenai nya,dan ada yang pernah mengalaminya dan ia berulang lagi dan lagi. Tiada siapa pun yang minta dan mahu pula.

Seperti di plaza tol,guna 'touch and go' lebih baik tapi sekarang ni sudah gunakan 'smart tag'.Kalau tiada keduannya boleh guna wang syiling bukan?,cuma harus gunakan lorong yang berlainan sahaja, minta pula kenderaan belakang undur sedikit untuk dapatkan laluan sendiri, itu kalau ada kenderaan di belakang kalau tiada senang caranya .bagaimana kalau ada? bagaimana caranya untuk berinteraksi dengan baik.Terima kah mereka?ataupun terpaksa terima?atau pun bunyikan hon tanda bengang kerana menyusahkan?Pernah alami tak?Bagaimana rasanya?Haruslah biasakan keadaan ini.Bukan di plaza tol itu tapi cerita disebaliknya.

Berlaku dan berlaku kembali sampai lali jadinya, Tidak hairan kadang-kadang,tapi perlu diambil tahu dan kaji ia semula kerana ia seakan sama tapi tidak sebenarnya.Malas pula tapi rajin kan juga kerna masa tidak akan berhenti langsung.Pergi kemana sahaja otak harus bekerja memikir, anggota bertindak dan mulut pula bertutur.Semua bekerjasama dan masing-masing memerlukan antara satu sama lain.Mahu yang positif tolak yang negatif, sama atau tidak dengan slogan di atas? be nice or leave-thank you.Ringkas dan padat bukan?Dimana-mana pun boleh gunakan slogan ini.Tempat kerja?sekolah?atau apa sahaja yang bertempat.Gunakan sahaja dalam hidup ini jika tidak mahu risiko.Subjektif bukan?atas diri sendiri yang merancangnya bukan untuk menentukan peratusannya.Bukan pada diri pada apa sahaja mungkin jadi.

No comments: