Saturday, March 28, 2009

Turn Off The Light!!


Seperti mana yang kita tahu bahawasa nya dan sewajarnya kita harus menunjukkan keperihatinan kita terhadap persekitaran kita.Terutamanya bumi yang kita pijak dan yang kita duduki ini.Tahukah anda berapakah umur bumi?Berapa lama lagi ia boleh bertahan?Hari jumaat adalah hari kiamat,tapi jumaat bila?Semua tidak pasti lagi walaupun makin diketahui kehadiran itu.Alangkah bagus apabila semua orang memberi komitmen yang hanya sekecil kuman mungkin.Maksud Fath adalah hanya menutup lampu selama sejam dari pukul 8.30 pm-9.30 pm pada 28/03/2009 iaitu hari ini sahaja.Bukan kah ia senang?Tetapi masih ada yang enggan memberi komitmen tersebut hanya kerana beberapa faktor yang dianggap remeh dan tidak memberi makna bagi mereka.Adakah anda tahu dengan adanya sokongan anda seorang boleh menambah kan kuantiti sokongan yang positif penduduk bumi bagi mengurangkan kepanasan bumi ini.Malahan ia langsung tidak memberi kerugian pada anda.Terharu apabila stesen tv.radio dan seumpama dengan nya memberi sokongan mereka bagi menutupkan seketika rancangan mereka selama sejam.Ia adalah amat positif dan berbaloi sebenarnya.'Selfish' adalah gelaran yang sesuai kepada yang tidak ambil kisah.

Tetapi harus diingatkan perlulah berhati-hati dimasa itu kerana mungkin ada yang mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah dikala gelap.Pertama kali Fath mendengar seruan untuk kempen ini Fath semangat sangat untuk turut serta kerana ia dikira seperti kerja amal.Walaupun tidak dapat membantu dengan menghulurkan bantuan seperti menjayakan lagi kempen atau seumpama dengan nya,hanya menutup lampu pun dikira sudah bagus.

Buka hati anda untuk menolong bumi,tidak ada maknanya jikalau mata melihat kempen ini di tv dan telinga dengar di dalam radio tetapi tidak jayakannya.Tak mati pun tutup lampu sejam.talifon,kereta,dan sebagainya masih berfungsi.

Fikir-fikirkan lah.Dimana sumbangan anda?Sayangi lah bumi yang telah uzur ini.peace!!

No comments: