Saturday, March 21, 2009

Pesta Belon Panas


Masa di isi dengan baik sekali hari ini...Dimulakan dengan bangun dari tidur seawal 9 pagi waktu Malaysia..hihi...mengantok lagi sebenarnya tapi janji harus dikotakan..Janji mahu sarapan pagi bersama-sama Enya,Engku,Shirley dan Ana..sebelum tunai kan janji tu Fath basuh kereta sendiri..haha..baget rajin la..padahal adik yang tolong sekali..bukan apa kereta terkena tahi burung semalam parking dekat bawah pokok..waktu petang dibangsar sudah macam taman burung..tu kereta jadi mangsa pembuangan kumbahan bagi haiwan tersebut.

Berbalik cerita pasal hari ni..Selepas selesai basuh kereta terus bersiap jemput Engku dan yang lain-lain di Uniten..sarapan di Kopitiam Bangi,ayah pun turut serta bersama suriaty bercerita tentang insurans takaful yang di niagakan..Selesai je..pulang la..masing2 ada hal..Engku dapat merasa drive kereta Fath hari ini..komen yang sama Fath dengar.kereta Fath tak berapa pick-up lagi -lagi naik bukit..mana tak nya 660cc je..

Setiba di rumah rehat dan tidur kejap penat semalam tak reda lagi..dalam jam 4.30 petang kami sekeluarga gerak ke Persint 2, Putrajaya dengan menaiki 2 kereta..Nak saksi Pesta Belon Panas..
Tension pula jem di jalan masuk utama..dari masjid sampai bangunan Kastam Diraja Malaysia memang gerak macam semut..parking pula masih tidak kelihatan selepas 1/2 jam cari,baru jumpa bantai je.

ha...tengok la ramai yang teramat..macam pergi tengok konsert padahal nak tengok Belon Panas sahaja.Apa yang lebih menarik ramai pengunjung memeriahkan lagi suasana dengan bermain layang-layang dan bersepah photographer persendirian datang dengan camera masing-masing.



Tak dapat la nak bergambar dekat dengan belon-belon tu..janji nampak depan mata.


Ni antara belon yang diterbangkan..bermacam-macam bentuk..dari pelbagai negara termasuk dari Malaysia..
Belon warna Pink pun ada..

Tekak punya la haus..cari gerai jual air..tiba-tiba ada suara yang menyebut nama Fath..rupanya kawan semasa berlajar dekat IKN dulu walaupun dia bukan la student disitu....3 tahun tak jumpa Zul ni..padahal Zul ikut je perkembangan Fath dalam facebook..Thanks Zul.

Ingat kan nak stay sampai kul 8 malam nak tengok belon-belon ni berlampu mengikut rentak lagu tapi tak kesampaian letih nak simpan tenaga untuk esok pula..hadap lagi jalan yang jem semasa on the way pulang..esok ada kelas lakonan Yusmanja yang bikin dan ajak Fath turut serta.Fath akan pergi esok yang bermula jam 9 pagi..awal-awal lagi Fath dah minta kebenaran sekadar mencuba sahaja dan mahu pulang awal..sebab nak workout di gym dan kerja sampai malam..sambung pula nanti ada dinner yang tertangguh semalam..penuhkan hari-hari dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah..nite!

No comments: