
Fashion!!!fashion!!!fashion!!!
Fesyen juga merupakan keadaan minda seseorang. Ia boleh mengekspreskan emosi kita secara tidak langsung sebenarnya.Fesyen boleh dibunyikan dan ia boleh difahamkan dalam pelbagai cara 'literally' iaitu dalam bisikan,suatu jeritan yang kuat ataupun suatu senyuman.Kebanyakan fesyen sekarang berkenaan keselesaan seseorang dalam menghadirkan diri dalam public.Warna juga memainkan peranan yang penting sehingga ia boleh mengubah mood seseorang serta dapat mengawal mood itu dilain persepsinya.
Fesyen dianggap sebagai suatu cara pengucapan imej diri, yang membenarkan kita memainkan banyak peranandalam kehidupan kita.seperti dalam pekerjaaan.Identiti seseorang mengikut fesyen/pakaian seseorang.Pengantin memakai pakaian (dress) yang panjang yang bewarna putih mahupun yang traditional dimana,murid pula memakai baju seragam dan sama juga yang sebagainya.Semuanya dapat mengambarkan dengan tersendiri.

Termasuk juga Fath.Fath amat mementingkan fesyen sejak jatuh cinta pada fesyen.Entah bila sebenarnya tetapi itu la hakikatnya dimana Fesyen ini telah mengubah,mengawal,memberi inspirasi keatas Fath.Perasaan ingin nampak cantik,bergaya,dilihat dan semangat diri banyak mempengaruhi perempuan.Dari hujung rambut hingga kehujung kaki.


Fikiran juga harus lebih terbuka untuk menerima fesyen yang Fath maksudkan.Jangan biarkan otak kita didalam kotak yang sama.Keluar dari kotak adalah lebih baik.Jangan mudah terikut dengan apa yang ada didepan mata dan apa yang tersedia ada.Tapi perlu ingat jangan pula biarkan diri menjadi mangsa fesyen pula.

Antara ciri seorang mangsa fesyen ialah kerakusannya untuk mencuba dan menggayakan segala jenis fesyen terkini tetapi pada akhirnya diri mereka masih lagi kelihatan seperti sebuah kapal korek. Sebagai contoh, kita tertarik dengan rekaan fesyen terkini rekaan seorang pereka fesyen terkenal seantero benua seperti Giorgio Armani yang digayakan dalam sebuah majalah fesyen tempatan. Sebaik sahaja kita menggayakan fesyen yang sama kita kelihatan seperti seorang pesakit kronik di wad jiwa.Gila.


Fath mempunyai pengalaman dimana ada umat manusia ni dia terlalu obses dengan jenama terkenal dan mahal.Kalau dia mampu tidak mengapa tetapi dia sanggup menghabis kan duit kerana hanya sehelai baju yang berharga rm300 sehelai.Pada hakikatnya rekaannya bagus tetapi warna baju tersebut tidak lah menarik mana hanya kerana jenama sahaja.Apa yang lebih teruk lagi Fath sebenarnya sudah mempunyai sehelai baju seakan serupa dengannya tetapi warnanya lebih menarik.fabriknya adalah serupa sekali.Mahu tidak terkejut beruk kawan Fath tu apabila Fath hanya menghabiskan sebanyak rm38 sahaja untuk baju tersebut.Walaupun ia tidak berjenama tapi ia amat cantik bagi Fath dan bagi setiap mata yang memandang.


majalah-majalah seperti itu haruslah dijadikan rujukan kamu sahaja untuk pengetahuan mengenai fesyen.
Ingat, jangan biarkan diri anda menjadi mangsa fesyen. Caranya mudah. Jadilah diri anda sendiri. Jangan jadi orang lain.


semua gambar ini dipilih ,untuk melihat dengan lebih lagi sila click di 'must click' .Anda mesti teruja.go fashion go!!!
No comments:
Post a Comment