Monday, March 9, 2009

Sahabat ku bertunang sudah!!!-08/03/2009



08/03/2009 ,adalah tarikh yang telah dipilih...'sahabat' Fath ni antara kawan paling rapat selain Ani semasa zaman belajar di Institut Kraf Negara..dan dia yang mendahului kami semua..Perkara yang elok tak baik ditangguhkan,Fath tumpang gembira...akhirnya Jejaka tersebut pinang kamu walaupun banyak kali kamu tolak...lama sudah si jejaka tunggu bertahun-tahun pula tu...Jodoh kan...siapa tahu...Congratulation buat korang.


Fath yang bersemangat bercerita mengenai perihal sendiri membuat keadaan bertambah hangat bukan apa ,kami sekawan yang sudah 1 tahun lebih tidak ketemu menjadi bertambah rindu...Bertambah pula Fath yang lebih nampak berubah dari segi fizikal..Fath memang akan sentiasa berubah gaya.Mereka tidak hairan ,janji bahagia dan pandai jaga diri...


Ada cerita di sebalik majlis ni...Fath yang rushing datang dari rumah kajang singgah pula di Tesco Ampang jumpa car dealer,terus ke tempat majlis..bertambah kelam kabut pabila terlupa rumah Si 'pengantin' ni...jauh tau,Kuala Selangor..Fath yang hadir bersama Engku terus masuk kerumah tersebut terkejut kawan-kawan sudah duduk tersenyum melihat Fath yang entah apa gaya.Lagi Fath terkejut ada hamba Allah ni , yang hari tu 'bising-bising ' talifon Fath, maki yang bukan-bukan kini tertunduk malu...tahu salah sendiri kan..sendiri cover la..Fath senyum je...Memang terselah dia seorang sahaja tidak berborak dengan Fath.

Penat yang melampau terselah pada gambar, mana tak nya semalam juga dipenuhi pelbagai aktiviti dari bekerja-workout-birthday party-hang out dari jam 10 pagi sehingga jam 2.30 pagi. Duduk sahaja di meja makan terus talifon 'si dia', baru boleh laporkan diri maklum la terlalu padat aktiviti hari ini dengan family yang dikampung asyik call, ditambah kakak pula yang sibuk tanya pukul berapa pula mahu kerumahnya yang terletak di Kampung Kubu Gajah,Sungai Buloh,Habis Majlis kesana la sebenarnya...memang penat dan kenyang sangat makan sahaja...Hari ini boleh dikata hari melepaskan rindu pada yang tersayang..dapat jumpa suku dari kawan kolej dan dapat jumpa kakak.puas hati penat pun tak hairan..

*maaf kepada pembaca blog ini..gambar-gambar terpaksa dibuang atas permintaan 'sahabat' Fath tersebut.Dan terpaksa Fath merahsiakan identiti 'sahabat' itu.sekian..

No comments: