Friday, March 6, 2009

Tennis..


Bukan kerana tak ada kerja mahu dilakukan tetapi semacam rutin kini untuk menaip blog ini setiap hari melainkan berada di luar kawasan sahaja akan tergandala...cerita hari ini adalah mengenai Tenis.Kenapa tenis ya?Rindu akan aktiviti sukan ini.. Fath yang asalnya tidak sangka boleh terlibat secara serius di sekolah menengah dahulu..Pada asalnya kawan yang beria mengajak Fath.Bukan apa Fath yang asalnya dahulu pendiam disekolah rendah,di sekolah menengah kecoh pula akan tetapi malu itu masih ada lagi yang payah untuk dibuang sehingga kini.Walaupun nampak biasa sahaja dan semacam aktif.Ramai yang tidak tahu Fath benci sangat untuk tampilkan diri naik ke atas pentas walaupun sekadar untuk mengambil hadiah.apatah lagi untuk buat ucapan atau sebagainya..tumpuan orang membuatkan Fath akan semacam kekok dan kaku.Fath perlahan-lahan cuba lawan rasa itu sehingga kini dengan cuba untuk melibatkan diri dengan kerjaya pengacaraan pula nanti..Baru berjinak-jinak..Depan orang ramai dan camera Fath berani tapi bukan di atas stage. Berbalik pada cerita Fath dan tenis,Di sekolah dahulu kami di dilatih cara bermain tenis dengan betul oleh coarch dan abang-abang senior.setelah cukup tempoh kami diuji dengan perlawanan antara rumah sukan.Fath yang memilih tenis sebagai sukan tetap Fath pada tingkatan 3 tahun 2000, tidak menyangka terpilih antara pemain wanita wakil rumah sukan dan juara pula tu.menabjubkan! Terus dicalon sebagai pemain tenis wanita wakil sekolah bagi kategori beregu wanita bawah 15 tahun.Lagi terkejut Fath dan rakan seperjuangan menjulang nama sekolah buat pertama kali.Ia berterusan dimana kami turut juara di peringkat daerah.Tidak sia-sia kami berlatih hampir setiap petang.Kulit muka jadi berbelang pun tidak mengapa.mana ada orang nak pandang.Hidup dengan belajar,sebagai pengawas pusat sumber,tenis dan tunas puteri.Cinta?tidak termasuk dalam fikiran.low profile. Fath pada masa itu amat meminati Martina Hingis sentiasa berkobar-kobar.Ditingkatan 4 pula Fath masih aktif dengan tenis sehingga agak terabai ke kelas.maaf cikgu.hihi..Di tambah lagi menjawat jawatan ketua kelas pula.bertambah komitmen.seronok dengan kesibukan diri.Tahun itu Fath mewakili sekolah sekali lagi dalam kategori yang sama tetapi dibawah umur 17 tahun.Kemenangan berpihak sekali lagi sehingga tahun hadapan nya di mana perlawanan kami dibuat diluar pula kerana Fath dan yang lain mewakili peringkat daerah pula.Seronok sampai keperingkat itu. Tetapi kali ini tidak memihak pada kami.Terkedu juga Fath,itu lah keputusannya.Fath sedar mana silapnya.takut itu yang patut Fath buang.Pengajaran namanya.Sejak dari situ Fath mula slow dengan tenis dan makin hambar.Tumpuan banyak diberkan pada SPM dan seterusnya kerja sambilan(Levi's store Kajang+guitar class at Yamaha School music,Kajang)-2003-2004. Sehingga Fath dapat tawaran melanjutkan pelajaran diperingkat diploma dalam seni logam di Institut Kraf Negara .3 tahun bermacam-macam aktiviti dan cerita.Terlalu banyak kenangan. Disana Fath yang ramai mengenali sebagai gadis gamelan yang aktif sebagai ketua gamelan..Bukan itu sahaja apabila tiba hari sukan IKN Fath tidak akan melepaskan peluang menyertai sukan tenis bagi mengahangatkan lagi minat itu yang sudah sekian lama terdiam.Walaupun kami tewas dengan staff ia sudah cukup buat Fath tersenyum lega.Tangga naib juara itu membanggakan apabila Fath menaiki pentas sekali lagi untuk mengambil pingat itu.Puas. Tidak terhenti di situ.Fath yang mula aktif dengan modelling banyak mencari peluang-peluang yang baik bagi menonjolkan diri kehadapan.Rasa ingin lawan rasa takut yang dahulu itu. Asalnya Fath tidak menyedari mempunyai bakat dalam Modelling. Baik buat diriku..yang selalu dipandang sebelah mata oleh segelintir orang dahulu.Sehingga terbuka hati ingin mengisi borang Talent scout by Remix's Magazine.Tidak lama kemudian menerima mesej dan panggilan dari wartawan bernama Nuek.Fath antara yang terpilih.Sehingga dijemput menjayakan lagi dalam perlawanan tenis antara artis dan atlet pra-limpik wheelchair tennis malaysia di tennis stadium,jalan duta.tahun 2008.Bersungguh Fath bermain semula tenis.Suka tidak terhingga.Tidak sangka juga dapat 'Cinta' disitu.Yang itu Fath tak dapat cerita kan disini.Apa yang Fath nak terangkan lagi adalah mengenai tenis.Dibawah ini teori mengenai tenis.

Pengenalan

Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola. Selain itu, peralatan pemain juga harus disediakan.

Gelanggang

Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperuat daripada kayu, simen atau parguay. Ukukran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan putih.

Jaring

Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita putih. Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya. Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan.

Raket

Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan pengangannya.

Bola

Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7 hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.

Pakaian Pemain

Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan. Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu perjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah dipakai. . Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun mereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih.

Pegawai Permainan

Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan berada di tepi bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang. Biasanya temapt duduk khas disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan peraturan dan undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan mata dan memulakan dan menamatkan permainan. Pengadil akan dibantu oleh beberapa orang pegawai permainan lainnya yang terdiri daripada seorang pengadil jaring dan beberapa orang penjaga garisan dn pengadil servis. Selain itu, terdapat juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa.

CARA BERMAIN

Memilih raket

Apabila memilih raket dua perkara utama harus diberi tumpuan iaitu :

  • Saiz gengaman tangan
  • Saiz dan berat raket
Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka yang baru atau mula bermain tenis.

Cara memegang raket tenis

Cara mmegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua jenis atau cara memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Dalam permainan, seseorang pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari masa ke semasa bagi menyesuaikan pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa semasa pegangan raket perlulah diutamankan.

Tempoh permainan

Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua set dikira sebagai pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan mengandungi tiga set dan kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set, yang pastinya pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu daripada lawannya dikira pemenang. Masa 10 minit diperuntukan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita.

Cara mendapatkan mata

Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton. Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu perm

ainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis.

Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.Mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang diperolehi oleh pamain berkenaan menamatkan permainan dan kemenangankepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu.

Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sam, matanya dikira 4

0-40 dan ini memaksa dius. Untuk mencapai kemengan salah seorang pemaian harus mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Dengandemikian, per

mula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata.

Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri gelanggangnya puladan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi. Seseoarang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk emenani sesuatu set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksi

mum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumla

h set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.

Teknik bermain

  • Forehand: sebuah pukulan di mana telapak tangan yang memegang raket dihadapkan ke depan.
  • Backhand: sebuah pukulan di mana punggung tangan yang memegang raket dihadapkan ke depan.
  • Groundstroke: sebuah pukulan forehand atau backhand yang dilakukan setelah bola memantul sekali di lapanganmu.
  • Slice: pukulan forehand atau backhand dimana kepala reket dimiringkan sedikit dan dipukul dengan cara mengayunkan reket dari atas ke bawah.
  • Spin: pukulan forehand atau backhand dimana reket dimiringkan sedikit atau banyak dimana jika mengenai bola akan mengalami perubahan ara

    h (berputar).
  • Dropshot: sebuah pukulan yang mengenai net lalu jatuh di daerah lawan.
  • Smash: sebuah pukulan keras yang menghantam sebuah bola tanpa menyentuh tanah di atas kepala dan diarahkan ke lapangan sang lawan.
  • Lob: sebuah pukulan dimana bola dipukul tinggi ke jurusan sebelah belakang lawan.
  • Passing shot: sebuah pukulan dimana bola melalui (bukan melintas di atas) musuh yang berada di dekat net (lihat lob).
  • Volley: pukulan forehand atau backhand sebelum bola memantul di lapanganmu.

Memulakan permainan

Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan.

Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada dibahagian kanan gekanggangnya.

Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini, pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan (B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke kawasan lawannya.

Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripada mereka mencapai kemenangan.

Dalam permainan dan Tamat permainan

Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati. Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul bola kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan ditamatkan.

Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri dan dengan pengadil.


Sejarah tenis

Terdapat berbagai jenis permainan yang menggunakan raket yang dimainkan dewasa ini dan tenis merupakan salah satu permainan yang paling disukai. Menurut beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket sudah dimainkan sejak sebelum Masehi, yaitu di Mesir dan Yunani. Pada abad ke-11 sejenis permainan yang disebut jeu de paume, yang menyerupai permainan tenis kini, telah dimainkan untuk pertama kali di sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan dibalut dengan benang berbulu sedangkan pemukulnya hanyalah tangan.

Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Italia dan Inggris pada abad ke-13 dan mendapat sambutan hangat dalam waktu yang singkat. Banyak peminatnya ternyata di antara rakyat setempat terhadap permainan ini. Sejak itu perkembangan tenis terus meningkat ke negara-negara Eropa yang lain.

Raket bersenar diperkenalkan pertama kali pada abad ke-15 oleh Antonio da Scalo, seorang pastur berbangsa Italia. Ia menulis aturan umum bagi semua permainan yang menggunakan bola, termasuk tenis. Majalah Inggris "Sporting Magazine" menamakan permainan ini sebagai 'tenis lapangan' (lawn tennis). Dalam buku "Book of Games And Sports", yang diterbitkan dalam tahun 1801, disebut sebagai "tenis panjang". Tenis pada mulanya merupakan permainan masyarakat kelas atas. Tenis lapangan rumput yang terkenal di zaman Ratu Victoria lalu ditiru oleh golongan menengah, yang menjadikannya sebagai permainan biasa.

Klub tenis pertama yang didirikan adalah Leamington di Perancis oleh J.B. Perera, Harry Gem, Dr. Frederick Haynes, dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis disebut sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874 permainan tenis telah pertama kali dimainkan di Amerika Serikat oleh Dr. James Dwight dan F.R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pun telah didirikan pada tahun 1868. Dua tahun setelah itu dibukalah kantornya di Jalan Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875, klub ini juga bersedia memperuntukkan sebagian dari lahannya untuk permainan tenis dan badminton. Sehubungan dengan itu, peraturan permainan tenis lapangan rumput ditulis. Amerika Serikat mendirikan klub tenis yang pertama di Staten Island. Bermula dari situlah, permainan tenis di Amerika Serikat berkembang dengan pesat sekali. Dari sana lahir banyak pemain tenis tangguh yang menguasai percaturan tenis tingkat dunia.

Kejuaraan tenis pertama bermula tahun 1877.

1 comment:

fa2din said...

thanks.. really need this.. my dad asks me to find these things in malay, but i can hardly find it.. lots of them them is in english.. so, thanks again..