Wednesday, March 18, 2009

car!!!!



Ni la kereta baru Fath.Baru dapat beli kereta.Kereta apa?viva.warna putih.my fav colour.Apa kereta pun Fath akan pilih putih juga.Ramai tanya kenapa Fath tak ambil myvi ke swift ke..kalau ikutkan Fath nak je BMW. Baru best.Beli ikut kemampuan ok.Fath tak terfikir pun nak beli kereta,ayah yang sudah buat kaji selidik terlebih dahulu dan galak kan Fath beli cepat.gawat tak gawat.Memandangkan Fath memang perlukan kenderaan sendiri untuk kemudahan harian.

Ada faktor lain,Fath sudah ada lesen haruslah ada kereta kan..kerja modelling memang perlukan comitment yang 'selalu bersedia ',selain tu serba sedikit Fath dah meringan beban orang-orang sekeliling Fath yang banyak menolong Fath selama ini.Fath akan tunaikan janji pada 'si dia' datang ambil bawa sarapan pagi bersama paling koman pun seminggu sekali.Pada Enya and the geng bawa jalan.Engku pun sama lepak minum nanti.Keluarga Abah nantikan ketibaan Fath ke rumah nanti k.Kak Ton dan Huriyyah tunggu Fath datang teman dirumah nanti ok.Mereka ini yang excited lebih dari Fath..Fath biasa je sebab Fath bukan bagus mana bawa kereta pun Masih lesen P lagi..dan punya la malas nak drive sebenarnya..Apa pun terima kasih pada semua yang bagi support dan selalu mengingat kan Fath mengenai keselamatan,Kepada Kak Yati Thanks a lot!!love u, sis forever!!!!

Fath baru je balik dari belanja family makan malam ni.Sudah semestinya sebagai tanda terima kasih.Masa dapat lesen dulu siap bawa holiday di Melaka kali ni dinner pun jadi la kan.Lepas ni Fath kena rajin pergi warehouse di Puchong check stock untuk showroom.Manager sudah bagi tahu awal-awal.

Malam ni baru Fath dapat rasa bawa kereta sendiri..tapi ayah sudah rasmikan terdahulu petang tadi.Sebab kereta sampai depan rumah semasa Fath tengah kerja.So segalanya ayah yang uruskan.Fath percaya pada ayah yang pakar mengenai kenderaan ni maklum la ex-teacher in engineering.Pasal enjin memang ayah la rujukan Fath.Untuk aksesori kereta banyak je nak tambah..kayuh pelahan-lahan..ikut kemampuan..

Buat masa ini..itu sahaja cerita nya..Sudah mengantok mahu tidur.esok nak bangun pagi mahu pergi gym,explore kereta ni dan kerja.nite!!

No comments: