Wednesday, March 4, 2009

Jangan tension....

STRESS KE??

Sibuk dengan urusan kerja atau tak ada kerja atau dilanda masalah yang bertimbun-timbun sehingga membebankan dan mendatangkan stress pada anda? Jangan bimbang. Ikuti beberapa tip di bawah untuk menghalau stress yg anda alami.

Ketawa
Tidak ada yang lebih mudah dan murah selain dari ketawa. Tahukah anda dengan ketawa selama 15 minit setiap hari sudah cukup utk memperbaiki aliran darah ke hati.tapi bukan hati kucing yaaaa...



Urutan

Tidak perlu orang lain untuk melakukan urutan
. Anda sendiri mampu untuk melakukannya. Untuk mengatasi pening-pening kepala, cuba urut bahagian-bahagian lembut di sekitar titik akupunktur di kedua belah sisi hidung dan mata untuk melegakan ketidak selesaan anda.Bukan meraba yaa...



Berjalan

Aktiviti berjalan sedikit sebanyak dapat membantu anda mengurangkan rasa stres. Berjalanlah selama lebih kurang 10 minit. Ini bermanfaat untuk mengurangkan keadaan tubuh yang sedang stres.Bukan merayau yaaa..



Tidur
Ambil masa untuk tidur sebentar tanpa gangguan. U
sahakan tidur dengan tenang untuk mengurangkan kegelisahan di pagi hari ketika anda terbagngun. Panaskan sekitar 250 gram susu dan campurkan bersama satu sudu serbu kayu manis berserta sedikit madu. Ini membantu anda tidur lena setelah meminumnya.Jangan tak bangun sudah ler..


Makan Vitamin
Amalkan mengambil vitamin terutamanya vitamin B. Vi
tamin B akan membantu mengurangkan racun yang terhasil didalam tubuh akibat daripada stres.Jangan main telan sahaja harus tahu apa khasiat yang terkandung.


Berdoa
Di saat anda berasa tegang dan gelisah, kelenjar adrenalin tubuh akan mengeluarkan zat kimia yang meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah, serta menurunkan kekebalan tubuh. Berdoa membuatkan anda berasa lebih tenang kerana di saat berdoa, anda menyerahkan segalanya kepada yang Esa. Di samping itu, berdoa juga mendekatkan anda kepada-Ny
a. Niat juga harus bersih ya nanti tak makbul.amin..



Note
: Cara Fath tangani stress bergantung pada situasi..pergi holiday adalah terbaik,selain tu keluar dengan kawan-kawan,Jalan seorang diri dimana rasakan sesuai tanpa bercakap dengan sesiapa.tak pun memandu kereta sendirian ditemani teddy bear kemana sahaja pada waktu malam...bahaya kan?tapi ia melegakan..sambil dengar lagu-lagu ceria..puas hati balik la.Melukis antara yang menyelamatkan jiwa dikala keseorangan dan tension..lepas kan pada lukisan..cantik jadinya lukisan itu..hihi...Tangani stress anda dengan baik ye..

1 comment:

Zool Blogger said...

Memang kadang2 rasa nak gi holiday tapi takde sapa nak temankan.. Huargh


ZOol
http://www.ligakampung.com