Monday, March 23, 2009

Miss u D'Leh...


D'Leh & me

Dimanakah ia?sihat kah dia?sudah makan kah dia?hidup lagi kah dia?D'Leh..'mamie' rindu sangat.Bermula disebalik semak pokok pandan di belakang rumah.D'Leh yang masih kecil dimasa itu masih takut-takut dengan kami.Dia yang datang tiba-tiba dibelakang rumah mungkin dibuang orang ataupun sesat..Dia yang bersuara perlahan dan lembut membuat Fath suka padanya..Tetap mencuba untuk memujuk nya untuk berjinak untuk diberi makan.Kesian dia lapar.Tidak semua ikan dia mahu makan.Tiap-tiap hari diberi makan sehingga dia hampir jinak dengan kami sekeluarga.Semakin berani dia masuk kedalam rumah dan semakin lama dia mula manja tetapi masih takut untuk diangkat dan dipeluk.Perlahan-lahan kami belaikan dia sehingga dia mula tidur didalam rumah..Dia yang kecil dan kurus badannya tetap cantik dengan bulunya yang bersih dan bersinar..pandai dia menjaga kebersihan dirinya sendiri.

Bulan demi bulan berlalu sehingga kan kami tidak menyedari pembesaran dan peningkatan umur dia.Dia yang semakin manja sehingga mempunyai tabiat gemar didukung diatas bahu kami.Dia memang manja.Bukan senang-senang Fath beri nama pada kucing peliharaan.mengikut kebiasaannya Fath yang akan bagi nama setiap kucing yang ada didalam rumah.D'Leh diberi nama atas kerana Fath suka akan hero didalam filem 10 000bc.Oleh kerana Fath yang mula membela kucing di dalam rumah semasa umur 6 tahun lagi.Degil sangat dimasa itu walaupun dilarang membela kucing kerana Fath masih bersekolah.Lama kelamaan keluarga akur dengan kemahuan ,minat dan sayang Fath pada makhluk ini.Fath yang sudah biasa hidup bersama kucing hingga kini tetap tidak boleh dipisahkan.Ciuman adalah biasa bagi Fath untuk diberi pada kucing setiap hari sebagai tanda sayang selain diberi makan dan penjagaan rapi buat mereka.

Berganti kucing dari satu generasi ke generasi yang berlainan.Ada yang sakit dan mati, ada yang diambil orang,ada yang diberi kepada orang kerana terlalu banyak sehingga pernah mencecah sebanyak 20 ekor kucing.Ada juga yang dilanggar orang.Semua itu adalah ketentuan dari-Nya.Berlainan kali ini..kerana sayang pada D'Leh amat berlainan sekali.setiap kali Fath bangun pagi dia akan tidur dan Fath akan menjerit "D'Leh bangun!!" dan dia akan bangun sambil mengeliatkan badannya..comel sangat..dia juga akan ikut Fath keluar rumah untuk pergi kerja.Kadang-kadang ayah akan bawa dia sekali kedalam kereta sengaja dibawa jalan.D'Leh tenang sahaja.Apabila malam Fath pulang dia akan sambut Fath didepan pintu dengan suaranya yang manja meminta makan.Terus kami ke dapur.D'Leh memang tidak memakan nasi maka ikan sahaja santapan dia..Tiap kali Fath didepan computer dia akan datang untuk diriba dan dibelai..Dahulu semasa dia kecil gemar nya dia tidur bersama Fath tapi tidak pula apabila dewasa.

Kerata baru sampai rumah kami semua gembira.malam itu adalah kali terakhir melihat D'Leh.dan sempat cium dia juga.Tidak sangka itu adalah malam terakhir.Mata dia yang tenang menteteramkan Fath selama ini tiada lagi untuk mengadu sedih padanya.Hampir seminggu berlalu.Kata 'si dia' ini ada hikmahnya.Mungkin Fath perlu beri perhatian lebih pada kereta pula.Sebagai pengganti D'Leh.D'Leh belum pernah temani Fath memandu kereta baru itu.Fath terima ketentuan ini tetapi kadang kala tidak tahan sebak apabila terkenangkan D'Leh.menaip cerita ini pun masih berlinangkan air mata.Tahan supaya ia tidak jatuh walaupun ia menitis sedikit.

Ini sahaja gambar yang Fath ada sebagai kenangan bersama D'Leh.Comel kan?kecil lagi dia masa ini.Rindu dan Sayang sangat D'Leh.

No comments: