Tuesday, March 10, 2009

Non-stop






Hari-hari hampir lalui perkara yang sama iaitu aktiviti orang yang bekerja makan gaji. Macam mana?Hampir keseluruhan rutinnya sama cuma bezanya dengan siapa yang kita bertemu saban hari,dengan siapa kita berinteraksi,siapa yang kita lihat dan sebagainya...Adakah anda pernah mengira berapa ramai orang yang kita ketemu dalam satu hari?walaupun orang itu kita tidak mengenalinya.Mungkin orang itu terlihat kamu sahaja,atau sebaliknya..Apa pula anda rasa apabila ada yang melihat kita tidak kira jauh ataupun dekat,lagi-lagi kita diperhatikan sebenarnya...Perasan?malu?tak rasa apa-apa?sudah biasa?itu sendiri jawab.

Kenapa topik ini?Ia adalah melibatkan seharian kita yang sudah dianggap biasa ataupun tanpa disedari akan perlakuan itu..penting ke untuk diperkatakan?Bagi Fath serba sedikit ia penting kerana ia effect pada kehidupan sebenarnya..Cuma kita letakkan ia sebagai remeh..yang remah itu akan menjadi bermakna,mungkin.

Ingat tak semalam makan apa?kelmarin?3 hari lepas?1 minggu lepas?sebulan lepas?minum pula?Eh...kenapa tanya?Ambil tahu atau lalui nya sahaja..Bedal orang kata.Patut la berat badan turun naik..bentuk badan berubah..Apa yang Fath dapat tahu dari personal trainer Celebrity Fitness memberi tahu bahawa bersenam hanya memberi 10% sahaja pada badan 90% itu adalah dari corak dan pengambilan permakanan kita seharian...Penting tak untuk ia dititik beratkan?

Tadi kamu cakap apa ya?sebelum itu kamu ada berkata sesuatu...dengan orang lain pula apa kamu nyatakan?semalam?seminggu lalu?sebulan lalu?jelas kah kamu luahkan?dengarkah orang itu?boleh terima pakai kah ayat-ayat kamu itu?mereka suka kah?sakit hati kah?tahukah kita?.Selalunya kita akan ketahui apabila ada yang memberitahu ataupun kita yang tersedar sendiri..yang pasti kita tidak boleh mengingatinya sebiji sama.bunyi nya macam susah kan?senang je akan tetapi ia boleh menjadi susah juga..bergantung pada siapa,bila dan situasi..

Jarang orang akan ingat semua perbuatan,percakapan dan sebagainya setiap masa...mungkin tiada langsung .Tetapi teruk jikalau tidak mengingati dan mengerti satu pun..perihatin itu penting walaupun ia terlupa kekandang..maafkan ia..manusia memang begitu..



No comments: