Saturday, February 28, 2009

Cerita cinderella dan umbrella


Cantik nya Cinderella...kecantikan itu belum tentu boleh dipegang mahupun disentuh apatah lagi mahu memilikinya..sungguh berharga dan bermakna .Disini bukanlah untuk menceritakan kisah dongeng si cinderella itu tetapi untuk menceritakan cerita seumpama yang seakan sama walaupun ia adalah cerita semata-mata...ternyata asal unsul cinderella itu tidak sebaik mana dan malang sahaja yang menimpa dari mula hingga suatu tahap dimana ia berubah dalam sekelip mata dengan ada nya magik.Dalam dunia realiti ini tidak akan berlaku tetapi keajaiban yang manusia selalu inginkan dalam pelbagai harapan dan berbagai sebab yang tersendiri.Keinginan itu maksudnya.Ada juga yang melebihi keinginan. Yang cantik itu tidak semestinya bahagia,baik,kaya,gembira,sihat mahupun elok tetapi ia selalu dilabelkan ditangga yang positif dan pelbagai sangkaan yang mungkin ada melesetnya...menjadi negatif.Cinderella yang asalnya positif pasti, dicemuh pula dengan negatif dari keadaan sekeliling.apa yang terjadi?berlikunya kisah itu tercipta tanpa diketahahui naluri yang ada dari dalam.penglihatan mata kasar mungkin tidak sekuat mana kalau dibandingkan dengan mata hati.Ikutkan hati juga boleh bawa mati.Cinderella juga yang diketahui kesabaranya itu sungguh murni tanpa disedari.Sedar tidak sedar cinderella sering kali dilimpahi lagi dicurahi hujan yang pelbagai cara ditambah pula panas terik tiba-tiba...angin yang kuat adakala menyunsul...pertahankan diri cinderella dengan kesabaran yang disama ertikan dengan umbrella.



Sebagai perlindung dan senjata bagi dirinya yang bukan ingin dianugerahkan pelbagai.Pelbagai jua dilanda cuaca yang tidak menentu..comel pula bersama umbrella.pastikah ia selamat di ketika itu?apa yang terkelihatan seperti kosong untuk diungkapkan bagi menerangkan sebenar-benarnya...walhal ia ada isi yang tersembunyi,mungkin dalamnya membuak-buak tetapi terlalu banyak yang dirasai nya membuatkan tersenyap dan diam.Layani apa didepan jalan kadang-kadang ternampak pula yang melintas dari belakang yang tidak diingini mengusik kembali.usik bukan main-main tapi menguji bagi meneruskan perjalanannya.Putih pula warnanya,putihkan ia?cahaya menerangi hari-hari tapi mendung pula dibawah umbrella kini..umbrella dipegang erat penuh sayang untuk dikongsi bersama yang lain.kongsi dengan sebelah tangan atau dua belah?pegang la juga tapi sama erat kah?yang erat itu perlu lagi erat untuk jalan bersama seiring.Bersama sampai mana pula?bersama ditengah-tengah tapi tidak senang pula bagi yang mendampingi itu.Luluh dirasai si cinderella kini.Pilu menyelubungi..pedih hati.pasti kah?bukan kah itu yang cinderella mahukan dalam hidup?hidup yang lengkap.titis air mata dengan kisah itu pula.kenapa?dan kenapa?cerita apakah itu?bagaimana pula dengan umberella?


kisah yang bermaksud perjalanan yang ditempuh adalah harus bersama dengan lebih berkualiti disisi dibantu oleh bantuan mahupun perlindungan sejajar.

written by Siti Fathiyah

2 comments:

keylee daud said...

cantik tulisan ..sedap dibaca.

siti fathiyah said...

trimas.idea yg dtg tiba2.