Friday, February 27, 2009

Bagai hujan dirasakan panas

Hari-hari adalah biasa dirasakan dengan apa sahaja yang berlaku dan dilakukan..tiada yang lebih menarik dari menikmati hidup dengan kebahagiaan yang datang dan sentiasa datang disisi.Apa yang pasti tiada sesiapa yang duga dengan dugaan dan perjalanan sepanjang jalan hidup yang sekali ini.Bergitu juga dengan hati yang dipenuhi dengan pelbagai perasaan yang bermacam ragamnya..ragam yang tiada siapa boleh mengawal keadaannya yang setiasa berputar mengikut hati.Hati yang kadang kalanya berbunga hadirnya,kadang-kadang duri pula yang datang menerpa tanpa sengaja dan tidak pasti kenapa dan mengapa.Duri yang terlekat pada ranting bunga tidak semestinya berbisa cuma ia menusuk hingga menusuk menembusi hati,hati itu ditusuk dengan tepat dan dicurahi air...air panas yang mungkin dilihat sejuk dimata kasar tapi panas pula bagai hujan yang turun dengan lebatnya.Lebat jua hujan seperti malam tadi yang dingin.tapi tidak sehebat dingin yang dirasai.Belum pasti semua akan dapat rasai ribut dari dalam yang susah dikongsikan dan di diamkan serta tidak bermakna ia berada dalam keadaan cuaca yang baik walaupun ia seperti baik-baik belaka.



Terdiam terpaku dengan cerita hidup yang tidak diduga tiba-tiba datang menyerang ketika semacam musim bunga yang menjelma tapi ia ribut petir.Lain tempat lain cuaca, lain orang lain cara, lain hari lain cerita, lain diberi lain dirasa lai diharap lain yang dapat. Rasa pula tidak sesedap disangka.disangka manis rupanya ada pahit didalamnya..pahit yang lama diketahui kini,kini ia masih pahit ditambah masam,bagaimana mahu disamakan dengan kata.Kata tidak semestinya sama dengan rasa.Ditambah pula dengan pelbagai rasa.Rasa itu buat ia jatuh rebah seketika susah pula bernafas kalau dalam air.Yang dikata kan ia seakan remeh dikala hidup ini tapi yang dimaksud kan itu besar maknanya.Di ertikan pula seperti tidak menampakkan hasil mahupun usaha jaya.Banyak yang dilalui dalam pelbagai perkara dan erti yang berbagai.Tapi apa yang dirasai adalah sukar.disangka ia sama tapi jauh sekali fikiran mu meleset wahai diri!!cuaca seiring dengan jalan yang lurus dan yang pasti tanpa berkira sekecil dan sebesar yang telah diperolehi dalam hidup ini tapi sukar kelihatan rupanya ,dan tidak dapat dirasa nilainya.



Betulkah ia tidak bernilai?hati kenapa menangis bagai hujan?hujan yang mengalir terus mengalir dengan diselubungi rasa hati yang tersentuh dengan kisah itu.Kisah itu adalah cerita.fahaman yang susah difahami tapi senang ertikan sebagai hidup itu bukannya tiada erti.cuma perlu mengerti.mana ertinya?renungkan pula supaya tidak dianggap tanpa makna senang kata.walaupun ia pernah rasa diguris ,telan pula bagai telan air panas terus melalui hati.tidak pula diambil kira atas kerana rasa sayang liku-liku itu.tapi cukup kah dengan pengertian sendiri sedemikian?tiada apa yang berharga walaupun ia datang dari diri.melainkan ia berlandaskan perbincangan persefahaman.cara hati sendiri boleh jadi salah dan tidak menepati piawai itu.bagaimana?makan hati?@jaga hati?ia sudah sebati dan ia membunuh kadang kala.sakit.sakit sendiri.sendiri tanggung.tanggung lagi kisah itu.tetap redahkan hujan yang dirasakan panas.kini masa yang dibiarkan sendiri reda.reda dengan permikiran dan pengalaman yang terbeku selama ini.tabah dalam membaiki.

written by siti fathiyah

1 comment:

Hazwan Haziq Bin Rosebi said...
This comment has been removed by a blog administrator.