Wednesday, February 11, 2009

Holiday !!!Langkawi!!!


07/02/2009(sabtu)-Bangkit seawal jam 8 am dalam keadaan tak berapa segar kerna tidur lewat malam tadi dalam pukul 4 am..haha..banyak sangat fikir + penat kerja=migrain.Agak kelam kabut pagi tu sebab baru nak packing! nasib la Fath sudah biasa packing last minute ni..kebetulan pula Fath ada beberapa pakaian yang sesuai untuk bercuti di pantai ni...lebih dari cukup untuk 3 hari..so tiada apa yang perlu dibeli untuk persiapan,stock sunblock lotion,selipar pantai dah ada cuma perlu cari bikini sahaja nanti..haha..dibawah ni Fath dah susun gambar mengikut aktiviti...

on the way ke KTM Kajang..

Oleh kerana kami dah berjanji dengan teksi jam 9.30 am perlu sampai depan rumah maka kelam kabut la, macam biasa mama memang lambat untuk bersiap.Fath dan Nisah memang naik kereta enya yang tiba jam 9.45 am didepan rumah bersama Ana dan seorang kawan.Kami gerak dengan 2 kereta ke KTM Kajang,setiba disitu terus snap gambar sebagai permulaan perjalanan.Kami berangkat jam 10.20am.

Setiba sahaja di KL Central jam 11.00 am,terus cari makan bagi yang tak sempat breakfast kat rumah tadi ini la masa nya nak melahap sebab aktiviti lepas ni pasti padat.Setelah kenyang lebih kurang jam 11.30 am kami bergegas menuju ke Skybus..terselah bertapa ceria nya kami terutama adik2 yang baru pertama kali merasakan percutian dengan menaiki public transport lagi2 nak naik flight ni....lebih kurang jam 12 kami bergerak ke LCCT.perjalanan dari KL Central ke LCCT mengambil masa lebih kurang 45 minit.sempat juga Fath tidur bagi menyimpan tenaga untuk akitiviti kemudian nya nanti.si 'dia' talifon Fath bertanyakan berita.Ini pertama kali Fath tinggal kan 'dia' agak jauh selama 3 hari.Pasti lain kan kerna sebelum ni Fath selalu ditinggal kan..hihi..cepat angkat beg!!


Sekarang kami di LCCT!!jam menunjukkkan sudah pukul 1.00 pm,terus pergi cari kaunter untuk check-in.Tepat jam 1.15pm selesai terus ke gate P4.segalanya berjalan dengan lancar setakat ini..apa yang Fath rancangkan menjadi.masa semuanya tepat.Boarding jam 1.35pm.Berlepas jam 2.05 pm.masa diambil dari LCCT ke Langkawi hanya 40 minit sahaja.borak sikit je dah sampai...


Langkawi!!!tepat jam 3.05 pm kami di langkawi sekarang...pertama kali Fath menjejakkan kaki di Langkawi International Airport..sempat kami ambil gambar...sekarang baru rasa berkobar-kobar bercuti jauh dari KL.

Kami terus call Mak Uda@isteri Aziz Desa@sepupu mama.Diorang memang buat business kereta sewa,home stay dan restoran.5 minute kemudian Mak Uda sampai bersam anak sulung nya dengan 2 kereta iaitu Unser dan Serena.Kami terus dibawa ke restoran beliau di Kampung Jaras.Tepi jalan besar bersebelahan dengan sekolah,jalan menuju ke Pekan Kuah.

Welcome.....
Perjalanan dari Airport ke restoran tersebut hanya mengambil masa 10 minit sahaja.Tiba sahaja tak sangka Mak Uda sediakan Laksa Kedah.Actually Fath memang tak suka laksa pinang,Kedah dan Perak..entah tak serasi dengan tekak dan lidah Fath.Tapi Fath makan juga walaupun sikit demi Mak Uda. Lebih kurang jam 4.00pm kami gerak menuju ke Awana Porto Malai dengan menyewa kereta serena dari Mak Uda dengan harga rm100 sehari ,murahkan..kalau orang lain Mak Uda kenakan rm200.Kalau dekat KL tak dapat la harga semurah tu..Asal nya kami nak sewa unser tapi harga sama je dengan serena,tukar la..


antara bahagian disekitar restoran Aziz Desa..

Setelah check-in hotel selesai..terus menuju ke bilik,sea view lagi..rehat seketika sehingga jam 6.30pm Fath,Enya,Nisah dan Afiq gerak menuju ke Pantai Cenang, yang lain tinggal hotel sebab mama memang tak suka jalan2 sangat,Adik dan Bihah memang nak mandi swimming pool ayah teman mereka...




Pergi Pantai Cenang bukan nak mandi tapi jalan2 di street untuk cari barang,Fath?cari bikini la..semangat mandi laut kan...tak mahal cuma rm25 setelah diminta diskaun,yang penting selesa dan cantik.Rambau mata tiap kali datang sini..


Tepat jam 8pm kami gerak menuju ke hotel semula bagi menjemput Mama,Ayah,Adik dan Bihah untuk dibawa makan malam...yummy...lapar...Cari punya cari sepanjang Cenang street jumpa satu restoran ni..lupa nama apa,tapi restoran ni juga Fath makan dinner setahun lalu..haha!!,*untuk pengetahuan umum pertama kali Fath datang Langkawi ni tahun lepas dalam bulan february juga tapi lupa tarikh. dengan ex-staff levis Kajang outlet (Aba man ,Abg Zaidi dan Erna) trip tersebut memang giler kami bercuti 3 negeri iaitu Perak,Pulau Pinang dan Langkawi.sekali gus dalam tempoh 4 hari dangan menaiki sebuah kereta sahaja dan seorang sahaja yang memandu sepanjang trip.


Sementara tunggu makanan sampai Fath tengok map..nama pun melancong..nak barget masa,wang,bergantung pada aktiviti sebab holiday Fath kali ni dengan family kali yang ke-3 sepanjang hidup ni...haha!!!*before this di Port Dickson (hotel Sri Malaysia) raikan ayah pulang dari Australia tahun 1997.Holiday ke-2 di Melaka (Makhkota hotel) raikan Fath baru dapat lesen kereta P.haha....iaitu dalam bulan Mei tahun lepas 2008.Fath banyak juga pergi melancong masa sekolah dulu..masa sekolah rendah(kebangsaan) pergi rombongan ke Melaka.(sekolah agama) pergi Cameron Highlands apa yang Fath ingat sangat sehari sebelum pergi kemalangan bas di sana yang tergempar satu Malaysia.ramai juga yang cancelkan tak nak pergi tapi bukan Fath walaupun pergi tanpa kawan..ingat sangat...join dengan siapa entah..masa form 2 join trip ke Perak.form 5 ke Melaka lagi.Pertama kali ke Genting Highlands tahun 2004 dengan kawan2,masa study IKN pergi Perak lagi tapi bukan holiday sebarangan tapi camping di Sungkai.memang best gila!!turun Batu Pahat,Johor pada awal tahun 2005bersama2 3 orang kawan,pergi atas dasar assignment masa semester 02 kena cari tokoh kraf,seminggu disana memang seronok bila berdikari ni...pergi Terengganu bukan holiday semata tapi lebih kepada buat show gamelan sempena majlis Perasmian Kilauan Tembaga tahun 2005.masa tengah praktikal sebulan di Kelantan tahun 2006 sempat Fath ikut Lecturer dan kawan yang lain ke Pulau Perhentian.terbaik!!!!2007 pergi A'famosa Resort dengan kawan2.2008 tahun yang kerap kali naik Genting,kaya la Genting.Rasanya lebih dari 5 kali dalam setahun haha!!!ada juga turun Kuala terengganu 2 orang trip 3 hari memang gila!!rasanya banyak lagi tempat yang pernah Fath lawat tapi tak berapa ingat sangat.

manja nya ayah dekat mama...


Sambung balik cerita Langkawi ni ok..gambar ni di ambil saja nak cerita pasal kucing ni..besar dan gemuk terbaring dikaunter pembayaran di restoran tersebut.



08/02/2009(Ahad)-Bangkit seawal 8 am sekadar cuci muka dan gosok gigi...terus turun breakfast di cafe hotel.Kali ni breakfast di Awana tidak mengujakan langsung,tak ada pancake..banyak yang kurang jauh lebih teruk dari Awana Genting. Dah la untuk dewasa makan rm25, kanak-kanak rm10.Tak berbaloi.Selepas selesai makan menuju terus ke Pantai Cenang...mandi!!!
Terpaksa pakai topi sebab tak tahan panas...10 minit dalam air terus keluar mana tak nya masuk dalam air pun jam 10am matahari dah tegak..posing je lebih ni...

mandi kejap jer than terus mandi dekat bilik air bersiap untuk pergi makan tengah hari..sebelum tu sejuk kan badan dengan minum air kelapa...suurrrpppp...



Gambar ini diambil semasa makan tengah hari ..tak makan apa sangat pun sebab masih kenyang makan pagi tadi..
Aktiviti utama hari ahad ni adalah mengunjung Underwater World..untuk dewasa yang mempunyai mycard hanya dikenakan rm25 ,kanak-kanak pula rm 18,student rm22 termasuk la warga emas hahupun yang sudah pencen.Tak sabar lihat apa yang menarik didalam..sebab tahun lepas datang Underwater world tutup sebab banyak ikan mati.kenapa?tengok berita dan baca surat khabar tak?orang dalam punya kerja... huhu...hayati dan lihat la gambar2 dibawah ni..part2 yang menarik yang perlu korang tahu..


apa kena mengena background salji ni dengan underwater world ni?lihat lagi gambar dibawah..

tengok betul2 ada penguin di belakang kami..memang kelakar tengok gelagat penguin ni..dan comel..



makhluk apa kah yang hitam legam di belakang tu..anjing laut la...lagi menarik ada pertunjukkan memberi makan sambil bermain dengan anjing laut ni..pandai..

tengok penguin terbang atas kami...berenang sudah..



mesti orang ingat Underwater world ni ada pameran ikan sahaja..apa yang menarik dan berlainan dari aquaria,disini terdapatnya binatang seperti burung,kura-kura dan seumpama dengan nya yang ada kena mengena dengan hidupan air..

lama juag kami berada dalam ni.. banyak aktiviti boleh diikuti selain pertunjukan anjing laut tadi,ada pertunjukkan bermain dengan ular senduk,3D theather dari pukul 1.30pm masuk keluar jam 4 pm.kemudain balik hotel rehat seketika..


Rehat tidak boleh lama Fath dan Enya teru skeluar mengikut perancangan ayah kami perlucari kek dan tempat sambu birthday mama nanti... Beli kek di Pekan Kuah tapi pilih restoran di sekitar Pantai Cenang jer..dah mermadai..Jam 8pm kami datang jemput mereka yang lain bagi meraikan mama..Happy Birthday MAMA sweet 51!!!percutian ni memang dirancang dengan ayah untuk celebrated birthday mama..buat pertama kali dalam ahli keluarga disambut jauh,mama pun tak sangka..suprise!!


suap mama kek...sayang mama!!

09/02/2009(isnin)-Hari terakhir untuk kami menikmati Langkawi.Kami lebih utamakan aktiviti yang dirancang iaitu bergambar..haha!!gambar ni saja nak tunjuk konon nya Fath boleh pandu benda alah ni padahal hiasan semata-mata..yang utama adalah lawati Gunung Mat Cincang dengan menaiki Cable Car sebentar lagi .huhu..ikuti cerita dibawah...



memang tak ada kerja lain pantang nampak benda pelik nak di buat main..ayah pun layan jugak..haha....Fath posing lebih2 pula..Suka betul dia...haha!!dapat kepit kaki orang seronok ni...haha!!!

Afiq la mangsa kami..haha!!
marilah datang kesini terdapat nya permandangan yang teramat cantik..lagi2 tempat penyinggahan boat2 dari mana2 entah..breakfast tak sedap..angin tengah malam yang nyaman dan sejuk..keadaan malam yang sunyi teramat..swimming pool nya lebih menarik dari Awana Genting.kiost internet tak ada..tapi tidur best..hahaa....honest betul..

ni la swimming pool yang Fath kata kan tu walaupun Fath tak mandi dekat sini pun..

Nampak Fath macam syok sendiri dengan hanphone kan?padahal Fath tengok syok ber-3G dengan si 'dia'..rindu...haha...

depan Awana..kenangan bersama kereta yang ada cerita nya...huhu....

kami sekarang di Telaga Habour!!wajib singgah untuk bergambar...

sampai sudah di Cable Car,Gunung Mat Cincang..



tengok Fath sempat lagi ber-sms dengan si 'dia' dalam cable car.....

kami sudah jadi gila sebentar ...haha...

antara aksi diluar jangkaan para pengunjung...

lagi orang heran..atas gunung ada berani mau melompat,nampak bertapa girang nya kami...


selesai aktiviti di Gunung Mat Cincang kami singgah sebentar di The loaf..untuk dapatkan chesse cake kegemaran kami...uhu..uhu..cheese cake......

bergambar dulu depan The Loaf...

aktiviti berikut nya di Pekan Kuah..shopping!!coklat yang Fath cari..yummy!!love coklat



selesai aktiviti membeli belah tiba penyerahan kembali kereta sewa kepada tuannya...kami bernasib baik dapat berjumpa saudara kami Aziz Desa..Kami dilayan dengan baik sekali lagi dengan hidangan makan malam pula walaupun ringkas tapi sudah memadai buat kami..alhamdulillah kenyang...terima kasih Mak Uda dan Pak Uda sekeluarga..

dalam lepulangan..ke KL


Muka pun dah terselah mengantok nya...penat,gembira,kecewa sedikit dengan beberapa perkara,ada beberapa tempat tak dapat pergi..apa yang nak diceritakan disini Fath enjoy holiday bersama family tersayang walaupun singkat selama 3 hari 2 malam tapi penuh bermakna dan dapat mengerat kan lagi ikatan kekeluargaan kami..bukan senang ye untuk semua ini...alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat pulang... akhir kata sayangi la keluarga anda...hihi...


2 comments:

Taiko said...

Mana gambar pakai bikininya?? takde pun..
He he he ..

siti fathiyah said...

dalam baju sudah...