Sunday, August 1, 2010

Layang-layang melayang


01/08/2010(Sunday)-
Wedding's day!for Ayang again tapi sebelah husband dia.Kali ni bikin di Dewan Merak Kayangan Felda. Rombongan pengantin perempuan (sebelah ayang) dah sampai, 1 jam kemudian baru Fath sampai.saja.hihi.Melawa tu WAJIB. U all layan lagi pix di bawah ni, segala pertanyaan boleh ditanya di bahagian comment ye..kahkah.



me & Enya

dessert of the day at Oldtown Taman Melati


Tercapai impian ku nak melayangkan layang-layang di awan biru..ditaman Metropolitan,Kepong *padahal adik aku yang main. tak kisah la..janji happy. Ye..memang dah niat nak bawa Nikman untuk luangkan masa gila bersama dan temani adik bongsu ku bersuka ria di hujung minggu.

10 ikrar kita kena bersuka ria elak berduka

1-Buang pengaruh negatif: Buang hubungan toksik dalam hidup korang seperti teman yang suka cakap belakang atau melayan korang dengan buruk lagi hina.chit!. Jika korang hidup dikelilingi orang positif.ehem..ehem..haha!. Usah buang masa dengan mereka yang penuh dengan toksik dalam diri. Life is short,kan.

2-Jangan menyesali yang semalam: Usah menyesal mengenai apa pun. Hidup ni penuh dugaan dan kejutan. Penyelesaiannya akan datang sendiri. Penyesalan terhadap masa lalu, hanya membantutkan masa depan je.Keep moving on.

3-Simpan bencimu:Jangan buang tenaga menyimpan rasa benci. Ia bakal terbawa-bawa & mengambil masa & upaya. Adalah lebih baik memupuk cinta atau sayang kepada seseorang atau perkara-pekjara yang berfaedah.*macam gambar kita orang ni..


4-Bina kehidupan: Nikmatilah kehidupan untuk diri sendiri. Berhenti daripada asyik memuaskan orang lain.(aku dah penat dah semua tu). Dengan mementingkan orang lain, korang hanya melenyapkan diri sendiri. Tuju impian korang & jangan biarkan orang lain mengancamnya, ye la..once U finally find happiness in this world, there's ALWAYS gonna be that someone who will try to take away from U.*Buat hal sendiri sudah.

5-Menari setiap hari: Aktif diri sangat bagus melepaskan endorphins ,menghilangkan tekanan & melegakan fikiran juga. Menari untuk bercerita, menari untuk melupakan, menari juga untuk membuat si dia tertawa. Tak kisahlah orang melihat korang macam bodoh ,yang penting korang happy. *tapi bukan gila.

6-Cabar diri sendiri: Jadi dewasa perlu.Jangan buang tenaga menyimpan rasa takut. Cabar diri sendiri untuk jadi lebih matang. Anda punya kuasa melebarkan fikiran, emosi dan perasaan. Jika kehilangan teman sejati atau kekasih (macam kena je), jangan mengelak daripada mengalami cinta baru.*Saya percaya pada takdir,tetiba.



7- Nikmati dan manjai diri: Luangkan masa untuk diri sendiri. Tanpa teman pun korang boleh keluar makan malam. Luangkan malam sabtu. Jadilah seorang yang berdikari pasti orang sekeliling akan kagum dengan korang.*Saya selalu bersendiri kemana saja.

8-Manjakan orang sekeliling: Tidak perlu peluk cium atau berlaga pipi tetapi hargailah orang sekeliling. Kamu perlu sentiasa senyum apabila bertembung dengan orang. Jangan mencuka lagi kerana ia adalah aura negatif.*automatik diri juga dimanjai


9-Catatan Perjalan hidup:
Buat jurnal sendiri. Korang akan menghargainya apabila sudah tua kelak. Ia juga mampu membantu memberikan pandangan objektif dalam isu sehari-hari. Korang akan mengenal diri sendiri lebih baik.*tu la kebaikan blog & diari.

10-Cinta diri sendiri:Sayangi diri sendiri daripada sayang kepada orang lain. Lagipun korang hanya terperangkap sehari-hari dengan diri sendiri seumur hidup. Penampilan korang baik gemuk atau kurus hanya korang yang mampu menghargainya.

p/s:weekend paling busy untuk mereka yang tersayang.

2 comments:

lizz said...

wohooo!!! i do love this entry sooo much fath! yeah, life is short, enjoy sudeh ;)

geram lak ku tengok pipi adik mu tuh!!! rase nak cubit2.hahaha!

Nurul Adeq Poja said...

doraemamon:P