Thursday, August 12, 2010

Kekasih merajuk


09/08/2010(Monday)-Pandang menjeling,menikam berahi,Maraknya amarah panas membara,usah merajuk lagi berjauh hati, senyum lah sayang....buat penawar gundah di jiwa.Pergh!!!Fath pujuk anak siapa ni???gosip3! ngeh3! Khas buat Abang Lan & Kak Umai.hihi, saya membantu sikit je.

Adat gelanggang asmara ibarat rimba pusaka yang penuh misteri. Ceritera perhubungan umpama kembara dan teroka yang tidak berpenghujung. Dalam asyik merandai kasih bersulam cinta, mendung, sendu dan ceria suria bersilih ganti bertamu. Hanya medan kasih yang kebal, kukuh saja bisa melewati titian penuh ujian.Standard la di kala memupuk dan menyemai cinta, ada saja kekacauan yang melanda. Lantaran sikap & laku berbisa tidak sengaja, hati si dia yang tersayang akhirnya terluka. Maka prahara rajuk pun menerpa. Mendinginkan kobar asmara yang marak membara.*tengah emo memang hebat kata2 ku.

homemade lam-mee at Little Penang Cafe,The Curve

Kenapa merajuk ni??

Apa yang pasti, sebelum korang memulakan langkah memujuk, saran Fath la kan..ada baiknya korang kenal pasti punca utama pasangan merajuk. Ini bagi memudahkan proses memujuk kembali hati pasangan & jalan pintas kepada sembuhnya kembali hubungan korang dan si dia.Ada 3 kes rajuk pasangan yang kerap berulang dalam perhubungan.

1-Cemburu

Sebab utama yang kerap menjadi punca rajuk pasangan. Rasa cemburu yang terbit dari sudut hati membuatkan emosi pasangan terganggu. Lantaran keyakinan diri yang tercabar & merasakan saingan sengit (kawan-kawan,keluarga, hobi atau pekerjaan) mampu membawa korang jauh dari dirinya, maka rajuk pun menerpa.*jangan bagi berulang sampai mati


2-Kehendak Tidak Kesampaian

Tampak remeh tetapi kerap berulang dikalangan pasangan belia yang bercinta. Pencanggahan pendapat ,selera & keinginan kerap kali menguji titian hubungan. Sedia maklum, tidak semua pasangan punya kemahuan @ selera yang sehala. Apa lagi jika korang menentang @ enggan akur dengan permintaanya?*guys....please take this serious

3-Cabaran & saingan

Taktik paling efisyen meraih perhatian. Ada individu merajuk semata-mata ingin mendapatkan perhatian daripada pasangannya.Kadangkala, si dia merajuk disebabkan subjek yang membuatkan dia berasa marah dan tak selesa. Untuk mengubat & menjelaskan perasaanya itu, korang secara tidak langsung diperlukan disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza-merajuk.

kami tolong menolong

11 Helah memujuk berkesan

1-Senyum

Lumrah sebab utama rajuk kebanyakkan pasangan tentunya berpunca daripada pergaduhan atau perbalahan pendapat. Jika anda pasangan tidak mahu ketegangan & ketidakselesaan hubungan terus berlarutan, apa kata korang & si dia menamatkan gangguan @ kekacauan itu dengan melemparkan senyuman. Senyumlah dengan seceria mungkin. Tetapi awas! jangan sesekali mengucapkan apa saja kata-kata. Pasti pasangan korang yang seang muram & masam bertukar tenang balik.*cuba la!

2-Terangkan Perkara sebenar

Adalah lebih mudah berkata BENAR dari BERDUSTA. Ceritakan kepada si dia apa yang berlaku pada korang dan tanya pada si dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan korang. Janganlah berselindung. Dengan mewujudkan budaya bertanya & berkata benar ni, dapat mengeratkan perhubungan kerana, korang mengambil berat tentang si dia. Ini juga bermaksud korang menunjukkan bahawa korang menyayangi dia.

3-Bertolak ansur & bijak membuat keputusan

Memang sukar untuk kita BERTOLAK ANSUR tetapi TAK bermakna kita KALAH sekiranya kita MENGALAH. Dalam situasi sebegini, korang haruslah bijak dalm membuat sesuatu keputusan . sekiranya si dia merajuk & korang tidak berjaya memujuknya, gunakan daya korang yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, korang kelihatan bijak dalam membuat keputusan.*pastikan ada pendirian


YUMMY!!!which 1 ye...

4-Jenaka

Langkah ini harus korang fikirkan dengan mendalam & tepat. Ringkasnya, awasi situasi & rajuk pasangan. Pastikan jenaka yang bakal korang persembahkan kepada si dia tidak sesekali menjadi punca kemarahan @ menambahkan lagi kesan rajuk yang sedia ada. Tetapi, jika langkah ini korang laksanakan dengan jayanya & pasangan korang mula ketawa, ini bermakna pasangan korang mengebahkan rajuk yang sebelum ini merasuki jiwa pasangan.

5-Hadiah

Adakah kejutan tatkala berpeluang menemuinya. Sebagai contoh, berikan hadiah idaman pasangan (untuk tu, korang harus menjadi perisik-bertanyakan teman2 rapat si dia akan hadiah idaman yang selama ini menjadi igauan) atau setidak-tidaknya sejambak bunga dengan kiriman kad ucapan maaf yang comel. Pasti hati sidia akan tersentuh dengan kekesalan & usaha orang untuk kembali menjalinkan hubungan.*100% tu la Abang Lan buat siap dengan coklat tau.

I bebel nak pilih coklat "LOVE' juga!


6-Kiriman SMS/MMS @ Voice Mail

Jika pasangan korang seorang yang cepat meradang @ mudah naik berang, ada baiknya korang memastikan amukan rajuk si dia benar2 tenang. Pada kesempatan ini, apa kata korang kirimkan SMS/MMS @ voice mail & memujuknya kembali bersama berdua. Selain ucapan maaf, idea menyelitkan jenaka2 ringkas antara usaha terbaik memusnahkan tunas2 rajuk yang melata dalam hati.

7-Luahkan perasaan

Sudah adat tatkala rajuk merajai hati, perasaan tentu menjadi tawar dan hambar. Pancing perhatian si dia dengan luahan perasaan korang. Contohnya, akui betapa korang tidak mampu bertahan menempuh hari2 tanpa senyum & tawanya @ betapa terseksanya korang kala berjauhan dengan si dia.*cakap kasi semangat tau



8-Mengusik nakal

Mungkin agak sukar untuk memulakan perbualan apatah lagi jika wajah si dia masam mencuka @ muncungnya sudah panjang sehasta. Jadi, sebelum telinga korang pekak dengan bebelan @ pipi korang menjadi mangsa tamparanya, apa kata korang ambil hatinya dengan usikan nakal. Sebagai contoh, menegur wajahnya semakain cantik ketika marah @ jelingan menyampahnya antara godaan hangat yang berjaya memaut hati korang selama ini. *buat bagi ikhlas ye


9-Helah cedera

Langkah ini kedenganran agak bodoh tetapi apa salahnya jika korang berani mencuba? Jika si dia bersikap dingin,marah2 dan selanjutnya disusuli dengan fizikal ringan seperti memukul, mencubit & seumpamanya, apa kata jika korang berpura-pura cedera & kesakitan. Jika si dia terpedaya dengan helah korang. tentu si dia akan merasa bersalah & mendekati korang dengan penuh simpati. Tatkala si dia dihantui rasa bersalah & ketkutan, kejutkan si dia dengan tawa korang. senario ini pasti akan membuatkan si dia juga ketawa lebih2 lagi pabila mengenangkan korang sebelum ni.*ada bran??


ini lah coklat pilihan kami siap ada perkataan 'sorry' lagi


cantik!!


10-Bekukan perasaan

Langkah ini agak berisiko tetapi kebarangkalian berkesan juga agak tinggi. Jika si dia marahkan korang kerana rajuknya, apa kata korang berdiam diri & bersikap dengin. Dan jika si dia tetap meneruskan rajuknya, korang teruskan dengan bersikap sedemikian. Lama-kelamaan, si dia pasti lengit & kembali seperti sedia kal lantaran tiada sesiapa lagi yang ingin melayani kerenahnya selain korang. Oh ye, langkah ini hanya layak menjadi amalan pasangan LELAKI sahaja. *girls ..do not do this ok.hahaha!


Bunga-bunga cinta

11-Merajuk semula

Antara langkah paling berkesan & paling efektif.Apa kata kalau korang pula yang merajuk? Tentu si dia akan mengalah kerana merasakan bersalah lantaran sikap rajuknya yang menjadi punca korang merajuk!.*tengok orang juga takut merajuk tak sudah.

mereka ni lagi..

pasti si dia akan suka seperti ni

Bila Fath merajuk dulu tak pernah ambil serious cara2 nak memujuk ni, sebab Fath sendiri akan pujuk diri sendiri.Sadis punya statement.hahaha! Bila kawan dalam situasi macam ni memang faham la sangat2 lagi2 kalau perempuan yang merajuk, guys..sekeras mana pun hati si girls ni..kalau kena caranya lembut juga nanti.Trust me.

tapi lebih afdal berjumpa, settle-kan terus tapi make sure jujur, lelaki harus dalam keadaan tenang.Selamat mencuba ye.

*Dari The Curve terus ke Taman Melati, saja nak buat surprise kali ke berapa entah.Siap bawa 2 ice-cream kit kat untuk dimakan bersama.Merajuk juga ke Si Toman ni?haha!absolutely not.Sudah jadi Kebiasaan fath bikin surprise.

p/s: Kawan2 merajuk pun boleh bikin juga.

2 comments:

lizz said...

hahahahaha!!! ayat merajuk pujuk sendiri tu memang sadis wei.wahaha! for me,in relationship merajuk tu is sangat2 normal but we need to control it.

lain orang,lain caranya. jangan ingat bila kita merajuk,wajib akan ade yg datang pujuk. why?sebab bukan semue org yang ade skill memujuk. hahaha! seriously ok. so,depends lah.if dapat pasangan yg reti n tak kisah memujuk,then shud be beryukur sgt2. otherwise mmg boleh dikategorikan pada nasib badan ar.hehehe.

*aku nak jugaklah coklet SORRY tuh!!!!

firdaus said...

hahaha...tips ko mmg best...tapi puas da aku pujuk hari2...tak jalan jugak....nampak mcm tawar hati pun ada....si dia la..tapi aku masih berrsemangat lagi.....pujuk punya pujuk da dekat sebulan....siot betul la...maybe tak kena cara kot