Wednesday, August 11, 2010

Vintage


06/08/2010(Friday)-Demam sebenarnya since dari khamis on 05/08/2010,tapi terus sihat je adanya kawan2 dalam twitter & facebook yang sentiasa caring, Love my sweeties followers! memang tak pernah reti duduk diam, agak2 dah macam boleh bersuka ria, keluar ber-chill bersama teman. Seharian berjalan dari Bangi ke Cheras last ke Kajang.

Kali ni Fath tak nak cerita perihal 'korang & si dia', mari kongsi pendapat tentang VINTAGE. Trend & gaya yang dah menjadi kegilaan orang mengikut arus fesyen yang bertukar bagaikan roda.Fath sangat teruja akan Gaya baru tampil dengan ciptaan koleksi pakaian lama.Vintage menjadi pencentus gaya ku serba sedikit.

Membeli barangan vintage sudah menjadi trend kini, lambakan jenama & majalah fesyen sebagai rujukan kepada peminatnya.Siapa tak nak cantik, tak kira usia mahupun status,orang ramai mencuba sehabis baik untuk menjadi trendsetter & mencipta kelaianan, termasuk I ok.

Fath kongsi tips sikit disini yek, salah satu cara mudah untuk mencipta gaya baru ialah dengan membeli barangan vintage. Seperti kata pereka fesyen BRUCE OLDFIELD, stail & trend tidak akan berubah secara drastik, ia lebih kepada pengulangan gaya & idea.

Mengapa barangan vintage yang jadi jalan penyelesaian?

kerana tidak semua orang punya pakaian lama & satu kelebihan untuk korang menyuai padan lantas mencipta gaya baru.

the best vintage bag in here!

Mana datang perkataan Vintage ni?????

Merujuk kepada pakaian yang dihasilkan sebelum era 80-an, manakala barangan terpakai (second hand).Namun tak semua orang yang membeli pakaian vintage atas alasan untuk bergaya. Sebahagiannya menjadikannya sebagai hobi & pelaburan.

Sebelum membuat sebarang pembelian, lengkapkan diri dengan ilmu tentang barangan vintage. Ini penting supaya korang tahu nilai & berapa yang sepatutnya anda bayar untuk sehelai pakaian vintage. Agar berbaloi dengan apa yang korang gayakan. Kualiti sesuatu pakaian vintage berdasarkan kepada pasaran, kualiti, keadaan pakaaian itu sendiri. cara terbaik unuk mengetahui nilai sesuatu pakaian vintage adalah dengan merujuk buku-buku pakaian vintage atau lebih mudah gunakan sahaja internet sebagai sumber maklumat.Laman e-bay adalah yang terbaik untuk kajian.

Beli di kedai

Kelebihan membeli di kedai ialah korang akan berpeluang untuk membelek pakaian/aksesori yang ingin dibeli, berbanding membeli secara online, dikedai korang dapat ukur dibadan sendiri, hihi, boleh lihat & sentuh material, kemasan & mencuba sendiri. Dan jika korang bijak..korang boleh la tawar menawar. *100% I puas hati beli di kedai

Gaya

Sebelum keluar membeli,perhatikan pakaian/aksesori korang dalam almari. Selongkar apa yang sudah ada & apa yang tiada. Cari pakaian yang boleh di suai padankan. Dengan cara itu korang bakal mendapat idea tentang gaya yang ingin ditampilkan, Dan tentunya memudahkan lagi pengembaraan korang mencari vintage yang di idamkan.

Kajian

Rajin-rajinkan diri berjalan, & biasanya dikedai-kedai vintage terletak disekitar kawasan yang sama. Gunakan kemudahan internet sepenuhnya dengan mencari maklumat tentang kedai vintage di kawsan korang mempunyai laman blog.*sekarang boleh beli secara online disini

Waktu di kedai

ketika dikedai korang perlu sabar mencari pakaian /aksesori yang di impikan. Selongkar setiap rak satu persatu. Jangan malas! kerana sebahagian kedai tidak mengasingkan barangan mereka mengikut jenis.& jangan pula malu bertanya sebab kadang2 tu sebahagian barangan tidak diletakkan di rak.

with Engku

Mencuba pakaian/aksesori

Sebelum membuat pembayaran, korang WAJIB mencuba dahulu sebelum beli. Jangan jadi malas lagi ye, sebab korang perlu ingat saiz pada pakaian tak tentu sama dengan saiz pakaian korang yang lain.

Polisi pemulangan

Risik-risik juga pada tuan kedai berkenanaan polisi pemulangan sekiranya berlaku kerosakkan. sebelum ni ,pernah terjadi pada Fath, sekali kan boss kedai bagi 50%! class nok!.



p/s: lagi superb ,U all padankan dengan street chic fashion!!!

4 comments:

dhiyawordsnotgood said...

c's, kedai teetoo tu kat KL area eh?

siti fathiyah said...

yup, u leh tgk alamat2 outlet nya di http://www.teetoo.com.my

dhiyawordsnotgood said...

oh thenx cs ^^, all da best in ur career~

siti fathiyah said...

u too darling!!