Thursday, November 19, 2009

seriously, i don't care.


19/11/2009(Thursday)- Hari ini memang di luangkan lebih kepada diri sendiri.Kawan sekerja pula sakit selepas Fath cuti sakit semalam. Sudah biasa dengan keadaan ini, yang pasti jadual makan perlu dijaga dengan betul.

Sebenarnya bukan hendak bercerita mengenai perihal kerja tetapi, perihal masih ramai lagi yang masih tidak 'open minded' dalam sesetengah isu, walaupun ia adalah pendapat individu, tetapi ia memang memperlihatkan identiti dan permikiran seseorang itu.

Lebih dikenali 'jaga tepi kain orang' keatas individu sebegini. Bukan lah 'caring' tetapi menyibuk lebih-lebih. Bukan hendak mengata kaum sendiri tetapi separuh daripada nya memang begitu. Lebih memperlekehkan orang kepada negatif daripada positif. Menegur tidak mengapa tetapi kalau mengata atau menuduh, ditambah lagi menyebarkan maklumat kurang tepat adalah fitnah. Lebih baik diam dan urus perihal sendiri.

Selalunya perihal begini dianggap iri hati mahupun busuk hati. Memang dosa dan pahala adalah sendiri-sendiri.Jikalau tidak tegur atas perihal yang salah pun dianggap bersubahat dan ganjaran nya adalah dosa , tetapi ia tidak bermakna boleh sesuka hati menyuarakan ia dengan mengaib kan atau sebagainya. Adalah lebih afdal tegur diri sendiri dahulu , baharulah orang yang terdekat dan yang sepatutnya.

Tidak bermakna apa yang kita nampak yang baik itu adalah baik, dan nampak yang jahat itu adalah jahat, ini semua melibatkan perihal dalaman. Biasalah orang menilai seseorang itu dari luaraan, memang benar luaran itu sedikit sebanyak mencerminkan seseorang itu tetapi ia bukan lah jawapan kepada 100%.Lebih baik mengkaji dan mentafsir terlebih dahulu..

Seriously, Fath memang tidak peduli perihal orang lain kecuali orang yang rapat dengan Fath sahaja, orang sekeliling mahupun orang yang tidak dikenali memang Fath tidak akan masuk campur, suka hati mereka nak pakai apa pun, makan apa pun, kata apa pun, dari mana pun, Fath tidak ambil peduli dan Fath tidak akan ada kaitan dengan orang. Sounds like selfish but ia adalah lebih baik dari menyibuk tidak tentu pasal.

Biar mereka hendak mengata atau sebagainya tentang Fath , yang pasti...i know myself.

3 comments:

cik EPAL said...

cik FATH yang comel...kenapa ni??

chill babe ;)

siti fathiyah said...

x de apa pun cik epal, biasa la kehidupan. huhu

:: Husniyyah Alhusna :: said...

rileks2.
kite minum duluuuuu!~ :)