Sunday, November 8, 2009

i'm in the mirror


07/11/2009(saturday)-Hari yang dipenuhi pelbagai aktiviti dari pagi hingga la lewat malam. Semuanya adalah penting. Kerja dan kerja demi hidup yang sekali ini.Rehatkan minda seketika dengan beriadah menonton wayang di GSC signature, Garden. bersama yang terapat.Kemudian business and business. Minggu ini yang amat bermakna buat Fath dalam semua perkara termaksuk lah yang berlaku disekeliling. Kehadiran orang jauh yang memeriahkan, lunch bersama rakan sekerja, Kemmy selama seminggu amat menyenangkan. Isu-isu yang berbangkit amat memeranjatkan, Masa di isi dengan baik, tawaran business di luar jangkaan, Hati ini di uji dan fikiran berkerja selama 24 jam sehari.

Apa yang ingin dikongsikan disini adalah sesuatu realiti dan selalu terlepas pandang oleh semua orang.

-Tahukah anda perilaku anda sebenarnya tidak diterima orang? kemudian apa yang anda rasa akan perkara tersebut?
-Tahukah anda bahawasanya, orang berkata tentang anda dibelakang anda? Terima kah anda?
-Tahukah anda orang tidak akan menegur ataupun memberitahu anda perihal sebenar tentang anda?Apa yang anda tahu sebenarnya?
-Tahukah anda bagaimana untuk menghadapi situasi ini dengan baik?Terima atau tidak?

Pernah atau tidak anda mengalami situasi ini, bunyi nya seperti biasa sahaja tetapi apabila terkena pada batang hidung sendiri , tersentap juga la. Tidak lah remeh mana pun tetapi kalau melibatkan banyak pihak, berpusing juga kepala. Memang benar Jadi diri sendiri adalah lebih baik. Memang betul perlu ada identiti sendiri. Memang benar perlu sentiasa dalam permikiran positif. Memang betul perlu terima teguran dan kritikan yang membina untuk kearah yang lebih baik. Tapi bagaimana pula sebaliknya yang terjadi? Mahu mengikut kehendak sendiri ataupun kehendak orang lain? Mana yang lebih utama?

Senang cerita , lain orang lain cara. Lain yang diberi , lain pula yang dapat. Serba serbi bertentangan. Sama juga lah Fath. Jika tidak kenal mahukan tahu Fath ini macam mana. Lumrah pula apabila orang menilai seseorang dari luaran sahaja, ataupun yang mereka nampak secara kasarnya. pekak kan telinga ke apabila ada yang mengata? ye la...kalau cakap belakang itu mengumpat dan mengata lah. Manusia macam itu lah. Hendak tutup mulut mereka memang mimpi lah. Hendak ikut kehendak mereka , sakit hati lah. Mengapa perlu ketepikan perihal sendiri? ala...sikit-sikit itu boleh lah...tapi kalau sudah melibatkan perihal utama , bagaimana pula?


Ada perkara harus diterima dan ada perkara perlu dipertimbangkan. Hidup ini sekali sahaja. Hidup ini untuk apa pula? untuk diri sendiri atau untuk orang lain? Letakkan diri ditangga ke berapa sebenarnya?memang hidup ini berkait dengan orang lain tetapi tidak bermakna perlu memenuhi kehendak itu? kita boleh berfikir secara terbuka tetapi bukan bagi mereka. Kita boleh jaga kain sendiri tetapi bukan bagi mereka. Kita boleh mengambil berat akan perihal orang lain tetapi bukan membeban orang lain pula ye...

Kesimpulannya , apabila kepercayaan itu terusik secara automatik nya peratusan kepercayaan itu menurun sedikit demi sedikit ataupun secara mendadak. Masa diperlukan untuk membaiki keadaan tetapi tidak bermakna terima secara bulat-bulat. Manusia biasakan. Tidak suka cara ini, tidak mengapa , tidak salah pun. Tetapi jangan impikan kehendak mereka itu dituruti , hanya boleh dipertimbangkan dan perbaiki sahaja yang mana boleh memberi impak yang baik kepada semua pihak, kalau satu pihak sahaja, minta maaf banyak-banyak la ye...Kehendak sendiri yang paling utama sebenarnya.Bukan hendak menyalah kan orang lain kerana mengata mahupun tidak bersuara dengan baik cuma fikirlah sendiri apabila terkena pada diri sendiri pula. tak kisah ke?Layan je hidup ini....ujian hidup nama nya....

No comments: